Showing posts with label hacker. Show all posts
Showing posts with label hacker. Show all posts

Thursday, April 20, 2017

Blog Dialihkan ke Web Busuk.Org


Setelah selesai update blog sebentar tadi, dengan tergerak hatinya nak melihat blog sendiri. Tiba-tiba blog tak boleh dipaparkan tetapi dibawa ke laman web lain. laman web tersebut ialah laman web Busuk.Org. eh, kenapa pula tiba-tiba keluar laman web busuk nie? busuk betullah! 


Inilah paparan yang keluar semasa kita view blog kita. Ia akan menjadi laman web khusus untuk busuk.org. amboi, ambil kesempatan ke ape nie? penat-penat orang datang nak view blog kita, dia ambil port pulak ye. habis hilang visitor kita tau.

Apabila saya membuat siasatan *chewah*, saya mendapati beberapa blogger turut terkena tempiasnya. ingatkan hanya saya sahaja yang terkena. Apabila saya mencari punca busuk.org tersebut di template blog, didapati bahawa memang saya ada menggunakan widget busuk.org itu, iaitu shoutbox. 

Cara untuk membuang widget yang memberi masalah:

Buang script yang tak berkenaan dalam blog. buka HTML blogspot anda dan cari semua script yang mencurigakan atau dengan kata lain, script dari luar. jika widget itu ada di dalam HTML, anda cuma perlu CTRL-F pada coding HTML dan buang widget yang berkaitan. 

Cara untuk membuang, cari perkataan "busuk.org" dan anda akan terjumpa HTML seperti gambar di bawah. buang perkataan yang berwarna biru dan save selepas edit. siap.


Dalam kes saya, saya meletakkan widget busuk.org di luar HTML, iaitu di kawasan widget di Layout. teknik yang paling senang untuk dilakukan, remove sahaja widget tersebut. mudah!


sebelah kiri ialah shoubox, sebelah kanan ialah shoutmix.

Shoutbox adalah pengganti Shoutmix, digunakan sebagai kotak komen. mungkin blogger lama tahu mengenai Shoutmix. Shoutbox busuk lebih mesra-pengguna dan lebih cantik berbanding Shoutmix. disebabkan itu ramai blogger menggunakan Shoutbox busuk. selepas ini saya kena mencari shoutbox baru yang bersesuaian dengan blog saya. 

Blog saya pernah kena hack atau dialihkan sebanyak dua kali. ok dua kali. nak tahu, anda boleh baca di artikel di bawah:

lovenota: ingatkan blog kena hack la tadi. takut sangat..ishk3~


Read More »

Thursday, April 10, 2014

Blog dialihkan kepada Mypageresults


apabila saya melihat blog sendiri semalam, lepas habis loading tiba-tiba blog saya dialihkan/ditukarkan atau redirect kepada satu webpage yang lain, iaitu http://mypageresults.com/ yang bertajuk Blm50.net seperti pada gambar di bawah:


saya menjadi cuak dan cemas, lepas tu menjerit sendirian *hehe* sebab bengang blog saya sudah dialihkan ke page yang mengarut itu. saya mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan blog yang diberi nafas baru ini, tetapi semua usaha saya bertukar menjadi abu. pada masa itu, rasa nak nangis pun ada jugak la :P

saya cuba bertanya pada pakcik google dan mencari apakah kesilapan saya yang menyebabkan blog saya terus redirect kepada mypageresults itu. tetapi, jawapan yang saya jumpa semuanya hampa dan kecewa. tidak semua blogger di Malaysia mengalami masalah seperti saya rupanya. kalau ada pun blogger masih belum lagi menguar-uarkan masalah ini. agak pelik juga di situ sebab semua alternation yang saya ubah di blog adalah sama dan serupa dengan blogger lain. ada jawapan yang saya kehendaki tetapi dalam bahasa Indonesia dan jawapan tersebut tidak tepat. 

saya mengambil masa 2 jam mencari jawapan tetapi tidak berjumpa. saya cuba mencari sendiri coding source yang mungkin agak pelik dalam template saya tetapi masih tidak dijumpai. kemudian saya bertanya pada seorang pakar IT yang memang pandai membaca coding html blog di Google Forum. kebanyakan masalah memang boleh diselesaikan di situ.

apabila dibincangkan, rupa-rupanya widget GuaBlog.com yang menyebabkan blog saya dialihkan ke mypageresults. saya pun membuang widget tersebut dan blog saya kembali normal semula. hepi hepi! 

PENGENALAN: Apa Itu Mypageresults.com?

