Showing posts with label bajet 2013. Show all posts
Showing posts with label bajet 2013. Show all posts

Friday, December 28, 2012

SKMM: Rebat RM200 bagi Pembelian Telefon Pintar untuk Golongan Belia

Dalam bajet 2013, kerajaan telah berikan rebat RM200 untuk golongan belia untuk membeli telefon pintar 3G atau lebih dikenali sebagai Pakej Komunikasi Belia. Sesiapa yang layak boleh la membuat permohonan melalui laman web SKMM mulai 1 Januari 2013. 

link registering online

sebelum tu beberapa syarat yang korang wajib patuhi.

# Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun #
# Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah #
# Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500 #
# Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu #
# sorang satu sahaja #
# boleh dibeli di kedai2 yang berdaftar dan terpilih sahaja #

sebarang kemusykilan boleh la baca artikel di bawah:

kenyataan media

senarai 23 jenis smartphone yang boleh dibeli dengan menggunakan Rebat RM200:



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

KUALA LUMPUR: Belia berusia di antara 21 dan 30 tahun boleh memohon RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan. 

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.
“Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohamed Sharil berkata, belia yang layak menikmati rebat RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik penyedia perkhidmatan.

"Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.

"Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rebat RM200 sekali saja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Bajet 2013.

Dengan rebat itu, mereka dijangka membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki sebuah telefon pintar 3G baru, katanya sambil menolak dakwaan had RM500 adalah rendah kerana ada lebih 20 model telefon berjenama yang dilengkapi kemudahan 3G.

"Syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dan operator rangkaian maya mudah alih akan menawarkan tidak lebih daripada lima dan mungkin sehingga 10 atau 12 model di bawah inisiatif itu menerusi kedai pengedar mereka.

"Oleh itu, belia seharusnya mencari logo 'Pakej Komunikasi Belia' yang akan dipaparkan pada kain rentang di kedai itu atau boleh menyemak laman web penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan senarai telefon pintar dan kedai pengedar yang mengambil bahagian," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kajian SKMM, lebih 90 peratus pengguna berada dalam segmen prabayar tetapi syarikat telekomunikasi hanya menyediakan insentif telefon bimbit bagi kontrak pasca bayar.

Sementara itu, Mohamed Sharil berkata, pemilik perniagaan kecil berumur 18 hingga 65 tahun boleh mula memohon geran RM1,000 menerusi 'Get Malaysian Business Online' mulai Selasa depan (1 Januari), juga dengan mendaftar dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Beliau berkata usahawan kecil yang mendaftar di laman web dan memenuhi semua terma serta syarat akan menerima geran RM1,000 daripada SKMM yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tempatan pemohon yang berjaya.
- Bernama
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

p/s: jum beli henfon baru! (n_n)v



Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®