Monday, October 26, 2015

Last seen Whatsapp si Dia


Al-kisahnya, tadi konon-konon sebelum tidur ingin baca semua text message di Whatsapp, WeChat, Telegram, etc di dalam tab. Mungkin ada message penting dalam group sekolah. Dah seminggu tak on tab saya tu. Maklumlah, saya nie jenis pemalas sikit *actually pemalas banyak* nak online benda-benda canggih tahap dunia ini. Sebab itu ramai yang menggelarkan saya ini sangat 'ketinggalan zaman'. Tergaru-garu saya bila orang kata saya sebegitu. Itulah tabiat saya yang paling susah nak buang. 

Oh ya, berbalik pada tajuk saya. Saya mendapat message dari cik abang. Entah buang tebiat agaknya tiba-tiba rajin pula hantar message di Whatsapp. Bila baca tu memang hati berbunga riang. Seronok, ya..sangat. Bila rindu, tengok pintu rumah pun jadi la ye, kan? Dah macam drama melayu rasanya. Hihi. 

Maaf, saya tergedik sekejap. Lepas tu, Tiba-tiba mata melihat pada 'last seen'. Erkk??


Maka, bermulalah sifat syak prasangka saya. 

Oh, tidak! Kenapa ''last seen yesterday at 23:40''? Dia tidur pukul 9.30 tadi kot. Ingat lagi masa tu aku tengah syok tengok Gegar Vaganza. Dia nie jenis tidur mati. Aku pernah call tengah-tengah malam tak pernah berangkat. Apesal plak boleh last seen pukul 11.30?? Uihh, die tipu aku ke nie?? Mesti dia tak tidur nie. Mesti buat benda lain nihh. Dia chat dengan siapa?? Takkan la chat sampai lewat malam?? Esok kan kerja, nak bangun awal. Eh, tak boleh jadi nie!!! Dia curang belakang aku ke nie?? Perempuan mana pulak tu??!!! Mesti budak-budak kolej dia nie. Tahu la ramai budak pompuan bergetah!! Cantik muluss kiut miut dari aku!! Ishkk susah jugak berlakikan lecturer kolej nie!! Eh betul ke? OH TIDAKKKKK!!!

STOP!

Itu merepek. Haha. Itu adalah bisikan syaitonnn. Astaghfirullah al'azim. Jangan cepat berprasangka buruk. Sikit-sikit takpe, kalau merepek-kerepek jangan sesekali. Karang gaduh bertekak menangis bagai susah plak. 

Saya mengaku saya jenis cepat terasa hati. Seperti kes 'last seen' kat atas nie. Tapi saya tak kisah. Chewahh, kemain kau eh..hihi. Bukannya tak kisah 100% tapi fikir positif. Kita kenal pasangan kita, saya tersangat kenal dia jenis yang macam mana. Dia jenis buka henfon tak tutup internet, henfon letak merata-rata, masa tengah call pun boleh tertidur lepas tu henfon tercampak di mana-mana. Last seen itu langsung tak bermakna pada saya *walaupun dalam hati seperti dikoyak-koyak dicincang seperti roti canai*. 

Alah, saya dah tak heran dah. Nak cemburu pun tak kena pada usia saya nie. Kalau masa zaman muda-muda dulu lainlah. Sekarang nie fokus pada masa hadapan yang bakal mendatang. Tak ada masa nak cemburu buta nie. Tapi, bila saya betul-betul rasa cemburu, dia boleh suka pulak. Dia ada cakap, tak sangka awak cemburu, kan? Sebab tu saya kata, awak nie masih budak kecil bagi saya. Duh! I am a big girl now..huhu. 

Tapi sebenarnya, jangan mudah terpedaya. Berhati-hati ye. Pada perempuan muda di luar sana, nak tahu lelaki curang senang je. Kalau masa 'last seen' itu berubah selang beberapa minit, tapi masih tidak reply satu pun text anda, ya, dia memang sedang curang. Kena peka pada 'last seen' itu. Belum lagi cerita pasal 'double blue-tick' lagi. Sah-sah dia sengaja tak nak reply message kita. 

Kalau dia hide 'last seen', ternyata dia lelaki yang BACUL. Maaf ye kalau kasar. Kenapa saya katakan sebegitu? Sebab dia PENGECUT. Konon nak hide untuk elakkan pergaduhan, nak jaga hati pasangan. Itu semua BULLSHIT. Berani kerana benar. Nak sorokkan apa? Tinggalkan je orang sebegitu. Orang yang menipu ini memang banyak akal, tetapi ingat, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Never hide your 'last seen' in Whatsapp, it will let people know that you are ignoring them. 

