Tuesday, May 06, 2014

Kisah Riwayat Allahyarham Datuk Abdul Aziz Sattar


Disebabkan terlalu busy dengan Perkhemahan Kor kadet Polis Peringkat Daerah Tampin 2014, saya terlambat mengetahui bahawa Datuk Aziz Sattar sudah meninggal dunia pada malam tadi. Innalillahiwainnalillahiroji'un. dari Dia kita datang, dari Dia jua kita kembali.


Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar atau nama sebenarnya Abdul Azeez Satta, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital KPJ Kajang, kira-kira jam 2 pagi tadi (6 Mei 2014). Allahyarham Aziz Sattar menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu. 

Biodata Allahyarham Aziz Sattar

Abdul Aziz yang mesra dengan panggilan Pak Ajis merupakan anak ketiga daripada 10 adik-beradik. beliau dilahirkan pada 8 Ogos 1925 di Pekalongan, Provinsi Jawa Tengah, Indonesia sebelum dibawa berhijrah oleh ibu bapanya Satimah Jalal dan Satta Sawal ke Singapura ketika berusia tiga tahun. 

Allahyarham yang dibesarkan di Kampung Panjang, Singapura hanya bersekolah setakat darjah lima di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura kerana negara dijajah Jepun. Beliau bekerja sebagai pemandu lori untuk menampung kehidupannya. 

Kehidupan awal beliau penuh onak dan ranjau, malah pernah ditangkap dan diseksa oleh tentera Jepun selepas dikatakan mencuri pada usia 15 tahun. Beliau juga pernah dimasukkan ke penjara selama enam bulan bersama bapa seniwati Roseyatimah, dikenali Wak Jasni selepas disyaki terbabit dalam rusuhan 'Natrah' (Bertha Hertogh) di Singapura pada 1950

Kehidupan seniman ini mula berubah  pada 1952 apabila beliau menjadi penterjemah di Studio Produksi Filem Melayu atau Studio Malay Film Productions (MFP), Jalan Ampas selepas diajak oleh dua sahabat baiknya pelakon Salleh Kamil dan Shariff Dol. 

Beliau yang pada masa itu aktif dalam Pancaragam Suara Hiburan Keroncong kemudian ditawar watak tambahan dalam filem 'Putus Harapan'. 

Alam Rumahtangga Allahyarham Aziz Sattar

Menyentuh alam rumah tangga, Allahyarham Pak Aziz pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya saja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumia (isteri ketiga) dan Seniwati Dayang Sofia (isteri keempat). Allahyarham meninggalkan tujuh anak, 19 cucu dan lima cicit hasil empat perkahwinan sebelum berkahwin kali kelima dengan Datin Hashimah Delan pada 2006. Anak-anak Allahyarham Aziz Sattar ialah Ruzaiman, Ruzaidah, Ruzainah, Zainuddin, Dahlia, Dalina dan Sandakiah.

Filem-filem lakonan Allahyarham Aziz Sattar

Allahyarham Pak Aziz adalah seniman tulen, satu dalam sejuta. Beliau terus diberikan kekuatan fizikal untuk mewarnai filem tempatan hingga ke detik ini, sejak pertama kali diperkenalkan dalam filem Putus Harapan pada 1953 arahan B N Rao. Pada hari pertama berlakon, tubuhnya menggeletar kerana hingga ditertawakan semua krew. Namun produser Run Run Shaw akhirnya tertarik juga mengambil beliau berlakon sepenuh masa dengan gaji RM150 sebulan selain bonus bagi setiap filem.

Perjalanan kariernya semakin berkembang apabila dapat memegang watak utama dalam filem Arjuna (1954) diikuti siri Bujang Lapok (1957-1961) dan Aksi Kucing (1966). 

Selepas filem Putus Harapan, beliau membintangi filem Mangsa (1952), Hati Iblis (1952), Jasa (1954), Kipas Hikmat (1955), Ribut (1956) dan Putera Bertopeng (1957). Ramlee kemudian memilih Aziz untuk bergandingan dengan S Samsudin membentuk sebuah kumpulan trio dalam filem Bujang Lapok (1957).

