Sunday, April 12, 2015

Pengantin Fantasia


Pelamin Fantasia adalah sebuah program realiti dengan objektif utama adalah untuk merealisasikan "Perkahwinan Impian ". Seramai 10 pasangan sebagai peserta (sebanyak 20 Peserta) yang telah dipilih daripada ujibakat Pelamin Fantasia kini akan bersaing dalam satu siri ujian dan cabaran bagi mereka untuk memenangi perkahwinan impian mereka direalisasikan di episod akhir Pelamin Fantasia. 

3 selebriti terkenal iaitu Datuk Rosyam Nor, Datin Marlia Musa, Rizalman Ibrahim akan bertindak sebagai Juri kepada para pasangan. Para juri akan menentukan pasangan yang akan meneruskan impian perkahwinan di Pelamin Fantasia berdasarkan tugasan dan cabaran yang telah diberikan.

Uiks, saya nak masuk rancangan Pelamin Fantasia? oh tidak. saya tak sanggup nak masuk. hahaha. sebenarnya ada seorang kawan saya yang masuk pertandingan ini. serius tak sangka! lagipun saya tak tengok rancangan realiti ini. sekali terpampang gambar seorang kawan yang sangat dikenali pada zaman saya belajar di UPSI. siapa?



Nur 'Irma Diyana Bt Mohd Norbi (Didie nama manja dia sebenarnya) adalah kawan saya semasa belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2006-2010. dia seorang yang memang 'happy go lucky' dan teramat 'sporting'. seorang yang memang pandai berkata-kata. kalau buat presentation bagi je pada Didie nie. tapi kalau sesiapa yang tengok rancangan ini, mungkin korang ada nampak yang Didie nie macam kalut sedikit, gabra bukan main. macam itu la dia dari zaman belajar dulu. kononnya takut nak buat presentation, siap gabra kemain. tapi bila dah present kat depan semua orang, lancar je presentation dia. perfect talk, perfect presentation. semuanya gempak-gempak, depan kitorang konon tak bagus la tak prepare la..amboii. hahaha.

Banyak gila kenangan manis kami bersama dengan member-member lain. paling best di mana kami satu group menyiapkan thesis Chitosan bersama dengan Prof. Dr. Ismail Bin Zainol, pensyarah Polymer Chemistry di UPSI. dengan tabahnya kami mengorbankan cuti semester kami semata-mata menyiapkan thesis. legend betul..hehe.

Dah 2 episod rancangan Pengantin Fantasia ini berlansung tetapi baru hari ini saya dapat tahu Didie masuk pertandingan ini. apelah kau nie didie, tak cakap pun kat kitorang kan. ishkk..takpe-takpe. semoga kau dengan pasangan kau teruskan semua cabaran yang akan korang berdua tempuhi. Baru tahu juga tangan Didie terkehel dan terpaksa memakai anduh. aduh, macam mana boleh kena tu? serius aku tak tengok pun. semoga kau cepat sembuh eh didie. masih tak dapat contact dia di Wechat. busy kot. dah jadi artis kan..hehe.

Ada banyak juga gambar saya bersama Didie dulu, tapi saya tak boleh siarkan disebabkan hal-hal tertentu. nanti tak pasal-pasal gosip pulak kan..sebab Diyana yang dulu bukan Diyana yang sekarang. siapa yang kenal Didie fahamlah apa yang saya cakap..hehe. 


lovenota : kalau Didie menang 100 ribu tu, aku nak tumpang sekaki eh..hihi XD


3 comments:

  1. Semoga Kawan CB berjaya :) ada tgk jugak program ni.. :)

    ReplyDelete
  2. salam kenal.

    good luck untuk didie kawan uols. best juga ada program mcmni. ye laa..kita kan semua ada dream wedding masing-masing cuma budget tu kadang2 cukup makn je kan. cuma kena dapat partner sporting la. kalau laki hakak, mcm impossible je kan nak masuk. huhuhu.

    eh..jemput dtg blog hakak.

    www.jurnalsihat.blogspot.com

    follow & ada give away utk semua followers

    ReplyDelete
  3. Didie tu rakan saya juga... Hehe... Rakan sekerja...

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®