Sunday, December 18, 2016

Sebab Pilih Bidang Vokasional




Bagaimana keputusan PT3 anda? walaupun keputusan PT3 anda tidak memberansangkan, tidak cemerlang seperti pelajar pandai, ada subjek PT3 yang gagal, anda masih lagi boleh meneruskan pembelajaran anda ke bidang lain seperti bidang vokasional. Bagi pelajar yang lemah, ini merupakan kelebihan bagi mereka kerana bidang vokasional menerapkan latihan praktikal berbanding latihan teori seperti di sekolah harian. Kolej vokasional atau bidang vokasional tidak memerlukan anda untuk menghafal teori-teori seperti sekolah harian, tetapi banyak menerapkan kerja-kerja bengkel dan latihan secara hands on.

Bidang vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik atau sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vokasional (berkaitan pekerjaan).  Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.

Semua sekolah menengah vokasional sudah dinaik taraf menjadi kolej vokasional. Kurikulum Kolej Vokasional dirombak secara komprehensif supaya mencapai standard yang memenuhi keperluan pasaran kerja dan pasaran semasa. Semua pelajar di kolej vokasional ini akan mengikuti pengajian selama empat tahun. Ia meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik. Pelajar akan perolehi diploma kolej vokasional kerana mengikuti kursus selama lapan semester (empat tahun). Bagi pelajar sekolah menengah Tingkatan Satu hingga Tiga yang mengikuti peringkat Program Asas Vokasional (PAV) akan diberi sijil Tahap Dua. Pelajar Kolej Vokasional tidak menduduki peperiksaan SPM. Walau bagaimanapun, komponen akademik dalam kurikulum Kolej Vokasional adalah setara atau lebih baik daripada SPM. 




4 SEBAB MENGAPA ANDA PATUT MEMILIH BIDANG VOKASIONAL

John Holland seorang pakar dalam kaunseling kerjaya telah mendeskripsikan ciri-ciri personaliti dalam diri setiap individu ada 6 jenis personaliti iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Conventional. Bukan semua orang mempunyai personaliti Investigataif untuk dia cenderung bidang kerjaya kedoktoran perubatan, atau Realistik untuk jadi seorang jurutera.

Bidang Sains sememangnya membuka banyak peluang kepada pelajar untuk mempunyai masa hadapan yang cerah tetapi tak semestinya sebagai satu jaminan untuk berjaya. Mungkin tidak. Anda mungkin masih berasa teragak-agak untuk ‘membuka’ minda dan yakin bahawa bidang vokasional adalah sebaik bidang Sains. 

Di sini terdapat empat sebab mengapa anda patut memilih bidang vokasional sebagai bidang pengajian dan kerjaya:

1) Peningkatan Peluang Belajar ke Peringkat yang Lebih Tinggi.
Tahukah anda terdapat 434 institut latihan kemahiran awam dan 753 institut latihan swasta disediakan untuk pelajar di Malaysia? Dengan jumlah tempat pembelajaran yang begitu banyak disediakan di negara kita, peluang untuk belajar juga meningkat. Pada tahun lepas, Kerajaan telah mengambil inisiatif dan menubuhkan Malaysian Technical University Network (MTUN) merangkumi 4 universiti tempatan yang menyediakan pelbagai kursus diploma dan ijazah pertama yang spesifik dalam bidang teknikal dan vokasional. Jadi, siapa kata mereka yang mengambil jurusan teknikal dan vokasional tidak berkelulusan tinggi? Dengan peningkatan peluang pembelajaran yang disediakan, rugilah jika anda tidak mengambil peluang yang ada

2) Kerajaan Bantu dan Sokong Bidang Vokasional
Di Malaysia, hanya 10% pelajar lepas SPM yang memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang vokasional. Sedangkan di Korea Selatan dan Australia, lebih daripada 40% daripada pelajar yang memilihnya. Oleh itu, Kerajaan telah memperuntukkan 1.2 bilion ringgit untuk meningkatkan pengambilan pelajar di kolej vokasional dan kolej komuniti dan menaik taraf kolej. Sasarannya ialah menghasilkan tenaga kerja yang dapat memenuhi kehendak industri tempatan iaitu sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang.

3) Peluang pekerjaan yang banyak.
Banyak negara utama dunia seperti Hungary, India, Ghana dan Amerika Syarikat telah mengambil langkah proaktif untuk mengubah struktur latihan vokasional mengikut acuan negara Jerman dari segi latihan perantisan dan praktikal. Justeru itu, berlaku peningkatan pengambilan pekerja dalam bidang vokasional bagi menampung keperluan negara yang mahukan pekerja yang berkemahiran tinggi. Di Malaysia sendiri, Kerajaan mensasarkan bahawa menjelang tahun 2020, sekurang-kurangnya 46 peratus pekerjaan akan memerlukan kelayakan teknikal dan vokasional. Malah berdasarkan Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, graduan dari subjek-subjek yang berasaskan teknikal dan vokasional mudah mendapat pekerjaan berbanding bidang bukan teknikal atau sastera. Jadi anda tidak perlu risau akan menganggur!

4) Gaji yang lumayan.
Percaya atau tidak kebanyakan pekerja dalam bidang vokasional seperti mekanik dan juruelektrik mendapat sumber pendapatan yang lumayan. Dato’ Boonler Somchit, Pengarah bukan Eksekutif dan Penasihat Corporate Reskilling Centre (CRC) pernah berkata bahawa seorang jurumesin yang berpengalaman antara tiga hingga lima tahun dalam bidangnya boleh memperoleh pendapatan yang lebih tinggi berbanding jurutera. Pendapatan seorang jurumesin boleh mencecah sehingga RM10,000 pada tahun kelimanya.