Sejak itu, Aziz menjadi pilihan Ramlee untuk filem arahannya seperti Nujum Pak Belalang (1959), Pendekar Bujang Lapok (1959), Ali Baba Bujang Lapok (1960), Seniman Bujang Lapok (1961), Labu Labi (1962) dan Nasib Si Labu Labi (1963).

Uniknya kebanyakan dialog dalam filem lakonan beliau diungkap secara spontan dan sering menjadi ikutan peminat filem-filem Melayu malar segar. 

Melalui filem-filem ini jugalah beliau menjadi sahabat baik kepada Allahyarham P Ramlee. 

Antara filem-filem lain lakonannya ialah Takdir, Hantu Kubur, Pusaka Pontianak, Saudagar Minyak Urat, Siapa Besar, Putera Bertopeng, Raja Laksamana Bentan, Sumpah Wanita, Siti Muslihat, Mambang Moden, Keluarga Si Comat, Si Badol, Prebet Lapok, Penyamun Tarbus, Da Di Du, Setinggan, Tarik-Tarik, Abang 92, Layar Lara, Jibon, Pontianak Harum Sundal Malam 1 & 2, Cicak-Man dan Anak Halal. Kesemua filem lakonan Allahyarham berjumlah 44 buah filem.

Selain berlakon, Allahyarham juga pernah diberi kepercayaan mengarah filem selain menulis skrip antaranya filem 'Si Badol' (1979), 'Da Di Du' (1981), 'Setinggan' (1982), 'Darah Satria' (1984) dan Bujang Lapuk Kembali Da (1984). 

Pencapaian dan Penghargaan

Kehebatannya sebagai anak seni diiktiraf menerusi beberapa anugerah antaranya Filem Komedi Terbaik (Penyamun Tarbus) Filem Filem Malaysia ke-2 (1981), Anugerah Seniman Veteran ketika Festival Filem Malaysia ke-11 (1994), Anugerah Seniman Veteran (Lelaki) ketika Anugerah Bintang Popular (2000) selain Anugerah Artis Sepanjang Zaman (Lelaki) pada Festival Filem Malaysia ke-25 (2013). 

Allahyarham turut dianugerah Tokoh Budaya Kolej Burhanuddin Helmi oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada tahun 2011, Allahyarham juga menerima Anugerah Gemilang Seri Temasik bersama dengan Datuk Mustapha Maarof dan Senator Tan Sri Datuk Jins Shamsudin di Singapura. 

Pada 2007, beliau dikurnia Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Selain itu, beliau juga diberi gelaran Ahli Mangku Negara (AMN) pada 1990.

Dialog popular Allahyarham Aziz Sattar

Seniman Bujang Lapok 



babak berlakon 

1) babak ketika aziz sattar sedang berlakon (test screen). selepas mengucapkan dialog kepada ahmad nisfu, dia pun ambil tempat.

aziz: tuan kasi lah saya satu perempuan. saya tak boleh berlakon kalau takde pompuan tuan
nisfu: perempuan?? tak payah! aaarr umar..umar (salah seorang krew) boleh jadi perempuan.

test screen bermula.

nisfu: action!
aziz: wahai adinda ku yang cantik rupawan..hidungmu cantik bagai seludang..rambut mu... errr..errr..(start terlupa dialog...die pun lihat pada umar)... rambut hitam berjambul di hadapan..berbaju bunga berseluar yankee..berkaki ayam..ohh adinda ku yang... sudikah dinda menjadi isteri beta..
nisfu: apa kau bikin dialog sendiri!!
aziz: Ai... .Siapa itu di sana hah? ohh... .kanda tahu siapa itu, itulah perompak yang mahu merompak adinda dari tangan kekanda
nisfu: apa!!kau bilang aku perompak!! aku tuan director ahmad nisfu!!
aziz: aaarrgghh!!..tak usah kau cuba ingin menyamar jadi tuan director ahmad nisfu..walaupun rupamu tidak ku kenal... .TATTAPI LOBANG IDONG MU TATTAP MENJADI POOOOJAAN HATI KUUU...
nisfu: ... . CUTT!!!CUTT!!

2) Ahmad Nesfu: Aik... itu bedak ke kapur? 
Ajis: Bedak tuan.... 

3) ajis : jolok motor ye bang.....

