Wednesday, January 21, 2015

Wordless Wednesday #40 | WiFi Problem



baru jadi tadi tau. 
nak cepat search satu fact nie tiba-tiba WiFi tak nak masuk plak..
saje menduga kesabaran nampak!

GERAM!

mesti ada CCTV kat WiFi nie..
bukan boleh percaya..

hihi


lovenota : busy awal persekolahan. Gomen'nasai! 

Read More »

Saturday, January 10, 2015

Siri Sailor Moon Terbaru!



Siapa suka tengok Sailor Moon masa kecik-kecik dulu? rasanya ia diterbitkan pada zaman 90-an sebab saya tengok cerita kartun nie masa sekolah rendah dulu. ingat lagi cerita Sailormoon nie ditayangkan pada setiap hari Ahad jam 9.00 pagi di TV2 sebelum cerita Dragon Ball ditayangkan jam 9.30 pagi *haa..complete time den ingat tau..hahaha!*. masa kecik-kecik mana pernah miss dua cerita kartun tu. memang favourite sangat. hehehe.


Sailor Moon anime iaitu Pretty Soldier Sailor Moon diterbitkan pada tahun 1992 yang mempunyai 200 episod yang dikeluarkan. Sailor Moon juga ada beberapa episod iaitu Sailor Moon, Sailor Moon R, Sailor Moon S, Sailor Moon Super S dan Sailor Moon Super Star. saya ada kesemua 200 episod tersebut! saya memang peminat fanatik Sailor Moon ini *giloss u..haha*. 

Pada tahun 2014, Sailor Mood di'renovate' atau di'reboot' dan diterbitkan Sailor Moon versi baru yang dinamakan Pretty Guardian Sailor Moon Crystal. ia mempunyai 26 episod yang telah mula ditayangkan sejak Julai 2014 sempena birthday Usagi. saya pulak baru tahu dah ada yang baru. memang ketinggalan betul..hahaha. 




Ada beberapa perbezaan sedikit bagi Sailor Moon versi lama dengan versi yang baru dari segi jalan cerita dan lakaran watak. tapi best jugak! yang versi baru Usagi nampak cantik sikit kan? yelah, teknologi anime kan dah canggih..hehe

  

Kalau tengok Sailor Moon nie, siapa yang tak kenal pada Usagi dan Mamoru, dua kekasih yang sangat sweet. kalau tengok moment diorang berdua, hati kita rasa kembang-kembang berbunga bunga, kan? hahaha.




Bagi sesiapa nak tonton anime Pretty Guardian Sailor Moon Crystal yang terbaru ini, boleh capai pada link di bawah. free jer! tiada bayaran! boleh download jugak untuk buat collection! enjoy okay! :)

✿ Pretty Guardian Sailor Moon: Crystal (Trailer) ➼ [sini]


Pretty Guardian Sailor Moon Crystal 
(Season 1: Dark Kingdom Arc)
✿ Act 1: Usagi — Sailor Moon ➼ [sini]
✿ Act 2: Ami — Sailor Mercury ➼ [sini]
✿ Act 3: Rei — Sailor Mars ➼ [sini]
✿ Act 4: Masquerade — Dance Party ➼ [sini]
✿ Act 5: Makoto — Sailor Jupiter ➼ [sini]
✿ Act 6: Tuxedo Mask ➼ [sini]
✿ Act 7: Mamoru Chiba ➼ [sini]
✿ Act 8: Minako — Sailor V ➼ [sini]
✿ Act 9: Serenity — Princess ➼ [sini]
✿ Act 10: Moon ➼ [sini]
✿ Act 11: Reunion — Endymion ➼ [sini]
✿ Act 12: Enemy — Queen Metalia ➼ [sini]
✿ Act 13: Final Battle — Reincarnation ➼ [sini]
✿ Act 14: Conclusion and Commencement ➼ [sini]


lovenota : tak sabar nak tunggu episod yang seterusnya! hahaha. childish! XD


Read More »

