SUBBARAU (kiri) dan P Murugan ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban.
Dua guru mengaku tidak bersalah miliki kertas soalan UPSR secara tidak sah
SEREMBAN: Dua orang guru Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini kerana memiliki kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) secara tidak sah, September lalu.
Guru SJKT Ladang Batang Benar, Nilai, Subbarau @ Kamalanathan, 34, dan guru SJKT Ladang Lenggeng, P Murugan, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan masing-masing di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.
Subbarau menghadapi lima pertuduhan memiliki soalan UPSR bagi subjek Matematik 035/1, Matematik 015/1, Bahasa Tamil Pemahaman, Bahasa Tamil Penulisan dan Sains 018. Murugan pula menghadapi satu pertuduhan yang sama bagi subjek Matematik 015/1.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 8 (1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dan boleh dihukum mengikut akta sama, memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun atau maksimum tujuh tahun.
Hakim menetapkan Subbarau dikenakan ikat jamin RM3,000 manakala Murugan (RM2,000) dan kes akan disebut semula pada 15 Disember depan.
Entry yang berkaitan dengan kes "UPSR Bocor":
Oh, yang ini final siasatan la kut. sebab dah ada dakwaan kot.
rupa-rupanya Cikgu Sekolah Tamil. entah la. malas nak komen dah.
lovenota : semoga peperiksaan SPM berjalan dengan lancar. amin :)