CONTOH JAWAPAN
3. Potensi untuk memajukan kawasan berlorek.
Bahan Grafik dari Borang Soal Selidik
Contoh membuat analisa daripada borang soal selidik:
JADUAL 3: JADUAL MENGENAI POTENSI UNTUK MEMAJUKAN KAWASAN DI TAMAN BUKIT UTAMA DI BUKIT ANTARABANGSA MENURUT 20 ORANG RESPONDEN
Potensi
|
Kekerapan
|
Pertanian
|
9
|
Pelancongan
|
8
|
Pusat Perniagaan
|
2
|
Jumlah
|
20
|
Sumber: Responden-responden yang disoal selidik
Carta Bar daripada hasil borang soal selidik
Antara beberapa cadangan kawasan yang berpotensi untuk dimajukan adalah kawasan hutan belukar tepi jalan utama, kawasan lombong, kawasan paya bakau, kawasan kebun pokok getah atau kebun-kebun kelapa sawit. Antara cadangannya adalah seperti berikut :
1. Pembinaan rumah pangsapuri / rumah teres / kondominium (taman perumahan)
Contoh huraian:
Kawasan tanah pamah sesuai dijadikan kawasan penempatan utama. Taman Seri Kelemak turut berpotensi untuk dijadikan kawasan petempatan. Sememangnya kawasan kampung ini mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi. Dengan keadaan bentuk muka bumi yang rata dan luas, ia memudahkan untuk membina petempatan di kawasan ini.
2. Pembinaan MRT / LRT / komuter / Keretapi
Contoh huraian:
Kemudahan pengangkutan bas / LRT / teksi memudahkan penduduk untuk berulang alik ke tempat kerja dan sekolah.
3. Bangunan pasaraya / pusat membeli-belah / restoran segera
Contoh huraian:
Dua orang responden yang berbangsa Melayu berpendapat bahawa kawasan ini sesuai sebagai kawasan perniagaan. Terdapat sebuah Pasaraya Giant di sini dan tidak lama lagi, sederet rumah kedai akan dibina di kawasan ini yang menjadikan kawasan ini sebagai kawasan yang berpotensi untuk menjalankan kegiatan perniagaan.
Deretan kedai yang banyak sekitar kawasan Kampung Raja telah menggalakkan aktiviti-aktiviti perniagaan. Terdapat ramai usahawan–usahawan yang membuka perniagaan. Antara perniagaan yang dijalankan ialah kedai makan,butik, kedai runcit dan servis seperti kedai gunting rambut, dobi pakaian dan bengkel. Oleh itu, ramai penduduk di sini menjalankan aktiviti perniagaan.
4. Pembinaan jalan raya / lebuhraya
Contoh huraian:
Kawasan ini mempunyai tanah yang rata dan ia sememangnya sesuai dan mudah untuk membina kemudahan jalan raya di kawasan ini. jalan raya dan landasan kereta api lebih mudah dibina kerana ia hanya melibatkan kos yang rendah.
5. Bangunan kerajaan - sekolah, balai polis, balai bomba atau pejabat
Contoh huraian:
penduduk di Kampung Raja terlibat di dalam bidang perkhidmatan kerana di kawasan Kampung Raja terdapat beberapa sekolah menengah, sekolah rendah, MRSM dan Institut Perguruan iaitu Institut Perguruan Sultan Mizan. Oleh itu, ramai penduduk di sini terlibat dalam bidang pendidikan dan menjadi tenaga pengajar di tempat–tempat tersebut.
6. Kemudahan infrastruktur - surau, taman permainan, stesen bas
Contoh huraian:
Kawasan tanah pamah juga sesuai dijadikan tempat pembinaan jalan raya dan kemudahan-kemudahan sosial. Kemudahan sosial yang disediakan ialah seperti tempat perhentian bas dan satu lagi yang dibina oleh kerajaan ialah dewan serbaguna. Kemudahan yang lain seperti perkhidmatam awan juga diadakan.
Kawasan tanah pamah juga dibangunkan untuk membina sebuah masjid iaitu Masjid Al-Hamidiah Kampung Kenayat. Dengan masjid ini penduduk lebih senang untuk mengerjakan solat berjemaah dan solat jumaat tanpa bersusah untuk ke masjid yang lebih jauh.
