Wednesday, April 29, 2015

Wanita Buka Baju di Petaling Street



KUALA LUMPUR, 28 April : Seorang pekerja spa yang juga model sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di ibu negara hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam pada Khamis lalu.

Persana Avril Sollunda, 33, yang terbabit dalam insiden membuka pakaian di Petaling Street, di ibu negara minggu lalu bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Dia memohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan. Persana didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.07 petang, 23 April lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Persana yang tidak diwakili peguam dan kelihatan tenang di kandang tertuduh sepanjang prosiding mahkamah berlangsung. Majistret Zura Syazween Hamzan tidak membenarkan dia diikat jamin dan menetapkan 29 Mei untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit.

Minggu lepas, perlakuan Persana yang menanggalkan baju di khalayak ramai dirakam dan disebar di laman sosial sehingga menjadi viral. Klip video berkenaan memaparkan visual Persana yang berada dalam keadaan marah menanggalkan pakaian di bahagian atas termasuk pakaian dalamnya.

Di dalam sebuah forum sembang di laman sosial, beberapa pengguna internet mendakwa dia pernah menjadi peserta Dewi Remaja pada 2005 selain turut mencuba nasib dalam Pengacara Jemputan Nona bagi mengejar cita-cita menjadi pengacara di TV3.

Menurut saksi yang juga anak perempuan kepada seorang pemilik restoran di tempat kejadian, wanita tidak berbaju dalam klip video tersebut didakwa membeli dua botol minuman keras, namun tidak membayar sepenuhnya harga minuman tersebut. Anak perempuan pemilik restoran itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berkata, wanita berbaju merah dalam video itu cuba menuntut wanita yang membuka baju itu agar menjelaskan baki bil minuman dibelinya. Namun kata Lee wanita itu sebaliknya bertindak agresif dengan menanggalkan pakaian di khalayak ramai sebelum beredar.

Turut ditunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita berkenaan tidak membayar sepenuhnya minuman yang dibeli sebagai bukti. Dilaporkan, pihak polis yang kemudiannya menangkap wanita dalam video tersebut menyatakan ujian saringan ke atas air kencingnya didapati positif dadah jenis methaphetamine atau syabu.


***************
nama dia pelik sangat. Persana Avril Sollunda @ Shanna Avril. berasal dari Sabah berketurunan Kadazan berdarah campuran Dusun-Thai (Cina)-India (Sikh). 

tak paham betul. kenapa nak marah-marah sampai nak bukak baju? kenapa nak berbogel? kat tempat ramai orang plak tu. perlu ke? sampai nampak semua bagai. masa tu dia mabuk, katanya dia tidak ingat apa-apa mengenai kejadian tersebut. adui. muka je lawa, tapi akal tarak! walaupun bukan orang Islam, tapi awak tu masih di Malaysia. bukannya di Amerika nak bogel-bogel sesuka hati. 


lovenota : pergi masuk sekolah balik ambil subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan!


Read More »

Captain America Berlegar di Johor



Ini baru dinamakan peminat fanatik @ die-hard fan Kapten Amerika! complete full set of Captain America. siap ada shield lagi. motor seakan-akan motor Kapten Amerika jugak. Ducati Monster beb! tapi yang takde ialah helmet. bahaya naik motor tak pakai helmet nie. ke helmet Kapten Amerika itu boleh diklasifikasikan sebagai helmet motor? boleh ke? hehehehe.

Siapakah Kapten Amerika tu?

Beliau ialah Kimberly Lee Tanberusia 46 tahun yang berasal dari Filipina. Dari sumber TheRakyatPost, dia dikatakan dicabar oleh rakan-rakan fitnessnya untuk memakai set Kapten Amerika dan menyahut cabaran tersebut. Dia mula memakai pakaian tersebut pada hari Khamis lepas (23 April 2015) dalam midnight filem untuk The Avengers yang ditayangkan di pawagam City Square di Johor Bahru. Kemudian, isterinya mencadangkan bahawa dia menghabiskan keseluruhan hari Ahadnya dengan memakai kostum dan menunggang motosikalnya di sekitar bandar Johor Bahru.

Tan berkata beliau membelanjakan kira-kira RM 1,200 untuk pakaian yang telah ditempah melalui sebuah kedai pakaian di Johor Baru. Winged Helmet telah diubahsuai untuk RM 1,300, manakala perisai itu merupakan tempahan khas dengan berharga RM 600.

