Showing posts with label ..kerjaya guru... Show all posts
Showing posts with label ..kerjaya guru... Show all posts

Monday, August 15, 2022

Home Tuition untuk Subjek Kimia dan Sains




Adakah tuan/puan sedang mencari seorang guru @ tutor untuk mengajar anak anda di rumah? 


Jom Home Tuition bersama saya!


saya boleh memberikan Home Tuition @ mengajar anak tuan/puan di rumah anda sendiri! tak kira anak anda berada di mana, di rumah mahupun di asrama penuh sekolah anak tuan/puan. saya akan pergi ke tempat di mana anak anda berada!



Belajar sampai Mahir, Faham dan Tahu!




Mata pelajaran / Subjek yang boleh diajar:
  • Sains KSSM (Tingkatan 1 dan Tingkatan 2)
  • Sains PT3 (Tingkatan 3)
  • Chemistry / Kimia / Kimia DLP SPM (Tingkatan 4-5)
  • Kimia IGSCE (MRSM)


Detail profile:
  • Masih mengajar di sekolah menengah di Selangor (2010 - sekarang) 
  • 13 tahun pengalaman mengajar di sekolah
  • Pernah menjadi guru tuisyen di pusat tuisyen
  • Mahir dalam penguasaan mata pelajaran Sains dan Kimia
  • Mahir dalam format terkini Peperiksaan Sains PT3 dan KSSM Kimia SPM
  • Mahir dalam mengajar mata pelajaran Kimia Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
  • Mahir mengajar subjek kimia program IGCSE, iaitu Dual Program Pensijilan di MRSM, Program SPMRSM Cambridge IGCSE 
  • Terlibat dalam menanda kertas peperiksaan dan menjadi Pemeriksa Kertas SPM untuk subjek Kimia Kertas 2 bagi sembilan tahun berturut-turut
  • Terlibat dalam menanda kertas peperiksaan Sains PT3
  • Berpengalaman mengajar / menjadi tutor di sekolah asrama penuh sejak tahun 2013


Pendidikan tertinggi : 
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2006 - 2010
  • Sijil Matrikulasi Sains Hayat di Kolej Matrikulsi Perak (KMPk) pada tahun 2005-2006

Syarat - syarat:
  • hanya mengajar dalam kumpulan yang kecil kerana ingin memberikan tumpuan 100% kepada anak anda yang belajar dengan saya.
  • hanya mengambil masa selama 2 jam untuk belajar + latihan. 
  • kadar pembayaran boleh dirunding (negotiate). Terdapat beberapa kos-kos lain yang TIDAK dicaj seperti kos modul, latihan, kertas ujian dan nota-nota.
  • tidak mengenakan sebarang kos pendaftaran berbanding dengan pusat-pusat tuisyen. Bayaran dikenakan mengikut jam yang diperuntukkan sahaja.
  • hanya mengambil home tuition pada hari minggu sahaja iaitu hari Sabtu atau Ahad. pada waktu cuti sekolah, boleh dilakukan pada hari biasa. 
  • terbuka pada kawasan di Negeri Sembilan iaitu Nilai, Seremban, Senawang, dan
  • sekitar Kajang dan Bangi seperti Bukit Makhota, Bandar Seri Putra, Bandar Baru Bangi, Bandar Puteri Bangi
  • jika anda berada di luar kawasan berikut, akan dipertimbangkan berdasarkan kadar pembayaran milage (kadar kilometer). 
  • kawasan lain selain di dalam Selangor dan Negeri Sembilan boleh diterima tetapi perlu berunding dahulu.

TUISYEN secara ONLINE

saya juga menawarkan tuisyen online dari rumah juga mengikut subjek yang ditawarkan. harga bayaran juga tidak akan sama dengan home tuition. 

terpulang kepada anda untuk memilih sama ada ingin tuisyen secara online atau tuisyen secara bersemuka. 


Pertanyaan / Berminat?
segala pertanyaan, anda boleh menghubungi:


lovenota : sekali sekala promote

Read More »

Friday, March 25, 2016

Minggu yang Agak Mencabar


Minggu ini panas masih lagi terasa bahangnya. Check suhu di Gemencheh sudah mencapai 34°C. Tak tahan rasa bahang panas kali ini. Tersangat menguji kesabaran. Ada kalanya terpaksa mengadap kipas 24 jam. Saya tidak betah jika tiada angin di hadapan saya. Mula meragam tak tentu hala. Mengajar di dalam kelas pun mesti berada di bawah kipas. Tidur pun mesti sebaris dengan kipas. Kalau di Port Dickson, mudah je solusinya, cuma menekan butang on air cond dan lega. Tapi di sini hanya bergantung pada kipas semata-mata. Jem aku. 

