semua orang tahu mengenai April Fool, baik dari pelajar sekolah hingga ke sudah bekerja. macam-macam jenis atau gaya April Fool yang digayakan untuk bergurau senda dengan rakan-rakan. Hari yang dikenali juga sebagai 'Poison D'Avril' atau 'April Fish' ini disambut pada 1 April setiap tahun oleh seluruh dunia tak kira di mana sahaja.
Sejarah 'April Fool'
Teori popular mengenai asal usul hari jenaka ini bermula pada tahun 1582 di mana orang Perancis menggunakan kalendar Gregoria untuk menggantikan kalendar Julian. Kalendar baru itu menetapkan tarikh tahun baru pada 1 Januari. Menurut satu keterangan popular, ramai orang pada masa itu tidak setuju dengan tarikh baru berkenaan dan bertekad menyambut tahun baru pada 1 April.
Teori lain, iaitu pada abab ke-8 Masehi, Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju dan tidak disenangi orang kafir. Bagaimanapun Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam yang membunuh wanita dan kanak-kanak juga. Satu persatu wilayah Spanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir Granada. Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah. Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol. Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan. Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi. Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. Kapal yang dijanjikan juga dibakar. Apabila mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan. Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. Granada jadi medan darah Umat Islam. Sehingga laut berwarna merah darah. TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1ST APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI "THE APRIL FOOL DAY" OLEH GOLONGAN KRISTIAN.
Fatwa dan Hukum menyambut 'April Fool'
Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut:
Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]
Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab:
- Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
- Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
- Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
- Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :
Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”
Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.
sumber: E-Fatwa - Portal Rasmi Fatwa Malaysia
Hukum sambut 'April Fool' oleh Ustaz Azhar Idrus:
dari video tersebut, Ustaz Azhar Idrus mengatakan hukum sambut 'April Fool' adalah haram.
Kebaikan dan keburukan sambutan 'April Fool'
sambutan ini paling popular dalam kalangan pelajar sekolah *kejap lagi saya pun mesti terkena dengan pelajar-pelajar saya disebabkan sekolah saya ada pelajar India dan Cina..huhu*. saya rasa 'April Fool' ini adalah sambutan yang wajib setiap tahun di sekolah. tak pasti lah sama ada pelajar ada kenakan cikgu ataupun tidak. zaman saya sekolah rendah dulu memang terkena lah, seperti:
"wei, tali kasut kau terbukak,". bila tengok elok je tali kasut tu.kalau pelajar lelaki tu, "weii, zip kau terbukak la. tak malu ke?," padahal tak terbukak pun."cikgu panggil kau pergi bilik guru,". bila pergi je cikgu cakap, "mana ada saya panggil,""ada admirer kau bagi hadiah nie,". buka kotak je, keluar katak. cehh
macam-macam lagilah yang saya kena dulu-dulu. kadang-kadang lagi teruk pun ada, tapi saya tak ingat. hehe.
ada kebaikannya bila ada 'April Fool' ini. sesetengah orang mengatakan bila kita fool seseorang, kita dapat tahu dia adalah seorang penyabar ataupun tidak. adakah dia seorang yang mudah tertipu dengan pembohongan yang kecil itu. ada yang mengatakan 'April Fool' adalah hari di mana kita mengeratkan hubungan mesra dengan orang lain. remaja yang menyambut 'April Fool' ini sebenarnya hanya untuk bergurau senda memeriahkan dan menceriakan hari tersebut disebabkan lawak-lawak yang pelik dan jarang didengar. kemungkinan remaja stress dengan kerja sekolah atau assignment yang harus disiapkan ataupun sedih mendapat berita yang tidak menggembirakan. dari segi itu, bila dikenakan oleh kawan mereka sendiri, sekurang-kurangnya hidup mereka terhibur sedikit dengan lawak jenaka tersebut. maksudnya, hari 'April Fool' ialah hari melepaskan geram dan tekanan. tetapi, diingatkan jangan melebih-lebih dengan rakan-rakan anda. bagi saya la, tak perlu 'April Fool', bila-bila masa setiap hari setiap saat setiap jam, kita boleh bergurau senda dengan rakan-rakan.
keburukan menyambut 'April Fool' pula, kejadian fool ini boleh menyebabkan pergaduhan yang kecil. kemungkinan bila dah terlalu banyak kena fool oleh kawan, mereka akan cepat terasa dan sensitif lalu menimbulkan kemarahan dan salah faham seterusnya pergaduhan, terutama pelajar di sekolah. ia juga boleh menyebabkan dendam kesumat dan orang lain akan bersangka buruk terhadap mereka. lama-kelamaan, ketidakpercayaan kepada seseorang akan menjadi lebih tinggi. tiada siapa akan percaya kepada orang yang terlalu kerap menipu.
walaupun ia popular dalam kalangan remaja negara ini, seseorang itu janganlah begitu taksub dengan sambutan ini sehingga sanggup melukakan hati orang lain seterusnya boleh memutuskan hubungan persahabatan.
bak pepatah orang; berkawan biar seribu, berkasih biar satu.
lovenota 1: saya dah lama tinggalkan dunia 'April Fool' sejak zaman sekolah menengah lagi
lovenota 2: tapi saya selalu kena fool. benci gila! :P