Showing posts with label ..tips... Show all posts
Showing posts with label ..tips... Show all posts

Monday, October 26, 2015

Last seen Whatsapp si Dia


Al-kisahnya, tadi konon-konon sebelum tidur ingin baca semua text message di Whatsapp, WeChat, Telegram, etc di dalam tab. Mungkin ada message penting dalam group sekolah. Dah seminggu tak on tab saya tu. Maklumlah, saya nie jenis pemalas sikit *actually pemalas banyak* nak online benda-benda canggih tahap dunia ini. Sebab itu ramai yang menggelarkan saya ini sangat 'ketinggalan zaman'. Tergaru-garu saya bila orang kata saya sebegitu. Itulah tabiat saya yang paling susah nak buang. 

Oh ya, berbalik pada tajuk saya. Saya mendapat message dari cik abang. Entah buang tebiat agaknya tiba-tiba rajin pula hantar message di Whatsapp. Bila baca tu memang hati berbunga riang. Seronok, ya..sangat. Bila rindu, tengok pintu rumah pun jadi la ye, kan? Dah macam drama melayu rasanya. Hihi. 

Maaf, saya tergedik sekejap. Lepas tu, Tiba-tiba mata melihat pada 'last seen'. Erkk??


Maka, bermulalah sifat syak prasangka saya. 

Oh, tidak! Kenapa ''last seen yesterday at 23:40''? Dia tidur pukul 9.30 tadi kot. Ingat lagi masa tu aku tengah syok tengok Gegar Vaganza. Dia nie jenis tidur mati. Aku pernah call tengah-tengah malam tak pernah berangkat. Apesal plak boleh last seen pukul 11.30?? Uihh, die tipu aku ke nie?? Mesti dia tak tidur nie. Mesti buat benda lain nihh. Dia chat dengan siapa?? Takkan la chat sampai lewat malam?? Esok kan kerja, nak bangun awal. Eh, tak boleh jadi nie!!! Dia curang belakang aku ke nie?? Perempuan mana pulak tu??!!! Mesti budak-budak kolej dia nie. Tahu la ramai budak pompuan bergetah!! Cantik muluss kiut miut dari aku!! Ishkk susah jugak berlakikan lecturer kolej nie!! Eh betul ke? OH TIDAKKKKK!!!

STOP!

Itu merepek. Haha. Itu adalah bisikan syaitonnn. Astaghfirullah al'azim. Jangan cepat berprasangka buruk. Sikit-sikit takpe, kalau merepek-kerepek jangan sesekali. Karang gaduh bertekak menangis bagai susah plak. 

Saya mengaku saya jenis cepat terasa hati. Seperti kes 'last seen' kat atas nie. Tapi saya tak kisah. Chewahh, kemain kau eh..hihi. Bukannya tak kisah 100% tapi fikir positif. Kita kenal pasangan kita, saya tersangat kenal dia jenis yang macam mana. Dia jenis buka henfon tak tutup internet, henfon letak merata-rata, masa tengah call pun boleh tertidur lepas tu henfon tercampak di mana-mana. Last seen itu langsung tak bermakna pada saya *walaupun dalam hati seperti dikoyak-koyak dicincang seperti roti canai*. 

Alah, saya dah tak heran dah. Nak cemburu pun tak kena pada usia saya nie. Kalau masa zaman muda-muda dulu lainlah. Sekarang nie fokus pada masa hadapan yang bakal mendatang. Tak ada masa nak cemburu buta nie. Tapi, bila saya betul-betul rasa cemburu, dia boleh suka pulak. Dia ada cakap, tak sangka awak cemburu, kan? Sebab tu saya kata, awak nie masih budak kecil bagi saya. Duh! I am a big girl now..huhu. 