Friday, January 09, 2015

Senarai Pemenang Segmen Zaman Persekolahan


saya minta maaf sangat-sangat sebab agak lewat untuk menyenaraikan pemenang untuk segmen saya tempoh hari. hehehe. diharap korang jangan marah kat saya eh. ada kerja yang perlu diselesaikan, ditambah dengan meeting sekolah. 

secara keseluruhannya, cerita para peserta sangat menarik. ada yang kelakar, memang tergelak baca cerita korang. ada cerita yang sedih sikit, tapi bermakna..sangat variasi. ada juga peserta yang sudah delete entry segmen ini. ada juga yang dah delete blog. saya pun tak tahu kenapa. kalau sesiapa yang masih belum baca cerita para peserta, boleh check dalam Senarai Peserta Segmen saya. pada peserta, semak juga nombor peserta anda dan lihat hadiah yang bakal anda menangi. so, let's cekidaut pemenang Segmen Zaman Persekolahan ini.


****

 Shaklee : Vitamin C Sustained Release + Buku Mini X 1 : PM [sini
no.8



Kain Ela English Cotton X 1 : PM [sini
no.4



Wang tunai RM 50 X 1 : PM [sini
no.9

Wide Shawl X 1 : PM [sini
no.53


Wide Shawl X 1 : PM [sini] no.55




Bawal Ruffle X 1 : PM [sini
no.51 



Shawl End Curve X 1 : PM [sini
no.42




Glitter Shawl X 1 : PM [sini] no.38
Glitter Bawal X 1 : PM [sini] no.12


Wang tunai RM 30 X 1 : PM [sini
no.15

Button Keychain X 5 : PM [sini]
 no. 21, 24, 33, 40, 52



Keychain X 3: PM [sini]
no. 1, 45, 49, 



Keychain Penang X 1 : PM [sini
no.11



Fridge Magnet Sabah X 2: PM [sini]
no.14, 17



Keychain Bukit Merah X 2 : PM [sini]
no.2, 48,



Fridge Magnet Jepun X 3: PM [sini]
no.22, 27, 32



Fridge Magnet X 5: PM [sini] atau blog kak shikin
no. 16, 23, 26, 37, 41



Paper Bag X 4 : PM [sini]
5, 25, 30, 56 




Novel 'Titian' X 1 : PM [sini
no.29



Handmade Card X 2 : PM [sini]
no.36, 43



Handmade Clip X 2 : PM [sini]
no. 6, 35



Blog Review + Bloglist + Chocolates X 2 : PM [sini]
no. 39, 44



Handmade Craft X 2: PM [sini]
no. 19, 46

Misteri Gifts X 2 : PM [sini]
no. 28, 31

Top-Up RM 5 X 1 : PM [sini]
no. 7, 

Top-Up RM 5 X 1: PM [sini]
no.50

Top-Up RM 10 X 2 : PM [sini]
no. 3, 10, 

Top-Up RM 10 X 3 : PM [sini]
18, 20, 54,

Review Blog X 10 : PM [sini]
no. 4, 8, 9, 12, 15, 38, 42, 51, 53, 55

******

semoga semua peserta berpuas hati dengan hadiah masing-masing. jangan ada yang tak puas hati yer..semua peserta yang mengambil bahagian mendapat hadiah. sila contact sponsor bagi setiap hadiah yang saya senaraikan. segala permasalahan, sila contact saya melalui fanpage facebook.

terima kasih kerana mengambil bahagian dalam segmen saya. 
arigatou!


Read More »

Sunday, January 04, 2015

Propose




ehem ehem. eh eh?
bukan eh..bukan. lambat lagi ahh..

shhhh! takkk. itu cuma gambar semata-mata.
cantik kan gambar tu? 
nak macam gambar tu..seronoknyaa!