Jadi, dengan pelbagai kelebihan yang disediakan dan didapati, anda tidak seharusnya ragu-ragu untuk memilih bidang vokasional untuk melanjutkan pelajaran. Namun, usaha kerajaan sahaja tidak mencukupi untuk membakar semangat rakyat Malaysia untuk menceburi bidang vokasional. Untuk menyemarakkan lagi semangat dan memotivasikan diri kita, perkongsian cerita-cerita kejayaan pelajar dalam bidang vokasional dan teknikal adalah penting. Jadikanlah golongan ini sebagai idola dan pasangkan niat dan azam untuk berjaya dalam bidang diceburi. Lihatlah Datuk Jimmy Choo, Tony Fernandes dan ramai lagi. Merekalah perintis bidang vokasional yang membuktikan bahawa bidang ini adalah sebaik bidang Sains. Yang membentuk identiti anda adalah diri anda, bukannya pekerjaan anda.

Jadi tunggu apa lagi, rebutlah peluang yang ada. Boleh intai-intai peluang di Kolej-kolej Vokasional bagi calon lepasan PT3 dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) / Institut Latihan Perindustrian (ILP)/Institut Kemahiran Mara (IKM) /Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) untuk lepasan SPM.

KOLEJ VOKASIONAL

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK

Teknologi Elektrik
Program ini menyediakan murid kepada sistem kuasa, arus (DC & AC) , penyelenggaraan, pemasangan dan menguji elektrik domestik dan industri, kawalan motor, sengaraan kejuruteraan, melukis dan mentafsir litar serta memahami akta elektrikal dan peraturan pemasangan yang ditetapkan.

Teknologi Elektronik
Program ini memberi penekanan kepada mentafsir dan mengenalpasti simbol, komponen dan lukisan skematik, memahami, menguji dan mengira litar, prinsip kejuruteraan elektronik,pemasangan dan penyelenggaraan sistem audio dan video, digital, elektronik kuasa, sistem kawalan, sistem komunikasi dan industri robotik.

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

Teknologi Pemesinan Industri
Program ini menawarkan pendedahan kepada amalan bengkel pemesinan industri, lukisan teknikal dan geometri, rekabentuk pembuatan terbantu komputer, mengenalpasti jenis, senarai alatan dan pengoperasian mesin industri.

Teknologi Kimpalan
Program ini menyediakan murid kepada kimpalan mengikut aras bs/aws, proses dan teknik, pengkelasan bahan logam, teknik. Tata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, lukisan kejuruteraan, fabrikasi, pemasangan kimpal paku dan kimpal arka logam berperisai. Di samping itu, murid juga didedahkan dengan automasi komputer.

Teknologi Automotif
Program ini memberi pendedahan asas enjin kenderaan bagi menimbulkan minat murid supaya bersedia dan berusaha untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang automotif, menjadi modal insan yang berkemahiran dan dapat menyumbang ke arah pembangunan negara.

Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
Program ini memberi pendedahan kepada murid mengendali bahan pendingin, memasang kipas pengudaraan, memasang unit penyaman udara jenis tingkap dan jenis pisah supaya dapat melakukan kerja memasang, menservis, mengesan dan membaikpulih kerosakan mengikut prosedur yang betul seterusnya berupaya mengikuti kemahiran di peringkat yang lebih tinggi untuk meningkatkan taraf hidup serta menjadi tenaga kerja mahir dalam industri penyamanan.

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM

Teknologi Pembinaan
Program ini memperkenalkan murid kepada asas pembinaan sesuatu struktur. Murid akan didedahkan dengan bahan-bahan binaan, cara-cara asas pembinaan, asas lukisan pelan, keselamatan industri, asas kejuruteraan elektrik dan elektronik, pengurusan industri.

Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan
Program ini memberi pendedahan kepada murid tentang seni pembuatan perabot dan bagaimana membuat finishing agar setiap rekaan kelihatan sesuai digunakan.

HOSPITALITI DAN PELANCONGAN

Seni Kulinari
Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan dapur, penyediaan makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan Barat, kuih tempatan, roti, pasteri dan manisan, seni makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan makanan.

Bakeri dan Pastri
Program ini menawarkan murid berkaitan penghasilan dan penyediaan roti, kek, manisan. Cokelat, pasteri, pencuci mulut, donut, pau, pizza, membuat dan menghasilkan resepi baru dan istimewa serta pengurusan kos dan perniagaan dalam bidang ini.

Pelancongan
Program ini menyediakan murid dalam industri pelancongan di mana pendedahan dalam bidang pengurusan acara, pengoperasian agensi pelancongan, penajaman dan penguasaan dalam komunikasi bahasa asing serta kemahiran dalam pemasaran dan jualan.

PENJAGAAN DAN PERKHIDMATAN MASYARAKAT

Fesyen dan Membuat Pakaian
Program ini menyediakan murid tentang jenis, klasifikasi dan alatan jahitan serta fabrik dan tekstil, memberi pendedahan tentang aliran bagi pakaian yang berkualiti serta bersesuaian dengan tema dan kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa mengikut fesyen terkini.

Kosmetologi
Program ini mendedahkan murid kepada penjagaan dan rawatan wajah dan anggota badan, penggayaan rambut, seni make-up, refleksologi serta amalan kesihatan dan kebersihan, pengurusan dan pengoperasian salon.

Pengajian Awal Kanak-kanak
Program ini memberi pendedahan murid dalam perkhidmatan penyediaan pusat penjagaan kanak-kanak dari peringkat bayi sehinggalah peringkat sekolah rendah. Pengurusan pembelajaran, perkembangan tumbesaran, penyediaan pemakanan keselamatan tempat tinggal serta pengurusan aset kewangan dan operasi.

PERNIAGAAN

Pengurusan Perniagaan
Program ini dibentuk bagi menyediakan murid dalam bidang pemasaran, perakaunan, operasi, komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan.

Kesetiausahaan Pentadbiran
Program ini menyediakan murid dalam pengurusan dan pentadbiran pejabat, keupayaan dalam menggunakan aplikasi perisian pejabat bagi menyediakan minit mesyuarat, laporan dan lain-lain.Penyediaan dokumen penting dalam kerja pentadbiran.