Tapi sebenarnya, jangan mudah terpedaya. Berhati-hati ye. Pada perempuan muda di luar sana, nak tahu lelaki curang senang je. Kalau masa 'last seen' itu berubah selang beberapa minit, tapi masih tidak reply satu pun text anda, ya, dia memang sedang curang. Kena peka pada 'last seen' itu. Belum lagi cerita pasal 'double blue-tick' lagi. Sah-sah dia sengaja tak nak reply message kita. 

Kalau dia hide 'last seen', ternyata dia lelaki yang BACUL. Maaf ye kalau kasar. Kenapa saya katakan sebegitu? Sebab dia PENGECUT. Konon nak hide untuk elakkan pergaduhan, nak jaga hati pasangan. Itu semua BULLSHIT. Berani kerana benar. Nak sorokkan apa? Tinggalkan je orang sebegitu. Orang yang menipu ini memang banyak akal, tetapi ingat, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Never hide your 'last seen' in Whatsapp, it will let people know that you are ignoring them. 

Dah, waktu tidur untuk si musang. Sebab tu orang panggil saya beautyfox. Duh!


lovenota : Disebabkan ini juga kes penceraian semakin meningkat. Nauzubillah. 


Read More »

Sunday, October 25, 2015

Demam Kepialu


Sekarang ini dah tersebar demam kepialu di Malaysia. Risau juga kalau terkena pada kita sendiri kan? Mari kita kaji bagaimana demam kepialu tersebar, simptom dan cara mengelakkan diri anda daripada dijangkiti.

DEMAM kepialu atau tifoid merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi yang mencemari makanan atau minuman.

Ia mudah dijangkiti dan pesakit akan mengalami simptom seperti demam, sakit perut dan sakit kepala yang mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu.

Komplikasi yang mungkin timbul jika ia tidak dirawat adalah perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak dan psikosis.

Ketahui tanda-tanda jangkitan demam kepialu, cara ia tersebar dan langkah yang boleh diambil untuk melindungi keluarga anda.



Read More »

Thursday, October 15, 2015

Index Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop


Saya dapat info nih dari blog hamba Allah tuh. berkenan la pulak kn..hehe. tetapi bila kita baca, memang ada yang kena pulak pada lelaki yang kita kenal. cuba korang pulak check partner masing-masing, agak-agak kena tak? so,check this out!! 

Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan. Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…



Aquarius (21 Januari - 19 Februari)

Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx
ORANGNYA: Pijak semut tak mati..
TIPS UTK MEMIKAT: Kacang aje..sentiasa berpakaian cantik,glamour..comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dengan awak
WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dengan org. so, sebelum dia tinggalkan kita..kita blah dulu

Pisces (20 Februari - 20 Mac)
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.

Indeks: xxxxx
ORANGNYA: Segak, bergaya, mengada-ngada, choosy..
TIPS UTK MEMIKAT: Kasi jer belacan...
WARNING: Diorang tak suka makan belacan!

Aries (21 Mac - 20 April)

Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnya.
Indeks: XX

ORANGNYA: Anak mak! smart mamat. Intelligent,
TIPS UTK MEMIKAT: Bagus utk minah-minah tudung (NO OFFENCE) but its true..Jejaka Aries suka wanita yang sopan, tata-tertib sebab nak bawa tunjuk mak so kenalah bawa balik yang bagus punya.
WARNING: Jika anda betul anda rasa aries ini pilihan anda, pilihlah. Kalau tidak, janganlah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam motor yang dah rosak, berbulan-bulan di bengkel baru baik.

Taurus (21 April - 21 Mei)

Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx
ORANGNYA: Mencabar. Garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dengan pendirian sendiri...
TIPS UTK MEMIKAT: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yang mencabar, let him find out the real you..
WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar sorang2...kesian takde orang lain layan...