[Update]
Tahniah kepada Hanis Zalikha kerana sudah dilamar oleh Hairul Azreen. Dua-dua artis tu adalah antara pelakon yang saya suka dan Hanis Zalikha adalah salah satu blogger yang hebat :)

Url blog Hanis Zalikha : http://inibelogsaya.blogspot.com/


lovenota : tidur sambil tersenyum lebar nampaknya malam ini


Read More »

Senarai Peserta Segmen Zaman Persekolahan



Maaf kerana lewat menyenaraikan peserta Segmen Zaman Persekolahan yang sudah dilancarkan awal bulan Disember minggu lepas. saya busy sikit. hehe. hari nie la baru sempat jenguk blog kesayangan nie. seminggu tak berupdate rasanya. nak buat autopublish pun tak sempat jugak. so, dibiarkan macam tu jela..huhu.

Di bawah ini adalah senarai peserta Segmen Zaman Persekolahan. kepada blogger yang belum join tu, masih sempat lagi untuk join. segmen ini akan berakhir pada 31 Disember 2014. masih ada banyak masa lagi untuk korang buat cerita korang tu. 

Kepada para peserta, check link anda sama ada betul ataupun tidak. kalau salah, sila bagitahu saya ye. lepas tu, korang boleh la blogwalking dan baca kenangan zaman sekolah mereka pula, kan? cerita yang dikarang oleh peserta setakat ini sangat menarik. 


10. Cik Fafa
15. Amy J
20. Nur Inani
31. Cik Mimie
51. Nur As
52. Bbwana Adienia
53. Ahmad Zu Mal Md Rayi
54. Amani
55. Queen Contest
56. Mawar Berduri

sila semak semula link url anda sama ada betul ataupun tersalah link. sila inform jika nama anda tiada dalam senarai. saya akan mulakan blogwalking pada semua peserta. pemenang akan diumumkan secepat yang mungkin. 



*klik banner di atas*


Read More »

Keheningan Malam



Sepi..
Malam di mana alunan muzik mengiringi
Kedengaran suara halus cengkerik menyanyi
Kehadiran bulan dan bintang yang juga menemani
Ditambah angin sepoi menampar pipi

Alangkah damainya hati ini
Menghayati kemeriahan dari penghuni malam
Membuatkan aku melupakan segala-galanya
Sambil menghayati kebesaran Allah SWT

Termenung daku seketika
Pernahkah kita menghargai suasana malam?
Kita hanya mensyukuri tibanya siang selama ini
Subhanallah

Keheningan malam ini menyedarkan aku.
Ya, saya mengaku saya adalah nyctophilia



Coretan Miss Balqis
4 Januari, Ahad, 6.45 AM


lovenota : sampai bila nak jadi burung hantu nie..wuuu


Read More »

Saturday, January 03, 2015

Perpisahan



Apabila berlakunya perpisahan,
Seringkali hati ini terasa berat sekali
Tidak mahu untuk melepaskan dia pergi lagi

Apabila berlaku perpisahan,
Seringkali ada pertelingkahan kecil
Lalu mendiamkan diri sehingga tiba masanya

Apabila berlaku perpisahan,
Seringkali air mata ini menitis ke bumi
Tidak terdaya untuk menghalangnya lagi

Sampai bila keadaan ini sentiasa berulang kembali
Sampai bila diri ini dapat bersabar lagi
Sampai bila?

Pergilah, aku sentiasa menunggumu 
Untuk kembali di sisi ku
Dan kembalikan senyumanku

Coretan Miss Balqis
Sabtu, 3 Januari 2014, 5.30 pm

lovenota 1 : nak sambung menangis..wuuuu..
lovenota 2 : jiwang gile nak mati. Sah buang tebiat!



Read More »

Friday, January 02, 2015

Selamat Tahun Baru 2015



Selamat Tahun Baru 2015. Happy New Year 2015. Welcome 2015. Goodbye 2014.