4) babak jiran sebelah bilik bergaduh suami isteri - “Saudara berbini je pandai tetapi undang-undang bodoh! 



5) babak jiran bising tak boleh tidur

Sudin : Tu ler dulu aku ajak korang pindah korang tak nak.
Aziz : iyer ler Sudin.. rumah yang kau cakap tu ada lagi tak??
Sudin : Rumah yang mana tu..Oooo.. rumah tu .. ada kenapa?
Aziz : Berapa bilik dia ada?
Sudin : Tak silap aku ada 3 bilik..
Aziz : Bagus tu ada tiga bilik tu..Sorang satu..Sudin berapa besar agak-agak kau bilik tu??
Sudin : Kalau tak silap aku 7 kaki panjang 5 kaki lebar 7 kaki dalam..
Aziz : Besar tu 7 kaki panjang 5 kaki lebar..siap ada dalam tu 7 kaki..iitttuuu kubur tuu!!! ko nak mampus!!!


5) babak 3 bujang lapok sedang shooting

ramlee: sungguh senang hati beta. beta lah yang digelar setan aminur rashid
ahmad nisfu: cut!! bukan setan syaitan..sultan!
ramlee: sungguh senang hati beta..beta lah yang digelar sultan aminur rashid. mamanda menteri, ada apa-apa perkhabaran?
aziz: ada tuanku. seorang saudagar telah meminta tuanku untuk merasmikan pembukaan kandang harimaunya.
ahmad nisfu: cut!! pembukaan kandang harimau? sekali rimau ngap..mampus kau!! pembukaan ladang limaunya..bodoh bahlul...
aziz: ada tuanku. seorang saudagar telah meminta tuanku untuk merasmikan pembukaan ladang limaunya.
ramlee: bagus..memanda menteri, bagus. jikalau begitu sebelum subuh beta sampai.
ahmad nisfu: cut!! sebelum subuh buat apa? orang belum bangun tidur. selepas subuh... bodoh!!
ramlee: bagus..memanda menteri, bagus. jikalau begitu, selepas subuh beta sampai. datuk perdana menteri boleh beredar.
aziz: ampun tuanku.
ramlee: wahai datuk ahli nujum maram kerapu kepunden maram sekeper. malam tadi beta bermimpi. seketul tahi lembu telah jatuh melekap di muka beta. apa maknanya?
sudin: ampun tuanku. mengikut amalan patik, tuanku akan ditimpa bahaya.
ramlee: tidak..tidak..hanya sipi..sipi. jatuh ke bahu beta.
sudin: ooh sipi..itu bermakna tuanku akan ditimpa demam malaria tapioka.
ramlee: ooohh bukan sipi..beta tepis..pelepap..atas muka tuan director ahmad nisfu.
sudin: itu maknanya tuan director nak mampus..

Pendekar Bujang Lapok 


1) babak Ajis baca surat walaupun buta huruf 

P Ramlee: Eh apa da terpusing-pusing 
Aziz: Cari dia punya kepala la. Sekali syair!...Alkisah... Alkisah tersebutlah kisah. Sang kancil mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Firaun... 
P Ramlee: Cit!... mana Firaun pakai sultan... 



2) babak tiga sahabat bertapa - Cobaan...! 



3) babak bujang lapok belajar sekolah buta huruf

be wau re nge...unta.....
Alif Ya Mim .. Buaya

Nujum Pak Belalang 



Babak dua perompak, Nyawa (S Shamsudin) dan Badan (Pak Ajis) membahagikan harta di dalam gua:
sudin :1 untuk kau,1 untuk aku. 2 untuk kau, 2 untuk aku. 3 untuk kau, 3 untuk aku. lepas 3 berapa?
ajis :hentam sajalah.
sudin :hentam sahajalah untuk kau, hentam sahajalah untuk aku. lepas hentam sahajalah?
ajis : bedallah
sudin : bedallah untuk kau, bedallah untuk aku
ajis :hey dalam dunia mana ada huruf bedallah daa,
sudin :hey dalam dunia mana ada huruf bedallah daa untuk kau, hey dalam dunia mana ada huruf bedallah daa untuk aku,
ajis : hey apa daa,
sudin : hey apa daa untuk kau, hey apa daa untuk aku,
ajis :hehehe ,
sudin : hehehe untuk kau, hehehe untuk aku,
ajis :hey kau nak mampus yer,
sudin : hey kau nak mampus yer untuk kau, hey kau nak mampus untuk aku,
ajis :kepala hotak kau
sudin : kepala hotak kau untuk kau, kepala hotak kau untuk aku
ajis : aku bagi karang
sudin : aku bagi karang untuk kau,aku bagi karang untuk aku
ajis : eeeeeeei
sudin : eeeeeei untuk kau, eeeeeeei untuk aku 