Virus Mypageresults.com Redirect adalah hacker browser terkenal atau browser hijacker yang boleh menyerang atau hijack komputer anda tanpa kebenaran anda. Mypageresults.com mempunyai keupayaan untuk menukar laman utama browser yang dirampas menjadi domain mereka sendiri. Setelah dipasang pada mana-mana komputer, ia akan segera menukar setting utama browser termasuk laman utama, default search engine dan latar belakang desktop. Virus Mypageresults.com Redirect akan berpura-pura menjadi enjin carian biasa tetapi pada hakikatnya ia tidak akan membawa anda maklumat yang boleh dipercayai. Para pereka yang telah dinaikkan pangkat produk mereka dengan menggunakan pop-out window yang boleh mendapat keuntungan jika pengguna klik mana-mana daripada mereka. Virus Mypageresults.com Redirect cuba untuk trace atau mengesan tabiat browsing anda untuk mengambil maklumat sensitif daripada aktiviti-aktiviti Internet harian anda. Ia juga mampu membuat sistem anda terdedah ancaman lain yang serupa dan membuka pintu belakang untuk virus tambahan. Mypageresults.com Redirect Virus boleh melambatkan prestasi PC yang dijangkiti, crash dan membekukan browser. Ini adalah sukar untuk dikesan oleh Firewall software dalam komputer kita kerana ia boleh berpura-pura menjadi komponen Internet explorer. Mypageresults.com Redirect Virus mungkin telah digabungkan dengan perisian lain yang biasanya percuma seperti codec, torrents, free video converter dan lain-lain Ia mungkin merosakkan browser anda seperti Firefox, Chrome atau Internet explorer seperti yang saya alami sekarang dan memaparkan pop-up window berkaitan dengan pengiklanan berbayar tanpa persetujuan pengguna. Jadi Virus Mypageresults.com Redirect mesti dikeluarkan secara manual untuk memastikan komputer anda daripada ancaman.

cara membuang virus menggunakan software: [ link ]

cara-cara membuang virus secara manual: [ link ]

paling senang, selepas membuang script yang menyebabkan blog anda terus direct kepada mypageresults, sila clear dan clean cache anda dan buang semua extension yang tidak berkaitan di dalam Chrome browser anda. 


lovenota 1: agak pening membaca coding semalam menyebabkan saya tidur lewat
lovenota 2: saya rasa sangat 'lemau' tetapi bila ditambah 'asid gila' oleh orang itu, saya kembali cergas. 

Read More »

Wednesday, October 02, 2013

Phishing: Minta Nombor Akaun dan Nombor Gaji Kakitangan Awam Sekolah



dalam kalangan guru-guru di Malaysia dikejutkan dengan email phishing yang dihantar oleh seorang kononnya Pegawai Sektor Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Mohd Amin Bin Anis. dalam kandungan email tersebut meminta untuk mengemaskini maklumat pangkalan data Jabatan Akauntan Negara yang memerlukan nombor akaun bank dan nombor gaji kakitangan awam. 


akibat daripada penipuan ini, ia mendatangkan banyak permasalahan kepada semua pihak. Langkah2 mengatasi masalah ini *macam karangan sudah..haha!*

1. buat report polis *ayah Qis kan polis, dia cakap 30 September hari Isnin lepas di Balai Polis Telok Kemang ramai guru-guru buat laporan polis..jadi riuh balai..haha!*

2. tindakan awal guru-guru adalah transfer semua wang di dalam akaun gaji ke akaun lain *nasib baik Qis ada akaun bank lain..bila dapat tahu cite ie, trus transfer. selamat duit gaji den*

3. semua guru hendaklah membuka akaun baru kerana nombor akaun itu sudah didedahkan kepada si penipu itu *Qis tak dapat lagi akaun baru memandangkan semua guru area Gemencheh ramai giler datang bank semalam nak bukak akaun baru*

4. Pegawai Tadbir (PT) dan pihak sekolah mengalami masalah untuk menguruskan gaji untuk bulan Oktober memandangkan gaji kakitangan awam pada bulan Oktober dikeluarkan awal kerana menyambut Hari Raya Aidiladha 2 minggu lagi *maknanya gaji Qis sangkut la sekejap, tak dapat gaji on-time*

5. sesiapa yang buat auto-debit pembayaran segala jenis termasuk pembayaran loan, rumah, kereta dll terpaksa mengisi borang baru disebabkan nombor akaun yang baru *tadi pun ada Aeon Service call pasal nie. orang tak habis cerita masalah kita, dia main potong cakap kita. macam tau cerita je..langsung tak menghormati pelanggan!*

kalau ikut logiknya, memang tak wujud pun email government [gov@gmail] sebab semua email gov macam nie [@gov.my]. serius tertipu! rasa macam nak maki je wei! tipah tertipuu! lepas tu tengok ada logo KPM dengan logo JPN. mana la tau itu email tipu sebab mata nie dah nampak logo2 penting macam tu! geram jugak rase..haha!
memang benda nie jadikan pengajaran la. lepas nie apa2 hal pun kena rujuk balik pada pentadbiran atas nuh. jangan buat keputusan sendiri. harap2 si penipu nie dapat ditangkap secepat yang mungkin. semua guru jadi mangsa sebab gaji dapat lambat. hari raya nie sambut lah secara sederhana..duit takdok! hahaha!