Dah, waktu tidur untuk si musang. Sebab tu orang panggil saya beautyfox. Duh!


lovenota : Disebabkan ini juga kes penceraian semakin meningkat. Nauzubillah. 


Read More »

Sunday, October 25, 2015

Demam Kepialu


Sekarang ini dah tersebar demam kepialu di Malaysia. Risau juga kalau terkena pada kita sendiri kan? Mari kita kaji bagaimana demam kepialu tersebar, simptom dan cara mengelakkan diri anda daripada dijangkiti.

DEMAM kepialu atau tifoid merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi yang mencemari makanan atau minuman.

Ia mudah dijangkiti dan pesakit akan mengalami simptom seperti demam, sakit perut dan sakit kepala yang mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu.

Komplikasi yang mungkin timbul jika ia tidak dirawat adalah perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak dan psikosis.

Ketahui tanda-tanda jangkitan demam kepialu, cara ia tersebar dan langkah yang boleh diambil untuk melindungi keluarga anda.



Read More »

Kisah Maria Farida dan Karen Rahman


Kronologi kisah Maria Farida dan Karen Rahman


Maria Farida memang seorang yang cantik. Saya sendiri pernah tengok dengan mata saya sendiri semasa penggambarannya di sekolah saya dulu. Wajahnya tidak menggambarkan usia sebenarnya. Apa rahsianya saya pun tak tahu.

Apa cerita dengan Maria Farida nie? Ini kisah paling sensasi Maria Farida bagi tahun 2015. Beliau dituduh sebagai perampas suami orang dan meruntuhkan rumah tannga orang lain. Cerita macam nie selalu kita dengar. Tapi kisahnya kali ini agak menarik sedikit.

Kisah Maria Farida bermula apabila seorang wanita iaitu Datin Karen Rahman memuat naik kenyataan bahawa Maria Farida yang juga sahabatnya menjadi punca kepada perpisahan dirinya dan suami. Gambar 'bersahabat baik' di bawah, dari kiri ialah Datin Karen Rahman bersama dengan bekas suaminya, Dato' Rahman (tengah)  dan Maria Farida.


Apa yang lebih teruk, dia turut menuduh Maria Farida telah ‘memandremkan’ suaminya sehingga lupa akan tanggungjawab sebagai seorang suami. Turut memuatnaik keterangan miss kepoh mengenai perkara tersebut di instagramnya.



Datin Karen Rahman ialah pengasas produk kecantikan iaitu KR Beauty Care. Beliau menggunakan nama Izlny Karen di Facebook. Nama sebenarnya ialah Hadijah.



Dia juga menerangkan bahawa dia dan suaminya, Dato' Rahman sudah bercerai 3 bulan yang lepas. So, dah bukan datin la. Karen Rahman je. Dato' Rahman juga mendedahkan beliau mula rapat dengan Maria Farida selepas sudah bercerai dengan Datin Karen Rahman di dalam Melodi.

Kemudian, anak kandung Datin Karen iaitu Shazleen Anis Rahman menerusi akaun Instagramnya mendedahkan perangai sebenar ibunya yang hanya “berdrama” sebagai mangsa keadaan sedangkan beliau juga seorang kaki clubbing dan pernah ditangkap khalwat bersama lelaki lain sebelum ini.



Shazleen Anis menyangkal semua tuduhan yang dilemparkan oleh ibunya, Datin Karen Rahman. Dan Shazleen Anis juga sudah menerangkan kesemuanya dalam Melodi tengah hari tadi. Malah, Shazleen Anis juga mengatakan benar Datin Karen selalu mabuk teruk, pernah ditangkap khalwat dengan lelaki lain, pernah disuruh untuk melakukan aktiviti terkutuk, pergi ke kelab malam, tidak menghormati suami dan menghalau keempat-empat anak-anaknya yang kini dijaga oleh Dato' Rahman.


Gambar Shazleen Anis Rahman

Jika anda masih ingat suatu ketika dahulu, Shazreen Anis Rahman pernah rapat dengan Aliff Aziz dan pernah menjadi kontroversi disebabkan gambar-gambar mereka yang telah tersebar.  


Maria Farida menyatakan masalah ini timbul apabila beliau tarik diri daripada terus menjadi duta produk kecantikan KR Beauty Care itu sejak Ramadan lalu. Dia juga mengatakan Datin Karen juga ada berhutang dengan Maria di mana beliau tidak membayar khidmat pelakon itu sebagai duta seperti yang terkandung di dalam kontrak iaitu sebanyak sepuluh peratus hasil produk tersebut. 