Kalau dah fanatik, tak kira pasal duit pun. asalkan hati puas. betul tak?

Kalau saya jadi peminat fanatik, korang mesti boleh agak kan saya nak jadi apa. hehehe.


eh, opkos la LOKI! hahahah XD



image ini sebijik Loki kan..hehehe.

tapi yang paling cantik and sweet. 
Loki's wedding dress design


it will be my Wedding Dress! one fine day.
cantik kan? XD


lovenota : hari ini pun saya pakai baju tema hijau. ngee XD



Read More »

Sunday, April 26, 2015

Avenger : Age of Ultron


Hari nie saya menghabiskan hari sabtu bersama dia, incik kambing. pernah mak saya tanya, kenapa panggil kambing? Sebab dia ada janggut sikit di bahagian bawah bibir..ciput janggut tu macam kambing. Hikhikhik. kejam betul gelpren incik kambing. Ngeee..

Dia booking tiket wayang semalam secara online, takut-takut ramai yang beratur panjang di TGV Aeon Bukit Raja, Klang. Kalau nak tengok wayang kat Sunway Pyramid, rasanya dah penuh. Maklumlah baru beberapa hari ditayangkan di pawagam. 


Yep. Filem dari Marvel iaitu Avengers Age of Ultron. Dah lama kita tunggu keluaran Marvel yang seterusnya. Dan yang kecewanya, 

Tiada Loki
Omaigosh! Kenapa!! Sebut scepture Loki tapi orangnya takde. Kenapa?? Uwaaa. Hahaha.

Filem Avenger 2 kali ini dah makin kurang aksi berbanding Avenger 1. Tapi masih seronok untuk ditonton. Membawa kisah perkembangan robot jahat yang ingin mempunyai badan seperti manusia dan bercita-cita ingin musnahkan komuniti manusia. Canggih betul teknologi zaman sekarang. Eh, zaman Avengers. Secara realitinya, teknologi yang menghasilkan sel-sel badan manusia melalui laser itu masih belum ada. Mungkin sedang diusahakan kot. Mana tahu, kan? Wallahu'alam. 

Dan tiba-tiba dalam cerita ini Natasha suka pada Dr Banner @ Hulk. Tak sangka beb. Haha. Yang sweetnya, bila Hulk nak jadi manusia balik, dia ikut arahan Natasha sahaja. Orang lain tak boleh nak control Hulk nie. 

Dan ada hero baru yang muncul di dalam filem tetapi tiada di dalam poster Avengers. Bukan takde, ada je kalau tengok betul-betul, cuma dia blurkan gambar untuk memberi elemen suprise kepada penonton. And memang i suprise la sebab ade hero Marvel yang baru. Selepas habis tonton baru nampak hero yang tersorok dalam poster di atas. nampak tak hero yang diblurkan tu tengah terbang atas kepala Hulk? Nampak kan? Hehe. 

Nak tahu lagi? Pergi tonton sendiri la. Best woo :P


lovenota : petang di Shah Alam hujan. di mana-mana hujan jugak. Musim hujan ke sekarang nie?



Read More »

Wednesday, April 22, 2015

Hensemnya Loki!


Tengah layan Thor: The Dark World kat FOX Movie Channel di Astro nie, seronok je tengok Loki. Tak tengok hero pun, suka tengok Loki lagi..hehe. tak kira la Loki tu orang jahat, tapi rasanya ramai yang melting tengok Tom Hiddleston dari Chris Hemsworth. Kan? Hehe

Kalau tengok chibi Loki lagi cute. Jom layan chibi Loki dengan chibi Thor










lovenota : bila agaknya dapat tengok Loki lagi eh? 



Read More »

Tuesday, April 21, 2015

Love is #16 : Small Little Things



Memang small little things 
saya tak suruh datang tapi tetap berdegil 
tup tup dah ada depan rumah 
katanya risaukan keadaan saya 
dengan keadaan ulser yang belum baik sepenuhnya

Dan dia terus membawa saya makan 
macam tahu-tahu je orang tengah lapar..
tak sempat nak makan hari ini

Seronok..hehe.


lovenota : it is really the most warming act of LOVE


Read More »

Sunday, April 19, 2015

Tayar Pecah Pulak


Apa malang la nasib bulan nie. Kereta Vios accident, kereta ayah yang Wira Aeroback nie pulak tayarnya pecah. Sedih gila rasanya. Lepas nie apa nak jadi pulak..

