Sunday, December 14, 2014

20 Fakta Unik Antara Lelaki & Perempuan


20 Fakta Unik Antara Lelaki dan Perempuan

1. Rata-rata perempuan tidur lebih lama 1 jam pada waktu malam daripada laki-laki.

2. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan bercakap manakala bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.

3. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi (gangguan) semasa mengandung bayi lelaki berbanding bayi perempuan.

4. Rata-rata berat otak lelaki lebih berat 1.4 kg daripada berat otak perempuan.

5. Pertukaran jantina lebih ramai dilakukan oleh lelaki.

6. Perempuan kurang mampu menahan sejuk disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, jadi lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat dan panas.

7. Lelaki lebih suka berbincang terus mengikut matlamat objektifnya, sementara percakapan perempuan terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan saraf penghubung antara hemisfera otak kanan (intuisi) dan kiri (logik) lebih sedikit pada perempuan. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah berlaku pada perempuan.

8. Perempuan lebih baik deria baunya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai pengaktif reseptor bau.

9. Perempuan mempunyai 75% lebih banyak kelenjar peluh (yang menghasilkan bau badan) daripada lelaki.

10. Kemampuan deria lelaki untuk merasai rasa masam, manis dan masin lebih rendah daripada perempuan.

11. Lebih daripada dua kali pada perempuan cenderung untuk homoseksual (menyukai sesama jenis) pada usia 45 tahun daripada lelaki.

12. Pada saat usia tua, perempuan mengalami keguguran rambut, pada usia yang sama sebahagian besar laki-laki mengalami kebotakkan. Kebotakkan disebabkan penghasilan berlebihan dari hormon androgen (hormon lelaki).

13. Apabila berselisih dengan perempuan di jalanan ramai, lelaki menghadapkan tubuhnya menghadap perempuan yang dilewatinya. Perempuan cenderung membalikkan badan, dengan secara tidak sedar meletakkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.

14. Kira-kira 48% lelaki berdengkur ketika tidur, hanya 22% pada perempuan.

15. Lelaki lebih banyak memilih warna merah, dan perempuan memilih warna biru.

16. Perempuan rata-rata 153 saat berada di dalam tandas,  manakala lelaki selama 113 saat.

17. Satu per empat perempuan berbanding dengan lelaki yang bercakap gagap.

18. Penyelidikan di Amerika, perempuan menggunakan masa hampir 2 kali lebih banyak untuk berbelanja berbanding lelaki.

19. Perempuan secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang digunakan berbanding lelaki.

20. Penyelidikan di England, lelaki lebih mudah dibohongi / diperdayakan daripada perempuan.


16 comments:

  1. hehe.. no 17 tu..?? mmg slalu jmpa lelaki rather than perempuan..

    ReplyDelete
  2. yang 20. tu macm tak sahih ja. hehehe

    ReplyDelete
  3. No 2 tu masih dlm eksperimen. Nk tgk mcm mana nnt result nya.

    ReplyDelete
  4. Hihihi thank u for thee facts!!!
    hahaha yg lelaki lg sng ditipu tu mcm kesian je kan ish

    Hehe and kalau qila mmg lebih berjam jam rasa tidor dr lelaki ekeke

    ReplyDelete
  5. No. 3 tu cam beza pulak bagi mamamyja. Terbalik. heheheh

    ReplyDelete
  6. walaupun berbeza tapi boleh hidup bersama... hebat Allah kan...

    ReplyDelete
  7. Wow. 20 fakta tu..baru tahu..thank atas perkongsian Qis :)

    ReplyDelete
  8. hehe. macam banyak yg betul je :)

    ReplyDelete
  9. fakta 1 salah. sebab wise saya akan tido 1 jam awal dan bangun 1 jam awal dari saya setiap hari huhu :D

    ReplyDelete
  10. hahaha memang fakta betul nih.. ada la segelintir peratusan yang tak menjadi jugak. Hehehe..

    part no 17 tu memang tidak disangkal lagi~ hik3

    ReplyDelete
  11. Banyak yang betul nih hahah!

    ReplyDelete
  12. Banyak jugak yang betul. Tapi bab lena tu , macam terbalik ja.heheh

    ReplyDelete
  13. rajinnya cik Balqis share pasal fakta macam ni. hehe. menarik2. banyak benda baru saya perasan.

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®