Showing posts with label ..my life... Show all posts
Showing posts with label ..my life... Show all posts

Monday, August 15, 2022

Home Tuition untuk Subjek Kimia dan Sains




Adakah tuan/puan sedang mencari seorang guru @ tutor untuk mengajar anak anda di rumah? 


Jom Home Tuition bersama saya!


saya boleh memberikan Home Tuition @ mengajar anak tuan/puan di rumah anda sendiri! tak kira anak anda berada di mana, di rumah mahupun di asrama penuh sekolah anak tuan/puan. saya akan pergi ke tempat di mana anak anda berada!



Belajar sampai Mahir, Faham dan Tahu!




Mata pelajaran / Subjek yang boleh diajar:
  • Sains KSSM (Tingkatan 1 dan Tingkatan 2)
  • Sains PT3 (Tingkatan 3)
  • Chemistry / Kimia / Kimia DLP SPM (Tingkatan 4-5)
  • Kimia IGSCE (MRSM)


Detail profile:
  • Masih mengajar di sekolah menengah di Selangor (2010 - sekarang) 
  • 13 tahun pengalaman mengajar di sekolah
  • Pernah menjadi guru tuisyen di pusat tuisyen
  • Mahir dalam penguasaan mata pelajaran Sains dan Kimia
  • Mahir dalam format terkini Peperiksaan Sains PT3 dan KSSM Kimia SPM
  • Mahir dalam mengajar mata pelajaran Kimia Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
  • Mahir mengajar subjek kimia program IGCSE, iaitu Dual Program Pensijilan di MRSM, Program SPMRSM Cambridge IGCSE 
  • Terlibat dalam menanda kertas peperiksaan dan menjadi Pemeriksa Kertas SPM untuk subjek Kimia Kertas 2 bagi sembilan tahun berturut-turut
  • Terlibat dalam menanda kertas peperiksaan Sains PT3
  • Berpengalaman mengajar / menjadi tutor di sekolah asrama penuh sejak tahun 2013


Pendidikan tertinggi : 
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2006 - 2010
  • Sijil Matrikulasi Sains Hayat di Kolej Matrikulsi Perak (KMPk) pada tahun 2005-2006

Syarat - syarat:
  • hanya mengajar dalam kumpulan yang kecil kerana ingin memberikan tumpuan 100% kepada anak anda yang belajar dengan saya.
  • hanya mengambil masa selama 2 jam untuk belajar + latihan. 
  • kadar pembayaran boleh dirunding (negotiate). Terdapat beberapa kos-kos lain yang TIDAK dicaj seperti kos modul, latihan, kertas ujian dan nota-nota.
  • tidak mengenakan sebarang kos pendaftaran berbanding dengan pusat-pusat tuisyen. Bayaran dikenakan mengikut jam yang diperuntukkan sahaja.
  • hanya mengambil home tuition pada hari minggu sahaja iaitu hari Sabtu atau Ahad. pada waktu cuti sekolah, boleh dilakukan pada hari biasa. 
  • terbuka pada kawasan di Negeri Sembilan iaitu Nilai, Seremban, Senawang, dan
  • sekitar Kajang dan Bangi seperti Bukit Makhota, Bandar Seri Putra, Bandar Baru Bangi, Bandar Puteri Bangi
  • jika anda berada di luar kawasan berikut, akan dipertimbangkan berdasarkan kadar pembayaran milage (kadar kilometer). 
  • kawasan lain selain di dalam Selangor dan Negeri Sembilan boleh diterima tetapi perlu berunding dahulu.

TUISYEN secara ONLINE

saya juga menawarkan tuisyen online dari rumah juga mengikut subjek yang ditawarkan. harga bayaran juga tidak akan sama dengan home tuition. 

terpulang kepada anda untuk memilih sama ada ingin tuisyen secara online atau tuisyen secara bersemuka. 


Pertanyaan / Berminat?
segala pertanyaan, anda boleh menghubungi:


lovenota : sekali sekala promote

Read More »

Tuesday, April 05, 2022

Bersawang? Kita bersihkan


Bersawang lama juga la blog ni ya. Semakin sibuk dengan kehidupan di luar sana, tak ada masa nak coret conteng-conteng di sini. nak masukkan input pun belum tentu ada masa. hidup pun tunggang langgang mana mau nak main blog dah. hehehe.

2 tahun COVID-19 melanda negara kita, alhamdulillah setakat ini aku dilindungi dari virus berbahaya ini. dan sejak WFH pun aku makin membesar..adoiii..asyik duduk rumah takde benda nak buat kan. macam tu la hahaha. walaupun agak menakutkan virus durjana itu, tapi yelah kita perlu teruskan kehidupan seperti biasa. sebab itu negara kita sudah beransur ke arah fasa endemik. Virus COVID-19 ni dah macam seperti penyakit biasa, seperti denggi. tapi masih lagi kekalkan SOP di mana-mana ok. 



Tahun baru ni dah jadi isteri orang, lagi la sibuk sebab PJJ ni kan..hahaha. tak apa, redha dengan ketentuan Allah swt. bila ada rezeki, dapat la pindah nanti, InsyaAllah dengan izin-Nya. Majlis pun buat secara sederhana, simple, hanya jemput saudara mara terdekat je sebab nak membendung COVID-19. itu pun lepas majlis, ada yang positif plak tu. adik ipar pun positif juga. kami pun kuarantin juga selepas majlis. takut hahahah.

Sekarang sedang lagi berfikir, masih lagi nak teruskan home tuition atau tidak. rindu pulak nak buat home tuition ke sana ke sini, lihat suasana rumah orang hahaha. motif sangat kan haha. tapi sebab COVID ni semua benda tu terbantut. insyaAllah bila dah ada keberanian, akan teruskan juga. nak buat tuition online? pernah buat tapi lain feel dengan bila ada di depan mata kan. 

tadi check akaun Nuffnang, advertiser berhenti setakat tahun 2020. nampak sangat blog memang tak aktif sejak 2 tahun lepas. tapi boleh la claim duit Nuffnang tu, ada lah dalam RM 100. cukup la tu beli makanan kucing hahaha.

Sehingga kita ketemu lagi.