Gemini (22 Mei - 21 Jun)

Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx
ORANGNYA: Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jgn harap anda nak menang.. Dalam apa-apa persoalan jua mereka ada aje alasannya
TIPS UTK MEMIKAT: Sabar aje lah..be patient. Sebagai perempuan, mengalahlah sikit..Lambat laun hatinya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yang lembut, hatinya akan lembut jua.
WARNING: Jangan bersikap terlalu kasar dengannya..kalau dah tak tahan dengan mereka..blah aje jangan banyak cakap..mereka panas baran. Tak guna bertengkar, anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer.

Cancer ( 22 Jun - 23 Julai)

Secara kebetulan lelaki Cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. (jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat). Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkannya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx
ORANGNYA: Segak, kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan. tetapi mereka adalah sebaliknya (berhati-hati ya)
TIPS UTK MEMIKAT: Jangan pula anda pun nak skaya. nanti habis duit dikebas.
WARNING: Tolong jangan terpedaya dengan kata manisnya. mula-mula manis, kalau dah lama jadi masam..kadang kadang jadi basi...

Leo (24 Julai - 23 Ogos)

Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh-temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx
ORANGNYA: Penyayang, warm-hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan org yang disayanginya. Suka memberi hadiah. Jejaka Leo ini juga seorang yang ambitious, self-centered tapi tak ego (jejaka Leo memang begitu). Kuat ingatan, so berhati-hati di dalam setiap kata-kata dan perbuatan anda.
TIPS UTK MEMIKAT: Sebagai perempuan, haruslah menunjukkan kewanitaan yang selembut-lembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka Leo.
WARNING: Jangan..saya ulangi..JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan org lain. Mereka itu sensitif dan kuat cemburu! Lelaki Leo tidak suka berkongsi perempuannya dengan orang lain.

Virgo (24 Ogos - 23 September)

Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx
ORANGNYA: Pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng'eng. Suka mencari perhatian dari perempuan. Sanggup melakukan apa sahaja untuk memikat perempuan yang kadang-kadang boleh memalukan perempuan tersebut.
TIPS UTK MEMIKAT: Lelaki Virgo suka yang pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jarang banyak cakap (cerewet pulak si virgo nie). So kenalah pandai menyerlahkan nilai-niai kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng'eng..kuat merajuk)
WARNING: Bila pergi dating, jangan pakai yang ter "over welming"..virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.

Libra ( 24 Spetember - 23 Oktober)

Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x
ORANGNYA: Cerewet, posessive, takes things lightly when comes toquarrel tapi jujur dalam segala hal...
TIPS UTK MEMIKAT: Senang aje..Libra suka perempuan yang ceria, happy go lucky..SO be yourself
WARNING: So bila nak date, pakailah make-up yang sederhana tetapi jangan lupa cover-up jerawat jika ada. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem sebab Samy Vellu pon Libra jugak tapi tak hensem pun...

Scorpio (24 Oktober - 23 November)

Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki Scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx
ORANGNYA: Action serius, mudah cemburu, mood swing..
TIPS UTK MEMIKAT: Sentiasa menghargainya..nak bergayut di telefon berjam-jam pun takpe! janji dengan dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive.
WARNING: Buat pilihan yang betul bila mahu memikat Scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio...(jangan kata aku tak kasi warning)

Sagitarius (23 November - 21 December)

Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

ORANGNYA: Fuyoh..siapa dapat memang untung. Sagitarius orangnya happy aje..suka (bergembira tepok tangan sama-sama..la la la..) bawa partner jalan-jalan. sort of adventurous
TIPS UTK MEMIKAT: Sentiasa ada plan bila nak keluar..tengok wayang ke? anything asalkan jangan membosankan...
WARNING: Jangan "u plan..i plan lah"..'confirm tak ada plan'.

Capricon ( 22 December - 20 Januari)

Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks: xxx
ORANGNYA: Egoistic, ada batu duduk di atas kepala, pendek kata Capricon seorang yang sukar nak meluahkan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan 'cinta' pada anda.