7. Pembinaan empangan
Contoh huraian:
Sungai yang mengalir deras di bahagian hulunya sesuai digunakan untuk menjana kuasa hidroelektrk. Di sepanjang bahagian hulu sungai boleh dibina empangan bagi tujuan ini. Sungai-sungai lain yang panjangnya 30 kilometer turut mempunyai potensi untuk penjanaan kuasa elektrik. Pembinaan empangan akan menambahkan bekalan elektrik.
8. Kawasan kegiatan ekonomi - industri, pertanian, pelancongan, pembinaan
Contoh huraian:
Taman Seri Kelemak mempunyai banyak potensi bagi menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan ini. Selain itu, kawasan Taman seri Kelemak turut berhampiran dengan kegiatan perindustrian.
Kawasan tanah tinggi berpotensi untuk bidang perindustrian, dengan mendirikan sebuah kilang melebur batu-bata. Batu yang boleh dilebur di kilang ini seperti batu granit dan batu kapur. Kilang ini boleh dibina di kampung ini untuk melebur batu-bata yang kecil mahupun yang besar saiznya. Batu-batan lebur akan dijual kepada pengguna untuk dijadikan salah satu binaan yang penting.
Pembekal kayu bakau - kawasan pinggir laut yang berpaya-kayu bakau digunakan sebagai cerucuk bangunan, kayu api dan kayu arang.
Kawasan tanah tinggi berpotensi untuk bidang perindustrian, dengan mendirikan sebuah kilang melebur batu-bata. Batu yang boleh dilebur di kilang ini seperti batu granit dan batu kapur. Kilang ini boleh dibina di kampung ini untuk melebur batu-bata yang kecil mahupun yang besar saiznya. Batu-batan lebur akan dijual kepada pengguna untuk dijadikan salah satu binaan yang penting.
Pembekal kayu bakau - kawasan pinggir laut yang berpaya-kayu bakau digunakan sebagai cerucuk bangunan, kayu api dan kayu arang.
Selain itu, kampung ini sememangnya mempunyai potensi bagi kegiatan pertanian terutamanya kegiatan penanaman buah naga dan getah. Hal ini demikian kerana jenis tanih aluvium dan kawasan yang rata serta luas.
Kawasan tanah pamah yang subur ini sesuai dijadikan kawasan pertanian. Tanam-tanaman yang sesuai ditanam ialah sayuran seperti sawi, ubi, kacang panjang dan lain-lain lagi. Jenis tanah yang sesuai untuk kegiatan pertanian ialah Kampung Gelegoh lama. Kawasan tanah pamah yang terletak ditebusguna adalah dianggarkan keluasan sebanyak 5 hektar.
Di kawasan tanah beralun, terdapat getah dan kelapa sawit yang ditanam di kebun kecil atau di lading kepunyaan FELCRA dan RISDA. Getah amat sesuai ditanam di kawasan tanah beralun yang bersaliran baik. Penduduk kampung di sekitar Bandar Kuala Berang terlibat dalam kegiatan ini.
Kawasan bekas lombong juga mempunyai potensi untuk dijadikan kawasan pertanian dan penternakan ikan air tawar. Contohnya kawasan bekas lombong di sekitar Ipoh yang ditebus guna sebagai kawasan kebun sayur, buah-buahan dan dijadikan kawasan ternakan ikan.
Pengairan dan kegunaan domestik:
- Tebing sungai menjadi daya tarikan untuk penduduk bersawah padi dan sungai menjadi jalan pengangkutan yang baik dan murah. Para penduduk amat bergantung kepada sungai ini.
- Tasik yang begitu luas memberi manfaat kapada penduduk untuk menjalankan aktiviti perikanan kerana tasik ini mempunyai sumber protein.
Tapak pelabuhan - Kawasan di sepanjang pinggir pantai mempunyai potensi untuk dibina pelabuhan Kawasan di pinggir laut yang terlindung daripada tiupan angin kencang dan laut dalam sesuai dibina pelabuhan. Ia juga penting untuk kegiatan perdagangan antarabangsa.
kawasan tanah pamah di sekitar Bandar Kuala Berang memang sesuai dijadikan tapak perusahaan. Keadaan tanah yang rata membolehkan pihak MARDED mendirikan kilang memproses getah. Bekalan getah diperoleh daripada pekebun-pekebun kecil atau lading getah FELCRA Dan RISDA.
