Harga RON 95 dan diesel dijangka kurang RM2
Rembau: Harga petrol RON 95 dan diesel dijangka kurang daripada RM 2 seliter bermula 1 Januari tahun depan. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, ini berdasarkan harga minyak dunia sepanjang 18 hari lalu. Katanya, penurunan harga minyak dunia ketika ini memungkinkan harga petrol RON 95 dan diesel akan kurang daripada RM 2 seliter berbanding RM 2.26 dan RM 2.23 seliter sekarang.
"Ini berita baik untuk rakyat jika harga berkekalan 10 hari lagi kerana harga minyak dunia sedang mengalami penurunan sejak 18 hari lalu. Oleh kerana itu, rakyat tidak perlu berdemonstrasi pada 31 Disember ini dan harapan kita untuk 10 hari lagi puratanya akan kekal begitu untuk mendapatkan harga bawah RM 2 seliter,” katanya selepas Majlis Penerangan dan Dialog GST (cukai barang dan perkhidmatan) peringkat Parlimen Rembau di Dewan ILP Pedas.
Jumaat, 19 Disember 2014 @ 6:25 PM
sumber : Harian Metro
******
ini cobaan ke betul-betul kejadian?
ke hanya nak sedapkan hati rakyat je?
kalau sejak 18 hari lepas harga minyak turun,
kenapa masih tak turunkan harga sekarang nie jugak eh?
kenapa kena tunggu 1 Januari 2015 jugak?
mungkin kena buat kaji selidik kot
ada buat apa-apa prosedur dulu sebelum turunkan harga
*sedapkan hati*
takper, we will see
lovenota : sejak harga minyak naik, nak berjalan ke KL pun kena fikir banyak kali..huhu