Perbankan
Program ini menyediakan asas perbankan seperti ekonomi, statistik, perakaunan, perundangan bank, khidmat pelanggan, produk, pemasaran, pemprosesan serta pungutan dan perolehan pinjaman dan etika dalam perbankan.

Insurans
Program ini menawarkan murid untuk mengenalpasti jenis, prinsip, fungsi, tata cara, underwriting, proses, perundangan dan pengurusan sistem insurans serta etika dan salah laku dalam perniagaan insurans.

Pemasaran
Program ini memberi penekanan kepada murid dalam mengenalpasti kaedah, strategi kajian, promosi dan pengurusan dalam mengetengahkan produk kepada pasaran bagi meningkatkan hasil jualan syarikat.

Pengurusan Peruncitan
Program ini menawarkan asas dalam penentuan harga, pengurusan stok, penyusunan barangan bagi tujuan promosi atau kepentingan, khidmat pelanggan serta polisi perniagaan bagi menggalakkan daya maju dalam bidang peruncitan.

Perakaunan
Program ini menawarkan murid dalam pengurusan kewangan syarikat seperti penyediaan buku kira-kira, akaun runcitan, untung dan rugi, imbangan duga serta membuat analisa tentang prestasi syarikat.


TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Teknologi Sistem Komputer & Rangkaian
Program ini menyediakan murid kepada asas perniagaan, penyelenggaraan, pengoperasian dan konfigurasi sistem komputer serta rangkaian dan penyimpanan data di samping pengurusan pentadbiran dan integrasi sistem maklumat.

Multimedia Kreatif (Animasi)
Program ini mendedahkan murid kepada asas penggunaan unsur media yang pelbagai dalam menghasilkan sesuatu iklan. Mereka juga akan mempelajari konsep Dual Dimension (2D), Kesan Khas (FX) dan animasi lain yang berkaitan.

Rekabentuk Grafik Industri
Kursus ini akan mendedahkan murid dengan Desktop Publishing, grafik, pengiklanan, percetakan, label pembungkusan di mana akhirnya akan dijelmakan dalam media cetak.

Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web
Program ini menyediakan murid kepada struktur, konfigurasi, penyediaan sistem pengkalan data dan mengenalin kegunaan serta hubungkaitnya dengan aplikasi web sebagai perantara atau User Interface (UI)


PERTANIAN

Agroindustri Tanaman
Program ini menyediakan murid kepada penyediaan, penanaman dan penjagaan tanaman, mengawal kerosakan tanaman, penyelenggaraan infrastruktur ladang, jentera dan fertigasi serta aktiviti lain berkaitan industri tanaman sehingga urusan penuaian hasil dan pemasaran.

Agroindustri Ternakan Ruminan
Program ini mendedahkan murid aspek pengurusan aktiviti ternakan berkaki empat, merangkumi aspek kesihatan, penyediaan makanan, pembiakandan kebersihan kawasan ternakan di samping mengekalkan kualiti produk dan hasil pengeluaran ternakan ruminant. Contoh: lembu, kuda, kambing dan kerbau

Agroindustri Ternakan Poultri
Program ini mendedahkan murid tentang aktiviti ternakan haiwan berkaki dua – unggas (poultry) daripada penyediaan kawasan ternakan, pembersihan, penjagaan kesihatan ternakan sehingga penuaian hasil dan pemasaran ternakan. Contoh: ayam, itik, angsa, burung.

Mekanisasi Agro
Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan tanaman, ternakan, pengurusan lading, penyediaan kawasan penanaman, pengurusan operasi logistik, pembungkusan, pelabelan dan pemasaran hasil.

Herba
Program ini mendedahkan kepada jenis dan klasifikasi herba, penyediaan, teknik dan penyenggaraan tanaman herba, formulasi dan pengekstrakan serta penyeliaan kawasan herba

Bioteknologi
Program ini memberi pendedahan kepada teknologi berasaskan biologi bagi peningkatan kualiti dan daya tahan hasil bagi industri agrikultur. Kerja dan amalan yang bersandarkan kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi seperti penggabungan semula Deoxyribonucleic Acid (DNA) atau proses berasasakan pengkulturan tisu.

Akuakultur
Program ini mengkhususkan murid kepada aktiviti pengurusan ikan air tawar dan ikan hiasan serta kemahiran pembiakan, menternak dan mengusaha, menyediakan, menyelenggara dan menuai hasil akuakultur dalam persekitaran terkawal

Hortikultur Hiasan
Dalam Program ini, murid akan didedahkan dengan pengetahuan berkaitan penjagaan dan penanaman buah, tumbuhan hiasan dan sayuran. Murid juga akan menjaga tumbuhan dan menjualkannya jika telah sampai waktunya.

Landskap
Murid akan didedahkan dengan kaedah dan teknik penanaman landskap, pemilihan tumbuhan yang sesuai serta bagaimana menyelenggara tanaman tersebut. Di samping itu, murid akan mempelajari bagaimana menggunakan peralatan yang sesuai dan bagaimana membuat lakaran.

Pemprosesan Hasil Pertanian
Murid akan didedahkan bagaimana menguruskan hasil pertanian daripada ternakan, buahan, sayuran serta bahan keperluan makanan. Di samping itu, murid akan didedahkan dengan pengurusan sumber manusia.

