Wednesday, June 27, 2012

PERADUAN BAWAL BERGAYA DARI BAWAL BIRU ONLINE SHOP

~assalamualaikum~

 jum join peraduan kat bawah:


cik balqis memang pemakai tudung bawal yang tegar..
~kalau malas sangat baru pakai selendang~ ;p
sebab pergi sekolah pun pakai tudung bawal..
setiap baju kurung ada tudung bawal masing2..hehe!


gambar ini diambil di Dataran Pahlawan, Melaka..
memang tudung bawal ye..hehe!

 # sebab mengapa suka tudung bawal? #
senang dipakai..walaupun leceh nak menggosok kan..
tapi memang sangat selesa guna tudung bawal..

# tag sekurang2nya seorang blogger: #
alaa..korang yang datang jenguk entry nie boleh je masuk ;)
tapi kena ikut syarat kan..
tag mia duniaku :)

tarikh akhir penyertaan : 10 Ogos 2012
hadiah : 10 bawal 3D rose lace untuk 10 pemenang


pemilihan dibuat berdasarkan jumlah like yang tertinggi..
sila like pic sy di link facebook kat bawah ye!
jom like!

~hmm..agak2 boleh ke dapat? tett~

so nanti bila dah diupload ke facebook Bawal Biru Online Shop..
sila2 like la yer! (^^)v

Read More »

Wordless Wednesday # 3 : Curi Hati

tengah2 malam da post Wordless Wednesday..haha..
ape2 pun layan~


ape komen anda?

Read More »

Monday, June 25, 2012

Terpotong Jari!

hari nie cik balqis puasa ganti..
~da nak Ramadhan baru nak ganti puasa..hihi!~
so semangat la nak masak kan..
sebab malas nak keluar malam kang..

then syok2 masak..
cik balqis terhiris jari..


arghh!! sakit weii!! bleeding!
masa terhiris jari tu..memang rasa laa pisau tu potong isi2 jari..
pisau tuh dah la tajam!
hadoii!!
memang meraung laaa lepas tuh..
habis dapur penuh dengan darah jari..menitik2 kat lantai..
mengalir tak henti2..macam air je keluar..
ishkk..memang menangis laaa (T__T)

gambar nie pun ambil lepas dah kena tuam dengan ais..
lama2 berhenti la darah itu..
n sekarang darah dah beku..huduh gile..haha!

so, the moral of the story..
jangan berangan semasa masak..
peace! (^^)v

Read More »

Friday, June 22, 2012

EURO 2012

Jadual terbaru perlawanan suku akhir Euro 2012

so boleh la download ye ^^


oh..malam nie Germany vs Greece..
anda sokong siapa? 

Read More »

Segmen Amazing Blogging

today is Friday..
tomorrow is Saturday..
ape kehal cik balqis nie..haha..
(buang tebiat)

okey..hari nie nak join segmen Amazing Blogging yang dianjurkan oleh
join sebab saja suka2..hehe!


cute pulak tengok doodle atas nie kan! ^^
blog dia pun chomel..pinkish! i like! ^^

so sesiapa nak join pun boleh..
ade masa lagi..

last date: 23 June 2012 pada pukul 5 petang

nak join sila klik link di bawah:

Read More »

Tuesday, June 19, 2012

i HATE myself


aku bencikan diri aku sendiri..
aku memang tak guna..
suka sakiti hati dia..
suka sangat menyibuk hal dia..
suka sangat jaga tepi kain orang..

i HATE being myself!

suka merapu yang bukan2..
suka bagi alasan bodoh..
suka menyusahkan dia..
sangat2 tidak bertimbang rasa..
tak fikir perasaan dia..
apa yang dia suka tak suka..
apa yang dia benci..
tidak hormat privacy dia..
tak pernah nak memahami dirinya..
tidak dapat tolong dia satu apa2 pun..
tidak boleh bagi dia ruang sedikit pun untuk bernafas..
untuk sendirian..untuk tenangkan fikiran
selalu tak dengar kata dia..
melawan semua arahan dia..
degil..keras kepala..
suka memaksa dia..walaupun dia tak suka..
suka mengacau hal dia..
suka menyibuk hal-hal kawan2nya..
suka menggunakan nama dia..

awak memang berhak MEMBENCI saya..



p/s: aku nak BERCUTI !!!!

Read More »

Saturday, June 16, 2012

Selesaikan Masalah (tazkirah)

*untuk awak*

semua manusia mempunyai masalah..
cik balqis sendiri pun ada masalah tersendiri.
cuma orang je tak tahu..
cik balqis nie kat luar siap boleh gelak2..senyum2..
semua orang nampak cik balqis orang yang paling ceria sekali..
happy memanjang..senyum 24 jam
tapi dalam hati siapa yang tahu?


memang betul..
cik balqis memang banyak cakap..suka gelak ketawa..
tapi bila datang masalah..memang senyap terus la..
n kalau tak tahan dugaan tu..mesti cik balqis menangis..
menangis dalam diam..paling lama sepanjang malam..
sangat kuat..hanya Allah swt je yang tahu..