Ali Baba Bujang Lapok 

1) babak ketika Ali Baba datang pinjam beras:
Ali Baba: Ya kanda, ni surat pajak, ya kanda, apa orang kaya pun selalu masuk pajak gadai ke? 
Kassim Baba: Apa kamu fikir orang kaya semua senang ke, kadang-kadang pun sesak la... 

2) babak ketika Ali Baba mahu masuk hutan kutip kayu api:
Norsiah: Apesal kanda pakai topi besi? 
Ali Baba: "Kanda masuk soldier lah.. 
Norsiah: Kenapa kanda bukak baju tak bukak topi? 
Ali Baba: Soldier kena turun pangkat dah.. 



3) babak Ali Baba mengaku reporter berjumpa dengan Chief Penyamun (sindiran P Ramlee kepada wartawan yang ketika itu berkrisis dengannya) 
Ali Baba: Hi 
Chief: Hi...kamu ni siapa dah? 
Ali Baba: Reporterlah... 
Chief: Reporter? .. aku bikin gua dalam hutan pun kau tau kah? 
Ali Baba: Itu memang saya punya kerjalah 


lovenota 1: Takziah kepada keluarga Allahyarham
lovenota 2: lama saya ambil masa untuk update mengenai Allahyarham sebab mengkaji sedikit latar belakang Allahyarham untuk tatapan pembaca :)


Read More »

Tuesday, April 29, 2014

Melanjutkan Pengajian Sarjana (Master)


bila difikirkan keinginan hati, mahu saja ku turutkan tapi memikirkan hal-hal lain agak berat hati pula ingin diteruskan. siapa yang tak nak sambung master? ambil pengajian Sarjana di bidang yang diingini? ditambah pula dengan tawaran dari KPM baru-baru ini, iaitu:


saya lebih prefer pada Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) disebabkan tawaran yang agak baik berbanding dengan Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) iaitu pemberian Elaun Biasiswa dan penajaan Yuran Pengajian. bermakna, saya tidak perlu memikirkan pembayaran yuran dan akan mendapat biasiswa di samping penerimaan gaji penuh saya. apabila melihat senarai bidang yang ditawarkan, saya memilih kod LD_B311 iaitu Pengajian/Pendidikan Kimia. itu sahaja bidang yang berkaitan dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dahulu. 

tetapi saya memikirkan penerimaan oleh 'dia'. adakah dia sanggup menunggu saya lagi untuk menghabiskan Master pula? tambahan pula nanti ada taraf pendidikan yang selangkah jauh dari saya. pening juga memikirkan tanggapan abah nanti. susahnya rasa.

memang dia ada mengatakan, kalau nak sambung master teruskan. lagipun dia ada untuk support saya semasa belajar nanti. lagipun kami dah merancang semuanya dan akan berlaku pada tahun depan *InsyaAllah..ngeee* tapi banyak faktor-faktor yang menghalang saya untuk meneruskan permohonan ini. 

faktor lain pula, jika permohonan berjaya, dikehendaki menulis satu kertas cadangan berkaitan dengan penyelidikan. saya membayangkan kertas cadangan itu nanti seperti tesis saya pada zaman Ijazah Sarjana Muda dulu. perlu ada Pengenalan, Penyataan Masalah, Latar belakang kajian, Tujuan / Objektif, Persoalan Kajian, Metodologi, Rangka Jadual Kerja, Kepentingan Kajian dan Rujukan; langkah yang sama menghasilkan tesis dulu. runsing memikirkan jenis penyelidikan yang bagaimana yang ingin saya hasilkan. saya tiada idea langsung! kalau tesis dulu, saya membuat penyelidikan mengenai Chitosan, iaitu kulit udang untuk menyelidik kadar keterlarutan air (water soluble) di dalam Chitosan mengikut kepekatan (concentration) Chitosan yang berlainan. sangat mencabar!