Rabu yang lepas, pihak ATM yang bekerjasama dengan kami melalui program NBOS iaitu Program Remaja Berwawasan (PRB) membawa pelajar-pelajar saya masuk membuat lawatan di dalam Kem Syed Sirajuddin. Satu pengalaman yang menarik di mana saya buat pertama kalinya melihat dan merasa jentera perang di hadapan mata saya. Budak-budak lagi suka tengok kereta kebal pelbagai jenis nie. Walaupun aktiviti luar sekolah tidak digalakkan, tapi bila sampai ke kem nie kurang rasa bahangnya. Mungkin dalam kawasan hutan agaknya. Yang menarik perhatian iaitu demo tembakan meriam di lapang sasar meriam. Pertama kali dengar bunyi meriam yang sangat membingitkan telinga. Boleh gugur jantung ha. Tapi seronok, dapat lihat meriam lancarkan serangan bertalu-talu. Terasa berada di medan peperangan.





Hari Khamis pula mesyuarat Kor Kadet Polis mengenai perkhemahan daerah dan negeri. Memang sakit kali ini sebab kena join masterchef di dapur untuk sediakan makanan untuk pelajar. Adui..masak-masak nie yang susah. Untuk sorang diri takpe jugak, ini untuk seratus orang. Serupa kenduri dah. Kena fikir dulu nak join perkhemahan ke tak sebab kena uruskan kawad kaki dahulu. Bulan April nie memang busy dengan aktiviti kadet polis saje. Haih haih.

Hari nie saya kecundang. Tak boleh bangun langsung sebab sakit kepala yang amat. Dari semalam dah rasa pun nak demam. Badan seram sejuk, kepala sakit, dah selsema, dan hari ini MC la jadinya. Nak kata kuat kerja rasanya tak. Kerja tu rutin harian. Balik lewat macam mana sekalipun dah jadi rutin. Rutin makan saya mungkin terganggu. Kurang makan, selera makan pun dah tiada. Oh ya, last timbang berat saya dapati turun 5kg. Mak aih, terkejut. Patutlah seluar polis yang tak muat dulu, sekarang dah boleh pakai. Ada jugak kawan cakap nampak kurus sikit, pipi pun dah nampak kurang tembam. Betul-betul lost weight nie. Alhamdulillah kurus sikit. Risau jugak baju tak muat. Hehe. 

*kurus sikit tang pipi..hihi*


lovenota: esok nak dapat adik perempuan baru, Syahira Atikah namanya. Tua-tua nie dapat adik lagi..hehe.

Read More »

Monday, February 22, 2016

Tak Faham



Malam ini sangat merunsingkan. Pusing kiri, pusing kanan..nothing. Fikirkan kerja yang tak tahu macam mana nak buat. Aih, apa sebenarnya yang Tuan Haji Kecik mahukan? macam mana nak buat laporan SKPM yang diwar-warkan? cubalah bagi contoh kat kami cara nak buat SKPM tu. saya teraba-raba mencari sumber bagaimana ingin menyiapkan kerja yang satu ini. cuba cari di Google pun tiada yang dapat membantu. naik buntu jadinya. asyik menggaru-garu kepala yang tidak gatal. hari selasa ini disuruhnya hantar untuk disemak. nak hantar apa pun masih bingung, ah..esok tanya pada rakan lain la jawabnya. 

Kadang-kadang bila difikirkan makin menjadi-jadi kerja guru sekarang. itu nak, ini nak. tak ada kena mengena dengan mengajar pun. lain pulak benda yang kena buat. sampaikan satu masa pernah saya berfikir untuk berhenti mengajar di sekolah dan buka satu pusat tuisyen. gila, kan?