Kawasan Taman Bukit Utama yang berbentuk muka bumi tanah tinggi ini sesuai untuk kegiatan pembalakan. Sesetengah kawasan ini diliputi hutan belantara yang membolehkan kawasan ini sesuai untuk menjalankan kegiatan pembalakan.
Peranginan dan pelancongan - Kawasan tanah tinggi yang berudara segar dan mempunyai pemandangan yang indah. Pinggir pantai yang menarik menjadi tumpuan rekreasi dan pelancongan. Kawasan luar pantai pulau-pulau yang mempunyai pertumbuhan terumbu karang menerima ramai pelancong.
Selain potensi pertanian, kawasan tanah tinggi mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai pusat rekreasi dan eko-pelancongan. Pembinaan taman rekreasi ala Perancis di Bukit Tinggi, Pahang pada tahun 2001 menunjukkan bahawa masih ada kawasan tanah tinggi yang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan pusat rekreasi dan pelancongan.
Kawasan pinggir laut Malaysia mempunyai pantai berpasir yang indah. Ciri yang menarik ini menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan utama kegiatan rekreasi dan pelancongan. Hotel bertaraf antarabangsa telah dibina di kawasan ini untuk menggalakkan industri pelancongan.
Sungai mempunyai potensi tinggi untuk dimajukan sebagai pusat eko-pelancongan. Contohnya ialah aktiviti membawa pelancongan menyusur sungai dengan bot. Kemudahan sukan air dapat menarik pelancong. Selain itu, sungai mempunyai potensi dijadikan tempat penternakan ikan air tawar, kerang dan udang.
UPDATE: Tanah hak milik kerajaan tidak boleh dijadikan sebagai kawasan pilihan untuk dimajukan.
*******************
Anda boleh klik pautan di bawah untuk mendapatkan contoh jawapan yang lain
************************************************************************
Nota: DIINGATKAN kepada semua pelajar bahawa tidak boleh meniru sebulat-bulatnya jawapan di atas kerana peniruan adalah satu plagiat. Jawapan di atas adalah contoh panduan jawapan untuk memudahkan anda menyiapkan tugasan sahaja. Adalah diingatkan semua hasil tugasan anda perlulah 100% original dan bukannya copy-paste. Jawapan di atas jika amat diperlukan, anda perlu olah mengikut ayat anda sendiri.
Terpulang, nak markah penuh sila ikut cakap saya.
*dalam proses*
hope u can update it faster... ;)
ReplyDeleteSuka Hati Jeee
Deleteboleh saya tanya? kawasan perumahan saya memang tanah milik kerajaan. tapi tanah hak milik kerajaan tak boleh jadikan kawasan berpotensi. apa patut saya buat?
DeleteBuat ah tanah milik orng lain
DeleteHi Cikgu....I need your help teacher
Deletekawasan hak kerajaan boleh dimajukan ke?
ReplyDeleteCg kta x blh
Deletetak boleh kerana itu hak kerajaan hanya hak milik persendirian atau tanah kosong shaja yg boleh
Deletekalau kita mohon pada kerajaan??
Deletetidak boleh
Deletecuba tanya najib nanti dia bagi kat kau
Deletefsdfg
ReplyDeleteTc kalau dekat felda ape yg sesuai utk dilakukan
ReplyDeletebuatlah siber kafe.....itu cadangan akulah.....kalau taknak guna takpa...
DeleteCg ae yg sesuai kalau kat felda
ReplyDeleteBoleh saye tnye...apakah potensi yg terdapat pada taman permainan?
ReplyDeleteentahlah
Deletekalau taman permainan....ada kemudahan sosial di taman perumahan anda....itu aja yang aku tahu
Deletemenghilangkan kebosanan
DeleteSaya nak markah penuh
ReplyDeleteSaya pon
Deletesaya pon
DeleteBukan kau sorang bruhh :(
DeleteTq very much for helping me
ReplyDeleteok
ReplyDeleteAssalamualaikum.apa.pandangan korang kalo saya ingin membuat hospital swasta di tempat hutan yg rata
ReplyDeletenanti pesakit awak semua haiwan
Deleteselalunya....cikgu geo akan menerima apa apa saja yang and hendak buat....kalau nak buat hospital swasta boleh....kalau ada huraian potensi...boleh je
Deletekalau kawasan padi, benda apa yg boleh buat dengan padi tu?