TIPS UTK MEMIKAT: COOL aje sis..Nak tackle mereka bukan mudah..Jangan give in selalu..Ajar sikit..Mereka jual mahal..Kita jual lagi mahal.
WARNING: Macam layang-layang terputus talinya..jual mahal..Mahal jugak sis..Jangan mahal sampai terputus tali..Melepaslah kau nanti...

~sya_balqis~


Read More »

Monday, November 03, 2014

Tips Menjawab Peperiksaan SPM 2014


Hari ini bermulanya saya menjadi pengawas SPM di sekolah daerah saya. 
fuhh, mengantuk tauu!

Siapa cakap jaga budak exam nie best? Yang bestnya dapat duit jer..tapi yang tak bestnya masa jaga exam tu mengantuk giler. Rasa nak terlelap jugak la walaupun sambil berjalan. Uwarghhh..masih mengantuk lagi nie. hoho XD


Kertas SPM hari ini adalah Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni. Budak sekolah nie ramai yang tidur.. zzz.. karangan la katakan. Buat ayat sikit da give up. Karangan pendek 2-3 perenggan je. lepas tu zzz, pergi jumpa puteri bunian mana entah dalam mimpi.



Tips-tips semasa menjawab peperiksaan

Jangan pula tulis jawapan yang tiada kena mengena dengan soalan yer adik-adik. ada student tadi salin soalan pada kertas jawapan. tak perlu salin soalan, terus pada jawapan anda. lenguh juga nak tegur sorang-sorang tadi.



jangan sesekali tinggalkan ruang kosong pada kertas jawapan. cuba jawab sedaya-upaya anda, kot-kot jawapan tersebut mungkin akan diterima oleh pemeriksa, kan?


tak ada guna handphone atau mana-mana talian hayat sama ada secara maya atau nyata. haha, kut-kut ada guna khidmat sms ghaib dari alam yang ghaib itu kan. no no no!





Jawab soalan secara tenang. jangan dok kalut sampai berpeluh-peluh. nanti semua idea dalam kepala boleh hilang begitu saja.


Luahkan semua yang ada di dalam otak dan akal fikiran anda semasa menjawab soalan, terutama soalan yang melibatkan esei. tulis setakat yang anda mampu. 


kalau soalan berbentuk JOB (Jawapan Objektif), pastikan anda memilih jawapan yang logik dengan soalan. jangan kaitkan jawapan dalam kehidupan harian anda.



Akhir sekali, 
jawab peperiksaan anda dengan yakin!


Jangan pulak ikut tips di bawah. 
nanti kena tangkap kerana meniru, habiss~



saya sertakan beberapa doa yang anda boleh amalkan: 

Doa sebelum masuk ke dalam Dewan Peperiksaan


Doa ketika menerima Kertas Soalan


Doa ketika sukar Menjawab Soalan


Akhir kata dari saya, semoga berjaya! :D



lovenota : sekarang da makin busy tanda kertas peperiksaan, aktiviti BW mungkin akan dihadkan..huhu :( 

Read More »

Sunday, October 19, 2014

Cara Balas Dendam Kepada Bekas Kekasih


Cara-cara Membalas Dendam Kepada Bekas Kekasih

Putus cinta? sakit hati? rasa nak balas dendam pada ex @ bekas kekasih kita?

YA! HARUS BALAS DENDAM!

Kenapa? 
sebab dia curang! 
dia tinggalkan kita sebab dah ada orang lain!

Apa cara yang paling berkesan untuk membalas dendam pada ex kita? jom kita lihat beberapa cara yang disenaraikan, kot-kot boleh guna kan..

1. Cari pengganti sejurus anda diputuskan oleh bekas kekasih anda.
- tunjukkan pada dia yang kita tak perlukan dia pun. ada orang lain yang lebih baik, lebih bagus, lagi hensem dan better dari dia.