Teringat mem kaunselor cakap hari tu, "kau kan kuat, semua benda boleh buat. semua benda boleh urus. jangan give up cepat sangat,". Ye, semua benda boleh urus selepas bertungkus lumus bagai nak mati memang la. Aih, macam-macam benda nak dikejar tahun ini. kerja semakin pelik-pelik. waktu mengajar hakiki dah menjangkau 30 waktu. rasanya otak, serebrum dengan serebelum nie dah tak boleh terima semua 'maklumat' dah. sistem saraf nie dah nak jem asyik hantar maklumat ke otak je. tunggu masa nak buat 'tol' je nanti nie. haih..apalah nasib badan. 

Saya lebih suka mengajar dari membuat kerja yang tak ada kena mengena dengan kelas, makmal, eksperimen dan pelajar. sebab tu kalau ada yang meminta untuk mengajar home tuition di rumah, saya on je. tak kisahlah ke mana destinasi yang dituju. oh, sabtu ini saya akan ke sekolah menengah di Cyberjaya untuk tuisyen juga. walaupun jauh, saya berbesar hati mengajar pelajar di situ. tak pernah lagi melihat budaya dan cara pembelajaran di sekolah tersebut. jauh perjalanan, luas permandangan. 


lovenota 1 : tidur dulu aja. lupakan.
lovenota 2 : menghitung hari....insyaAllah


Read More »

Wednesday, September 16, 2015

Contoh Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2015



Bulan nie rasa pening-pening sikit nak sediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) secara online di web HRMIS 2.0 (Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia) nie. antara sebabnya ialah:
  • pertama, ini benda baru. dulu isi kat borang hijau je.
  • kedua, masih tak faham sangat. tak reti nak isi butir-butiran. 
  • ketiga, kalau tengah isi lama-lama mesti logout sendiri. lepas tu kena login balik.

Saya tercari-cari juga contoh SKT 2015 yang terbaru di internet. adalah jumpa beberapa contoh tapi semua contoh tu tak sama dari segi huraian. itu yang jadi pening. kadang-kadang boleh stress isi SKT nie *actually baru lepas mengisi..sebab tu tengah stress sekarang nie*. tapi kalau anda nak contoh tersebut, saya boleh kongsikan kepada anda. SKT ini lebih kepada para guru yang perlukan rujukan. 

Contoh Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2015 online di HRMIS:

Setakat ini, ada 3 contoh yang saya jumpa. kalau ada contoh lain selain dari yang atas, saya akan update kan. Good Luck mengisi! hoho!

[UPDATE] cara pengisian berlainan mengikut pentadbir masing-masing. sekolah saya tak terima contoh SKT  di atas. katanya, hanya memasukkan penilaian yang mempunyai pencapaian seperti peperiksaan, pertandingan, target lulus, etc. kalau masukkan SKT untuk penggunaan BBM, latihan cuti sekolah, tugas guru kelas contohnya, ia tidak dikira sebagai pencapaian. so tak boleh masukkan ke dalam SKT online HRMIS tu. 


lovenota : rasa nak pitam. tidur jela..esok baru buat SKT.


Read More »

Monday, December 29, 2014

Penangguhan Sesi Persekolahan Tahun 2015




KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Rujuk : Berita Harian

*****

Walaupun sesi persekolahan dah ditangguhkan, mesyuarat Guru masih lagi dijalankan pada minggu ini. Nasib badan la kena balik ke Gemencheh pada hari ini. Lepas habis meeting baru balik ke kampung semula.

lovenota : tapi best juga start lambat, boleh rehat lama lagi. Baru siap tanda paper SPM. Alhamdulillah..hehe


Read More »

Tuesday, November 18, 2014

Kerja Akhir Tahun Sesakkan DADA



Akhir-akhir tahun mula nak tutup semua benda. Banyak kerja yang harus disiapkan:
1. post-mortem program tahunan, 
2. Pelan strategik, 
3. pelan taktikal, 
4. rancangan pengajaran tahunan (RPT), 
5. headcound akademik, 
6. headcount kokurikulum,
7. Pelaporan Pentaksiran sekolah (PS)
8. pelantikan pengawas baru
9. Kursus pengawas baru

Itu baru 'mak' point. 'Anak-anak' point saya tak senaraikan lagi. Banyak sangat. Tak tahu la sempat siapkan sebelum Jumaat nie. Kalau siap, saya hantar. Kaau tak lambat la nak hantar. Tu jela. Mana la saya tak sesak. Sakit kepala, sesak dada, sesak nafas, semua ada. banyak sangat kerja. Huhu


Hari nie saya baru sedar yang saya tak masuk meeting rupanya pada hari Jumaat yang lepas akibat terlalu memikirkan kerja saya yang semakin banyak tu. Padahal meeting guru jumaat lepas terlalu banyak info yang diberi. Saya rasa ralit sangat tak masuk meeting tu. Rasa macam info yang disebarkan tak sampai pada saya.