mugkin saya kena berfikir dan berbincang dengan kedua ibu bapa saya nanti. dan juga si 'Papa Meow' tu. oh ya, tarikh tutup permohonan adalah 24 Mei 2014. pada sesiapa yang nak mohon, boleh melawat ke laman web KPM -> [ link ]



sehingga kini saya masih buntu. nak ke tak? nak ke tak? 

akhirnya, saya pening sendiri. 


lovenota 1: nak sambung sekarang ke lepas kahwin nanti? 
lovenota 2: tak lama lagi dah tu. aiseh!

Read More »

Thursday, April 24, 2014

Disaman Polis Trafik


Dah lama saya tak update blog kan? akhir-akhir ini saya betul-betul sibuk sehingga langsung tak ada masa nak online sudah. rasanya sudah 2 minggu kot saya tak berada di dunia blog ini. (T.T)

Pada hari selasa lepas iaitu 22 April 2014, saya ambil MC untuk ke KPJ. sebelum ke Seremban singgah ke Port Dickson sekejap mengambil mak untuk menemani saya ke KPJ Seremban. masa itu saya sudah membuat appointment dengan doktor pada pukul 12 tengah hari. so, dalam keadaan rushing saya memang bawa kereta sangat laju. berhenti pada Petronas Seremban selepas keluar Tol exit Port Dickson untuk mengisi minyak, saya terlupa untuk tarik seatbelt dan terus memecut. otak saya fikir nak cepat nak cepat..hurry hurry and hurry sampai terlupa polis trafik selalu buat sekatan jalan atau roadblock di PD. 

masa sedang memecut memang tengah racing sebenarnya dengan sebuah kereta Proton Saga FLX yang juga sedang laju. tiba-tiba corner tepi selekoh di Bandar Sunggala iaitu di KM 08 jalan Sua Betong sudah standby seorang anggota trafik yang tajam menjeling owner-owner kereta yang sedang melintasi beliau sambil bercakap menggunakan walkie-talkie. dalam hati saya dah berdebar dah, "mesti kena saman nie,". dengan tak pakai seatbelt lepas tu laju pulak melebihi 80 km/j. adei~

sampai di roadblock tu, memang saya ditahan ke tepi dan diberi saman. sedih woo~


saya rasa dah macam suwey je hari itu. dengan tak menyempat encik polis trafik memberi saman kepada saya dengan kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar *seperti yang tertera di gambar di atas*. saya nak merayu meminta excuse pun tak ada mood. seperti-seperti sebelum nie, kalau kena saman pandai saya bermain kata-kata dan menggunakan nama ayah saya *memang salah cara itu ye, jangan ikut..hihi*. tapi kali ini saya tak sempat memandangkan abah pun sedang berada di Thailand sekarang nie. so, saya pun redha jela..huhu

selepas ambil surat saman tu, saya bergegas ke IPD Port Dickson untuk pembayaran saman di Cawangan Trafik. mak ada cakap, tunggu je abah balik settlekan saman tu, mungkin dapat murah seperti sebelum ini tapi saya malas nak peningkan kepala, so saya bayar jela saman tersebut. sepatutnya saman ini harus dibayar RM 300 tapi memandangkan saya membayar terus pada hari kejadian, saya dikenakan sebanyak RM 150 *kalau abah buat nie mesti tak kena sampai RM 100..huhu*. 

dinasihatkan pada semua pemandu kereta, sila memakai seatbelt kalau berada di Port Dickson. memang selalu sangat buat roadblock kat PD. tempat favourite roadblock Polis sekarang selepas stesen minyak Shell di Batu 6. di situ, pukul 9 malam ke atas memang dah terpacak pakcik-pakcik dan abang-abang polis menunggu anda. polis Trafik atau JPJ pula selalu ada di bawah jambatan sebelum sampai ke bulatan Bandar Sunggala tak kira masa. selalunya pada waktu tengah hari ataupun pada waktu petang. Hati-hati ye apabila sampai ke Port Dickson :)


lovenota 1: terbang woo RM150..sedihh..wuuu~
lovenota 2: lepas nie memang pakai seatbelt jela bila sampai PD..haih3!