Lots of Love; Cik Balqis 💖

Read More »

Thursday, July 09, 2020

Demam Denggi

Lama sangat tak update blog. aku ingatkan blog ni dah mati. hehehe.

environment sangat berbeza dari yang sebelumnya, template berbeza, nak akses blogger lebih interaktif. menarik update blogger baru ni. tapi nak kembali aktif berblogger, memang tak dah la. malas lebih menguasai. hihi.

tapi dunia blogger ni dah lama aku tinggalkan. dah sibuk dengan kerjaya. tuisyen lagi. cari rezeki halal. bahagiakan diri. 

sekolah pun dah banyak kerja, layan kerja budak lagi. layan hobi sendiri. layan game lagi.

kalau ada yang singgah sini nak tahu update semasa, alhamdulillah aku masih sihat wal'afiat. keadaan semakin baik, semakin positif dalam hidup. tak perlu hidup berselirat serabut lagi. sudah semakin tenang menghadapi hidup, sudah berfikiran matang. buang sikap negatif. tidak perlu lagi menyibuk hal orang lain. buang obses yang lama yang tak berfaedah, cari hobi baru. 

tahun ini banyak sangat dugaan. aku terkena Demam Denggi pada bulan Februari 2020 hari tu. admit wad di Hospital Kuala Pilah adalah dalam seminggu. sakit tu tak dapat nak cerita. terlalu lemah, air masuk badan guna tiub. paksa minum air dalam kuantiti yang banyak takut terhidrasi, nak bagi naikkan jumlah platelet yang ada sebab terlalu rendah. lepas tu, inject sana sini ambil darah untuk check sel darah dengan platlet banyak kali, setiap beberapa jam. check keadaan hati macam mana. taubat la nak kena lagi. sekarang ni jumpa nyamuk rasa trauma. terus sembur ridsect. nauzubillah! 

tapi rasa juga sedih. semasa admit tu uruskan diri sorang diri. gigih bawa kereta 25km ke Hospital Tampin dalam keadaan menggigil sejuk tu. lepas tu doktor sahkan kena demam denggi. bacaan platelet pada masa itu sangat rendah. doktor takut sangat sebab takut ada komplikasi pada fungsi hati. doktor siap cakap hal ni memang boleh membawa maut. pada masa itu jugak terus dibawa ke Hospital Kuala Pilah sebab di situ sahaja ada doktor pakar. dengan tak ready, tak prepare apa-apa,  pergi sehelai sepinggang, kereta pulak tinggal je kat hospital tu. pergi sorang diri dalam ambulans. takut ada, sedih ada. haha.

tak terfikir pun kena demam denggi ni. sebab demam badan panas macam biasa je. malam tiba-tiba sejuk pulak. siap tak pakai kipas kalau tidur. tak ada pendarahan, tak ada muntah, cirit birit pun tak ada. pada hari keempat baru ada pendarahan, lepas tu muntah-muntah. muntah air pula tu, sebab demam ni memang tak ada selera makan. sakit sangat, tak suka muntah! masa tu juga, pendarahan keluar macam mengalami menstruasi haid. macam period. tapi bila track in tarikh haid bulan lepas, bukan masa haid lagi. lepas tu pendarahan keluar dengan sangat banyak. takut sangat sebab haid keluar pun tak ada banyak seperti itu. itu yang bergegas ke hospital. lain macam rasa, badan rasa lemah. selepas diperiksa oleh doktor, dia kata dah kritikal ni. sebab denggi ni boleh pulak keluar darah. itu yang doktor sarankan terus ke Hospital Kuala Pilah.

di hospital, baru keluar bintik-bintik merah. baru la terbukti, "oh aku betul-betul kena denggi". selama ni dengar je orang kena denggi. kali ni pengalaman sendiri. duduk la di wad seminggu. kerjanya tidur je. bangun je doktor kejut, nurse kejut minum air. tidur balik. doktor bagi dadah apa pun tak tahu. hahahaha. air tu kena minum banyak. siap kena tulis, minum air berapa liter. catat setiap kali minum tu. kencing pun kena sukat dengan bekas sukat yang diberi. berapa liter air yang keluar melalui air kencing dan catat dalam borang. kalau kurang minum air memang kena marah la. selera makan memang mati. makan buah je yang mampu sebab rasa manis buah kan. kalau nasi, minta maaf la tak dapat telan. nasi bubur pun suap dua tiga kali lepas tu tak nak dah. memang keluar dari hospital kurus tau. hilang 10 kg. gila! diet sendiri pun tak dapat lost 10kg. sakit bukan main senang berat badan turun. bukan la nak meminta kan. hehehehe.

doktor tak putus-putus kunjung ambil darah. ada doktor ambil darah tak ada rasa sakit pun. tak sedar pun kena cucuk. tapi ada doktor lelaki cina tu, dahlah cari salur darah tak jumpa. cucuk pun sakit. ada tu cucuk jarum tak keluar pun darah. aku bersabar gila masa doktor tu buat check up. nak nangis pun ada. huhuhuhu. ada juga doktor lelaki tu nak check denyutan jantung. of course kena buka baju buka bra. aku terus tegur, "saya nak nurse boleh?" termalu juga la doktor tu. heheh. maaf la saya masih sedar, dan belum kritikal lagi untuk anda melihat aurat saya. 

oh ya, hari keempat sehingga discharge hari ketujuh keluar dari hospital pun pendarahan tak berhenti. masih ada tetapi tak selebat sebanyak hari pertama. dapat la cuti sakit dari doktor. sambung lagi check darah di Klinik Kesihatan, masih ada lagi pendarahan. sambung cuti lagi. sebulan tak kerja. orang kata, aku paling lama cuti disebabkan demam denggi. pada masa yang sama ada juga cikgu lain yang kena demam denggi juga. tapi dalam 2 minggu selepas itu dah boleh bekerja semula. haih, nasib badan la. lain orang lain demamnya, cuti pun bukan buat apa. makan ubat tidur. masih lagi tak boleh makan nasi, selera hilang terus. orang yang suka makan macam aku ni hilang selera makan. bila fikir balik, kelakar sangat.

nyamuk memang banyak di sekolah. bukan kena nyamuk di kawasan rumah ye. di sekolah, tempat kerja. sembur la fogging la banyak kali tapi nyamuk masih banyak. letih dah bermain tepuk tampar dengan nyamuk. sampaikan aku bawa sendiri ridsect dari rumah sebab tak nak kena denggi lagi. serik! sakit! aku takut sangat kena denggi kali kedua. doktor kata kena hati-hati, jaga diri. jangan kena sampai dua kali. Ya Allah, jaga lah diriku, jauhkan dari musibah. 


lovenote: jenuh cuti lama sangat. lepas cuti demam denggi, sambung cuti COVID-19. tepuk dahi masa tu.