Saya dah lama tak bawa kereta manual. Dah nak setahun kut sebab dah tukar kereta Auto nie kan. Bawa kereta pun perlahan je sebab takut tiba-tiba tak dapat kawal gear nanti. Perlahan la jugak dalam 80-90 km/j. Tapi tak tahu kenapa pecah jugak tayar kereta nie. 

Saya dalam perjalanan ke Gemencheh dari Seremban. Sampai di Rembau tiba-tiba terdengar bunyi meletup pada tayar sebelah kiri. Saya pun terkejut la sebab tiba-tiba dengar bunyi meletup yang kuat. Lepas tu saya tak berani nak berhenti tepi jalan, takut ada kes lain (merompak, etc) kan. Saya pun bawa kereta perlahan-lahan ke Petronas Rembau. Keluar dari kereta, rupa-rupanya tayar dah pecah. Allahuakbar!



Saya pun tak pasti kena apa sampai berlubang tayar tu. Bukan di permukaan tetapi di bahagian tepi. Entah-entah tercucuk dawai ape entah kat jalan tu. Masalahnya pulak, saya bawa kereta di sebelah kanan, bukan di sebelah kiri berhampiran tepi rumput tu. Jalan tu ada dua lane. Itu pun terkena jugak. Entah-entah dah banyak kereta yang kena kot..bukan kereta saya je. 

Saya pun terus minta tolong abang Petronas kat sini. Sharifudin namanya. Bangladesh rasanya, dengar dari pelat lah. Dia sanggup tukarkan tayar untuk saya. Saya pun lega la sebab ada orang boleh tukarkan tayar sebab kudrat perempuan mana boleh nak buat semua tu kan. Abah pulak bising-bising, kata bawak kereta je pandai. Tukar tayar tak pandai. Ya ampun bapakku, bukan tak pandai. Tak berdaya. Berat nanang! Uwaaa.

Lepas selesai tukar tayar, saya pun memberi upah RM 5 sebab penat-penat tukarkan tayar untuk saya. Lepas tu yang saya terkejutnya, dia minta RM 10. Dia cakap, buat apa 5 ringgit, tak cukup untuk minum-minum. Kalau nak bagi, bagi 10 ringgit la. Aik, minum apa yang mahal sangat sampai tak cukup RM5? Saya pun cakap la, ambil la RM5 nie. Dia banyak kali tolak sebab katanya tak cukup. Saya pun cakap la, kalau pergi kedai tampal tayar tu baru dapat RM10. Ini tukar tayar je. Mana sampai RM10. Bila dia fikir panjang, baru la terima duit tu. Alahai Kasim..Huhuhu. 

Zaman sekarang semua nak duit lebih. Bersyukur la masih dapat lagi duit + gaji sedia ada awak tu. Macam-macam. Jangan tamak!


lovenota : Kena buang badi malang nie agaknya..huhu


Read More »

Wednesday, April 15, 2015

Oh Keretaku


Malang sungguh rasanya hari ini. Sedih rasanya. Kereta saya terpaksa masuk 'hospital' untuk merawat 'sakit' yang dihidap petang tadi. Kenapa? Ini jawapannya.


Sebelum kejadian ini berlaku, saya dah rasa berdebar pada petang tu. Hati rasa tak keruan, rasa tak sedap je. Macam ada sesuatu yang bakal berlaku je. Rupa-rupanya ini yang jadi. Huh!!

Saya terlanggar motor bila nak keluar simpang. Sebenarnya bukan salah saya pun. Motor tu yang tiba-tiba datang ke depan. Bila nampak jalan clear, kita pun jalan la, kan? Ini tak, dia masih lagi tak keluar dari simpang. Ingatkan dah jalan, rupanya belum. Apa lagi, gedegangg!!! 

Nak keluar simpang pun susah. Saya pun tak nampak situasi macam mana. Tapi masa saya tolong motor tu jatuh, saya nampak handphone pemandu motor tu terjatuh jugak. La, main handphond masa bawa motor ke? Patut la tak keluar dari simpang. Cari nahas betul nieee. 