Maria Farida juga sudah membuat laporan polis disebabkan beberapa isu seperti keretanya disimbah cat merah dan dituduh menghancurkan rumah tangga orang dan perampas suami orang. Beliau juga telah diugut disimbah asid. 

Buat masa kini, Datin Karen tidak mahu mengulas lebih lanjut disebabkan kes ini sudah menjadi kes polis atas nasihat peguamnya. Dia dituduh oleh Maria Farida kerana terlibat dalam menyimbah cat di keretanya.

Tunggu jelah kisah selanjutnya.

Lama menunggu kes mereka, senyap sepi. Mungkin berdamai secara sukarela kot. Tup-tup hari ini (27 November 2015) Maria Farida sudah pun bernikah dengan Datuk Rahman. Hebat, kan? Majlis pernikahan diadakan di Kelab Golf Kuala Lumpur (KLGCC) selepas Zuhur itu tadi turut dihadiri keluarga dan teman artis. Siap ada hashtag sendiri, #mariarahman. Kelasss kauu maria!





Tahniah! 


Read More »

Wednesday, October 21, 2015

[21 Oktober] Jerebu: Penutupan Sekolah Sesi Petang Di Negeri Sembilan



*Klik untuk besarkan gambar*

Semalam dah tengok IPU Negeri Sembilan memang teruk, dalam tahap tidak sihat iaitu melebihi 121. tapi tak diumumkan penutupan sekolah pun. agak pelik juga kalau dilihat penutupan di beberapa daerah Perak, bacaan IPU di Perak pun lebih kurang sama dengan bacaan IPU di Negeri Sembilan. macam pilih kasih je, kan? huhu. sepatutnya pantau bacaan pada malam hari, bukannya tengok bacaan IPU pada waktu petang je, kena jugak la tengok bacaan malam. lepas tu baru umumkan penutupan sekolah.

Saya nie walaupun saya cikgu, saya lebih suka sekolah ditutup. Bukan suka disebabkan cuti, tetapi masalah kesihatan. ramai sangat anak murid saya yang tidak sihat, walaupun sekarang musim peperiksaan akhir tahun. minggu depan dah SPM. anak-anak murid nie kena jaga kesihatan baru dapat jawab soalan dengan baik. kalau kesihatan terjejas, biarpun budak pandai sekalipun, akan terjejas pencapaian peperiksaan akhirnya. memang ramai pelajar saya yang macam tu, kecundang disebabkan kesihatan. 

Ye saya faham ramai mengadu kenapa budak sekolah je yang cuti, kenapa pelajar kolej universiti tak cuti? Padahal sama je, masing-masing ada hidung, ada peparu, ada jantung.  Itu di bawah pengurusan Universiti masing-masing, tak tertakluk di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dah. Nak cuti mohon pada pengurusan universiti masing-masing. Sama juga dengan orang yang dah bekerja, tertakluk pada bos masing-masing. 

Tengok macam hari ini, jerebu kuat lagi kat sekolah saya. Bacaan IPU di Negeri Sembilan pada hari ini ialah 153 (jam 11 pagi). saya sendiri mengalami batuk teruk dan selsema akibat masalah jerebu. lepas tu, ada arahan terbaru dari Dato' Hajah Kalsom Bin Khalid, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, iaitu penutupan sekolah pada sesi petang dan sekolah agama pada hari ini (Rabu) 21 Oktober 2015. sepatutnya yang dah bersekolah nie diarahkan balik je. tak larat saya nak jalan sana-sini dalam keadaan yang terbuka nie. kalau sekolah di bawah satu bangunan macam opis pejabat tu tak pe jugak. tekak nie dah rasa perit sangat bila hirup udara berjerebu nie. Bergelen-gelen minum air terasa pahitnya.

Semalam ada viral mengatakan jerebu yang tersebar sekarang ini adalah jerebu kuning. tetapi JAS (Jabatan Alam Sekitar) menafikan kewujudan jerebu kuning tersebut. entahlah, ianya bergantung pada alat bacaan IPU negara masing-masing. kalau dah JAS kata macam tu, kita pun iyakan jelah. 

Ada berita mengatakan jerebu ini mungkin akan berterusan sehingga bulan November. kita doakan yang terbaik, semoga negara kita cepat pulih dan kembali kepada sedia kala. InsyaAllah.

[UPDATE: Kementerian Pendidikan telah mengarahkan semua sekolah di beberapa negeri ditutup pada Khamis, 22 Oktober ekoran situasi jerebu yang kian merosot. Sekolah-sekolah terbabit adalah di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur; Perak; Pulau Pinang; Kedah; Perlis; daerah Bentong di negeri Pahang serta Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan, Bahagian Sri Aman dan Bahagian Betong di negeri Sarawak.


lovenota : esok iaitu hari Khamis (22 Oktober 2015) cuti lagi..dapat menanda kertas Sains PT3 dengan aman..huhu.


