Tuesday, April 29, 2014

Melanjutkan Pengajian Sarjana (Master)


bila difikirkan keinginan hati, mahu saja ku turutkan tapi memikirkan hal-hal lain agak berat hati pula ingin diteruskan. siapa yang tak nak sambung master? ambil pengajian Sarjana di bidang yang diingini? ditambah pula dengan tawaran dari KPM baru-baru ini, iaitu:


saya lebih prefer pada Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) disebabkan tawaran yang agak baik berbanding dengan Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) iaitu pemberian Elaun Biasiswa dan penajaan Yuran Pengajian. bermakna, saya tidak perlu memikirkan pembayaran yuran dan akan mendapat biasiswa di samping penerimaan gaji penuh saya. apabila melihat senarai bidang yang ditawarkan, saya memilih kod LD_B311 iaitu Pengajian/Pendidikan Kimia. itu sahaja bidang yang berkaitan dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dahulu. 

tetapi saya memikirkan penerimaan oleh 'dia'. adakah dia sanggup menunggu saya lagi untuk menghabiskan Master pula? tambahan pula nanti ada taraf pendidikan yang selangkah jauh dari saya. pening juga memikirkan tanggapan abah nanti. susahnya rasa.

memang dia ada mengatakan, kalau nak sambung master teruskan. lagipun dia ada untuk support saya semasa belajar nanti. lagipun kami dah merancang semuanya dan akan berlaku pada tahun depan *InsyaAllah..ngeee* tapi banyak faktor-faktor yang menghalang saya untuk meneruskan permohonan ini. 

faktor lain pula, jika permohonan berjaya, dikehendaki menulis satu kertas cadangan berkaitan dengan penyelidikan. saya membayangkan kertas cadangan itu nanti seperti tesis saya pada zaman Ijazah Sarjana Muda dulu. perlu ada Pengenalan, Penyataan Masalah, Latar belakang kajian, Tujuan / Objektif, Persoalan Kajian, Metodologi, Rangka Jadual Kerja, Kepentingan Kajian dan Rujukan; langkah yang sama menghasilkan tesis dulu. runsing memikirkan jenis penyelidikan yang bagaimana yang ingin saya hasilkan. saya tiada idea langsung! kalau tesis dulu, saya membuat penyelidikan mengenai Chitosan, iaitu kulit udang untuk menyelidik kadar keterlarutan air (water soluble) di dalam Chitosan mengikut kepekatan (concentration) Chitosan yang berlainan. sangat mencabar!

mugkin saya kena berfikir dan berbincang dengan kedua ibu bapa saya nanti. dan juga si 'Papa Meow' tu. oh ya, tarikh tutup permohonan adalah 24 Mei 2014. pada sesiapa yang nak mohon, boleh melawat ke laman web KPM -> [ link ]



sehingga kini saya masih buntu. nak ke tak? nak ke tak? 

akhirnya, saya pening sendiri. 


lovenota 1: nak sambung sekarang ke lepas kahwin nanti? 
lovenota 2: tak lama lagi dah tu. aiseh!

4 comments:

  1. Assalamualaikum.... Buatlah pilihan yang sis rasa terbaik untuk diri sis.....

    ReplyDelete
  2. @Nasuha Puteri Nass wslm. InsyaAllah sis akan fikirkan. thanks! :)

    ReplyDelete
  3. Adik- camne HLP: Ada buat permohonan tak
    Akak pun mohon pengajian /pendidikan sains gak
    Ni nak bt prposal ni utk interview
    Blh kt discuss

    ReplyDelete
  4. hye sis...
    salam 1 malaysia..
    saya apply CBBP TB and kena gi interview 17hb sept. pening nak fikirkan cara buat proposal ni.mohon share kalau ada tips ya ;)

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®