2. Ceritakan semua keburukan bekas kekasih anda pada semua orang
- semua cerita pasal ex, kita boleh jaja dan diceritakan ke merata tempat. dalam masa yang sama tak bagi orang lain ambil bekas kita. kutuk kaw-kaw! Bila ex kita tiada pasangan, betapa sukanya hati, kan?

3. Cari pelakon extra
- Bila nampak ex kita dari jauh, cari orang sekeliling untuk menyamar jadi pakwe atau makwe kita dalam masa satu saat dan pura-pura bermesra. pastikan ex anda melihat situasi tersebut.

4. Sebarkan nombor telefon bimbit 
- Promote nombor telefon ex anda dan suruh member-member kacau sampai naik gila nak melayan. ataupun anda boleh sebarkan nombor henpon ex anda di laman sosial seperti Tagged, Facebook atau Twitter dengan membuat fake profile. 

5. Upah kawan
- bayar kawan untuk mengorat ex anda. Dah dapat feeling, tinggalkan dia begitu saja.

6. Berlakon untuk kembali bersama
- Konon-konon berbuat baik dengan ex sampailah ex anda rasa yang kamu ni betul-betul nak kembali macam dulu. Last-last bila ex dah jatuh cinta semula, ditinggalnya kaw-kaw sampai ex tue rasa nk bunuh diri.

7. Reka Cerita
- reka satu cerita yang mengatakan ex anda sudah tiada kesucian (perempuan), atau pernah mengandungkan anak dara orang lain (lelaki). 

8. Surat Layang
- Buat surat layang yang mengatakan ex anda ada masalah atau penyakit macam penyakit kulit seperti kusta, kudis buta dan hantar pada bakal pasangan dia

9. Bina website atau blog
- Built up satu website atau blog yang menceritakan kecurangan si dia. cerita semuanya sehingga dia tertekan


kejam tak? hahaha..

actually saya memang ada buat antara 9 cara di atas. serius, saya mengaku saya memang kejam sangat. tapi, kalau dah sakit hati bukan kira dah! pedulikkan! hahaha!


balas dendam


lovenota : revenge is sweet

Read More »

Saturday, September 27, 2014

Bila Laptop buat Rawatan Spa

Kalau tak profesional, jangan ikut jejak langkah saya. ini adalah amaran keras!


Ya, tajuk entri tu dah betul dah. rasanya tiada satu laptop manusia di Malaysia yang buat rawatan spa, khas untuk laptop. hanya laptop Qis je yang buat camtu *nak berlagak sikit. haha!*.

Rawatan ini tak perlu korang hantar pergi mana-mana Spa di Malaysia. hanya buat rawatan spa sendiri di rumah anda. sangat mudah dan amat berkesan. dijamin bersih dan selamat. tak kisah apa jenis @ brand laptop anda, asalkan laptop tak pun notebook. chrome book pun boleh jugak. 

dan-dan la spa eh? haha. tak de la spa sangat. 

Cuma membersihkan laptop yang sudah lama tidak dibersihkan. itu je pun..hehe. kira rawatan spa la untuk laptop. harus diingat laptop anda hendaklah dibersihkan dan dijaga dengan baik. kita nak guna laptop nie lama, kan? kalau murah laptop kat kedai tak apa jugak..hehe :P

Pada mulanya sakit mata jugak tengok keyboard kotor. tapi apa kan daya, memang tak ada masa nak buat cleansing pada organ-organ laptop seperti keyboard ini.

Sebelum buat rawatan spa:


nampak kan banyak bakteria dan mikroorganisma di keyboard laptop pinkish saya

semasa buat rawatan spa:


nampak tak perbandingan kotoran di atas? 

selepas habis rawatan spa:


segala kekotoran, mikroorganisma, bakteria, jerawat baru, etc, semuanya sudah ditanggalkan. sungguh bersih, suci dan murni. 

rawatan ini hanya mengambil masa 20 minit disebabkan saya kena buat rawatan ini secara berhati-hati.

