Siapa cakap jaga budak exam nie best? Yang bestnya dapat duit jer..tapi yang tak bestnya masa jaga exam tu mengantuk giler. Rasa nak terlelap jugak la walaupun sambil berjalan. Uwarghhh..masih mengantuk lagi nie. hoho XD
Kertas SPM hari ini adalah Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni. Budak sekolah nie ramai yang tidur.. zzz.. karangan la katakan. Buat ayat sikit da give up. Karangan pendek 2-3 perenggan je. lepas tu zzz, pergi jumpa puteri bunian mana entah dalam mimpi.
Tips-tips semasa menjawab peperiksaan
Jangan pula tulis jawapan yang tiada kena mengena dengan soalan yer adik-adik. ada student tadi salin soalan pada kertas jawapan. tak perlu salin soalan, terus pada jawapan anda. lenguh juga nak tegur sorang-sorang tadi.
jangan sesekali tinggalkan ruang kosong pada kertas jawapan. cuba jawab sedaya-upaya anda, kot-kot jawapan tersebut mungkin akan diterima oleh pemeriksa, kan?
tak ada guna handphone atau mana-mana talian hayat sama ada secara maya atau nyata. haha, kut-kut ada guna khidmat sms ghaib dari alam yang ghaib itu kan. no no no!
Jawab soalan secara tenang. jangan dok kalut sampai berpeluh-peluh. nanti semua idea dalam kepala boleh hilang begitu saja.
Luahkan semua yang ada di dalam otak dan akal fikiran anda semasa menjawab soalan, terutama soalan yang melibatkan esei. tulis setakat yang anda mampu.
kalau soalan berbentuk JOB (Jawapan Objektif), pastikan anda memilih jawapan yang logik dengan soalan. jangan kaitkan jawapan dalam kehidupan harian anda.
Akhir sekali,
jawab peperiksaan anda dengan yakin!
Jangan pulak ikut tips di bawah.
nanti kena tangkap kerana meniru, habiss~
saya sertakan beberapa doa yang anda boleh amalkan:
Doa sebelum masuk ke dalam Dewan Peperiksaan
Doa ketika menerima Kertas Soalan
Doa ketika sukar Menjawab Soalan
Akhir kata dari saya, semoga berjaya! :D
thanks for the tips cikgu! haha *eh. silap tahun.
ReplyDeleteHahaha....Bagus tips ni.hahaha..
ReplyDeleteMari join bloglist saya... http://rossmerahjingga.blogspot.com/2014/11/bloglist-belog-rossmerahjingga-2014.html
Layan gak tgk kartun2 tu .. hehehee... :) mesti ada yang lega bila dalam stress SPM.
ReplyDeleteErrr... mohon berikan sokongan kepada entri saya ... berikan LIKE dan G+.
Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Terima kasih ye .. :)
tau tak masa sekolah dulu, saya paling malas nak jawab soalan bab-bab format ni.
ReplyDeletesebab simple sangat, maleh nak tulis pepanjang.
tapi kalau bab cerpen, haaa laju je nak menggoreng cerita.. hehe.. ^_^
Betul tu. Jawab ja semua soalan. Jangan tinggal kosong..
ReplyDeleteterima kasih atas tips yang berguna ni cikgu... :)
ReplyDeleteSalam, haha wah mmg mengantuk lah kan klw jage exam, dgn bosannya, dengan sunyi sepi mase exam tu, haha mmg zzzz~~~
ReplyDeleteTips yang berguna :) Cikgu tak sabar nak cuti dah kan? hahaha :P untongla~~
ReplyDeletebest baca... hehe terbaik
ReplyDeletebest baca... hehe terbaik
ReplyDeleteYg pasti jgn tglkn kosong tu kan qis... kot2 terkene ng jwp tu ke...
ReplyDeleteGpon xde la pemeriksa geram je tgk krts jwb kososng...
Mcm xd usaha lgsung
Cikgu...tolong bagi jawapan terus la, hehehe..
ReplyDelete