Saya rasa down sangat. Adakah disebabkan saya menjadi pengawas peperiksaan SPM adalah punca banyak info mengenai sekolah tak sampai pada saya? Saya memang dah niat tak nak jaga exam SPM tahun ini disebabkan hal pelaporan yang ini lah. Tetapi dah disuruh ikutkan jela. 

Post mortem akademik sepatutnya dihantar pada jumaat lepas, tetapi disebabkan tiada siapa yang sampaikan kepada saya, maka saya pun tak buat la. kemudian bising-bisjng, "tak baca telegram ke, semua maklumat dilampirkan di situ". Saya nie bukan kaki online internet 24 jam. Susah ke nak edarkan kertas memo kepada semua guru apa yang perlu dibuat dan dihantar sebelum cuti sekolah nie? Memang la zaman dah teknologi canggih, tetapi disebabkan saya yang masih lagi depends pada cara zaman kuno, iaitu bagi edaran memo, so buat la memo tu. Saya dah banyak sangat tertinggal info. Dah tak tahu nak tanya siapa dah. 

Esok kena hantar pelaporan PS tingkatan 1. Mesti hari Jumaat pada masa meeting ia diberitahu. Saya yang tak datang meeting tak tahu apa-apa. Memang saya tak buat la kan. Geram sangat. terpaksalah bersengkang mata nak siapkan semua tu malam nie.

Saya bukan nak merungut, kononnya "dah memang itu kerja cikgu, buat la. Nak membebel kenapa". Tetapi tugas cikgu dah macam tugas pengkeranian bukannya mengajar je. Semua benda nak ada laporan, post mortem dan kena ada pelan strategik dan taktikal. Budak zaman dulu tak ada pelan strategik taktikal nie. Berjaya jugak jadi orang, kan?

Saya rasa dah tak ada semangat sangat. Dah bosan dengan kerja pengkeranian yang terlalu banyak. Mungkin tiba masa untuk saya sambung belajar ke peringkat Mgaster dan bekerja menjadi pensyarah pula. Lagi seronok rasanya. Saya cuma mengajar orang yang nak belajar. Yang tak nak belajar lantak kau lah, kan? 

InsyaAllah ;)
Doakan saya dapat mengharungi semua cabaran dan berjaya siapkan kerja secepat yang mungkin. Amin.

Cikgu pada masa dahulu, bukannya cikgu pada masa sekarang.



Lovenota : rasa macam migrain makin naik. Darah tinggi pun naik nie..stress sangat..huhu



Read More »

Tuesday, November 11, 2014

Buat Rampasan di Sekolah



mentang-mentang la budak PT3 dah habis exam, diorang datang sekolah lepas tu berpesta dalam kelas sambil bersuka ria. tapi yang tu takpe lagi. yang saya pantangnya, bersuka ria dengan menggunakan handphone yang memang dilarang bawa ke sekolah. buka speaker besar-besar di dalam kelas, konon nak menunjuk diorang berani bawa handphone. macam mencabar krediabiliti saya sebagai guru pengawas merangkap guru disiplin sekolah *poyo sudah!*

tapi dah bawa handphone ke sekolah tu, tak payah la nak menunjuk-nunjuk, buka lagu pasang speaker kuat-kuat, lepas tu buat konsert yang tak ada penonton tu. nak menunjuk pakai handphone mahal, annoying la! budak-budak pun mengadu ramai yang bawa handphone sesuka hati. 

apa lagi, buat spot-check randomly untuk beberapa kelas Tingkatan 3. 
dan hasilnya, jeng jeng jeng!