Read More »

Thursday, October 15, 2015

Index Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop


Saya dapat info nih dari blog hamba Allah tuh. berkenan la pulak kn..hehe. tetapi bila kita baca, memang ada yang kena pulak pada lelaki yang kita kenal. cuba korang pulak check partner masing-masing, agak-agak kena tak? so,check this out!! 

Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan. Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…



Aquarius (21 Januari - 19 Februari)

Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx
ORANGNYA: Pijak semut tak mati..
TIPS UTK MEMIKAT: Kacang aje..sentiasa berpakaian cantik,glamour..comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dengan awak
WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dengan org. so, sebelum dia tinggalkan kita..kita blah dulu

Pisces (20 Februari - 20 Mac)
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.

Indeks: xxxxx
ORANGNYA: Segak, bergaya, mengada-ngada, choosy..
TIPS UTK MEMIKAT: Kasi jer belacan...
WARNING: Diorang tak suka makan belacan!

Aries (21 Mac - 20 April)

Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnya.
Indeks: XX

ORANGNYA: Anak mak! smart mamat. Intelligent,
TIPS UTK MEMIKAT: Bagus utk minah-minah tudung (NO OFFENCE) but its true..Jejaka Aries suka wanita yang sopan, tata-tertib sebab nak bawa tunjuk mak so kenalah bawa balik yang bagus punya.
WARNING: Jika anda betul anda rasa aries ini pilihan anda, pilihlah. Kalau tidak, janganlah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam motor yang dah rosak, berbulan-bulan di bengkel baru baik.

Taurus (21 April - 21 Mei)

Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx
ORANGNYA: Mencabar. Garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dengan pendirian sendiri...
TIPS UTK MEMIKAT: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yang mencabar, let him find out the real you..
WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar sorang2...kesian takde orang lain layan...

Gemini (22 Mei - 21 Jun)

Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx
ORANGNYA: Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jgn harap anda nak menang.. Dalam apa-apa persoalan jua mereka ada aje alasannya
TIPS UTK MEMIKAT: Sabar aje lah..be patient. Sebagai perempuan, mengalahlah sikit..Lambat laun hatinya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yang lembut, hatinya akan lembut jua.
WARNING: Jangan bersikap terlalu kasar dengannya..kalau dah tak tahan dengan mereka..blah aje jangan banyak cakap..mereka panas baran. Tak guna bertengkar, anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer.

Cancer ( 22 Jun - 23 Julai)

Secara kebetulan lelaki Cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. (jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat). Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkannya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx
ORANGNYA: Segak, kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan. tetapi mereka adalah sebaliknya (berhati-hati ya)
TIPS UTK MEMIKAT: Jangan pula anda pun nak skaya. nanti habis duit dikebas.
WARNING: Tolong jangan terpedaya dengan kata manisnya. mula-mula manis, kalau dah lama jadi masam..kadang kadang jadi basi...

Leo (24 Julai - 23 Ogos)

Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh-temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx
ORANGNYA: Penyayang, warm-hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan org yang disayanginya. Suka memberi hadiah. Jejaka Leo ini juga seorang yang ambitious, self-centered tapi tak ego (jejaka Leo memang begitu). Kuat ingatan, so berhati-hati di dalam setiap kata-kata dan perbuatan anda.
TIPS UTK MEMIKAT: Sebagai perempuan, haruslah menunjukkan kewanitaan yang selembut-lembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka Leo.
WARNING: Jangan..saya ulangi..JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan org lain. Mereka itu sensitif dan kuat cemburu! Lelaki Leo tidak suka berkongsi perempuannya dengan orang lain.

Virgo (24 Ogos - 23 September)

Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx
ORANGNYA: Pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng'eng. Suka mencari perhatian dari perempuan. Sanggup melakukan apa sahaja untuk memikat perempuan yang kadang-kadang boleh memalukan perempuan tersebut.
TIPS UTK MEMIKAT: Lelaki Virgo suka yang pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jarang banyak cakap (cerewet pulak si virgo nie). So kenalah pandai menyerlahkan nilai-niai kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng'eng..kuat merajuk)
WARNING: Bila pergi dating, jangan pakai yang ter "over welming"..virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.

Libra ( 24 Spetember - 23 Oktober)

Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x
ORANGNYA: Cerewet, posessive, takes things lightly when comes toquarrel tapi jujur dalam segala hal...
TIPS UTK MEMIKAT: Senang aje..Libra suka perempuan yang ceria, happy go lucky..SO be yourself
WARNING: So bila nak date, pakailah make-up yang sederhana tetapi jangan lupa cover-up jerawat jika ada. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem sebab Samy Vellu pon Libra jugak tapi tak hensem pun...