Read More »

Friday, October 06, 2017

Happy Birthday to Me!



Terima kasih atas semua ucapan yang memenuhi ruangan di google, facebook, whatsapp, telegram, etc etc. di sekolah pun dapat banyak ucapan dari kawan-kawan dan anak murid. tetapi sambutan hari lahir saya masih kekurangan feel. tak sambut pun. entah..

oh..yang ke berapa? jeng jeng jeng. dah masuk 30-series sudah. alhamdulillah masih lagi dikurniakan umur yang panjang. syukur, syukur, syukur. kahwin? entah. di mana dia? entah. 


lovenota: mesti buat sesuatu dalam hidup nie. makin lama makin suram. bosan. 


Read More »

Sunday, February 12, 2017

Khabar dari Kota Mekah


Alhamdulillah, mak menghantar khabar berita dari kota Mekah. Sihat-sihatlah hendaknya. Umrah mak tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum bertolak pulang ke Malaysia. Katanya dalam perjalanan ke Madinah pula. Sungguh riang hati mak kerana dapat berkunjung di rumah Allah SWT itu. Tercapai hajat mak untuk menunaikan ibadah umrah di sana. Alhamdulillah.

Mendengarnya, terasa hati ini ingin berkunjung ke sana. Alangkah indahnya. InsyaAllah suatu hari nanti, bersama dengan bakal suami, yang belum tiba menyapa hati ini. 

Mak ada mengatakan nanti di Jabal Rahmah (tempat pertemuan Nabi Adam as dan Hawa), mak nak doakan supaya aku bertemu jodoh cepat-cepat. Aku termanggu seketika, ada ke jodoh buatku? Mendengar kesungguhan mak, aku tersenyum simpul. Entahkan sampai jodoh ataupun tidak. Tiada tanda-tanda lagi aku akan menamatkan zaman bujang tahun ini. Keras hati kau ye~

Abah pun dah mula bising-bising bila nak berumah tangga. Rilek la abah, muda lagi. Belum terbuka hati ini. Maafkan anakandamu..

Mak akan kembali ke Malaysia pada hari rabu depan. Aku sudah bersiap sedia mengambil cuti rehat pada hari tersebut untuk mengambil mak di KLIA. Terpaksa juga ambil cuti, memandangkan mak akan sampai pada waktu tengahari. Mudah-mudahan mak tiba di Malaysia dengan selamat. InsyaAllah. 


lovenota: hatiku sayu~

Read More »

Thursday, June 02, 2016

Cuti Sekolah Baru Bermula Hari Ini


Cuti sekolah sudah bermula dari minggu lepas. Tapi saya baru merasa cuti tersebut tepat jam 12.00 tengah malam tadi. Ya, tepat sekali. Sibuk menyemak dan menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun. Dan hari ini baru selesai penandaan semua kertas peperiksaan. Alhamdulillah. Dalam keadaan yang tak sihat *selsema teruk* dengan tidur tak cukup *jadi burung hantu*, gagahkan diri untuk siapkan jugak. 

Pada mulanya saya tidak mahu memaksa diri untuk menanda semua kertas tersebut tetapi sudah dipaksa untuk siapkan kerana kena ataupun bahasa kerasnya "wajib" key-in di laman saps online. Sepatutnya kena masukkan markah sebelum 29 Mei tempoh hari. Tapi dah tak siap tanda lagi macam mana nak key-in markah? Seminggu sebelum cuti pun tak sempat nak tanda sebab ikut Perkhemahan Kor Kadet Polis peringkat negeri. Empat hari tak masuk sekolah. Celah mana nak tanda kertas? Sah-sah busy camping uruskan pelajar. Dah jadi co-kitchen helper, sebab tak ada tukang masak yang profesional tahun ini..huhu. Ada juga cikgu yang faham sebab saya lewat key-in markah. Ada yang perli-perli sebab lambat key-in. Biarlah..malas nak layan mulut-mulut puaka tu. Siapa yang tahu cara saya bekerja, diorang mesti back-up saya. 

Masa nak key-in markah tadi, semak juga markah untuk kelas lain sebab nak compare GPMP (Gred Purata Mata Pelajaran). Adalah sorang cikgu nie, macam tak jujur pun ada. Aih..geram pulak rase. Nama saya naik dalam group sekolah di Telegram sebab masih belum key in markah. Takpelah, dah memang betul masih belum masukkan markah lagi sebab tak siap sepenuhnya. Tapi cikgu seorang ini, dia dah key-in markah kelas dia..ok cantik la nama tak naik. Tapi markah yang dia masukkan tu langsung tak munasabah. Tak logik. Tak tercapai akalku. Ada ke patut markah budak dia letak B semua. Kelas lain pun dia letak semua pelajar dapat A. Wahh..ikut suka hati nampak!!! Sebab tak nak nama naik dalam memo, sedap hati bagi markah yang turun dari langit. Semata-mata nak bagi tick warna hijau! Eh eh..senangnya hidup kau. Ada jugak cikgu macam tu eh kat dunia nie. 

Oh ya, markah pelajar peperiksaan zaman sekarang nie dah tak pakai buku or kad laporan peperiksaan *report card*. Semua markah cikgu hanya key in dalam sistem je. Lepas tu print out keputusan bagi pelajar. Mudah. Gile. Kalau ibu bapa tak dapat nak datang ke sekolah ambil keputusan pun takpe, check je dalam sistem saps online. Masukkan nombor kad pengenalan anak dan klik, terpampang semua markah anak-anak anda. Dah tak boleh nak tipu dah sekarang nie..hehe

Zaman dulu-dulu masa sistem online nie masih belum dicipta, kami dulu guna buku markah. Tulis semua markah dalam buku. Sekali dengan komen guru tingkatan dan komen pengetua. Uih, azab kalau tiba saat penerimaan report card dulu. Takut beb. Gemuruh. Gigit jari. Maklumlah dulu saya nie bukan dalam kalangan budak nerd, bukan juga budak malas, dan bukan juga budak popular. Saya budak average, biasa-biasa ajah. So takut la nak ambil report card tu. Ambil tu pun dah takut, masa nak bagi kat abah lagi takut. Mencicir air liur, pakej dengan air mata. Kalau nampak banyak sangat bunga-bunga merah, sah kena rotan banyak kali. Abah sangat garang woo, tak boleh main-main bab sekolah nie. Dulu masa sekolah rendah memang pemalas, tak suka belajar. Tu yang merah memanjang..hihi. 