Bila saya nampak handphone tu, saya rasa lain macam dah. Pikir balik sebenarnya salah siapa? Entahlah..huhu.


lovenota : Malang tidak berbau. 


Read More »

Love is #15 : Hungry



Disebabkan ulser makin teruk, saya tak boleh nak makan apa-apa. Lapar tu jangan cerita lah. Rasa macam kempunan makan nasi putih. Dah lama saya tak dapat makan nasi putih lauk sayur dan ayam masak merah. 

Saya mengadu pada dia. dia kata dia risau sangat dengan keadaan saya macam ini. Sampaikan sanggup nak datang sini dari Shah Alam. Oh tidak, kalau dekat saya tak kisah. Ini jauh berpuluh batu. Dengan esoknya nak kerja lagi, saya cakap tak payah datang. Sakit ini ujian dari Allah SWT, terima je dengan redha.

He is so sweet. :)


lovenota : cuba untuk lelapkan mata


Read More »

Tuesday, April 14, 2015

Ke Klinik la Kite


Saya mendapat pelepasan ke klinik kesihatan pada waktu bekerja sekarang nie. Tak tahan sangat sebab dah terlalu sakit ulser yang semakin membesar sehingga menyebabkan bengkak dari bahagian mulut kanan ke pipi. nampak tembam di pipi seketika. Pelajar saya pun tegur bila saya tiba-tiba berhenti bercakap sambil mengerutkan muka menahan kesakitan. "Cikgu ok tak?". Mau tak sakit. Gigi geraham bergesel dengan ulser di pipi. Pedih. Amat

Ulser saya dah menjangkau 8 hari tapi masih tak baik lagi. Apa lagi yang perlu saya buat? Saya dah lama tak makan sedap disebabkan ulser nie. Bencinye! 

Selepas keluar dari bilik bos tadi, penolong bos menegur saya.

"Nak ke mana nie?"

"Ke klinik. Sakit.". Tunjuk kertas kebenaran keluar.

"oh....". Panjang oh dia. Sambung lagi. "Eh, pergi klinik hari selasa?" kata penolong bos sambil memandang kerani-kerani di pejabat. Tawa mereka meletus berdekah-dekah. Ok. Blur di situ.

"Yela, kenapa dengan hari Selasa? Tak boleh pergi klinik hari Selasa ke?". Saya memang 100% tak faham apa yang berlaku. Tak ada pula peraturan yang mengatakan tak boleh ke klinik hari Selasa.

Setelah kaw-kaw gelakkan saya, salah seorang kerani yang baik hati memberitahu saya, "Hari selasa untuk ibu-ibu mengandung. pregnant ke?" gelaknya lagi.


Terus saya memandang penolong bos saya sambil menjerit, "Heiii..mana ada!!". Lagi kuat dia ketawa.

Ciss, kahwin pun belum macam mana nak mengandung haaa..senget senget. Saya mana la tahu hari selasa ialah hari ibu mengandung buat check-up. Tak pasal-pasal terkena. Aiseh.


pipi kanan membengkak. 
Nampak kan? 
Huhu

Doktor mengatakan kalau saya masih tak sembuh dalam masa 2 minggu ini, dia nak referkan saya pada hospital besar. Alahai, seram betul mendengar. Mintak-mintak la cepat baik. Tak nak refer-refer nie. Takut. 

Doktor tu boleh pulak bergurau-gurau dengan saya. Ramah betul. Tapi bukan nak try eh, doktor tu dah kahwin. Sebaya dengan saya kot doktor tu, muda lagi. Boleh pula dia tanya ic 52 dari negeri mana. Saya pun jawab la, "masih Malaysia lagi, bukan oversea". Sengih dia. Hehe.


lovenota : tak tahu bila nak kahwin. Eh? Tetiba. Hihi


Read More »

Monday, April 13, 2015

Sendiri


Sebak
Sepanjang hari terasa sayu
Air mata jatuh menitis 
seperti sang hujan yang turun Gerimis

Teringat kata-kata seseorang
jangan begitu murah dengan air mata
tapi apakan daya

Terkadang hujan sengaja turun
Agar aku dapat berteduh
Supaya aku berhenti untuk mengejar
Sesuatu yang tidak perlu

Apa sebabnya aku hidup pada hari ini?
Di mana arah tuju kehidupanku ini?