Read More »

Thursday, April 17, 2014

Karpal Singh meninggal dunia




Kampar: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam kemalangan di Kilometer 301.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berhampiran Gua Tempurung, di sini kira-kira jam 1 pagi tadi. Pemimpin Veteran DAP itu, difahamkan terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard yang dinaikinya terbabas dan melanggar belakang sebuah lori sebaik tiba di lokasi kejadian. Turut terbunuh dalam kemalangan itu pembantunya Michael Cornandez, manakala dua lagi cedera parah, termasuk anaknya Ram SinghAhli Parlimen Bukit Gelugor itu yang sedang dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah.


Difahamkan, kemalangan itu berpunca daripada kegagalan pemandu sebuah lori untuk memberikan sebarang isyarat sebelum menukar laluan. Ini menyebabkan kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal Singh melanggar belakang lori berkenaan. 


Menurut Abu Mansor, pemandu lori tersebut, beliau memandu perlahan di bahagian kiri jalan ekoran keadaan jalan yang berbukit. 

Kemalangan itu turut mengakibatkan pembantu rumah Karpal, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak. Sementara anak lelaki bekas pemimpin DAP itu, Ramkarpal Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV C. Selvam, 27, yang merupakan warga India tidak mengalami kecederaan.


Takziah pada keluarga mangsa. 

Read More »

Wednesday, April 16, 2014

Bumper Car: Peugeot Citroen DS5 melanggar Toyota Estima


*sudah lama tak update blog..busy sangat (T.T)

tadi baru buka facebook, saja nak check orang like status kite ke idak kan? haha :P
*pasukan kadet polis menjadi johan peringkat daerah. penat saya berbaloi sikit*


pada hari ini, ada sebuah kes yang sudah menjadi viral di facebook di mana sebuah kereta Peugeot Citroen DS5 melanggar Toyota Estima dengan sengaja di Raja Uda, Taman Tanjung Aman di Pulau Pinang. apabila lihat video itu, memang terkejut jugak sebab kereta Citroen itu sengaja melanggar Estima beberapa kali dengan kuat. kemudian, nampak Estima sempat melarikan diri dari kereta Citroen tetapi Citroen itu mengekori kereta Estima dari belakang. sangat sangat ekstreme!

apabila dikaji, Kejadian dipercayai berlaku jam 4.30 petang, Isnin lalu berpunca salah faham antara suami isteri. ia adalah pergaduhan peribadi di mana seorang isteri mendapat tahu suaminya curang dan ada girlfriend dan terbitlah kisah 'Bumper Car' ini. melalui sumber facebook, ada yang mengatakan di dalam kereta Citroen itu adalah girlfriend sang suami dan di dalam kereta Estima itu adalah sang isteri. ada juga yang mengatakan sang isteri yang membawa Citroen itu dan di dalam Estima ada si suami dan girlfriendnya sekali. tapi bagi saya la, mungkin dalam Citroen itu adalah si isteri dan dalam Estima ada si suami dan perempuan simpanan dia sebab nampak marah sangat kereta Citroen tu pada kereta Estima. teruk jugak Estima 'dibelasah'. Citroen melanggar Estima ala ala main 'Bumper Cars' di Funfair lagaknya *lama juga tak main bumper car kat funfair. seronok!*.

kepada sesiapa yang belum atau nak melihat video bumper car tragedi langgar melanggar Citroen dan Estima ini boleh klik pada link fb ini - [ link ]



berita dalam harian metro - [ link ]





kalau aku kaya!
aku pun nak buat juga!
langgar itu kereta Proton Preve! 
haha :P


lovenota 1: sebaik-baiknya, tak perlu la sampai begini. semua benda boleh bincang kan?
lovenota 2: orang kata, banyak sangat pengaruh GTA. tu yang jadi macam nie :P

Read More »