~awak..
saya tahu saya bukan yang terbaik untuk awak
saya langsung tak dapat tolong awak satu apa pun..
saya memang tak boleh nak buat apa2 untuk awak..
saya hanya mampu berdoa..
minta kepada-Nya jauhkan segala musibah dan dugaan yang datang..
berikan kekuatan n tabahkan hati awak untuk menempuh cabaran..
supaya awak dapat menyelesaikan semua masalah dengan baik dan tenang..
Amin..
saya ada n sentiasa ada bersama~

***********************************************************************

Dengan izin Allah, masalah yang kita hadapi tidak semestinya selesai mengikut kehendak kita.

Yang paling utama masalah itu akan dirasakan selesai ketika kita menerima dan kita mula berpersepsi bahawa apa yang berlaku bukanlah suatu masalah. Ia akan dimiliki ketika jiwa kita diilhamkan taqwa oleh Allah swt.

Masalah akan selesai ketika Allah swt mencabut semua rasa kesempitan dalam jiwa kita ini.
Kita akan berasa lapang dada, lapang fikiran dan jiwa walaupun ketika itu duit yang hilang masih belum jumpa, sakit belum sembuh, hal yang gagal masih belum berjaya.
Di sinilah kita mula rasa bahagia. Lalu saat ini kita sudah tidak kisah lagi dengan duit yang hilang jumpa atau tidak, bila kita akan sembuh, bila kita akan berjaya. Yang ada ketika ini adalah semangat dan kekuatan untuk terus berusaha.
Berusaha mencari rezeki. Berusaha untuk berikhtiar berubat untuk sembuh. Berusaha untuk berjaya.
Yang ada pada kita dalam wilayah kemanusiaan ini hanyalah berusaha. BUKAN MENENTUKAN. Di saat inilah kita nanti mampu memahami ilham dari Allah sehingga mungkin kita tidak jumpa duit yang hilang kembali tetapi menerima rezeki yang lebih banyak. Mungkin kita akan lambat sembuh namun sembuhnya kita akan benar-benar sembuh malah menjadikan kita hamba yang lebih baik dan bersyukur.
Mungkin kita tidak berjaya dalam hal yang kita gagal itu namun kita berjaya di dalam hal yang lain yang mana ia lebih baik.
Fahami ini…. fahami aturan Allah swt dan hidup yang diaturkan Allah swt ini.. maka kita setiap hari pasti akan bahagia biar pun apa jua yang berlaku kerana hidup kita sememangnya sentiasa ada ujian-ujian.
Hidup ini memang susah. Ini hakikat. Tidak perlu ubah hakikat ini dengan mengatakan hidup ini mudah. Kita merosakkan fikiran kita dengan hal yang tidak benar.
NAMUN jangan berhenti sekadar hidup ini susah. Harus juga sedar sambungannya… HIDUP INI SUSAH NAMUN AKAN MUDAH SEANDAINYA DIRI BERGANTUNG TOTAL 100% KEPADA ALLAH SWT.
sumber: fuadlatip.com
Read More »

Friday, June 15, 2012

Rahsia Di Sebalik Janggut

Janggut merupakan SUNNAH KEKAL hingga ke alam kubur, seorang lelaki akan lebih menyerlah KETAMPANAN dan SIFAT KELAKIANNYA apabila mempunyai janggut~

cik balqis memang suka sangat orang berjanggut..
kan nampak comel kalau ada sejemput janggut kat dagu..
tak gitu Abg Bulat..hehe! (angau kejap~)
sebab tu la saya suruh awak simpan janggut..
sebab awak nampak sangat comel! XD


*****************************************************************************

Rahsia Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
Sabda Rasulullah SAW:
“Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)
“Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan memotong kumisku.”(HR. Thabrani)
Kajian Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
Satu kajian yang dijalankan terhadap janggut menemui satu lagi bukti saintifik mengenai sunnah Nabi Muhammad saw dalam memelihara janggut, ini menunjukkan bahawa wahyu Allah yang diturunkan keatas Nabi Muhammad saw mendahului penemuan saintifik sejak lebih 1400 tahun yang lalu.
Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.
Bagaimana Caranya?
Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda.
Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.
Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah A-li’Imraan 3:191)
Wallahu’alam….
sumber: hasnulhadiahmad.com
**********************************************************
Read More »

Tuesday, June 12, 2012

Kecil Hati @ Terasa Hati

kecil hati ke terasa hati..
maksudnya lebih kurang sama je..
iaitu terasa hati dengan percakapan orang lain..
terasa hati dengan perbuatan orang lain..
rasa macam pedih ulu hati je..
bak kata orang sekarang..sentap! touching!