Tiada sesiapa yang memahami
Tiada sesiapa yang berada di sisi
Baik keluarga, kawan mahupun kekasih
Tiada seorang pun

Akhirnya tinggal aku sendiri
jua



missbalqis
April 2015


Read More »

Sunday, April 12, 2015

Pengantin Fantasia


Pelamin Fantasia adalah sebuah program realiti dengan objektif utama adalah untuk merealisasikan "Perkahwinan Impian ". Seramai 10 pasangan sebagai peserta (sebanyak 20 Peserta) yang telah dipilih daripada ujibakat Pelamin Fantasia kini akan bersaing dalam satu siri ujian dan cabaran bagi mereka untuk memenangi perkahwinan impian mereka direalisasikan di episod akhir Pelamin Fantasia. 

3 selebriti terkenal iaitu Datuk Rosyam Nor, Datin Marlia Musa, Rizalman Ibrahim akan bertindak sebagai Juri kepada para pasangan. Para juri akan menentukan pasangan yang akan meneruskan impian perkahwinan di Pelamin Fantasia berdasarkan tugasan dan cabaran yang telah diberikan.

Uiks, saya nak masuk rancangan Pelamin Fantasia? oh tidak. saya tak sanggup nak masuk. hahaha. sebenarnya ada seorang kawan saya yang masuk pertandingan ini. serius tak sangka! lagipun saya tak tengok rancangan realiti ini. sekali terpampang gambar seorang kawan yang sangat dikenali pada zaman saya belajar di UPSI. siapa?



Nur 'Irma Diyana Bt Mohd Norbi (Didie nama manja dia sebenarnya) adalah kawan saya semasa belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2006-2010. dia seorang yang memang 'happy go lucky' dan teramat 'sporting'. seorang yang memang pandai berkata-kata. kalau buat presentation bagi je pada Didie nie. tapi kalau sesiapa yang tengok rancangan ini, mungkin korang ada nampak yang Didie nie macam kalut sedikit, gabra bukan main. macam itu la dia dari zaman belajar dulu. kononnya takut nak buat presentation, siap gabra kemain. tapi bila dah present kat depan semua orang, lancar je presentation dia. perfect talk, perfect presentation. semuanya gempak-gempak, depan kitorang konon tak bagus la tak prepare la..amboii. hahaha.

Banyak gila kenangan manis kami bersama dengan member-member lain. paling best di mana kami satu group menyiapkan thesis Chitosan bersama dengan Prof. Dr. Ismail Bin Zainol, pensyarah Polymer Chemistry di UPSI. dengan tabahnya kami mengorbankan cuti semester kami semata-mata menyiapkan thesis. legend betul..hehe.

Dah 2 episod rancangan Pengantin Fantasia ini berlansung tetapi baru hari ini saya dapat tahu Didie masuk pertandingan ini. apelah kau nie didie, tak cakap pun kat kitorang kan. ishkk..takpe-takpe. semoga kau dengan pasangan kau teruskan semua cabaran yang akan korang berdua tempuhi. Baru tahu juga tangan Didie terkehel dan terpaksa memakai anduh. aduh, macam mana boleh kena tu? serius aku tak tengok pun. semoga kau cepat sembuh eh didie. masih tak dapat contact dia di Wechat. busy kot. dah jadi artis kan..hehe.

Ada banyak juga gambar saya bersama Didie dulu, tapi saya tak boleh siarkan disebabkan hal-hal tertentu. nanti tak pasal-pasal gosip pulak kan..sebab Diyana yang dulu bukan Diyana yang sekarang. siapa yang kenal Didie fahamlah apa yang saya cakap..hehe. 


lovenota : kalau Didie menang 100 ribu tu, aku nak tumpang sekaki eh..hihi XD


Read More »

Friday, April 10, 2015

CPUV #222 : HITV Immuno-Therapeutic Vaccine


Tiba-tiba saya tergerak hati untuk mempromosi CPUV terbaru, iaitu vaksin HITV, sejenis vaksin untuk mengubati penyakit Kanser. Kanser menyebabkan 7 juta kematian setiap tahun atau 12.5% daripada jumlah kematian di dunia. Hari ini dengan kemajuan dalam pembedahan, kemoterapi dan radiasi terapi, kadar kematian kanser telah dikurangkan.


