Thursday, March 04, 2010

:: Surat daripada syaitan-Raudhah Tribune ::

Hai manusia yang tersayang,

Sewaktu engkau mahu tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca ayat kursi. Ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah untuk tidur bukan untuk membaca dan mengingat apa-apa. Sesungguhnya engkau tidak membuang masa tidurmu.

Pagi ini aku melihat engkau tidak mengerjakan solat subuh. Bagus sekali! Engkau telah membuktikan bahawa engkau sahabatku yang budiman. Jangan engkau susah-susah bangun dan memendekkan masa tidurmu. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Janganlah engkau pedulikan azan subuh yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh menjelang udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah syangku seperti puteri kayangan.

Aku juga melihat engkau suka memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Bagus sahabatku. Seharusnya engkau perlu mengikut fesyen semasa tanpa perlu terikat dengan sebarang peraturan. Pasti mata2 juga terpesona melihat kecantikanmu. Sesungguhnya kecantikan yang dikurniakan kepadamu hendaklah ditonjolkan untuk tontonan ramai.

Aku juga melihat engkau jarang membaca Bismillah sewaktu akan makan. Ini bagus kerana engkau tidak akan memenatkan mulutmu. Aku juga melihat engkau makan dengan lahapnya. Makanlah sepuas-puas sayangku. Ini kan rezeki dari Tuhanmu.

Sahabatku, aku juga melihat engkau bergembira menghabiskan duit dengan bershopping, menonton wayang dan membeli kemewahan dunia. Syabas sahabatku.Engkau telah membelanjakan rezeki yang kamu perolehi dengan jalan yang betul daripada memberi sedekah kepada orang lain. Duit engkau hanya untuk engkau. Tidak perlu bersusah-susah untuk orang lain.

Aku lihat jika engkau bertemu sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan 'Assalamua'laikum' tetapi engkau mengucapkan 'hai..hello..oitt'. Ini juga bagus kerana engkau tidak nampak kekampungannya. Engkau telah mengikut trend semasa.

Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Di akhirat nanti engkau dan aku dapat bersama-sama berjalan..kita berpegangan tangan menuju neraka jahanam. Betapa terharunya aku memiliki sahabat sehidup semati sepertimu duhai sayangku..

Sahabatmu yang tercinta..
Syaitan



p/s: renung2kn dan slmt beramal~

No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®