"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"

zaman sekarang baik lelaki dan perempuan..
siapa yang tak pernah kecil hati
cik balqis pun selalu jugak..hadoi..
memang xboleh elak..
hati sangat kecik..orang kata mudah sentap!
cik balqis mudah sangat terasa hati..
tapi cepat2 normal semula..
tapi nak normal semula tu kena guling2 dulu..
baling2 barang..nangis sepuas hati..
bila da ok normal la balik.. ^^

tak dinafikan cik balqis memang manja..
bayangkan laa da 25 tahun nie..
still lagi menangis kalau nak berpisah dengan adik abah..
hadoi..macam budak2!
abah selalu cakap..murah sangat air mata tu!
tapi nak buat macam mana..
hati nie dah memang camnie..
tapi terasa pun sekejap je..
lepas tu okey da..lepas nangis la~

kalau dia marah2 kan..
bukan marah la..ngamuk sikit..tak puas hati kot..(hehe!)
ayat dia sama je.."suka hati awak la.."
memang cik balqis terasa sangat..
kalau dia letak henpon camtu je..
lepas tu mula la merengek macam budak kecik..menangis..fact! haha!
lepas tu okey dah..

tuh la..susah nak kikis perasaan "terasa hati" nie..
sebab memang kita camnie..
nak ubah pun da tua kan..so let it go jela..huhu~

so lepas nie memang kena kenal emosi la..
~selama nie memang kebal emosi pun..
nampak je happy tapi dalam hanya Allah swt je yang tahu..huhu~

di bawah nie adalah Doa Pelembut Hati..
boleh amalkan bila kita terasa/kecil hati..


Maksudnya :


1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah
4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Iaitu Allah Ar-Rahman, yang bersemayam diatas 'Arasy

bagi cik balqis senang je..
kalau dah terasa hati..
buang yang keruh, ambil yang jernih..
tak perlu nak ambil hati segala bagai..tak guna pun..

so, boleh amalkan Doa Pelembut Hati..
insyaAllah hati kita rasa tenang semula..
banyakkan berzikir..

p/s: student saya ramai kot yang kecil hati dengan saya..mintak maap laa..hehe! ;p
Read More »

Penat! Jadual Waktu sangat tidak memuaskan!


penat! tired! exhausted! tension! stress!
jadual waktu baru mengajar sekarang nie sangat sangat sangat menyakitkan hati..
sampai stress cik balqis dibuatnya..terutama hari selasa dan khamis..
sampaikan terus hilang mood kalau tak jaga emosi betul2..
~kebetulan saya buat salah dengan Mr Bulat..lagi spoil mood cik balqis hari nie~

tiap2 hari selasa lepas nie..
cik balqis ade kelas 7 waktu direct sampai pukul 1.20 pm

tiap2 hari khamis pulak..
cik balqis ada 8 waktu direct sampai 1.20 pm jugak

rasa macam nak pecah kepala je..

kenapa la ada jadual macam nie..
langsung takda break melainkan waktu rehat pelajar..
ingat cik balqis nie robot ke..
nak ngajar budak pun kena ada mood..
kalau tak P&P tak berjaya laa..tidak mencapai objektif..
mana laa larat nak direct kelas dari 7.30 am sampai 10.10 am..
lepas tu sambung 10.40 sampai 1.20 pm..

cik balqis tak kisah kalau nk bagi 7 atau 8 waktu sekalipun dalam masa sehari..
tapi kena la bagi break 40 minit sebelum masuk kelas yang lain..
nak siapkan kerja hal pentadbiran pun tak boleh..
nak ambil attendence pon susah..
hadoi~~

macam mana nak hadap masa bulan puasa nanti..
mesti terkulai layu balik dari sekolah..
haishh..
~lama2 stress aku camnie~


~Mr Bulat..maafkan saya!~

Read More »

Sunday, June 10, 2012

Dapat iklan Buffered Earning lagi!

semalam cik balqis dah post pasal 3 Iklan Buffered Earning (BE) yang sedang menari2 di blog kan..
tengok hari nie kat Nuffnang dapat lagi 1 iklan BE..
cik balqis sangat2 la happy!


so iklan yang ditambah oleh Mr Nuffnang ialah:

Unilever Walls Cornetto Uda & Dara


memang cik balqis suka makan aiskrim cornetto nie..
sangat la sedap! lazat! 
kalau makan memang tak puass!
nyumm!!

kalau uolss tengah dating kan..
romantik haper makan aiskrim cornetto uda & dara nie..
nak2 kat tepi pantai..dengan angin sepoi2 bahasa..
haishh..sweetnye!
~Mr Bulat boleh ke buat cenggini..hihi~

so, thanks pada Unilever Walls kerana beri saya iklan BE ini..
ingatkan blog balqis nie dah tak laku dengan iklan2 dari Nuffnang..
sebab kurang update blog kan..
kurang nk publisiti cam dulu..
busy dengan sekolah..kerja..haiya~

thanks tu Mr Nuffnang..i love u!