Scorpio (24 Oktober - 23 November)

Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki Scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx
ORANGNYA: Action serius, mudah cemburu, mood swing..
TIPS UTK MEMIKAT: Sentiasa menghargainya..nak bergayut di telefon berjam-jam pun takpe! janji dengan dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive.
WARNING: Buat pilihan yang betul bila mahu memikat Scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio...(jangan kata aku tak kasi warning)

Sagitarius (23 November - 21 December)

Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

ORANGNYA: Fuyoh..siapa dapat memang untung. Sagitarius orangnya happy aje..suka (bergembira tepok tangan sama-sama..la la la..) bawa partner jalan-jalan. sort of adventurous
TIPS UTK MEMIKAT: Sentiasa ada plan bila nak keluar..tengok wayang ke? anything asalkan jangan membosankan...
WARNING: Jangan "u plan..i plan lah"..'confirm tak ada plan'.

Capricon ( 22 December - 20 Januari)

Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks: xxx
ORANGNYA: Egoistic, ada batu duduk di atas kepala, pendek kata Capricon seorang yang sukar nak meluahkan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan 'cinta' pada anda.

TIPS UTK MEMIKAT: COOL aje sis..Nak tackle mereka bukan mudah..Jangan give in selalu..Ajar sikit..Mereka jual mahal..Kita jual lagi mahal.
WARNING: Macam layang-layang terputus talinya..jual mahal..Mahal jugak sis..Jangan mahal sampai terputus tali..Melepaslah kau nanti...

~sya_balqis~


Read More »

Wednesday, October 14, 2015

Laporan Rasmi Pesawat MH17


Laporan MH17 mengatakan pesawat ditembak oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia yang dilancarkan ke permukaan udara dari wilayah yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine. Ia juga mengatakan bahawa penumpang dalam penerbangan MH17 mungkin sedar sehingga satu minit setengah semasa kapal terbang sedang menjunam ke Bumi selepas terkena peluru berpandu BUK. 


Penyiasat nahas udara Belanda mengeluarkan video yang menunjukkan bagaimana peluru berpandu BUK buatan Rusia diletupkan hanya beberapa inci dari kokpit MH17, membunuh juruterbang dan membuka di luar bahagian depan pesawat



Kepala peledak meletup di sebelah kiri kokpit, menyebabkan ia terputus dan pesawat dihujani dengan serpihan logam dan Boeing 777 berkecai di udara


Peluru berpandu meletup kurang daripada 3 kaki di luar kokpit pesawat


Penyiasat Belanda berkata roket BUK buatan Rusia meletup hanya beberapa inci dari kokpit, dan membunuh juruterbang dan bahagian luar di sebelah kiri pada bahagian depan pesawat terbuka di atas udara. Peluru berpandu tersebut meletup kurang daripada 3 kaki di luar kokpit. Kesan peluru berpandu adalah serta-merta membawa maut kepada tiga anak kapal di dalam pesawat MH17. Serpihan peluru berpandu meledak di pesawat pada kelajuan 2,800-5,600 mph, mengoyak bahagian depan kokpit pesawat dan menghantar 'gelombang tekanan' di seluruh pesawat beberapa milisaat. Ledakan peluru berpandu juga menyebabkan gelombang bunyi yang boleh memekakkan telinga dan tiba-tiba kapal terbang tersebut mengalami nyahpecutan, maka ia mempercepatkan kejatuhan pesawat ke Bumi, mungkin menyebabkan penumpang pening, loya dan tidak sedarkan diri. Semua anak kapal dan penumpang mati kerana penyahmampatan, tahap oksigen yang berkurangan, keadaan yang sejuk melampau, aliran udara yang sangat kuat semasa objek terbang. 

Laporan itu juga berkata ia tidak boleh menolak kemungkinan bahawa beberapa penumpang masih dalam keadaan sedar antara dalam 60 hingga 90 saat sebelum pesawat terhempas. Agak menakutkan. Bayangkan jika kita yang berada dalam kapal tersebut. dengan keadaan yang kelam kabut, suara menjerit-jerit meminta tolong..Allahuakbar!


Sesetengah mangsa MH17 ditemui tanpa pakaian di atas tanah. Ini disebabkan aliran udara yang sangat kuat telah mengoyakkan pakaian dari tubuh badan mereka. Seorang penumpang ditemui memakai topeng oksigen, tetapi ia adalah tidak jelas bagaimana topeng boleh sampai di sana.