Alhamdulillah, saya masih lagi boleh bernafas di alam Allah SWT bersama-sama dengan orang-orang yang saya sayangi. Terima Kasih Ya Allah SWT. Terlalu banyak suka dan duka berlaku pada tahun 2014. bukan pada diri saya sahaja, pada negara kita juga di mana kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kejadian MH370 dan MH17, banjir besar di Kelantan dan Terengganu serta banjir lumpur di Cameron Highland, kes kertas UPSR bocor, PMR yang dimansuhkan diganti dengan PT3 yang susah gila, minyak petrol yang kejap naik kejap turun, blogger seks yang tak habis-habis sengalnya, kes "buli" Peugeot CDM 25, kes "buli" abang besar singlet hitam, kes "orang-orang kaya" Peugeot Citroen DS5 langgar Toyota Estima, etc etc etc. eh, banyak jugak ye..hehe.

Lupakan kenangan semua itu. Buka lembaran baru, buka buku baru, buka kisah baru.

Kisah saya? tahun 2014 banyak menyingkap tabir senja *sastera merepek aku dah keluar*, tak adalah sedih sangat. biasa-biasa suam-suam kuku. kalau dilihat semula entry popular saya, banyak kisah yang menjadi hangat adalah kisah playboy bodoh dan bangang itu. okay, sudah kasar. peduli lah. hahaha. nak tahu? cari sendiri. malas nak bagi link. hahaha.

Kisah lain yang tidak diceritakan di dalam entry. saya sudah tukarkan kereta saya. oh tidak. saya mula merindui 'Beby Lisa' saya. tak tahu la di mana kereta tersebut berada sekarang ini. itulah kereta bermanual kecil saya yang paling comel, laju, pick-up, bawa 140 km/j pun lepas tau! kena saman speed-trap pun hanya sekali sepanjang penggunaan 4 tahun. bukan calang-calang kereta Kelisa saya tu. semoga kereta itu berbakti pada owner yang baru. *sob3*. Sekarang saya menggunakan kereta Toyota Vios, itu pun dipilih oleh abah saya. dia yang nak *sebab dia yang nak pakai sebenarnya..haha*. saya memanggilnya 'Princess Vio'. kelass tak nama dia? hehehe. disebabkan Vios besar, tak layak panggil beby dah. *sedar diri*.

Tahun ini saya sudah berumur 28 tahun. eh, belum masuk lagi, baru 27 tahun 3 bulan je tau..hihi. kahwin? ramai sangat dah tanya, bila nak kahwin? letih nak menjawab, sampaikan Anjang saya asyik nak carikan calon untuk saya. Yela, sebab tinggal saya je yang tak kahwin lagi ha. so saya pun berfikir, 


masalahnya, saya masih tak nampak bulan bintang matahari planet-planet pluto marikh dalam mimpi saya. nak buat macam mana? hahaha. biarlah adik saya yang kahwin dulu untuk tahun ini. saya lambat lagi. kesian kat mak ayah saya kalau saya kahwin jugak tahun nie, kopak duit katanya..hehehe. alasan lagi! XD

Ini juga terbukti apabila saya menilik tapak tangan saya *jangan percaya, syirik! haha*


See, saya mempunyai garis panjang, maksudnya saya akan berkahwin dalam usia 30 tahun. kekekekeke. alasan lagi-lagi! hahaha! tapi tak sampai 30 tahun saya akan berkahwin nanti. tapi memang bukan tahun ini. kalau sempat pun mungkin akan bertunang dahulu. insyaAllah.

Kalau korang masih tak percaya, sila buat survey untuk diri sendiri pulak! untuk yang belum bernikah la. kalau dah kahwin, nak try boleh je, terutama bagi lelaki yang sudah berkahwin teringin nak buka cawangan lain kan..hehehe. korang boleh ke laman web : Marriage Line Palm Reading dan jawab survey di situ. Result saya?


Meh saya Google Translate ye. survey itu mengatakan, "Anda akan terlibat dalam hubungan yang serius (sebelum perkahwinan) di mana anda akan memikirkan perkahwinan. Anda berkemungkinan tidak akan berkahwin pada usia muda". ini alasan lagi-lagi-lagi. kekekeke. dah-dah. jangan terlalu syirik! khurafat semua hado! :P

Dah terlalu merepek entry saya kali ini. maaf la. dah lama saya tak merepek, korang pun mesti ada yang rindu kan..perasan! hahaha. 