Pernah jugak masa sekolah rendah di Sarawak dulu, tak berani nak bagi report card kat abah tapi cikgu dah minta balik report card tu untuk pastikan ibu bapa ambil maklum markah ujian anak-anak. Tapi saya dulu nakal, tak bagi langsung. Ada juga abah tanya, mana report card? Dengan takutnya menjawab, cikgu tak bagi sebab abah tak datang ambil. Padahal report card tu dah siap-siap sorok bawah tilam. Hahaha. Eh, tak boleh simpan dalam beg sebab abah selalu check buku kerja sekolah bagai. Uihh..serammm serammm! So, bila cikgu minta tu terpaksa la tiru tandatangan abah. Memang kerja gila. Hihihi. Dahla sign abah susah nak mati, sebab jenis sign yang ada bentuk sikit. Tapi nak selamat, tak nak kena marah dengan cikgu, tiru jela sign tu. Last-last kantoi jugak dengan abah. Sebab tiba-tiba akhir tahun abah ambil report card. Tengok lain macam je sign tipu tu. Termangu terkesima sambil menangis la kena rotan dengan abah. Hahaha..nakal gile. Tapi lepas kena tu bukan nak insaf, buat lagi perangai tu. Hihihi. Keras kepala betul. 

Cuti sekolah nie nak rehat puas-puas. Nak main game favourite puas-puas. Penat sangat kerja tahun nie sampaikan boleh lost 8 kg dalam masa 1.5 bulan. Orang pun asyik cakap makin slim, nampak kuruslah. Diet ke? Allahu, saya tak ada niat nak diet kak, turun nie sebab tak cukup makan. Nak makan pun tak sempat kat sekolah tuu. Balik rumah sah-sah saya tak makan dah. Makan roti yang paling sempat. Sedih, kan? Sebab tu cuti nie nak malas-malas..biar badan naik balik. Hahahaha. Orang lain sibuk nak kuruskan badan. Aku sibuk nak naikkan balik..haha. ada orang cakap, sejak kurus nie dah tak comel. Mak pun cakap, cekung sangat, tak cantik kurus macam nie. Nampak tua. Erkk??! Tak boleh jadi nie. Kena makan banyak balik. Hahah.

*picture terbaru. No edit okeh.
Oh nampak kurus di situ..hehe*

lovenota : pinanglah daku cepat-cepat. Letih jaga badan masa bujang nie. sha la la la~ 

UPDATE: To Mr Asif unknown, sila jangan sibuk hal-hal orang ye. Tak perlu nak nasihat-nasihat saya la ye. Kalau nak cakap saya teruk, ada ramai lagi di dunia nie yang lagi teruk. Walhal takde benda negatif sangat pun dalam content saya. Well, cermin dulu diri tu baru bole tegur orang lain ye. Wassalam. 



Read More »

Thursday, March 03, 2016

Hidup Satu Pementasan


Dalam perjalanan ke Segamat petang tadi, terasa seperti zaman waktu belajar dahulu. Menaiki bas setelah sekian lama sambil melihat kehijauan panorama alam semula jadi. Cepat sungguh waktu berlalu, sehinggakan terlupa saat-saat indah seperti pada waktu itu. 


Jika diikutkan mahu saja masa diputarkan semula sewaktu zaman kanak-kanak. Biar aku membesar sekali lagi, biar aku menjadi kanak-kanak sekali lagi, biar aku menjadi remaja sekali lagi. Aneh sungguh permintaan ini. Sesungguhnya memang tak mungkin akan terjadi. Jikalau ditunaikan pun, mungkin akan terjadi dalam mimpi dan jadikannya sebagai impian indah.

Jikalau betul permintaan aneh itu ditunaikan, apa yang hendakku lakukan? Oh, sangat banyak! Paling utama sekali, aku takkan sesekali berpindah ke Port Dickson. Aku ingin menetap di Kuala Lumpur sampai bila-bila. Ya, aku ingin ubah saat itu. Kenapa? Kerana di situlah titik permulaannya apabila segala-galanya berubah menjadi pahit

Selepas kejadian pahit itu berlaku, seringkali aku bermimpi sehingga mengigau, menangis, menjerit pada malam hari. Bila tersedar baru terasa air mata hangat mengalir di pipi. Begitu teruk sekali terkesannya kejadian itu pada diriku. Emosi seringkali berubah menjadi tidak stabil sehingga meninggalkan kesan pada pelajaran dan kesihatanku. Mujur pada waktu itu aku mendapat sokongan yang kuat dari si dia. Rakan-rakanku sendiri tidak mengetahui hal ini. Tak perlu digembar-gemburkan rasanya. Aku tak perlukan simpati dan rasa kasihan. 

Aku tak bisa bayangkan
Bila kau tak ada di sini
Aku tak habis pikirkan
Bila kau tak lagi temani aku

Terngiang-ngiang lagu ini di halwa telingaku petang tadi, meresap masuk ke dalam jiwa. Ya, aku memang tak boleh bayangkan jika dia tiada dalam hidupku. Mungkin tak jadi 'orang' agaknya.

Ya, aku sudah dewasa. Sudah cukup dan terlalu banyak mempelajari erti hidup. Pengalaman lalu dikutip satu persatu, dilipat dan disimpan di dalam memori untuk dijadikan sebagai pengajaran. Lihat ke belakang dengan penuh kepuasan, dan pandang depan dengan penuh keyakinan. Pengalaman tersebut mendewasakan diriku untuk menjadi insan yang lebih tabah. Cukup kuat untuk mengharungi dunia yang semakin lama semakin nazak, nazak dari segi politik, ekonomi dan sosiologi. 

Tidak lama lagi, kehidupanku mula berubah secara perlahan-lahan untuk mencipta suatu watak yang baru dalam kisah perjalanan hidupku. Mungkin sudah tiba masanya. Ataupun mungkin juga aku perlu menunggu lagi? Entah. Serahkan saja pada takdir. 


lovenota : hidup adalah satu pementasan drama


Read More »

Friday, February 05, 2016

Tayar Kereta Kena Sabotaj


Minggu lepas, hari Sabtu berlaku satu tragedi. pertama kali berlaku sepanjang hidup saya. Bila terkenang balik rasa marah pun ada, rasa benci pun ada, rasa nak bunuh pun ada. Tapi fikir beratus kali, kesian pada budak tu, sebab kena sumpah seranah dari saya. Padan la dengan mukanya..huhu.