Apakah produk yang digunakan oleh saya? mesti korang fikir saya guna cleanser laptop biasa dijual kat kedai. sebotol boleh dapat RM 5 je kat kedai laptop. betul tak?

tapi ternyata itu semua adalah salah! inilah produk yang telah saya gunakan


terima kasih pada produk Nano White. saya menggunakan Refining Treatment Toner untuk membuang segala-gala kotoran yang sudah saya sebut di atas tadi. sangat berkesan.

Mesti korang gelak. haip! jangan gelak hokay! hahaha. saya tak ada cleanser khas untuk laptop. sebelum ini hanya guna adik-adik saya punya je. toner nano white nie dah lama tidak digunakan sebab saya dah tukar produk pembersih muka yang lain. ada lebih banyak lagi, so saya pun gunakannya. kira tak membazir la kan? ingat murah ke produk nano white. mahal tauu! hehehe.


lovenota : entri merepek meraban. kihkih

Read More »

Wednesday, July 16, 2014

Istiwa A’zam




Istiwa A’zam – Kedudukan Matahari Tepat di atas Ka’bah

Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

Bilakah Istiwa A’zam berlaku?
Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
• 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
• 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

so, pada petang iaitu 16 Julai 2014 pada jam 5.28 petang ini sila semak kedudukan kiblat di tempat anda. 


Read More »

Saturday, June 07, 2014

Migrain atau Sakit Kepala


pada saat saya sedang menulis ini, saya menghidap migrain pada otak saya. saya pun tak pasti sejak bila saya dapat penyakit ini, tapi yang pasti saya mendapat penyakit ini pada tahun lepas iaitu 2013 di zaman 'kejatuhan' saya bersama mamat sengal itu. kerja-kerja penandaan kertas peperiksaan sekolah terus saya tolak ke tepi kerana tak mampu untuk meneruskannya lagi. banyak juga kertas yang perlu ditanda sebelum naik sekolah ini. tercari-cari Vicks Vapor Inhaler di dalam handbag untuk melegakan otak saya yang sakit ini tetapi hampa. baru teringat ianya tertinggal di dalam kereta Honda Accord semasa balik ke kampung minggu lepas. 


kalau saya migrain, satu je ubat yang saya guna sampai sekarang iaitu Vicks Vapor Inhaler. ya, saya tahu Vicks Inhaler sebenarnya ubat melegakan selsema tetapi bila saya menyedut bahan campuran menthol + camphor itu, otak saya cepat hadam dengan bau vicks yang menyegarkan dan sakit kepala saya akan menjadi semakin berkurang. ia sekarang sudah menjadi habit pada diri saya. harap-harap tiada kesan sampingan yang teruk la ye.

saya tidak lagi menelan apa-apa jenis produk panadol disebabkan sejarah lampau saya menelan panadol sesuka hati sehingga tiada immune lagi membuatkan saya kecut perut lalu tinggalkan tabiat menelan panadol. walaupun kita nampak panadol atau paracetamol itu adalah ubat untuk melegakan segala-galanya tetapi sebenarnya ianya sangat berbahaya sehingga boleh mengakibatkan kerosakan hati (Hepatotoxicity) ataupun kanser darah jika diambil secara keterlaluan @ overdos dan tidak mengikut cara yang ditetapkan. 