Azam Tahun Baru? saya nak diet! mak aih! sejak cuti sekolah berat badan saya meningkat. memang tak boleh jadi. so, saya nak kurangkan balik berat badan saya sebelum majlis Perkahwinan adik saya yang akan berlansung pada bulan Jun nanti. biar nampak slim-selim masa majlis itu nanti. nanti saya jemput uolss okay? :)

Semoga Tahun Baru 2015 ini dapat memberikan kenangan manis yang paling banyak bersama orang-orang yang tersayang, yang paling penting kerja pada tahun ini tak seserabut seperti tahun 2014. hehehe. insyaAllah :)


lovenota : Sekejap je masa berlalu. sekejap je berjarak jauh, harinie nak pergi dating. eh? lalalala~


Read More »

Disember Top Commentator


Walaupun saya jarang blogwalking dan memberi komen pukal seperti bulan-bulan lepas, blog saya tetap dikunjungi walaupun sudah lama dibiar sepi..sob sob sob. *macam lirik lagu plak. haha* Terima kasih diucapkan kepada semua blogger yang sudi datang masuk ke dalam blog saya. tiada apa yang dapat diberikan melainkan backlink jelah yang mampu saya bagi..hehehe.


Mereka juga yang masih memberi sokongan kepada saya. antara 10 orang blogger tersebut adalah seperti tertera di atas. Budak memang komen tegar sebab dia kalau datang sekali berpukal-pukal komen dia. sama juga seperti Cik Mimie. hehe.

so, sesiapa nak terjah diorang boleh kita terjah ye.

5. Amy J

Mereka sudah menunjukkan untuk menjadi sahabat blogger kita tak perlu 'main berbalas komen'. apa maksudnya? "kalau kau komen blog aku, baru aku komen blog kau". hahaha..faham kan? sesiapa yang terasa jangan marah pulak yer! sebab apa saya cakap macam tu? bulan Disember lepas adalah bulan yang paling sibuk kerana saya Marking Paper SPM untuk Subjek Kimia Kertas 2. memang jarang sangat saya tinggalkan jejak dan blogwalking di blog lain. tetapi mereka masih lagi sanggup datang ke blog saya dan tinggalkan jejak. ada juga blogger lain yang tak disenaraikan di atas, tetapi 10 blogger ini yang menjadi top commentator pada bulan Disember. memang saya respect la. you are truly blogger! :)

Mostly mereka adalah blog yang memang saya dah follow. bagi blog yang newbie komen blog saya akan saya follow sebentar lagi. bermulanya bulan baru, saya akan mulakan blogwalking saya dengan blog mereka dahulu. tunggu kunjungan saya ye..hehe. thanks!


lovenota : nanti saya nak buat analisis blog sepanjang tahun 2014. macam menarik. hehe

Read More »

Goodbye 2014 Giveaway Di Munirahizzan.com


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Syarat penyertaan :-

1. Terbuka pada semua blogger lelaki dan perempuan dan bermastautin di Malaysia

2. Follow blog :

3. Follow Instagram :

4. Like Page :

5. Follow twitter :

6. Add To Circle Google+ Munirah Izzan

7. Buat satu entry yang bertajuk Goodbye 2014 Giveaway Di Munirahizzan.com.

8. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

9. Tinggalkan URL entri penyertaan anda ke dalam ruangan komen entri ini.

10. Share status di wall facebook anda mengandungi URL entri penyertaan.

11. Pemenang dipilih menggunakan random.org dan akan diumumkan pada 09/01/2015. (Jumlah pemenang belum ditentukan kerana hadiah mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa)

Semoga berjaya.

Selamat tinggal memori 2014..
Semoga kehadiran tahun baru 2015 bakal membuka lembaran baru yang lebih bermakna buat kita semua...

klik banner kalau nak join, sempat lagi nie
arigatou!


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®