Pada hari sabtu itu, ada Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di sekolah iaitu LDP Mini Kastek yang merangkumi pertandingan Solar Car, Solar Boat, Saintis Muda, EEC, dan Roket sebagai persediaan ke Pertandingan Karnival Sains dan Teknologi (Kastek) Daerah nanti. 

Selepas dah bersiap-siap ke sekolah, keluar rumah seperti biasa. Tiba-tiba ternampak tayar kereta sebelah kiri flat. Dan pancit ke?? Tak ada angin! Mak Aih!!! Kenapa tiba-tiba jadi macam nie pulakk??? Berlari terus Pusing tengok tayar kereta sebelah kanan plak. Astagfirullah, flat jugak!!! Empat-empat tayar tak ada angin! Gila! Pagi-pagi dah cari nahas! 


Tak faham macam mana boleh jadi macam nie. Apahal pulak nie?? Dengan siapa nak minta tolong niee??? Dahla duduk sorang-sorang, mati punca rasa. Ahh, masa nie la baru rasa menyesal tak kahwin lagi weiii..haha.


Lepas tu terus call cikgu sorang nie minta tolong. Nasib baik ada cikgu-cikgu lelaki nie tolongkan. Mana reti nak jet tayar kereta, empat-empat bijik plak tu. Gila-gila.



Lepas cikgu lelaki nie pergi pam tayar semula, dah dapat tahu macam mana tayar boleh flat rata macam tu sekali. Rupa-rupanya yang buat kerja kejam ini budak-budak sekolah den jugak. Caranya, letakkan batu kecil di dalam nat angin tayar, kemudian pasang semula di tempat asalnya. 


So, pin jarum pada nat angin terkena batu kecil itu dan angin keluar secara perlahan-lahan. Rasanya semalam dah kena nie, baru pagi sabtu tu habis semua anginnya dah keluar. Ah kejamnya anak muridku..huhu.


Marah bukan main membara dalam hatiku. Rasa sakit hati sangat. Memang menguji kesabaran betul. Sebab tu ini kali pertama kena. Sebelum ini, paling cikai kena pun calarkan kereta. Calar pintu kereta, cermin kereta pun pernah kena calar. Tapi kali ini tersangatlah kejam. 

Ada rakan memberi nasihat, biarlah..budak-budak nakal. Tak berakal lagi, tak matang pun. Itu yang buat nakal semua tu. Alahai, bermuhasabah diri sekejap. Sepanjang minggu tu rasanya tak ada pulak dera marah-marah singa naga kat budak-budak nie sangat. Adalah yang terasa kot. Tak pasti siapa yang buat kerja nie. Memang ada beberapa saspek tapi biarlah. Kalau betul dia menyesal, dia mesti minta maaf sendiri. Kalau tak, lu pikir la sendiri!


lovenota : inilah budak-budak zaman sekarang, generasi Y dan Z.


Read More »

Sunday, December 27, 2015

Selamat Pengantin Baru Sahabatku


Jumaat minggu lepas selamat sudah sahabat saya, Ain Zaira Bt Rosli diijabkabulkan di Majlis Agama Miri, Sarawak. Dialah sahabat saya, sahabat waktu kecil semasa membesar di Miri, Sarawak dan sahabat pena semasa kita meningkat remaja. 


Kalau ingat semua kenangan kita bersama, tersangat banyak. Yela, zaman kecil-kecil adalah zaman yang paling menarik dan paling seronok. Kita membesar bersama-sama di PGA Miri, Sarawak, kediaman berek polis. Saya, awak, nana, ebok, amira, muizz..dah tak ingat siapa lagi. Kita bermain bersama, bergaduh bersama. Sangat lucu sebab pada waktu itu kita main geng. Kalau tak geng, jangan kawan dengan dia sampai tak minta maaf, sampai kena pulau oleh semua kanak-kanak di kejiranan itu. 

Masa kecil-kecil, semua benda kita buat, baik permainan lelaki dan permainan perempuan. Kita tak pernah main masak-masak, main anak patung bagai. Itu permainan budak-budak..haha. masa tu kalau nak jugak main masak-masak pun main dengan nana je..tak pun jiran sebelah, linda *orang iban, tak tahu di mana dia sekarang*. Kalau kita bermain bersama, semuanya extreme, tak main permainan perempuan sangat, seperti masuk paya selut, main air anak sungai, main dalam semak depan rumah, panjat pokok ru, etc. Paling cikai pun main baling selipar. Fuh, kena baling selipar tu sakit woo. Betul-betul baling ha. Pernah kena kat dahi setepek. Hahaha.

Kita pergi sekolah bersama-sama dan balik pun bersama-sama. Saya bersekolah di SRK South Miri (SK South) dari tahun 1994-1998. Kalau ayah awak ambil kita, kita balik naik motor sama-sama. Same goes to my dad. Kenangan yang paling tak boleh lupa, balik sekolah sama-sama naik motor, kaki sebelah kanan terkena ekzos motor. Allahu, memang pedih sangat masa tu. Kesannya masih ada sampai sekarang tau. Kenangan mak kata..hehe.

Dulu-dulu jugak kita rajin ke surau mengaji dengan ustaz. Kita semua sangat baik hati dan rajin menolong buat kerja-kerja di surau, cuci kolah wudhu', cuci tandas surau, kemas-kemas sejadah, sapu daun-daun keliling surau, tolong kemas surau. Paling seronok sekali cuci kolam ikan. Masa tu mesti ada katak-katak yang menumpang dalam kolam ikan. Bila cuci kolam tu kita main telur katak, tangkap berudu..lawan berudu siapa yang paling besar. Masa tu tak geli langsung dengan katak, telur katak dengan berudu. Seronok adalah. Tapi bila dah besar nie tengok katak pun dah menjerit..hehe.

Waktu bulan Ramadhan, kita berlumba-lumba pergi tarawikh. Alah, bukan solat sangat pun..dok main kejar-kejar buat bising. Solat 2-3 set lepastu tanggal telekung zappp hilang pergi belakang surau. Bila dah habis tarawikh, tolong orang surau bagi moreh. Bila dah besar sikit, kita join Tadarus Al-Quran. Setiap Ramadhan kita tak pernah lepas peluang join rehearsal tadarus Al-Quran setiap malam. Lepas tu, akhir Ramadhan, Majlis Tadarus Al-Quran berlangsung dan kita dapat duit. Itu tujuan sebenarnya..dapat duit raya awal..Yeayyy! Haha.