sedikit info:
Kegagalan hati (hepatotoxicity) boleh membawa maut. Ini bukan perkara main-main kerana pada awal tahun ini di negara kita sahaja sudah dikejutkan dengan kematian seorang pelajar perempuan di utara tanah air yang overdose Panadol. Buat mereka yang mengambil minuman beralkohol secara kerap atau mengidap penyakit berkaitan dengan hati, hanya dengan 2 tablet sahaja sebenarnya sudah cukup untuk membunuh anda serta merta.
Menurut laporan daripada “The Medical Journal of Australia“, mereka yang tidak cukup makan (ambil panadol dengan perut kosong), minum terlalu banyak minuman beralkohol dan sedang mengambil peskripsi ubat tertentu adalah cenderung untuk menerima kesan toksik daripada Paracetamol. Malah, mereka yang mengalami sakit buah pinggang, jantung dan paru-paru juga tidak terkecuali berisiko menerima kesan toksik yang sama.
Selain itu, kajian awal juga telah menunjukkan mengambil Paracetamol sekurang-kurangnya 4 hari seminggu selama 4 tahun berisiko untuk membawa beberapa jenis kanser darah. Kanser-kanser ini termasuklah myeloid neoplasms, non-Hodgkin lymphomas dan gangguan plasma sel.
sumber: http://sususejat.com/
apabila migrain menyerang, saya akan mengambil keputusan untuk tidur, tak kira di mana-mana walaupun di sekolah. saya terpaksa kerana hanya tidur sahaja dapat melegakan kepala saya. ada yang menyuruh saya berjumpa dengan doktor atau pakar, tetapi doktor hanya mengatakan saya kurang berehat dan kurang tidur *huhu*. 


Apa itu migrain? 

Ia berasal daripada perkataan Greek ‘hemikrania’ yang bermaksud sebelah tengkorak atau di kenali sebagai ‘vescular headache’. Ia adalah sejenis penyakit kepala yang kronik dan pesakit biasanya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah sesetengahnya ada yang tidak makan, minum dan hanya terbaring lemah.

Migrain berlaku kerana darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan tekak rasa loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.

Perasaan yang sering digambarkan oleh pesakit ketika menghadapi migrain adalah seperti dihempap batu dan kepala berdenyut-denyut seperti dicucuk-cucuk. Serangan migrain ini tidak mengira tempat dan waktu. Kebiasaannya pesakit akan mengalami sakit kepala di sebelah bahagian saja. selalunya, saya mengalami sakit kepala di sebelah kiri, sakit teramat sangat seperti ditarik-tarik.

Punca Migrain

Puncanya secara keseluruhan adalah disebabkan kesan daripada alahan seseorang, silau akibat lampu yang terang, bunyi terlalu kuat, bau wangi terlampau kuat, tekanan fizikal atau emosi, waktu tidur tidak teratur, merokok atau terdedah kepada asap rokok, menahan lapar atau mengambil makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan diperap.

Tanda-tanda Migrain

Tanda lain migrain termasuk kesakitan kepala amat sangat dan berdenyut, rasa sakit pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung serta sakit mata, tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan serta kaki akan menjadi sejuk. Malah, tanda lain berlakunya migrain termasuk sensitif bunyi dan suara, persekitaran terasa bergerak-gerak seperti menaiki bot dan mabuk laut, kemerahan-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi ataupun badan berpeluh.


Cara Mengatasi

Golongan remaja terutamanya, kaedah menyelesaikan masalah ini adalah sangat penting selain merujuk kepada pakar. Cuba mengawal tekanan dan emosi dan elakkan daripada persekitaran yang berbau busuk, bunyi bising dan asap rokok kerana ia boleh mengganggu emosi penghidap migrain.

Jika perut kamu kosong, cepat dapatkan makanan untuk alas perut dan dapatkan waktu tidur yang lebih teratur. Jangan masih berada di kedai mamak pada jam 2 pagi hingga ke azan Subuh kerana itulah antara punca berlakunya migrain.

Kita golongan remaja gemar melengahkan waktu makan dan lebih berat untuk mengambil makanan jenis segera untuk mengalas perut. Itu juga antara penyebab yang membawa kamu untuk mengalami penyakit jenis migrain ini. Justeru jangan lagi menjadikan sikap ini sebagai satu tabiat.