Bagaimana untuk mengetahui kita menghidap kanser?

Jika korang melihat gambar di atas, itu adalah perbezaan sel yang normal dengan sel kanser di mana jika kita menghidap kanser, struktur sel amat berbeza berbanding sel normal. paling senang nak nampak ialah sel kanser mempunyai lebih dari satu nukleus. siapa yang ingat pasal sel masa sekolah dulu-dulu faham la gambarajah ini. hehe.

Pembedahan, radioterapi dan kemoterapi adalah tiga jenis rawatan kanser. Sekarang kita boleh menganggap immunoterapi sebagai dimensi keempat, yang memanfaatkan sistem imunisasi semula jadi dan keupayaan untuk menangani penyakit.

HITV (Hasumi™ immunotherapeutic vaksin) terapi [HITV Immunotheraphy for Cancer] telah dibangunkan oleh Dr. Kenichiro Hasumi, Klinik Tokyo ICVS. Protokol sangat berkesan semasa melibatkan suntikan intratumoral belum matang sel-sel dendrit autologous dalam kombinasi dengan TomoTherapy. Sejak 2008 lebih 500 pesakit kanser peringkat akhir telah menerima terapi ini di Klinik Tokyo ICVS dan kadar CR / PR yang amat tinggi telah dicatatkan.

Jaga kesihatan anda. sentiasa periksa tahap kesihatan anda. dari luar memang nampak sihat, tetapi organ dalaman kita tak tahu. 

Biar duit hilang, jangan nyawa melayang.


lovenota : penyakit yang paling menyeramkan manusia. 


Read More »

Thursday, April 09, 2015

Kejohanan Balapan dan Padang


Hari ini selesai sudah acara sukan sekolah, iaitu Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat sekolah. Hari ini saya bertugas bahagian pelepas. Sehari suntuk di padang dari pagi sehingga tengah hari. Agak panas pula cuaca hari ini. Dengan keadaan saya yang tak berapa sihat, gagahkan diri juga untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. 

Alhamdulillah, rumah sukan Kelisa @ rumah merah menjadi johan pada tahun ini. Rasanya sudah 3 tahun rumah Kelisa asyik mendapat Naib Johan. Last dapat johan pun tahun 2011 rasanya. Dapat merasa kembali piala Johan tu. Tahniah.


Maskot rumah Kelisa. Ladybird. 

Akibat sehari suntuk di padang, saya rasa lemah. Kepala berat sangat. Rasa nak migrain. Bergoyang-goyang rasa. Saya pun dah 5 hari tak makan nasi. Ulser saya semakin besar dan membengkak. Tak boleh nak kunyah langsung. Terus saya ambil keputusan untuk balik ke rumah tanpa menunggu majlis penutup sukan. Saya tak nak pitam di sekolah. Baik pitam di rumah. Lagipun sekolah ambil cuti peristiwa hari ini. so, balik jelah. 

makin lama cuaca tak tentu. Kejap panas kejap hujan. Saya yang menjadi mangsa perubahan cuaca tersebut. 6 hari menanggung sakit. Sedih. 

Mengadu pada sayangness, dia pesan suruh makan aiskrim kat tempat ulser. Pedih tu! Teringat masa dia kena ulser 2 tahun lepas di Waterpark i-City, hanya mampu melihat saya makan dengan seronoknya. Hehe. 


lovenota : saya diberitahu saya mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014. Syukur alhamdulillah. 


Read More »

Monday, April 06, 2015

Ulser



Walaupun ulser tersebut nampak kecil, 
Tetapi mampu melumpuhkan seluruh badan kita 
Sakitnya terasa mencucuk-cucuk 
Bila dah pecah, bengkaknya sangat terasa
Berdenyut-denyut dari dalam mulut 
oh tidak, inilah sakit yang paling tidak digemari 

Tak pasal-pasal kena ambil MC hari ini
Macam mana nak mengajar kalau bengkak kat mulut 
Bukannya ulser di bibir, tapi di kawasan pipi sebelah kanan
Nak mengunyah pun susah, apatah lagi ingin berbicara 
Senyapkan sahaja mulutku hari ini

Walaupun saya dapat MC, saya harus ke Tampin untuk menghadiri mesyuarat panitia 
Gagahkan diri jugakla. 


lovenota : pelik kalau suara sendiri tidak kedengaran. budak-budak lagi double pelik. cikgu bisu, katanya.