Walaupun kesukaran untuk mengakses kawasan MH17 terhempas kerana peperangan di kawasan tersebut, kotak hitam pesawat itu berjaya ditemui awal dan telah diserahkan kepada DSB selepas diperiksa di Kemalangan Udara UK Cawangan Siasatan (AAIB) ibu pejabat di Farnborough di Hampshire. Dalam laporan awal, DSB berkata maklumat kotak hitam menunjukkan penerbangan MH17 diteruskan seperti biasa sehingga 01:20 waktu tempatan pada 17 Julai 2014 dan selepas itu semua rakaman berakhir tiba-tiba. DSB berkata beberapa kepingan bangkai telah menusuk di pelbagai tempat dalam pesawat dan kemungkinan besar pesawat sudah berpecah.


Bangkai MH17 yang dibina semula dilihat pada pembentangan laporan akhir


Keadaan sebelah kiri kokpit pesawat yang terkena serpihan peluru berpandu BUK


Keadaan kokpit pesawat MH17


Serpihan logam dari peluru berpandu BUK yang terkena pesawat MH17

Walaupun laporan rasmi sudah dikeluarkan, tetapi kita masih tidak tahu siapa yang melancarkan peluru berpandu BUK ke udara. tiada jawapan pada laporan itu semalam. kita semua masih ingin tahu siapa yang hendak dipersalahkan atas kejadian malang ini. rasanya semua orang seluruh dunia tidak berpuas hati dengan laporan tersebut. tunggu jelah kalau ada laporan susulan.

Al-fatihah kepada semua mangsa MH17.


sumber: Daily Mail Online. translated by me.

Read More »

Friday, October 09, 2015

Ketua yang Tak Berguna!


*kuat selfie sangat!*

Rabu yang lepas selamat berlangsung majlis Perpisahan Pengawas di A'Famosa Resort, Melaka. Alhamdulillah, rasa kelam kabut sangat bila kita sorang-sorang yang uruskan semuanya. dari siapkan Kertas Kerja sehinggalah ke majlis berlangsung. tak pelah, kan? dapat pahala uruskan semuanya sendiri *konon sedapkan hati*. makanan di sana juga sedap, berbaloi dengan harga RM26 per pax. terdapat pelbagai jenis juadah Hi-Tea yang disediakan. yang paling sedap ayam goreng. memang pure kunyit, tak pakai tepung. itu yang best..hehe.

Sepanjang saya menjadi guru penasihat Pengawas, saya kurang dibantu oleh sesiapa termasuklah ketua penasihat pengawas sendiri. Bukan tak nak suruh orang tolong kita, tapi kalau ketua sendiri dah lepas tangan macam mana? ramai guru-guru sini cakap, kenapa tak terus terang dengan pengetua, tak pun dengan guru HEM? saya lantakkan je, saya nie siapa la kan? dahla baru 5 tahun jagung kat sini, takkan nak naik tocang, mengadu-domba. saya pun biarkan jelah. rasanya Pengetua dengan HEM nampak kot siapa yang buat kerja dan siapa yang hanya menumpang nama Pengawas. Itupun kalau dia nampak lah! 

Sejak ketua saya tu masuk dalam badan pengawas, kami diberitahu bahawa cikgu ini bagus, cikgu senior, guru disiplin dari sekolah lama, cikgu berpengalaman uruskan macam-macam. dalam hati saya terdetik, bagus la kalau ada guru macam nie. boleh lah tolong memajukan Badan Pengawas kat sekolah nie. tapi, bila dah sampai bulan 10 nie, hampeh! semuanya muka ini yang uruskan! semuanya muka ini jugak yang kena marah! semuanya muka ini yang tolong settlekan! arghhhh! tension weiii!!! memang saya dah nak gila. serius. bila nak uruskan suatu badan organisasi yang sangat besar seperti Badan Pengawas nie, tak mungkin dapat uruskan seorang diri! boleh naik gila! pengawas seramai 100 orang dijaga hanya oleh seorang guru. pitam pitam!

Tahun depan ingatkan saya ingin tukar jawatan untuk menjadi Guru Disiplin je. bukan apa, saya dah letih pegang Pengawas nie. saya dah boring nak pegang sebab tiada kerjasama langsung antara ketua dan anak buah. tapi, bila saya suarakan kepada pengawas, mereka mengeluh, merayu supaya saya tidak ditukarkan. yelah, nak berurusan dengan cikgu ketua tu diorang tak nak. jenis cakap je pandai, buat tak serupa bikin. kadang-kadang pengawas nie konfius sebab arahan dari dia putar-belit. tak faham apa yang disampaikan. alih-alih diorang semua cari saya je, sampailah sekarang. diorang suruh saya postpone sampai akhir tahun depan. oh tidak, lamanya! tak mungkin saya dapat bertahan lagi. saya perlukan orang yang boleh bekerjasama dengan saya, bukannya ayam yang suka melepaskan batok di tangga.