Thursday, April 10, 2014

Blog dialihkan kepada Mypageresults


apabila saya melihat blog sendiri semalam, lepas habis loading tiba-tiba blog saya dialihkan/ditukarkan atau redirect kepada satu webpage yang lain, iaitu http://mypageresults.com/ yang bertajuk Blm50.net seperti pada gambar di bawah:


saya menjadi cuak dan cemas, lepas tu menjerit sendirian *hehe* sebab bengang blog saya sudah dialihkan ke page yang mengarut itu. saya mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan blog yang diberi nafas baru ini, tetapi semua usaha saya bertukar menjadi abu. pada masa itu, rasa nak nangis pun ada jugak la :P

saya cuba bertanya pada pakcik google dan mencari apakah kesilapan saya yang menyebabkan blog saya terus redirect kepada mypageresults itu. tetapi, jawapan yang saya jumpa semuanya hampa dan kecewa. tidak semua blogger di Malaysia mengalami masalah seperti saya rupanya. kalau ada pun blogger masih belum lagi menguar-uarkan masalah ini. agak pelik juga di situ sebab semua alternation yang saya ubah di blog adalah sama dan serupa dengan blogger lain. ada jawapan yang saya kehendaki tetapi dalam bahasa Indonesia dan jawapan tersebut tidak tepat. 

saya mengambil masa 2 jam mencari jawapan tetapi tidak berjumpa. saya cuba mencari sendiri coding source yang mungkin agak pelik dalam template saya tetapi masih tidak dijumpai. kemudian saya bertanya pada seorang pakar IT yang memang pandai membaca coding html blog di Google Forum. kebanyakan masalah memang boleh diselesaikan di situ.

apabila dibincangkan, rupa-rupanya widget GuaBlog.com yang menyebabkan blog saya dialihkan ke mypageresults. saya pun membuang widget tersebut dan blog saya kembali normal semula. hepi hepi! 

PENGENALAN: Apa Itu Mypageresults.com?

Virus Mypageresults.com Redirect adalah hacker browser terkenal atau browser hijacker yang boleh menyerang atau hijack komputer anda tanpa kebenaran anda. Mypageresults.com mempunyai keupayaan untuk menukar laman utama browser yang dirampas menjadi domain mereka sendiri. Setelah dipasang pada mana-mana komputer, ia akan segera menukar setting utama browser termasuk laman utama, default search engine dan latar belakang desktop. Virus Mypageresults.com Redirect akan berpura-pura menjadi enjin carian biasa tetapi pada hakikatnya ia tidak akan membawa anda maklumat yang boleh dipercayai. Para pereka yang telah dinaikkan pangkat produk mereka dengan menggunakan pop-out window yang boleh mendapat keuntungan jika pengguna klik mana-mana daripada mereka. Virus Mypageresults.com Redirect cuba untuk trace atau mengesan tabiat browsing anda untuk mengambil maklumat sensitif daripada aktiviti-aktiviti Internet harian anda. Ia juga mampu membuat sistem anda terdedah ancaman lain yang serupa dan membuka pintu belakang untuk virus tambahan. Mypageresults.com Redirect Virus boleh melambatkan prestasi PC yang dijangkiti, crash dan membekukan browser. Ini adalah sukar untuk dikesan oleh Firewall software dalam komputer kita kerana ia boleh berpura-pura menjadi komponen Internet explorer. Mypageresults.com Redirect Virus mungkin telah digabungkan dengan perisian lain yang biasanya percuma seperti codec, torrents, free video converter dan lain-lain Ia mungkin merosakkan browser anda seperti Firefox, Chrome atau Internet explorer seperti yang saya alami sekarang dan memaparkan pop-up window berkaitan dengan pengiklanan berbayar tanpa persetujuan pengguna. Jadi Virus Mypageresults.com Redirect mesti dikeluarkan secara manual untuk memastikan komputer anda daripada ancaman.

cara membuang virus menggunakan software: [ link ]

cara-cara membuang virus secara manual: [ link ]

paling senang, selepas membuang script yang menyebabkan blog anda terus direct kepada mypageresults, sila clear dan clean cache anda dan buang semua extension yang tidak berkaitan di dalam Chrome browser anda. 


lovenota 1: agak pening membaca coding semalam menyebabkan saya tidur lewat
lovenota 2: saya rasa sangat 'lemau' tetapi bila ditambah 'asid gila' oleh orang itu, saya kembali cergas. 

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®