Read More »

Saturday, June 09, 2012

Jadual EURO 2012

sekarang kan demam bola..Euro 2012 neh..
so best jugak kalau post jadual kat blog cik balqis nie..

cik balqis sokong siapa?
emmm..aaaa..emmm..
tak boleh cakap..
kang kena cantasss dengan Mr Bulat..
maklum la..dia sokong Germany kan..
no komen..lalalala~

*****************************************************************
Jadual EURO 2012

Group A - Poland, Greece ,Russia, Czech Republic
Group B - Netherlands, Denmark, Germany, Portugal
Group C - Spain, Italy, Republic of Ireland, Croatia
Group D - Ukraine, Sweden, France, England

8 Jun 2012
11:55pm Poland vs Greece (Group A)

9 Jun 2012
 2:45am Russia vs Rep Czech (Group A)
11:55pm Belanda vs Denmark (Group B)

10 Jun 2012
2:45am Jerman vs Portugal (Group B)
11:55pm Sepanyol vs Itali (Group C)

11 Jun 2012
2:45am Ireland vs Croatia (Group C)
11:55pm Perancis vs England (Group D)

12 Jun 2012
2:45am Ukraine vs Sweden (Group D)
11:55pm Greece vs Rep Czech (Group A)

13 Jun 2012
2:45am Poland vs Russia (Group A)
11:55pm Denmark vs Portugal (Group B)

14 Jun 2012
2:45am Belanda vs Jerman (Group B)
11:55pm Itali vs Croatia (Group C)

15 Jun 2012
2:45am Sepanyol vs Ireland (Group C)
11:55pm Ukraine vs Perancis (Group D)

16 Jun 2012
2:45am Sweden vs England (Group D)

17 Jun 2012
2:45am Greece vs Russia (Group A)
2:45am Rep Czech vs Poland (Group A)

18 Jun 2012
2:45am Portugal vs Belanda (Group B)
2:45am Denmark vs Germany (Group B)

19 Jun 2012
2:45am Croatia vs Sepanyol (Group C)
2:45am Itali vs Ireland (Group C)

20 Jun 2012
2:45am Sweden vs Perancis (Group D)
2:45am England vs Ukraine (Group D)

nak download Jadual Euro 2012..
nak tepek kat dinding bilik..
boleh download picture kat bawah nie ye..


cik balqis takde la minat sangat bola..
tapi boleh la setakat ambil tahu..
~padahal kalau lepak kedai makan jerit2 jugak..hehe!~

Read More »

Dapat Iklan Buffered Earning!

baru kejap tadi cik balqis godek2 akaun Nuffnang Malaysia
ternampak la 3 iklan Buffered Earning (BE) yang menari2 kat blog..


iklan BE yang pertama:
UIP Madagascar 3


memang cik balqis sendiri tunggu movie nie keluar..
sangat la lawak..
n cik balqis sendiri ikut movie nie dari Madagascar 1 and Madagascar 2..
nak tengok jugak kesinambungan love story Melman and Gloria..
nak tengok menjadi ke tak..hehe!

iklan BE yang kedua:
Digi Samsung Galaxy S3


rasanya smartphone ini yang jadi rebutan sekarang nie kan..
selepas zaman kegemilangan Samsung Galaxy S2 yang gilang gemilang.. (poyo)
adik balqis pakai Samsung Galaxy S2..
Mr Bulat pun pakai jugak..orang kaya tu..
~abes la kena sumpah seranah dari Mr Bulat~
memang best jugak la..
tu pun adik cik balqis da pasang angan2 nak pakai S3 plak..banyak duit kou! ;p
Mr Bulat plak suruh belikan..banyak chantek! ;p
cik balqis mampu pakai Samsung Galaxy Mini jer.. ;)

iklan BE yang ketiga:
Shell Advance 2012


cakap pasal minyak kan..
Petronas RON97 dah turun 10sen pulak kan..
macam2 la..cik balqis pun tak paham yang mana satu minyak lagi murah
antara RON97 dengan RON95..
apa2 jela..hadoi~

so, ketiga2 iklan BE nie yang akan ditayangkan sepanjang korang bukak blog cik balqis..
so saya ucapkan ribuan terima kasih la kepada Nuffnang dan 3 iklan yang memberi BE kepada cik balqis..
semoga tambah lagi la ye Mr Nuffnang..nak iklan banyak2 macam dulu2..haha!

p/s: kertas exam budak baru habis tanda..nak buat post-mortem plak..hadoi~

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®