Elakkan daripada makan makanan yang mengandungi ‘thyramine’ seperti coklat serta makanan tenusu seperti keju dan susu. Elakkan juga daripada mengambil makanan yang mengandungi ‘monosodium glutamate’ (MSG) serta bahan yang mempunyai bahan pengawet. Kentang goreng yang dibeli dari restoran makanan segera selalunya mengandungi bahan pengawet jenis ini dengan kadar tinggi. Elakkan dan jauhkan walaupun ada kalanya teringin.

Paling penting, hindari minum minuman yang mengandungi kafein berlebihan seperti kopi, nescafe atau alkohol. Jangan ikut trend untuk lepak di kafe kopi ataupun mengambil minuman keras setiap kali kamu mengunjungi pusat hiburan. Berbahaya dan sangat serius kesannya. 

Rawatan segera

Rawatan menghilangkan penyakit migrain di bahagikan kepada dua kaedah iaitu rawatan serangan yang mana pesakit dinasihatkan berehat di dalam bilik gelap dan sunyi. Mereka akan diberi ubat tahan sakit dan radang bukan steroid (NSAID).

Sekiranya masih berterusan, doktor akan memberi ubat terkini iaitu ‘sumatriptan’ sama ada melalui suntikan ataupun ditelan. Kira-kira 80 peratus pesakit menunjukkan yang sering muntah, mereka diberikan ubat ‘ergotamine’ yang perlu dimakan sama ada di telan, dimasukkan ke bawah lidah ataupun melalui suntikan.

Keduanya, pencegahan menerusi beberapa ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor untuk mencegah migrain.

Bagaimanapun petua paling mudah untuk mengelakkan penyakit ini adalah dengan mengambil setin atau sebotol kecil 100 plus, tuang dalam gelas tapi hanya separuh gelas, kemudian tambah air masak atau air mineral dalam gelas itu tadi. Maknanya mesti nisbah 1:1, seimbang dan sama sukatan. Kemudian baca bismillah, niat untuk disembuhkan dan minumlah. Disarankan untuk cuba tidur lepas mengamalkannya. Kalau di pejabat atau tempat awam lain pun masih boleh dilakukan mengikut kesesuaian waktu dan tempat. doktor juga sarankan saya minum 100 plus untuk melegakan sakit kepala. 

Tekanan terjadi disebabkan kekusutan perkara yang berlegar-legar di kotak fikiran. Minda anda seolah-olah terkunci dek bebanan yang ditanggung. Penyelesaian terbaik bagi mengelak migrain adalah dengan melakukan aktiviti yang boleh merehatkan minda seperti mendengar muzik, membuat rawatan rambut di salun mahupun mengerjakan hobi kegemaran kamu.

Bagi sesetengah pendapat, bersukan mampu mencegah migrain. Lakukan aktiviti sukan yang tidak terlalu berat seperti senaman aerobik atau berjoging secara konsisten. Hanya menaiki tangga pejabat juga boleh dikategorikan sebagai senaman ringan yang membantu mengatasi kehadiran migrain.

Kurang mendapat tidur secukupnya mahupun terlebih waktu tidur boleh menyebabkan sakit kepala. Sebaiknya, nikmatilah waktu tidur yang cukup bagi orang dewasa iaitu 6 hingga 8 jam sehari. Pola tidur yang teratur berupaya mengatasi serangan migrain. Cuba untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.



saya migrain sekarang nie mungkin disebabkan saya terlebih tidur semalam kut. dan kadang-kadang waktu tidur saya yang tidak teratur juga menyumbang kepada sakit kepala saya. kebiasaannya, saya juga kurang tidur jika saya ingin menyiapkan sesuatu kerja. saya bukan peminum kafein yang tegar kerana saya tidak minum kopi ataupun nescafe. 

kesimpulannya, saya kena jaga waktu tidur saya seelok-eloknya.
*tido mendenye..update blog pukul 3 pagi..elok sangat la 'jage' eh..haha*


lovenota : esok start Jom Heboh di Waterfront Port Dickson. jom pergi beramai-ramai! :D

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®