Pada akhir tahun 1998, abah ditukarkan ke Kuala Lumpur. Pada masa itu, memang tersangat sedih jugak sebab terpaksa meninggalkan semua kawan-kawan saya. Awak yang paling sedih kot pada masa itu. Kalau bukan saya, siapa lagi kawan sebaya awak, kan? Tapi kita berjanji kita akan sentiasa mengutus surat untuk eratkan persahabatan kita. Pada hari terakhir sebelum meninggalkan PGA miri, semua orang berhimpun di halaman rumah mengucapkan selamat tinggal. Menagis teresak-esak saya. Bukan sebab nak tinggalkan situ sangat, sebab bantal busuk kesayangan saya dibakar oleh abah..hahaha. eh, sedih juga masa saya nak tinggalkan semua orang. Itulah juga kali terakhir saya berjumpa datuk saya. Sehingga kini saya tak berkesempatan nak jumpa datuk saya lagi..huhu. 

Bila dah menetap di Kuala Lumpur, persahabatan kita tak putus. Kita masih lagi mengutus surat bertanyakan khabar masing-masing. Setiap hari mesti check peti surat sebab tunggu surat awak datang. Masa tu seronok sangat sebab ada juga rakan jadi sahabat pena sahabat surat menyurat nie. Bila dah rajin utus surat, automatik hobi mengumpul setem. Banyak sangat setem yang dikumpulkan pada masa itu. Time tu setem murah lagi..ada setem 20sen je. Lepas tu cantik-cantik designnya. Itu yang seronok. Sampaikan saya sanggup pergi mencurik setem surat-surat di peti surat jiran yang lain. Giler kejam aku..hahaha. 

Zaman dulu mana wujud facebook, wechat, whatsapp, twitter bagai. Dulu ada IRC, tak reti guna. Ada laman sosial pun MySpace dan Friendster. Dah pupus dua-dua laman web tu..hahaha. ada lagi, Yahoo! Messenger. Tapi kita tak berhubung guna tu semua. Maklumlah internet tak ada. Zaman itu handphone pun tak canggih, Nokia 3310 je..hehe. 


Kuasa make up. Macam muka orang lain je. Hehehe. Btw memang cun. Very gorgeous!

I am so happy for you, my friend. Selamat Pengantin Baru. semoga berbahagia ke anak cucu, ke jannah. 


Barakallah lakuma wajamaa' bainakuma filkhair.


lovenota: aih, bila lah anak raja nak pinang aku nie...ishk3!


Read More »

Tuesday, December 22, 2015

Salam Takziah Sahabat


Baru buka facebook tadi, terbaca mengenai pemergian seorang rakan yang kembali ke rahmatullah tengah hari tadi disebabkan kanser. Terkejut. Hairan. Terkedu. Sumpah aku tak tahu kau sakit. Aku langsung tak tahu menahu pasal penyakit kau. Kau mendiamkan diri, tak ada bagitahu langsung. Sungguh aku kecewa sebab tak sempat nak jumpa kau sebelum kau pergi. 


Aku tengok facebook kau, kau nampak sihat. Sempat pergi bercuti di luar negara. Tapi hari ini, kau dah 'tiada'. Kau langsung tak bagitahu sakit kau. Bukannya jauh pun rumah aku dengan rumah kau. Silap aku jugak sebab aku tak pernah nak mesej kau. Lama sangat tak hubungi kau. Cuma contact melalui facebook je. 

Kau memang seorang yang sangat baik, ceria, suka tolong aku masa kerja sama-sama dulu kat Ilham Resort, Port Dickson pada tahun 2006. Kalau kau tak ada, tak ada lah nak tolong aku angkat dorm-set VIP bawa ke kitchen. Kalau kau tak ada, boring sangat masa aku kerja sorang-sorang. Kalau kau tak ada, tak adalah aku nak dengar lawak bodoh kau tu. Kadang-kadang kau suka sengaja sakitkan hati aku. Kau suka tengok aku muncungkan mulut macam itik. Kau sentiasa ada dengan aku, sampaikan orang kata kita nie sepasang kekasih. Mana taknya, di mana ada Wani, di situ ada Shukor. Kalau Shukor ada dengan Wani, lambat je kerja si Shukor. Hahaha. Aku takkan lupa semua ini. 

Masa kau perkenalkan diri, kau kata kau pun dari Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) batch 2005/2006. Aku terkejut, tak percaya. Aku ketawa sambil mengatakan kau tipu. Terus kau kata, "yelah, aku nie nampak selekeh kan, tak hensem pun. Macam orang tak belajar kan. Sebab tu kau tak percaya,". Makin galak aku ketawa. Terus kena cubit sedas. Memang susah nak percaya masa tu, kau sangat merendah diri. Gile-gile humble. Bila kau dah berjaya jadi engineer pun kau biasa-biasa je. Tak macam orang lain.

Pernah satu hari tu lepas kita masing-masing sambung belajar ambil ijazah, kau kata kau suka aku. Aku tolak dengan cara baik, sebab kau sahabat aku. Kau rakan aku. Aku sayang kau, tapi sayang sebagai sahabat. Kau terima dengan hati terbuka, dan kurang menghubungi aku lepas tu. Aku pasrah. 

Lama kelamaan kau add aku kat facebook. Aku gembira sebab kau masih ingat aku. Kita berhubung semula, berkongsi cerita lama. 

Aku baru tahu juga, kau sudah menikah pada 2 Disember 2015. Ya Allah, berat sungguh dugaan balumu. Aku langsung tidak menyangka. Sungguh aku tabik pada isterimu, masih lagi menerima kau walaupun tahu kau sedang sakit. Semoga tabah wahai sang isteri!

Sungguh Shukor, aku tak tahu kau sakit. Kalaulah kau sempat memberitahu aku, kalau aku masih ada peluang untuk berjumpa dengan kau. Aku redha. Damailah kau di sana. Semoga kau dirahmati oleh Allah SWT. Aku halalkan semua hutang-hutang kalau ada, semua makan minum kau pada aku. 

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Al-Fatihah.


lovenota : terasa kehilangan sorang sahabat lagi. 