Masa dia tukar format borang pengawas, dia tak ada pun rujuk pada saya, tanya pandangan saya. saya pegang pengawas nie dah 5 tahun. dia baru pegang pengawas nie 5 bulan. kenapa tak rujuk langsung pada saya? kenapa ikut sesuka hati je nak tukar itu ini? kecoh sekejap masa meeting pengawas dulu. apa, ingat dia ketua penasihat, dia boleh buat sesuka hati? alih-alih selepas tu senyap terus macam tu je! budak-budak pengawas nie tak dia ambil pusing dah, bertugas ke tidak, tengok diorang bertugas ke tak, ada masalah ke, jadual betul ke tidak. buang begitu sahaja. ishkkk..geram sangat! alih-alih saya pun gunakan kuasa saya, tak payah guna borang tu. bukannya dia ambil tindakan pun! saya juga yang ambil tindakan, jumpa HEM bagai! 

Nasihat saya, ubahlah sikap anda. kalau anda dah pegang nama "ketua" untuk apa-apa jenis pekerjaan, bertindaklah seperti "ketua", bukan mengarah! saya tidak suka diarah! saya tidak suka disuruh-suruh. dan saya juga tak suka nak mengarah orang. pandai-pandailah pikir sendiri tugas hakiki anda.

Eh meluat pulak cerita pasal dia. tetiba aku cerita pasai apa aku pun tak tahu. dah ini je cara saya nak lepaskan geram. sabar jela..huhu. Saya bukan nak mengumpat, nak burukkan orang. mungkin ada student and rakan guru saya yang menjadi silent reader di blog saya. mungkin anda kenal siapa beliau yang saya maksudkan. kalau tahu, diam-diam je, tak perlu nak cerita panjang-panjang kat orang lain eh. 


lovenota : jangan buat orang sakit hati, takut tak sempat minta maaf nanti.  


Read More »

Tuesday, October 06, 2015

Happy Birthday to Me!


*Birthday girl*

Hari ini adalah 6 Oktober 2015 iaitu kelahiran saya yang ke 28. Kebetulan pada hari nie, sekolah di Negeri Sembilan ditutup disebabkan bacaan IPU jerebu yang tidak sihat. Walaupun tak pergi sekolah, kena juga ke JPNS untuk mengambil surat kebenaran melancong untuk esok hari. 

Pada mulanya, memang saya nak celebrate dengan si dia. Tetapi bila berjumpa pada waktu lunch, dia senyap tak cakap apa-apa. Terdetik dalam hati, eh dia nie memang tak ingat birthday aku ke? Selepas habis makan, masih lagi tak cakap apa-apa. Ah sudah, sah dia tak ingat langsung. Oh frustnya hati ini! Asyik lupa je dia nie. Anniversary pun lupa, birthday saya pun dia lupa. Eeeee serius geram gila! 

Bila dia nak masuk kerja balik, saya pun tanya, "awak memang tak ingat birthday saya eh?". Berubah terus muka dia. Saya pun mula dengan drama tragis yang penuh dengan air mata. Kebetulan waktu tu hujan turun dengan sangat lebat seperti memahami hati saya masa tu. Punya lah dia minta maaf, say sorry sorry bagai, katanya dia memang tak ingat tarikh hari nie. Eee nyanyuk betul pakcik nie tau!! Benci benci!! Katanya, "kenapa bagitahu saya? Nanti petang-petang sikit mesti saya ingat punya". Lagi berguguran air mata nie, sebab saya tau dia tak akan ingat punya. Dia nie jenis yang kerja tak ingat dunia. Bila buat kerja, saya nie takde dia nak layan dah! Tulah sebab asyik fokus pada kerja sangat sampai terlupa birthday saya. Merajuk betul saya. Memang rasa nak balik rumah masa tu jugak. Tak nak dinner dengan dia dah! Tapi disebabkan sayang punya pasal *amboiii geliii weii*, saya tunggu dia jugak. Alahai..

Saya pun pergi membuang masa dengan pergi ke spa and sauna sementara tunggu dia habis kerja sebab dapat free, redeem birthday kan. Masa nie la nak manjakan diri sendiri. Huhu.

Malam tu, kami pergi makan besar di Seoul Garden di Palm Mall, Seremban. Boleh tahan juga makan di situ, cuma harganya macam mahal sikit la. Seorang kena bayar RM48 dan makan ala buffet, boleh ambil makanan banyak mana, ikut sesuka hati kita. Ada bermacam-macam jenis makanan, pelbagai perasa daging dan ayam untuk di'grill', lauk pauk, mee dan seafood untuk direbus. Ada jugak desert, cendol dan ais krim. Semuanya layan diri, makan sampai puas.




