Minggu ini panas masih lagi terasa bahangnya. Check suhu di Gemencheh sudah mencapai 34°C. Tak tahan rasa bahang panas kali ini. Tersangat menguji kesabaran. Ada kalanya terpaksa mengadap kipas 24 jam. Saya tidak betah jika tiada angin di hadapan saya. Mula meragam tak tentu hala. Mengajar di dalam kelas pun mesti berada di bawah kipas. Tidur pun mesti sebaris dengan kipas. Kalau di Port Dickson, mudah je solusinya, cuma menekan butang on air cond dan lega. Tapi di sini hanya bergantung pada kipas semata-mata. Jem aku.
Rabu yang lepas, pihak ATM yang bekerjasama dengan kami melalui program NBOS iaitu Program Remaja Berwawasan (PRB) membawa pelajar-pelajar saya masuk membuat lawatan di dalam Kem Syed Sirajuddin. Satu pengalaman yang menarik di mana saya buat pertama kalinya melihat dan merasa jentera perang di hadapan mata saya. Budak-budak lagi suka tengok kereta kebal pelbagai jenis nie. Walaupun aktiviti luar sekolah tidak digalakkan, tapi bila sampai ke kem nie kurang rasa bahangnya. Mungkin dalam kawasan hutan agaknya. Yang menarik perhatian iaitu demo tembakan meriam di lapang sasar meriam. Pertama kali dengar bunyi meriam yang sangat membingitkan telinga. Boleh gugur jantung ha. Tapi seronok, dapat lihat meriam lancarkan serangan bertalu-talu. Terasa berada di medan peperangan.
Hari Khamis pula mesyuarat Kor Kadet Polis mengenai perkhemahan daerah dan negeri. Memang sakit kali ini sebab kena join masterchef di dapur untuk sediakan makanan untuk pelajar. Adui..masak-masak nie yang susah. Untuk sorang diri takpe jugak, ini untuk seratus orang. Serupa kenduri dah. Kena fikir dulu nak join perkhemahan ke tak sebab kena uruskan kawad kaki dahulu. Bulan April nie memang busy dengan aktiviti kadet polis saje. Haih haih.
Hari nie saya kecundang. Tak boleh bangun langsung sebab sakit kepala yang amat. Dari semalam dah rasa pun nak demam. Badan seram sejuk, kepala sakit, dah selsema, dan hari ini MC la jadinya. Nak kata kuat kerja rasanya tak. Kerja tu rutin harian. Balik lewat macam mana sekalipun dah jadi rutin. Rutin makan saya mungkin terganggu. Kurang makan, selera makan pun dah tiada. Oh ya, last timbang berat saya dapati turun 5kg. Mak aih, terkejut. Patutlah seluar polis yang tak muat dulu, sekarang dah boleh pakai. Ada jugak kawan cakap nampak kurus sikit, pipi pun dah nampak kurang tembam. Betul-betul lost weight nie. Alhamdulillah kurus sikit. Risau jugak baju tak muat. Hehe.
lovenota: esok nak dapat adik perempuan baru, Syahira Atikah namanya. Tua-tua nie dapat adik lagi..hehe.