Read More »

Sunday, April 05, 2015

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014



Siaran langsung secara live, keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014 serta komen saya sikit pada malam ini. hehehe.

Pada awal pembukaan anugerah dipersembahkan oleh Faizal Tahir dengan lagu Assalamualaikum. best sangat! 

1. Artis Baharu Lelaki Popular : Hafreez Adam

2. Artis Komedi Wanita Popular : Didie Alias
Baju Didie Alias sangat la gorgeous uols! memang Lady Gaga Malaysia la.



3. Artis Duo/Berkumpulan Popular : Akim & The Magistrate



4. Pengacara TV Lelaki Popular : Datuk Aznil Nawawi

5. Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana (Hot FM)



Ella dan Korie nyanyi lagu Pergilah Sayang. serius, itu lagu karaoke masa saya kecik-kecik lagi tau..haha.

oh, saya suka lagi Ayda Jebat nyanyi lagu Wanita Terbahagia. macam spoil jer.


Cinta Itu Seperti Angin
Kita tak dapat melihatnya,
Namun dapat merasakannya



look who is in da house! El and Kyra!
Ungku Ismail Aziz and Siti Elizad


3 jejaka hangat : Syarul Ridzwan, Shukri Yahaya dan Hisyam Hamid

6. Pelakon TV Lelaki Popular : Shah Iskandar

7. Artis Baharu Wanita Popular : Ayda Jebat


8. Penyampai Radio Lelaki Popular : Johan (Era FM)
woww, rambut baru Johan sangat kelasss! baru la macho :D
macam klon Anuar Zain je..hehe. eh. Johan cium mulut isteri? ishkkk



9. Pengacara TV Wanita Popular : Neelofa
As usual, she looks stunning and beautiful 


Cinta Dibentuk oleh Satu Jiwa 
yang Dihuni oleh Dua Raga

10. Pelakon TV Wanita Popular : Nad Zainal

11. Artis Komedi Lelaki Popular : Abam Bocey
"Gemuk is AWESOME!"

Cinta tidak pernah menuntut, 
Cinta selalu memberi

12. Penyanyi Wanita Popular : Adira


13. Pelakon Filem Lelaki Popular : Shaheizy Sam

14. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Tan Sri SM Salim


Cinta selalu menderita, 
tanpa pernah meratap, 
tanpa pernah mendendam

15. Penyanyi Lelaki Popular : Akim

16. Pelakon Filem Wanita Popular : Siti Saleha

Cinta adalah puisi. 
Makna-maknanya keluar dari hati

17. Anugerah Bintang Paling Popular 2014 : Shaheizy Sam
mendapat 265, 703 undian. bertuah dapat kereta Toyota Camry yer..Tahniah!




Anugerah ABPBH Kategori Online
1. Personaliti Popular : Faiz Dickie
2. Gandingan Serasi Di Layar : Zul Ariffin dan Ayda Jebat
3. Artis Lelaki Stailo : Zul Ariffin
4. Pasangan Selebriti Romantis : Awal Ashaari dan Scha Alyahya
5. Artis Paling Kontroversi : Sharnaaz Ahmad
6. Artis Wanita Stailo : Datuk Siti Nurhaliza


nak lihat gambar-gambar artis di karpet merah pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015, anda boleh ke galeri ABPBH di --> sini

ingin menonton kembali video persembahan artis pada malam ini, boleh ke laman web http://www.tontonmusic.com.my/

Best ke anugerah malam nie? entah. hehe.

Puas hati ke dengan keputusan tu semua? kalau tak puas hati, salah korang jugak. kenapa tak undi banyak-banyak? hehehe. tapi ada keputusan yang agak mengejutkan. sebab fans diorang banyak undi, menang la dia. ye?

tapi kan, baju artis-artis malam nie ada yang cantik, menarik, terlampau seksi, tetapi yang tak cantiknya ada yang nampak 'tersembul'. oh, bukan 'tersembul' yang semula jadi tu, tetapi yang 'tersembul' adalah sesuatu yang sepatutnya tak perlu ditayangkan. paham-paham korang sendiri la. korang mesti perasan punya. huhu


lovenota : nak tidur. penat dating. eh!


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®