Bila makan sepuas hati tu, memang terasa kenyang sangat sampaikan rasa senak perut..haha. yelah, bayar RM48 per pax, kalau makan sikit tak berbaloi. Kena la makan banyak-banyak..Hihihi. 

And last, before balik, dapat coklat cadbury. Amboi, sempat lagi pergi beli coklat untuk saya ye? Sweet sangat. Alahai, gemuk la badan. Hahaha. 



lovenota : yela, saya maafkan awak. Hehe


Read More »

Saturday, October 03, 2015

Bebas Seperti Burung


Sejuk sangat duduk di chalet nie. Pagi-pagi lagi dah kaku badan nie. Selubungi badan dengan comforter pun masih terasa kesejukannya. Gagahkan juga untuk membersihkan diri walaupun tak ada heater. Bayangkan la mandi dengan air yang sejuk menggigil-gigil. Ouchh!

Hari ke-2 di sini tak ada apa-apa aktiviti untuk para guru. Bangun pun boleh sesuka hati..tidur sesuka hati..makan sesedap rasa..buat sesuka hati. Kalau la boleh buat macam nie kat sekolah, alangkah indahnya hidup. Lupakan semua, lupakan masalah, lupakan kerja untuk seketika.

Hidup ini sangat singkat. Sekejap je masa berlalu, dah nak akhir tahun dah. Budak-budak pun dah nak SPM. Saya je yang masih rasa sama, buat benda yang sama, runtin yang sama, setiap hari. Pernah hati ini terdetik, ingin sahaja mahu lari dari semua rutin ini. Ingin melakukan perkara yang berbeza yang boleh menggembirakan hati dan mententeramkan jiwa. Saya mahu lakukan perkara yang mempunyai keseronokan yang tiada batasnya. Rasa seperti ingin menakluki dunia. Tapi apalah kemampuan saya. Saya sedar.

Bila memikirkan perkara silam, saya rasa kehidupan sebagai seorang pelajar sangat bebas. Bebas melakukan apa saja, ke mana-mana dan buat apa sahaja. Cuma masa tu tak ada duit, tu je. Walaupun sekarang punyai wang yang kukuh, masih tidak bisa bebas seperti burung. 


Masih lagi mampu tersenyum :)
Hodoh je rase..no make up


lovenota : ada yang minta buat review chalet nie. Kemudian ye ;)










Read More »

Thursday, October 01, 2015

Korean Restaurant For Single


Restaurant for Singles! Restoran Korea untuk sesiapa yang single!

Wah, macam menarik je konsep restoran di Korea nie. kalau korang terpaksa makan sorang-sorang di restoran, tak mengapa! anda akan disediakan partner untuk makan.  

Kita tahu kadang-kadang ia boleh menjadi sunyi kalau kita makan sendirian, terutamanya jika berada di sebuah restoran yang besar. Walau bagaimanapun, Korea Selatan seolah-olah mempunyai jawapan kepada permasalahan ini. 

Apabila anda duduk sendirian di meja makan untuk perseorangan, memulakan makan anda. di hadapan anda cuma ada satu dinding yang membahagikan kawasan makan anda. kemudian, anda diminta pada skrin sentuh TAB sama ada anda ingin rakan untuk makan bersama atau tidak? 



dan jika anda tekan 'YES', dinding di depan anda diangkat dan SURPRISE! 


Gila comel reaksi diorang semua..hahaha!


Kalau dapat partner lelaki memang sangat kelakar! hahaha


Lepas tu dapat pula service makanan free. untung untung..hehehe



Kalau pandangan pertama dah berkenan, boleh la try mintak nombor telefon..hihi


Lihat video penuh "Fun Korea Restaurant for Single" di bawah:





Sumber asal video ini mengatakan video ini adalah salah satu cara marketing @ kempen untuk mempromosikan peralatan produk Samsung. anda boleh lihat di blog samsung korea di laman web ini -> [link]

Bagus kan idea nie? untung jugak la pada sesiapa yang single tak tahu nak cari teman makan. asyik makan sorang-sorang pun boring jugak kan? hehehe. kot-kot dari peneman makan boleh jadi kawan tak pun terus jadi girlfriend @ boyfriend plak, kan? tapi jangan curi hak milik orang lain pulak. kot-kot suami atau isteri orang pulak yang kita rampas. hahaha.


lovenota : rasa-rasanya boleh tak dipraktikkan di Malaysia? hehehe



Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®