Read More »

Wednesday, December 09, 2015

Hangout Day!


Girl's hangout!


Hari ini baru dapat merasa cuti sambil berjalan-jalan and shopping! Habis duit..haha! 

Ada rakan-rakan tanya, sekarang dah nampak lain. Muka macam berseri-seri, nampak flawless. Amboii, tak ada lah flawless sangat pun. Sikit-sikit adalah. Consume collagen sikit. Hehe. 

Esok bermulalah Mesyuarat Penyelarasan Pemeriksa SPM 2015 untuk kertas Kimia Kertas 2 selama 3 hari di Seremban. So, gambatae!! Ada 2 minggu untuk selesaikan 250+ skrip jawapan. Lepas nie tak ada nak cuti suka-suki enjoy dah. Huhu..


lovenota : selamat pagi sayangku, apa khabar dirimu..

Read More »

Beauty Stalker


Lama saya tidak menulis sambil meluahkan perasaan. Tetapi malam ini saya terasa ingin mencoret serba sedikit di sini. Lama juga tidak menaip seperti membuat ayat karangan ala peperiksaan SPM. Pikiran, tiada siapa yang mahu membaca tetapi rupanya ada juga sweet-sweet stalker yang datang. saya rasa saya amat mengenali para stalker-stalker tersebut. yes, you..i know who you are, i know where you are. sudah lama tidak ketemu, tidak bertentang mata, bukan? 


Stalker is such a strong word. i prefer "Intense Research of an Individual". 

Salah ke stalker? Stalkerazzi..silakan, tidak ada sebarang peraturan untuk para stalker. kamu stalk saya, saya kembali stalk kamu. kamu pun tidak kisah, kan? kenapa buat begini? entah, mungkin perasaan ingin tahu yang agak menebal dan kuat, apa khabar kamu di sana? apa cerita terbaru mengenai kamu. sudah berkahwin ke tidak. sudah dewasa dan matang ke? Tiba-tiba terasa seram menyelubungi diri. aduh, sudah kenapa? Kadang kala pabila mengingatkan kembali peristiwa dan cerita lama tersebut menjadikan hati ini terasa gundah gulana. getaran itu masih ada, terasa kuat sekali. oh hati, jangan kau bermain cara seperti ini. lupakan, ya..lupakan.

Satu perkara sahaja yang ingin saya sampaikan kepada kamu. Ya, betul. Saya merindui kamu. i do miss you. Thanks for checking up on me even if you do not appreciate me at all.


lovenota : It's so awesome that i have a stalker like you :)


Read More »

Friday, October 09, 2015

Ketua yang Tak Berguna!


*kuat selfie sangat!*

Rabu yang lepas selamat berlangsung majlis Perpisahan Pengawas di A'Famosa Resort, Melaka. Alhamdulillah, rasa kelam kabut sangat bila kita sorang-sorang yang uruskan semuanya. dari siapkan Kertas Kerja sehinggalah ke majlis berlangsung. tak pelah, kan? dapat pahala uruskan semuanya sendiri *konon sedapkan hati*. makanan di sana juga sedap, berbaloi dengan harga RM26 per pax. terdapat pelbagai jenis juadah Hi-Tea yang disediakan. yang paling sedap ayam goreng. memang pure kunyit, tak pakai tepung. itu yang best..hehe.

Sepanjang saya menjadi guru penasihat Pengawas, saya kurang dibantu oleh sesiapa termasuklah ketua penasihat pengawas sendiri. Bukan tak nak suruh orang tolong kita, tapi kalau ketua sendiri dah lepas tangan macam mana? ramai guru-guru sini cakap, kenapa tak terus terang dengan pengetua, tak pun dengan guru HEM? saya lantakkan je, saya nie siapa la kan? dahla baru 5 tahun jagung kat sini, takkan nak naik tocang, mengadu-domba. saya pun biarkan jelah. rasanya Pengetua dengan HEM nampak kot siapa yang buat kerja dan siapa yang hanya menumpang nama Pengawas. Itupun kalau dia nampak lah! 

Sejak ketua saya tu masuk dalam badan pengawas, kami diberitahu bahawa cikgu ini bagus, cikgu senior, guru disiplin dari sekolah lama, cikgu berpengalaman uruskan macam-macam. dalam hati saya terdetik, bagus la kalau ada guru macam nie. boleh lah tolong memajukan Badan Pengawas kat sekolah nie. tapi, bila dah sampai bulan 10 nie, hampeh! semuanya muka ini yang uruskan! semuanya muka ini jugak yang kena marah! semuanya muka ini yang tolong settlekan! arghhhh! tension weiii!!! memang saya dah nak gila. serius. bila nak uruskan suatu badan organisasi yang sangat besar seperti Badan Pengawas nie, tak mungkin dapat uruskan seorang diri! boleh naik gila! pengawas seramai 100 orang dijaga hanya oleh seorang guru. pitam pitam!

Tahun depan ingatkan saya ingin tukar jawatan untuk menjadi Guru Disiplin je. bukan apa, saya dah letih pegang Pengawas nie. saya dah boring nak pegang sebab tiada kerjasama langsung antara ketua dan anak buah. tapi, bila saya suarakan kepada pengawas, mereka mengeluh, merayu supaya saya tidak ditukarkan. yelah, nak berurusan dengan cikgu ketua tu diorang tak nak. jenis cakap je pandai, buat tak serupa bikin. kadang-kadang pengawas nie konfius sebab arahan dari dia putar-belit. tak faham apa yang disampaikan. alih-alih diorang semua cari saya je, sampailah sekarang. diorang suruh saya postpone sampai akhir tahun depan. oh tidak, lamanya! tak mungkin saya dapat bertahan lagi. saya perlukan orang yang boleh bekerjasama dengan saya, bukannya ayam yang suka melepaskan batok di tangga.

Masa dia tukar format borang pengawas, dia tak ada pun rujuk pada saya, tanya pandangan saya. saya pegang pengawas nie dah 5 tahun. dia baru pegang pengawas nie 5 bulan. kenapa tak rujuk langsung pada saya? kenapa ikut sesuka hati je nak tukar itu ini? kecoh sekejap masa meeting pengawas dulu. apa, ingat dia ketua penasihat, dia boleh buat sesuka hati? alih-alih selepas tu senyap terus macam tu je! budak-budak pengawas nie tak dia ambil pusing dah, bertugas ke tidak, tengok diorang bertugas ke tak, ada masalah ke, jadual betul ke tidak. buang begitu sahaja. ishkkk..geram sangat! alih-alih saya pun gunakan kuasa saya, tak payah guna borang tu. bukannya dia ambil tindakan pun! saya juga yang ambil tindakan, jumpa HEM bagai! 