Florikultur
Program ini mendedahkan pelajar kepada industri florikultur yang merangkumi aspek pengurusan dan penyediaan tapak semaian, gubahan, perlindungan, penuaian, pengeluaran dan pemasaran serta aktiviti-aktiviti penjagaan, pembajaan dana kawalan penyakit, penyelenggaraan bungaan, infrasturuktur dan jentera


INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA)

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM)

Teknologi Perkhidmatan Bangunan & Penyelenggaraan
Program ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang pembinaan untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional mengikut keperluan industri pembinaan semasa. Murid-murid didedahkan dengan pemahaman tentang sistem perkhidmatan dan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan. Murid-murid juga diberi penekanan terhadap keselamatan dan kesihatan, konsep dan prinsip teknologi perlaksanaan, penyelenggaraan dan baikpulih, kemahiran amali dalam sistem perkhidmatan bangunan. Seterusnya mereka akan dilatih menerusi projek lengkap yang mengaplikasikan teori dan teknik tersebut sehingga boleh membuat pelan tindakan dan melaksanakan penyelenggaraan dan baikpulih

Teknologi Pemprosesan Polimer Komposit
Program ini menawarkan latihan dalam bidang bahan dan teknologi pemprosesan polimer komposit. Kurikulum yang digunapakai ini adalah berorientasikan kemahiran dan dijangka akan menyediakan graduan yang berkebolehan dan profesional yang dapat menguasai pelbagai aspek teori dan amali khususnya dalam bidang bahan dan teknologi pemprosesan komposit polimer. Pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari merangkumi :-

Konsep bahan dan komposit polimer.

  • Teknologi pemprosesan dan pengeluaran
  • Rekabentuk bahan dan produk
  • Fabrikasi dan pemasangan
  • Penyenggaraan dan baik pulih komponen
  • Pengujian dan analisa bahan dan produk
  • Teknologi Pemprosesan Plastik

Program ini bakal menyediakan graduan pakar yang berketerampilan serta memahami pelbagai kaedah pemprosesan bahan plastik. Contoh produk yang dihasilkan melalui teknologi pembuatan & pemprosesan plastik (Injection moulding, Extrusion, Blow Moulding & Blown Film) adalah :

  • Barangan harian - konsumer (tupperware, penutup botol & sebagainya)
  • Barangan Teknikal/ Kejuruteraan (Automotif) & Binaan (paip & sebagainya)
  • Barangan pembungkusan (Filem plastik, beg plastik & sebagainya)
  • Barangan pembungkusan (Botol plastik & sebagainya)

Peserta akan diajar oleh pengajar yang berpengalaman bermula dari aspek pengenalan asas bahan plastik sehingga penghasilan produk menggunakan kaedah pembuatan dan pemprosesan teknologi terkini yang memenuhi piawaian dan spesifikasi industri.
Teknologi Pemprosesan Seramik

Program ini akan mendedahkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pemprosesan seramik dan pencirian bahan mentah seramik. Bidang ini menekankan penggunaan Sains Gunaan di dalam mempertingkatkan kebolehan untuk menganalisi, menilai dan membangunkan produk berasaskan seramik yang berkualiti. Sehubungan dengan itu, murid didedahkan dengan pelbagai kaedah pemprosasan seramik seperti "Powder Pressing", "Ceramic Plastic Forming - Jiggering, Jolleying, Ram Press, Extrude" dan "Slip Casting - Conventional and Presure Casting".


INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP)

Teknologi Pemesinan CNC
Program ini mendedahkan murid mengendali, menyelenggara dan menggunakan mesin pengeluaran berteknologi tinggi. Computer Numerical Control (CNC)bagi menghasikkan produk industri. Murid akan didedahkan dengan ilmu reka bentuk kejuruteraan, pengendalian dan pengurusan peralatan serta sistem pembuatan dengan penekanan terhadap proses pemesinan.Melalui proses pemesinan, kemahiran penggunaan mesin dan peralatan dititikberatkan yang mana ia merangkumi peralatan mesin CNC termasuklah CNC Milling Center, CNC Turning, CNC Grinding, CNC Electrical Discharge Machining (EDM) Wire Cut dan CNC Electrical Discharge Machining (EDM) Die Sinker. Murid turut diberi latihan kemahiran berkaitan kaedah pengukuran jitu melalui peralatan CMM serta pengujian klinikal termasuk kesan penggunaan, kekuatan bahan dan ketahanan reka bentuk produk. Murid juga akan mempelajari subjek penyeliaan dan pengurusan. Murid juga didedahkan dengan latihan industri.

Teknologi Pembuatan (Perkakasan – Alat Pemotong)
Program ini akan mendedahkan murid dengan mereka bentuk alat dan acuan menggunakan CAD dan mesin CNC untuk membuat alat dan acuan. Murid juga dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dalam merekabentuk, membuat acuan pembentuk untuk mengeluarkan produk mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Kurikulum Program ini mengandungi asas-asas dan pendedahan kepada murid dalam kerja-kerja teknikal dalam pembuatan Acuan Suntikan Plastik dan Alat Tekan dengan menggunakan perisian komputer. Murid juga akan mempelajari lukisan kejuruteraan , cetakan biru, rekabentuk acuan dan pembuat acuan, penyelenggaraan mesin, penggunaan mesin, penggunaan mesin kisar, mesin larik dan mesin canai jenis konvensional dan CNC, penggunaan mesin “Electrical Discharge Machining (EDM)” dan “Wire Cut”.

Teknologi Pembuatan (Perkakasan - Acuan)
Program ini akan mendedahkan murid dengan merekabentuk alat dan acuan menggunakan CAD dan mesin CNC untuk membuat alat dan acuan. Menggunakan mesin kuasa pemampat dan alat pengukuran bagi menguji acuan dan alat yang dihasilkan, membina dan membaiki acuan logam, jig dan lekapan. Pendedahan kepada metrology dan proses rawatan haba. Murid juga dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dalam merekabentuk, membuat acuan pembentuk untuk mengeluarkan produk mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Kurikulum Program ini mengandungi asas-asas dan pendedahan kepada murid dalam kerja-kerja teknikal dalam pembuatan Acuan Suntikan Plastik dan Alat Tekan dengan menggunakan perisian komputer. Murid juga akan mempelajari lukisan kejuruteraan, cetakan biru, rekabentuk acuan dan pembuat acuan, penyelenggaraan mesin, penggunaan mesin, penggunaan mesin kisar, mesin larik dan mesin canai jenis konvensional dan CNC, penggunaan mesin “Electrical Discharge Machining (EDM)” dan “Wire Cut”.