ReplyDeletejadikan sUMBER NASI
DeleteKalau dekat kpg bako apa yg boleh dibuat ye
ReplyDeletenape xleh nk copy orang nk cari bahan untuk print ...kebanyakkan nya banyak isi dari blog ni je..takkan x leh nk copy kot///
ReplyDeletetekanlah print screen.. then bkk microsoft word tekan ctrl + v
Deletecane nii tk tahu nk pilih apeeee smsdkfcn,sdnsmvgdm snjg n
ReplyDeleteKnp bila cari bahan ada blog ni jeee
ReplyDeleteDah kalau tetiba allah dh gerakkan nk kasi awak nampak blog ni nk buat macamane...kan?
Delete#guraujerwp
bagus banyak pahala admin ni
ReplyDeleteALHAMDULILAH...
Deleteplease reply this asap. kalau wujudkn Taman rekreasi boleh tak?
ReplyDeleteBoleh... nk wujudkan ape2 pon bleh.. kebun cili, mini market, hotel mcm2 boleh
DeleteBoleh..dapat mudahkan penduduk untuk bersenam dan dapat mengelakkan daripada penduduk yang menghidapi obesiti
DeleteApa lagi pitensi tmn rekreasi ek??sy pon buat tu hurmm
Deleteapakah cadangan yang boleh kita ambil untuk memajukan lagi taman gombak permai?
ReplyDeletebilakah taman gombak permai ditubuhkan? please tlg jwbkn
ReplyDeletesearch la google
DeleteTAHUN 1997
Delete<3
ReplyDeletehemm.. bagus blog ni
ReplyDeleteboleh tak kalau saya nak print ? saya cuba , tapi tak boleh . so nak minta izin di approvekan ?
ReplyDeletepotensi ni die nak brp ? satu je ke ?
ReplyDeletepotensi memang listkan banyak atau satu dah memadai?
ReplyDeleteMencabar betul soalan Geografi tahun ni.. nasib baik ada blog ni..
ReplyDeleteHai , kawasan saya ialah kawasan tanah pamah . Sesuai dijadikan sebagai kawasan pertanian , pada pendapat anda , apakah potensi sampingan ?
ReplyDeletetaman botani
Deleteindustri sarang burung
pembinaan rumah..disebabkan penduduk yang terlalu ramai menyebabkan kawasan menjadi padat....
Deletenape takleh print????
ReplyDeletethanks a lot!
ReplyDeletekhamsahamida for a good tips
ReplyDeleteSlm apa jenis bagi tanamn lada...
ReplyDeletehuhuhu
ReplyDeleteSy nak buat pasar mini dkt desa bgi memudahkn penduduk membekalkn kprluan harian . halangan ?
ReplyDeletekalau nk buat pusat tuisyen boleh ke??
ReplyDeleteblh
DeleteBiasanya kalau tanah tepi sungai tanah kerajaan ke tanah hak milik persendirian?
ReplyDeletekenapa aku try print nda dpt ni?? adoii
ReplyDeleteapakah potensi taman rekreasi ya ?
ReplyDeletethankkkk you
ReplyDeletetq for ur opinions!!!!!
ReplyDeleteklau kita majukan dari segi pelancongan saja boleh tk ekh..
ReplyDeletenamau kawan
ReplyDeleteesk dh kena hntar woiii
ReplyDeleteHuhu.
ReplyDeleteBpe ribu nk buat taman rekleasi
ReplyDeleteAgak ii berapa
Agak ii berapa kos nak buat taman rekleasi ini
ReplyDeleteBals lah
ReplyDeletekawan2 dah bentang? haha
ReplyDeletegoodluck pt3 bagi batch 02 2017!! do da best <3
ReplyDeleteThanks for the interesting and high-quality article
ReplyDeleteKegiatan ekonomi ada ditulis kat atas tu tapi dia punya huraian x de apa cite anak saya nak buat pon jadi pening
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian
ReplyDelete