Nasihat saya, ubahlah sikap anda. kalau anda dah pegang nama "ketua" untuk apa-apa jenis pekerjaan, bertindaklah seperti "ketua", bukan mengarah! saya tidak suka diarah! saya tidak suka disuruh-suruh. dan saya juga tak suka nak mengarah orang. pandai-pandailah pikir sendiri tugas hakiki anda.

Eh meluat pulak cerita pasal dia. tetiba aku cerita pasai apa aku pun tak tahu. dah ini je cara saya nak lepaskan geram. sabar jela..huhu. Saya bukan nak mengumpat, nak burukkan orang. mungkin ada student and rakan guru saya yang menjadi silent reader di blog saya. mungkin anda kenal siapa beliau yang saya maksudkan. kalau tahu, diam-diam je, tak perlu nak cerita panjang-panjang kat orang lain eh. 


lovenota : jangan buat orang sakit hati, takut tak sempat minta maaf nanti.  


Read More »

Tuesday, October 06, 2015

Happy Birthday to Me!


*Birthday girl*

Hari ini adalah 6 Oktober 2015 iaitu kelahiran saya yang ke 28. Kebetulan pada hari nie, sekolah di Negeri Sembilan ditutup disebabkan bacaan IPU jerebu yang tidak sihat. Walaupun tak pergi sekolah, kena juga ke JPNS untuk mengambil surat kebenaran melancong untuk esok hari. 

Pada mulanya, memang saya nak celebrate dengan si dia. Tetapi bila berjumpa pada waktu lunch, dia senyap tak cakap apa-apa. Terdetik dalam hati, eh dia nie memang tak ingat birthday aku ke? Selepas habis makan, masih lagi tak cakap apa-apa. Ah sudah, sah dia tak ingat langsung. Oh frustnya hati ini! Asyik lupa je dia nie. Anniversary pun lupa, birthday saya pun dia lupa. Eeeee serius geram gila! 

Bila dia nak masuk kerja balik, saya pun tanya, "awak memang tak ingat birthday saya eh?". Berubah terus muka dia. Saya pun mula dengan drama tragis yang penuh dengan air mata. Kebetulan waktu tu hujan turun dengan sangat lebat seperti memahami hati saya masa tu. Punya lah dia minta maaf, say sorry sorry bagai, katanya dia memang tak ingat tarikh hari nie. Eee nyanyuk betul pakcik nie tau!! Benci benci!! Katanya, "kenapa bagitahu saya? Nanti petang-petang sikit mesti saya ingat punya". Lagi berguguran air mata nie, sebab saya tau dia tak akan ingat punya. Dia nie jenis yang kerja tak ingat dunia. Bila buat kerja, saya nie takde dia nak layan dah! Tulah sebab asyik fokus pada kerja sangat sampai terlupa birthday saya. Merajuk betul saya. Memang rasa nak balik rumah masa tu jugak. Tak nak dinner dengan dia dah! Tapi disebabkan sayang punya pasal *amboiii geliii weii*, saya tunggu dia jugak. Alahai..

Saya pun pergi membuang masa dengan pergi ke spa and sauna sementara tunggu dia habis kerja sebab dapat free, redeem birthday kan. Masa nie la nak manjakan diri sendiri. Huhu.

Malam tu, kami pergi makan besar di Seoul Garden di Palm Mall, Seremban. Boleh tahan juga makan di situ, cuma harganya macam mahal sikit la. Seorang kena bayar RM48 dan makan ala buffet, boleh ambil makanan banyak mana, ikut sesuka hati kita. Ada bermacam-macam jenis makanan, pelbagai perasa daging dan ayam untuk di'grill', lauk pauk, mee dan seafood untuk direbus. Ada jugak desert, cendol dan ais krim. Semuanya layan diri, makan sampai puas.




Bila makan sepuas hati tu, memang terasa kenyang sangat sampaikan rasa senak perut..haha. yelah, bayar RM48 per pax, kalau makan sikit tak berbaloi. Kena la makan banyak-banyak..Hihihi. 

And last, before balik, dapat coklat cadbury. Amboi, sempat lagi pergi beli coklat untuk saya ye? Sweet sangat. Alahai, gemuk la badan. Hahaha. 



lovenota : yela, saya maafkan awak. Hehe


Read More »

Saturday, October 03, 2015

Bebas Seperti Burung


Sejuk sangat duduk di chalet nie. Pagi-pagi lagi dah kaku badan nie. Selubungi badan dengan comforter pun masih terasa kesejukannya. Gagahkan juga untuk membersihkan diri walaupun tak ada heater. Bayangkan la mandi dengan air yang sejuk menggigil-gigil. Ouchh!

Hari ke-2 di sini tak ada apa-apa aktiviti untuk para guru. Bangun pun boleh sesuka hati..tidur sesuka hati..makan sesedap rasa..buat sesuka hati. Kalau la boleh buat macam nie kat sekolah, alangkah indahnya hidup. Lupakan semua, lupakan masalah, lupakan kerja untuk seketika.

Hidup ini sangat singkat. Sekejap je masa berlalu, dah nak akhir tahun dah. Budak-budak pun dah nak SPM. Saya je yang masih rasa sama, buat benda yang sama, runtin yang sama, setiap hari. Pernah hati ini terdetik, ingin sahaja mahu lari dari semua rutin ini. Ingin melakukan perkara yang berbeza yang boleh menggembirakan hati dan mententeramkan jiwa. Saya mahu lakukan perkara yang mempunyai keseronokan yang tiada batasnya. Rasa seperti ingin menakluki dunia. Tapi apalah kemampuan saya. Saya sedar.

Bila memikirkan perkara silam, saya rasa kehidupan sebagai seorang pelajar sangat bebas. Bebas melakukan apa saja, ke mana-mana dan buat apa sahaja. Cuma masa tu tak ada duit, tu je. Walaupun sekarang punyai wang yang kukuh, masih tidak bisa bebas seperti burung. 


Masih lagi mampu tersenyum :)
Hodoh je rase..no make up


lovenota : ada yang minta buat review chalet nie. Kemudian ye ;)










Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®