Teknologi Foundri
Program ini akan mendedahkan murid dengan menggunakan relau, analisa casting, ujikaji pasir, pembuatan bentuk corak acuan, green sand CO2, shell moulding, asas die casting, pelburan logam dan proses penuangan logam. Selain itu, murid diajar memotong, mengikir dan membuat penyudahan casting (finishing process) dengan menggunakan peralatan tangan dan mesin.

Teknologi Reka Bentuk Produk Industri
Program ini akan mendedahkan murid dengan mereka bentuk produk industri menggunakan Computer Aided Design (CAD) dan Computer Aided Manufacturing (CAM). Murid akan didedahkan tentang proses penghasilan rekabentuk. Para murid akan belajar mengenai proses rekabentuk industri yang bermula dengan penghasilan idea yang diterjemahkan dalam bentuk lakaran bebas samada secara manual atau digital. Seterusnya, memindahkan lakaran tersebut kepada lukisan kejuruteraan dengan menggunakan perisian CAD seperti AUTOCAD dan Inventor serta penggunaan Computer Aided Industrial Design (CAID) seperti Alias. Lukisan rekabentuk kejuruteraan akan diterjemahkan dalam bentuk 3D dengan penghasilan model atau prototaip yang mengaplikasikan pelbagai jenis kaedah iaitu seperti teknik asas pembuatan model menggunakan foam, kayu dan acrylic dan juga teknik asas pembuatan model menggunakan gentian kaca (fiberglass) dan dikemaskini dengan teknik semburan angin (Airbrush). Selain itu, model juga dapat dihasilkan dengan teknik pembuatan deras atau lebih dikenali sebagai Rapid Prototyping.

Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan)
Dalam program ini, murid akan diajar dengan kaedah membuat lukisan kejuruteraan mekanikal secara manual dan berkomputer. Murid akan mempelajari semua jenis lukisan mekanikal seperti komponen mesin, struktur, lukisan pemasangan (assembly drawing), lukisan terperinci (detail drawing) dalam pelbagai bentuk pandangan dan lukisan keratin (section drawing). Selain itu, murid akan dilatih berkaitan asas lukisan bangunan atau seni bina. Semua lukisan akan dibuat secara manual dan penggunaan perisian AutoCAD

Teknologi Instrumen Perindustrian
Dalam program ini, murid akan diajar mengawal dan menganalisa parameter proses seperti aliran, paras, suhu dan tekanan dengan menggunakan sistem elektronik, pneumatic dan hidraulik. Murid didedahkan penyelenggaraan sistem kawalan supaya proses sentiasa stabil

Teknologi Mekatronik
Program ini merupakan bidang yang mempelajari gabungan mekanikal dan elektronik. Murid akan mendalami proses rekabentuk, menghasil dan menyelenggara sistem peralatan automasi, robotik, sistem kawalan dan komunikasi dalam industri.

Teknologi CADD Seni Bina
Dalam Program ini, murid akan diajar merangka lukisan unjuran, keratin, perspektif, lukisan perincian, geometri dan lukisan kerja dan ukur bangunan. Murid akan mempelajari cara merekabentuk bangunan, kerja-kerja ukur tanah, penentu baying, teknik mewarna, lukisan persembahan dan undang-undang pembinaan.

Teknologi Plastik
Program ini akan mendedahkan murid mengenai teori sifat dan ciri-ciri plastic (polimer). Murid didedahkan cara pengadunan bahan-bahan plastic dan bahan tambah, asas reka bentuk acuan plastik. Pendedahan terhadap pengendalian mesin pemprosesan produk plastik seperti proses injection moulding, blow moulding, extrusion. Blow film, compression moulding dan vacuum forming. Kurikulum dibina untuk melahirkan murid yang berketrampilan serta memahami pelbagai kaedah pemprosesan bahan plastic. Keutamaan pembelajaran menekankan kaedah hands on. Murid akan belajar bermula dari aspek pengenalan asas bahan plastic sehingga penghasilan produk menggunakan kaedah pembuatan dan pemprosesan teknologi terkini yang memnuhi piawaian dan spesifikasi industri.

Teknologi Seramik
Program ini akan mendedahkan murid dengan asas-asas dalam industri seramik seperti pengadunan separa siap dan produk siap, melakukan kerja membentuk, mengering dan menjalankan ujian kualiti. Murid juga didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pemprosesan seramik dan perincirian bahan mentah seramik. Kurikulum yang dibina adalah untuk melahirkan murid yang berketrampilan serta memahami proses merekabentuk, fabrikasi dan menganalisa segala permasalahan yang timbul dalam teknologi pembuatan seramik. Khususnya, murid didedahkan proses merekabentuk model dan mould, kaedah penyediaan bahan seramik, fabrikasi produk, proses pengeringan dan pembakaran, kaedah penyudahan dan dekorasi dan menganalisa permasalahan timbul dalam penentuan kualiti pemprosesan dan produk seramik. Keutamaan pembelajaran menekankan aspek proses pembuatan seramik secara hands-on. Bidang ini menekankan penggunaan Sains Gunaan dalam mempertingkatkan kebolehan menganalisa, menilai dan membangunkan produk berasaskan seramik yang berkualiti.

Teknologi Pemasangan Paip (Minyak dan Gas)
Program ini akan mendedahkan murid dengan dalam industri minyak dan gas, kerja fabrikasi paip adalah proses pembuatan dan reka sistem paip untuk pelbagai kegunaan industri tersebut. Kerja fabrikasi paip banyak digunakan dalam sektor seperti kilang penapis minyak, pengairan kediaman, pemanasan, pengudaraan & penyaman udara (HVAC), saluran paip memadam kebakaran, firma pembinaan mekanikal, loji kimia, loji kuasa nuclear, loji gas, hospital, syarikat-syarikat farmaseutikal, limbungan kapal, kilang semikonduktor dan lain-lain. Murid akan didedahkan teknik membentuk, memasang dan menyelenggara sistem pemasangan paip gas, membaca dan mentafsir blue print, penggunaan alat pemotong tangan dan mesin, menyambung paip gas, menyelenggara sistem paip gas dan pengujian serta pembaikan kebocoran paip gas. Murid akan berkeupayaan untuk membuat dan membaca lukisan geometri dan perpaipan, mengurus dan memantau aktiviti kerja fabrikasi paip seperti persediaan bahan, pemotongan dan pemasangan.