lovenota 1: Qis pun ada rasa bersalah sikit. sebab Qis yang bukak email tu tunjuk kat PT
lovenota 2: maafkan Qis! (Y.Y)


Read More »

Thursday, July 12, 2012

Blog kena Hacked..Bengang!

yes..Hacker sudah pun berani meng-Hack blog comel cik balqis nie..kejadian berlaku pada semalam iaitu 11 Julai 2012..dikesan pada siang hari waktu kerja [da macam detective conan plak]..masa tu nasib baik la kelas takde sangat..so ade la masa nak tengok2 blog..nak BW..promosi GA..sekali kuar menatang nie daaa..



hacker dari CyberSwat dari Squad Sakura

cik balqis tahu ramai yang datang blog cik balqis rasa takut kan..coz tetiba keluar menatang camnie..siap ade lagu Naruto lagi..hampeh~~ pada masa itu..rasa macam nak marah je..rasa nak cekik2 jer! memang ngamuk hangin la semalam..seharian 1 keje tak buat! tapi dengar lagu Naruto macam best je..hikhik!

so lepas tu cik balqis try search pasal Hacker nie..memang diorang hacker Malaysia..memang handal bab nak hack orang nie..nak tengok facebook diorang korang taip je CyberSwat..mesti ader..huhu..suka2 diorang je kan pedajal blog cik balqis..sampai semua blogger rasa seram nak datang blog cik balqis..

*cara-cara nak buang hacker*
then bila da seram tu..cik balqis login balik akaun gmail cik balqis..memang tak boleh masuk! diorang tukar pasword cik balqis! then buat la recovery pasword..nasib baik ade alternate email..so boleh la tukar balik pasword..kali nie pilih pasword yang panjang berjela2 ataupun strong strength..harap2 tak kena hack lagi..insyaAllah..

then bila da recovery pasword..dah boleh masuk balik blog..tapi tak buang wallpaper hacker tu lagi..korang kena pegi ke template and tukar template pada yang asal..then save! now blog anda sudah dibersihkan! 

*nasihat cik balqis: buat backup template blog anda..ada hacker jenis berani mati kacau coding html dalam blog kita..so backup template anda ok?*

giler cemas cik balqis semalam..benci betul pada hacker..sedangkan kita tak kacau pun hidup diorang..tau la suruh tingkatkan security..tapi cara diorang tu memang la salah..cik balqis pun abaikan pasal security nie..sebab tak sangka blog cikai macam cik balqis nie pun diorang nak hack..ishk3~

so nak tingkatkan security..
uolss kena daftar untuk Google Step-2 verification
*klik link di atas*


so dia akan guna verification code kalau uols nak sign in blog..
so si hacker nie takkan dapat masuk la..tak kan la diorang nak hack henpon korang pulak kan..kalau ada android tu boleh scanning code untuk verification code jugak..
[kalau tak nak blog uolss kena hack..sila ikut cakap cik balqis]

ok..macam mana cik balqis dapat hack? bila dikaji2 rupa-rupanya berasal dari satu link nie


rasanya blogger lain pernah jumpa..and alert itu adalah hacker..cik balqis pulak lurus..tak tahu apa2..sy pun tekan la link nama tuh! and then kuar page ini..


ini kan template lama..zaman dulu-dulu lagi nie..sekarang punya site sign in yang da lain kan..so cik balqis memang la x perasan tentang benda alah nie..main sign in jer! hadoi!! sebab dia mintak email kita and pasword sekali..padahal kita memang da sign in pun..mintak pasword sekali lagi ape pasal? cik balqis pulak jenis tak heran..main sign in je..hadeii..so kita dah pun dedahkan pasword kita pada hacker tuh..so sengal kan..huhu!

so lepas nie uolss jangan main sign in je blog/email/facebook/twitter okey..
tengok betul2 jangan main redah jer..memang pengalaman yang memang tak boleh lupa la..disebabkan hal ini sume blogger takut nak masuk blog cik balqis..sedih je rase! sesiapa yang terkena tuh nak minta tolong cik balqis betulkan pun boleh! insyaAllah cik balqis boleh tolong betulkan apa2 yang patut..

so..minta maaf kepada semua blogger yang memang jumpa blog hacker cik balqis..sy sendiri tak perasan and memang sakit hati dengan tindakan hacker nie..

*tak pasal2 status Nuffnang betukar pada Ordinary (Non-Exclusive)..
Mr Nuffnang..sila kembalikan Glitterati saya!! (T-T)

tapi GA stil berjalan ye! sila support blog cik balqis semula! (T-T)

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®