Thursday, April 24, 2014

Disaman Polis Trafik


Dah lama saya tak update blog kan? akhir-akhir ini saya betul-betul sibuk sehingga langsung tak ada masa nak online sudah. rasanya sudah 2 minggu kot saya tak berada di dunia blog ini. (T.T)

Pada hari selasa lepas iaitu 22 April 2014, saya ambil MC untuk ke KPJ. sebelum ke Seremban singgah ke Port Dickson sekejap mengambil mak untuk menemani saya ke KPJ Seremban. masa itu saya sudah membuat appointment dengan doktor pada pukul 12 tengah hari. so, dalam keadaan rushing saya memang bawa kereta sangat laju. berhenti pada Petronas Seremban selepas keluar Tol exit Port Dickson untuk mengisi minyak, saya terlupa untuk tarik seatbelt dan terus memecut. otak saya fikir nak cepat nak cepat..hurry hurry and hurry sampai terlupa polis trafik selalu buat sekatan jalan atau roadblock di PD. 

masa sedang memecut memang tengah racing sebenarnya dengan sebuah kereta Proton Saga FLX yang juga sedang laju. tiba-tiba corner tepi selekoh di Bandar Sunggala iaitu di KM 08 jalan Sua Betong sudah standby seorang anggota trafik yang tajam menjeling owner-owner kereta yang sedang melintasi beliau sambil bercakap menggunakan walkie-talkie. dalam hati saya dah berdebar dah, "mesti kena saman nie,". dengan tak pakai seatbelt lepas tu laju pulak melebihi 80 km/j. adei~

sampai di roadblock tu, memang saya ditahan ke tepi dan diberi saman. sedih woo~


saya rasa dah macam suwey je hari itu. dengan tak menyempat encik polis trafik memberi saman kepada saya dengan kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar *seperti yang tertera di gambar di atas*. saya nak merayu meminta excuse pun tak ada mood. seperti-seperti sebelum nie, kalau kena saman pandai saya bermain kata-kata dan menggunakan nama ayah saya *memang salah cara itu ye, jangan ikut..hihi*. tapi kali ini saya tak sempat memandangkan abah pun sedang berada di Thailand sekarang nie. so, saya pun redha jela..huhu

selepas ambil surat saman tu, saya bergegas ke IPD Port Dickson untuk pembayaran saman di Cawangan Trafik. mak ada cakap, tunggu je abah balik settlekan saman tu, mungkin dapat murah seperti sebelum ini tapi saya malas nak peningkan kepala, so saya bayar jela saman tersebut. sepatutnya saman ini harus dibayar RM 300 tapi memandangkan saya membayar terus pada hari kejadian, saya dikenakan sebanyak RM 150 *kalau abah buat nie mesti tak kena sampai RM 100..huhu*. 

dinasihatkan pada semua pemandu kereta, sila memakai seatbelt kalau berada di Port Dickson. memang selalu sangat buat roadblock kat PD. tempat favourite roadblock Polis sekarang selepas stesen minyak Shell di Batu 6. di situ, pukul 9 malam ke atas memang dah terpacak pakcik-pakcik dan abang-abang polis menunggu anda. polis Trafik atau JPJ pula selalu ada di bawah jambatan sebelum sampai ke bulatan Bandar Sunggala tak kira masa. selalunya pada waktu tengah hari ataupun pada waktu petang. Hati-hati ye apabila sampai ke Port Dickson :)


lovenota 1: terbang woo RM150..sedihh..wuuu~
lovenota 2: lepas nie memang pakai seatbelt jela bila sampai PD..haih3!

8 comments:

  1. mmg sakit hati kalau ade roadblock time tgh nak cepat hehe

    ReplyDelete
  2. apesal tak ngorat je abg polis tu..wakaka

    ReplyDelete
  3. Kesian akak... tapi janganlah pakai seatbelt sebab takutkan polis je.. pakailah untuk keselamatan diri dan keluarga... :)

    ReplyDelete
  4. @Azwan Aziz betol2. memang delay memanjang je keje hari itu :(

    ReplyDelete
  5. @Katak Comel alah, nak ngorat tapi muka serius je abang polis tu. hehe :P

    ReplyDelete
  6. @Tedi (interpretZZ) buat masa sekarang tak boleh sangat pakai seatbelt, badan gatal2. huhu :(

    ReplyDelete
  7. Akhirnya terbaca blog kamu n sy laaa INSAN yg saman kamu ketika itu.. hehe..

    ReplyDelete
  8. Selamat Berpuasa....

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®