Teknologi Fabrikasi Logam
Program ini menyediakan murid kepada kimpalan mengikut aras bs/aws, proses dan teknik, pengkelasan bahan logam, teknik. Tata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, lukisan kejuruteraan, fabrikasi, pemasangan kimpal paku dan kimpal arka logam berperisai. Di samping itu, murid juga didedahkan dengan automasi komputer.

Teknologi Kenderaan Perdagangan Berat
Program ini akan mendedahkan murid dalam menservis dan membaik pulih kenderaan perdagangan berat seperti trak, bas, lori dan trailer. Antaranya, sistem brek, enjin, penyaman udara, ekzos, elektrik, gantungan, steering, hidraulik, pneumatic, penyejukan enjin, bahan api dan kawalan elektronik

Teknologi Jaminan Kualiti
Program ini memberikan penekanan berkaitan asas kerja kejuruteraan, aktiviti pemeriksaan kualiti dan jaminan kualiti input/output pembuatan supaya menepati spesifikasi serta piawaian yang ditetapkan, mempelajari kaedah pemeriksaan berketepatan tinggi, kaedah mengenalpasti kecacatan produk, kemahiran merancang dan mengambil tindakan susulan kepada masalah kualiti, kemahiran menulis laporan pemeriksaan dan bertindak terhadap maklumbalas serta aduan berkaitan dengan kualiti pembuatan serta pendedahan terhadap konsep dan teknik kualiti.

Teknologi CADD Mekanikal (Minyak dan Gas)
Dalam program ini, murid akan diajar dengan kaedah membuat lukisan kejuruteraan mekanikal secara manual dan berkomputer. Murid akan mempelajari semua jenis lukisan mekanikal seperti komponen mesin, struktur, lukisan pemasangan (assembly drawing), lukisan terperinci (detail drawing) dalam pelbagai bentuk pandangan dan lukisan keratin (section drawing). Selain itu, murid akan dilatih berkaitan asas lukisan bangunan atau seni bina. Semua lukisan akan dibuat secara manual dan penggunaan perisian AutoCAD

Teknologi Perisian (Pengaturcaraan)

Dalam program ini, murid yang menyertai akan mempelajari pengaturcaraan sistem logik, penterjemahan logik kepada pengkodan, menulis dan menguji pengkodan program, menjalankan aktiviti rutin keselamatan sistem dan membantu dalam pengurusan data. Murid akan menyertai latihan ini dalam tempoh 24 bulan. Murid yang menjalani Program ini, berpeluang menjadi Pembantu Pengaturcara Komputer dan pekerjaan lain dalam bidang pengaturcaraan komputer.


Read More »

Program Matrikulasi Awam



Matrikulasi awam ialah program pra universiti yang disediakan oleh kerajaan. Berbanding dengan Pengajian Tingkatan Enam, ia adalah program kursus yang lebih mudah. 90 peratus pelajar matrikulasi ialah Bumiputera, dan 10 peratus pelajar ialah bukan Bumiputera.


KENAPA PILIH KURSUS INI?

Matrikulasi adalah pilihan terbaik untuk pra-universiti kerana ia lebih mudah dan yurannya yang murah. Bagaimanapun, terdapat persaingan yang kuat dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi dan undang-undang.


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Program matrikulasi terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT). Kelayakan masuk salah-satu program tersebut berdasarkan keputusan SPM pemohon:

Program Satu Tahun (PST) -  2 Semester
  • Sekurang-kurangnya mendapat C dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Kimia
  • Sekurang-kurangnya mendapat B dalam Matematik
  • Sekurang-kurangnya mendapat C dalam satu subjek sama ada Fizik atau Biologi, dan Prinsip Akaun
  • Sekurang-kurangnya mendapat E dalam Matematik Tambahan
  • Sekurang-kurangnya mendapat C dalam dua subjek berikut: Ekonomi Asas, Perdagangan, Sains Asasi, Fizik, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Lukisan Teknikal

Program Dua Tahun (PDT) - 4 Semester
  • Sekurang-kurangnya mendapat C dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, dan Kimia
  • Sekurang-kurangnya mendapat D dalam Matematik
  • Sekurang-kurangnya mendapat C dalam satu subjek berikut: Fizik, Biologi, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

PILIHAN MATAPELAJARAN

Semua pelajar Matrikulasi dikehendaki untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti kokurikulum
  • Sukan / Permainan, atau
  • Kelab / Persatuan, atau 
  • Pasukan Beruniform Kawad Kaki.

Semua subjek yang diajar dalam Bahasa Inggeris:
  • Matematik
  • Sains
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Sains Informatika

Matapelajaran wajib:
  • Bahasa Inggeris
  • Kemahiran Dinamika
  • Pendidikan Islam / Moral

Program Matrikulasi menawarkan tiga (3) jurusan pengajian:
  • Sains (Kod M001)
  • Perakaunan (Kod M003)
  • Teknikal (Kod M007)

Mata Pelajaran Teras:

Jurusan Sains
  • Modul I : Matematik, Kimia, Fizik, Biologi
  • Modul II : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer
  • Modul III : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer

Jurusan Perakaunan
  • Matematik
  • Perakaunan
  • Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi

Jurusan Teknikal
  • Matematik
  • Kimia Kejuruteraan
  • Fizik Kejuruteraan
  • Pengajian Kejuruteraan

KAEDAH PENILAIAN

Pengajian
PST akan bermula pada April sementara PDT akan bermula pada Mei. Satu-satunya perbezaan antara PST dan PDT:
  • PDT: Mata pelajaran diajar merentangi 2 tahun. PDT membolehkan pelajar yang agak lemah sedikit dapat menamatkan kursus mereka. PDT hanya ditawarkan kepada pelajar bumiputera.
  • PST: Mata pelajaran diajar dalam tempoh setahun.

Peperiksaan
Pelajar dikehendaki mendapat CGPA 2.0 dan ke atas, jika gagal, pelajar perlu untuk mengulangi kertas peperiksaan semula.

Nilai
Gred dikira melalui Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) sistem (PNGK). PNGK tertinggi adalah 4.0, dan gred ini adalah berdasarkan kepada keputusan peperiksaan yang terdiri dalam 0% -100% bagi setiap mata pelajaran.


YURAN

Yuran pengajian bagi aliran Sains dan aliran Teknikal ialah RM 580 manakala bagi aliran Perakaunan ialah RM 530.


ELAUN 

Pelajar Matrikulasi akan memperolehi elaun sebanyak RM 250 sebulan, atau RM1,250 satu semester (satu semester bersamaan dengan lima bulan).


CARA DAFTAR

Pendaftaran bermula Julai dan pemohon dikehendaki mendaftar secara online di www.moe.gov.my. Untuk mendaftar, pemohon dikehendaki untuk mendapatkan nombor pin khas dari Bank Simpanan Nasional (BSN).


SEMAK KEPUTUSAN

Sila layari ke laman web rasmi semakan tawaran ke Kolej Matrikulasi, atau boleh semak melalui SMS dengan cara:

Taipkan MOEMATNO. KP dan hantarkan ke 15888

Contoh : MOE MAT 981206085773


PROSES PERMOHONAN KEPUTUSAN MATRIKULASI

Pelajar yang berjaya lulus Matrikulasi layak untuk melangkah ke universiti dengan ijazah sarjana muda. Pemilihan pelajar adalah sama seperti pemilihan pelajar dari Tingkatan Enam.

Selepas berjaya mendapat segulung sijil matrikulasi, mulai tahun 2017 juga sijil matrikulasi KPM sudah diiktiraf dan boleh digunakan untuk memohon pekerjaan di dalam sektor Perkhidmatan Awam, sama seperti sijil STPM.

Baca untuk mengetahui lebih lanjut: Sijil Matrikulasi Sudah Diiktiraf

Semoga berjaya!



Read More »

Pilih Diploma ke Matrikulasi?



Dilema yang sedang dihadapi oleh pelajar lepasan SPM yang mendapat tawaran ke Matrikulasi (tetapi mungkin masih belum mengesahkan untuk menerima tawaran tersebut), kini ditambah dengan satu lagi tawaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk mengikuti pengajian asasi ataupun diploma di Universiti Awam ataupun Politeknik Premier.


Kenalpasti di IPT manakah program pengajian yang memberi ijazah sarjana muda atau diploma dalam bidang yang berkaitan ditawarkan. Berikut adalah 3 asas pemilihan sebagai panduan pelajar.



1. Jika program ijazah sarjana muda tersebut ditawarkan di universiti yang ada menawarkan program asasinya sendiri seperti UPM, UUM, UKM, UiTM, UM, UNIMAS, USIM, UIAM, UMS atau UNISZA, maka sertailah program asasi yang ditawarkan di universiti ini bila tamat program asasi nanti.


2. Jika program ijazah sarjana muda yang ingin diikuti ada ditawarkan di universiti lain yang tidak menawarkan program asasinya sendiri seperti USM, UNIMAP, UTM, UPSI, UMP, UMK, UMT, UTEM, UTHM maka pelajar seharusnya memilih untuk mengikuti program matrikulasi yang membuka peluang untuk pelajar memohon ke mana-mana universiti bagi mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.

3. Program Asasi UM dan UiTM juga membuka peluang untuk pelajar memohon mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di mana-mana universiti sama seperti kelayakan matrikulasi (yang berbeza dengan matrikulasi adalah syarat kemasukan ke asasi UM dan UiTM ni berbeza lebih tinggi berbanding syarat ke matrikulasi).

ARTIKEL BERKAITAN -> Program Matrikulasi Awam KPM


DIPLOMA

Ada pelajar memikirkan untuk memilih diploma berbanding asasi atau matrikulasi kerana takut “tak dapat bawa” pengajian asasi / matrikulasi dan takut-takut kalau dapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) rendah, nanti susah nak sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan kemudiannya akan dapat program lelong.

Tidak juga bermakna jika pelajar memilih laluan diploma, peluang pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda lebih mudah.

Dalam perbincangan “Pengalaman Dari Diploma ke Ijazah Sarjana Muda” di dalam Facebook, Halatuju Pendidikan Selepas SPM telah menunjukkan pengalaman sebenar pelajar-pelajar lepasan diploma yang kebanyakannya mencapai PNGK 3.00 ke atas pun tidak semua yang berjaya mendapat pengecualian apabila menyertai pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Ramai yang terpaksa mengikuti pengajian ijazah sarjana muda bermula dari tahun 1 semester 1 semula selepas menamatkan pengajian diploma 2½ – 3 tahun.

PPISMP di IPGM

Kepada yang dah tekad untuk menyertai Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG), anda mungkin terpaksa membuat pilihan dengan apa yang ditawarkan sekarang berdasarkan faktor yang saya nyatakan di atas sehingga keputusan permohonan anda ke IPGM diumumkan. Terima dulu apa-apa tawaran yang telah diterima.

Selalunya keputusan tawaran ke Matrikulasi akan keluar dahulu berbanding keputusan UPU. Minggu kedua pada bulan Mei barulah keputusan permohonan ke IPTA akan diumumkan oleh pihak UPU. Pelajar boleh tunggu sehingga keputusan permohonan ke IPTA (melalui UPU) keluar. Keputusan permohonan ke ILKA pula diumumkan pada minggu keempat pada bulan Mei juga.

kalau tak dapat IPTA, daftarlah ke matrikulasi secara online.

kalau dapat IPTA dan dapat matrikulasi tetapi memilih untuk tidak mahu pergi ke matrikulasi, tak perlu daftar matrikulasi online dan terimalah tawaran IPTA tersebut.

kalau tak dapat ILKA tapi dah dapat matrikulasi, terus sajalah mendaftar online ke matrikulasi

kalau dapat tawaran IPTA, ILKA dan dah dapat matrikulasi, kenalah buat keputusan nak pilih yang mana satu

Kalau ketiga-tiganya tak dapat juga, jangan putus asa! banyak lagi peluang anda untuk melanjutkan pelajaran. boleh baca link di bawah:

ARTIKEL BERKAITAN -> Pilih bidang Vokasional


Apa-apa keputusan yang anda buat kena fikirkan sehabis baik. Pilih program yang anda minati dan periksa mana satu laluan pendidikan yang sesuai untuk mencapai matlamat anda. Ingat, pilih program pendidikan bukan kerana untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk, tetapi pilih kerana minat. Pilih laluan pendidikan yang membawa anda kepada kerjaya yang akan anda lakukan pada satu hari nanti.


Apa perlu kamu lakukan selepas mendapat keputusan SPM?

1.  Buat keputusan tentang kursus yang kamu mahu pohon
Berdasarkan keputusan SPM, fokus kepada kekuatan yang ada pada anda dalam keputusan SPM, dan pilih berdasarkan kemampuan anda sendiri.

Selepas mengetahui pilihan program, pilih universiti yang mempunyai tawaran program yang anda pilih.

2. Baiki komunikasi anda dalam Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris adalah bahasa penghantar yang penting apabila melangkah ke universiti. Kajian daripada Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mendapati 60 peratus ahlinya menganggap pemohon pekerjaan pada kali pertama adalah lemah dalam penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris. Tinjauan Jobstreet pula mendapati 55 peratus majikan di negara ini percaya kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris adalah punca utama pengangguran dalam kalangan mahasiswa.

3. Bersedia menghadapi kehidupan kampus
Kehidupan di kampus memerlukan anda untuk hidup berjimat cermat sambil berdikari. Kamu boleh mula belajar bagaimana untuk menguruskan diri sendiri tanpa memerlukan bantuan ibu bapa kamu.


Read More »

Thursday, December 15, 2016

Takwim Persekolahan Tahun 2017


Pada 13 Disember 2016, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Siaran KPM Bilangan 18 Tahun 2016, iaitu Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan bagi Tahun 2017. 

Penggal persekolahan bagi sesi 2017 akan bermula pada 1 Januari 2017 dan tamat pada 23 November 2017 bagi sekolah-sekolah di negeri Kumpulan A. Manakala sekolah-sekolah dari Kumpulan B akan bermula pada 3 Januari 2017 dan tamat pada 24 November 2017.

Perincian Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan bagi negeri-negeri Kumpulan A


Perincian Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan bagi negeri-negeri Kumpulan B


Penyelarasan tarikh-tarikh bagi cuti perayaan bagi sesi persekolahan tahun 2017 yang melibatkan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Kaamatan, Hari Gawai Dayak dan Hari Krismas. Semua cuti-cuti yang disenaraikan tidak perlu diganti.


Nak save semua jadual-jadual cuti pun boleh. Hanya download dan boleh save and print!

Download jadual takwim cuti sekolah tahun 2017 -> [link]


Para cikgu cikgi ada 43 minggu bagi sesi persekolahan pada tahun 2017. Diharap dengan adanya takwim ini, ibu bapa sudah boleh merancang @ plan cuti sekolah bersama-sama dengan keluarga. Ada beberapa cuti panjang yang agak cantik untuk pergi bercuti.


lovenota: cuti sekolah saya duduk rumah goyang kaki je



Read More »

Thursday, December 01, 2016

Model Kereta yang digunakan Oleh Polis

Di bawah adalah gambar beberapa jenis model kereta yang digunakan oleh polis-polis di seluruh dunia termasuk kereta malaysia. amacam? nampak cantik? laju tak agak-agak? eh mestilah laju. tengok brand la!

Volvo s80 2.5T

korang akan nampak kereta ini di kawasan Kuala Lumpur atau Selangor dan kawasan yang sewaktu dengannya sahaja kot..sebab di Port Dickson nie memang takde laa..hehe. 

Mitsubishi Lancer Evolution

Kereta model ini juga sudah digunakan secara meluas di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, sudah semestinya. hohoho.

update yang terkini dan terbaru, kereta polis malaysia sudah menggunakan jenama Proton Preve. laju sikit nak potong kereta-kereta yang melanggar undang-undang.

sekarang kita tengok Polis-polis luar negara / Oversea guna jenis model kereta apa pulak ye..

Jaguar S Type
kereta ini Polis Canada yang guna..smart boh!


Ferrari 612 Scaglietti
ini pulak guna kat United Kingdom..hebat kan..


Mitsubishi Lancer EVO X 
Banyak jugak model kereta yang Polis UK guna 


Caparo T1 RRV Police Pursuit Car 
Polis United Kingdom guna macam kereta racing Formula One (F1) kot.



Mercedes Benz - C class
polis Iran pun guna kereta mewah camnie tau..(abaikan manusia itu..nampak tak perempuan tu? huhu)


Lamborghini Gallardo LP560-4 
Polis Itali yang guna kereta jenis nie..power tuhh..hoho..


 Brabus Rocket CLS V12 
Polis Jerman guna kereta roket. nama pun hebat!


Lexus IS-Force 
Polis France @ Perancis menggunakan kereta tersebut. Lexus tau.


 Nissan Skyline R34 GT-R
Polis Jepun guna Skyline. memang Jepun pun terkenal dengan model jenis ini


 Porsche 911 
Digunakan oleh Polis Romania @ Rom. eh comel la pulak!


Ford Mustang 
Polis USA @ United States of Amerika. eh Mustang beb. jangan main-main. 


kereta yang aku nak pakai bila dah banyak duit nanti..boleh tak? 
(^V^)v


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®