*nampak Eiffel Tower tak? saje nak masukkan gambar handphone sendiri..hihi*

ada 6 buah handphone dirampas dalam serbuan. 
saya dengan bangga tersenyum kambing di depan pelajar. keh3
antara yang paling mahal ialah Samsung Galaxy 3. 
budak sekolah pun pakai Samsung Galaxy tau! kalah cikgu-cikgu nie.
ishkk!

saya memang ada dapat aduan dari pelajar dan guru, ada student yang bawa handphone ke sekolah. kalau tak nampak, saya malas nak ambil port. tapi, bila saya dah nampak di depan mata, mula la saya bersemangat nak buat kerja ala-ala polis tu.

memang masa buat spot-chek tu memang semua student Tingkatan 3 termasuk pelajar Tingkatan 5 di blok sebelah yang tak ada exam SPM hari nie kelam-kabut. ada yang lari lintang-pukang menyorok handphone. ada yang pass handphone pada member kelas lain. sanggup tu! 

yang paling tak tahan, masa tengah check diri student dengan bag, ada yang menyorok handphone di dalam stokin. perghh! ada bauu! hahaha.
yang perempuan jangan cerita la, kat mana depa sorok, pikir sendiri..hehe :D

lepas dah kena rampas, mangsa rampasan terus call ayah la, abang la suruh ambil balik hanphone yang dirampas. ada sampai nak buat report polis sebab hal rampasan nie je. si ayahnya mengamuk, cakap tak puas hati sebab handphone anaknya dirampas, nak upah lawyer mahal-mahal. lol! handphone Lenovo je pon! bukannya handphone Samsung Galaxy Note 4 atau iPhone 6 pun! senget betul~

saya kalau nampak handphone depan mata memang saya akan ambil.
tak kira la budak baik ke budak pandai.
semua adil dan sama rata. 
tiada pilih kasih.

 ia tetap jadi kes disiplin sekolah.
*telefon bimbit dilarang dibawa ke sekolah*


lovenota : kalau jual semua handphone tu untung sey. nampak $$$ je. nasib baik bawak mengucap tadi..hahaha XD


Read More »

Sunday, October 05, 2014

Penempatan Guru Lepasan Universiti, IPG berdasarkan kekosongan




BESUT: Semua penempatan guru baharu lepasan universiti mahupun Institut Pendidikan Guru (IPG) dibuat mengikut kekosongan opsyen yang terdapat di negeri-negeri, kata Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Menurut beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak boleh sesuka hati menghantar guru-guru baharu ke negeri-negeri tertentu yang tidak menepati opsyen hingga boleh menyebabkan bilangan guru opsyen yang berlainan terpaksa mengajar subjek yang bukan menjadi opsyen mereka.

"Sekiranya terdapat kekosongan opsyen yang diperlukan oleh sesebuah negeri, maka guru yang mempunyai opsyen akan dihantar bagi memenuhi keperluan," katanya. Justeru Idris meminta guru yang masih belum menerima tawaran supaya bersabar kerana KPM sedang meneliti kekosongan itu.

************

ada betulnya kata Datuk Seri Idris Jusoh tu. pada freshie yang tak sabar nak posting tu, minta banyak-banyak bersabar untuk dapatkan penempatan. daripada korang dihantar ke sekolah menerusi opsyen lelong dan terpaksa mengajar subjek bukan opsyen, lagi naya. frust satu hal, lepas tu mengajar mrepek-meraban. anak murid jugak yang jadi mangsa. berdosa satu hal, kerana menyebarkan ilmu yang salah. tunggu je kekosongan. sementara tu kerja partime jela dulu kat mana-mana ye..hehe.

bila teringat kembali kenangan sebelum posting tu, saya hanya menganggur selama 3 bulan selepas konvokesyen. memang batch 2010 sangat beruntung kerana hanya menganggur dalam tempoh yang singkat sahaja. syukur alhamdulillah saya dapat posting yang pertama di pekan Gemencheh, Negeri Sembilan. walaupun dalam suasana kampung, saya rasa ok je, kos sara hidup pun rendah, mengajar budak kampung lagi seronok dari budak bandar. tidak perlu tempuh jem yang terlalu teruk. 5 minit je dari rumah. 

apa yang penting, rasa ingin mengajar dan mendidik anak bangsa itu yang penting. 
tak kira di bandar, di kampung atau di pedalaman. 


lovenota : rasa nak sambung Master pulak. bila la ek..hehe :P


Read More »

Saturday, October 04, 2014

Guru Wanita ditemui mati ditikam di Kundasang



Guru wanita ditemui mati ditikam di Kundasang

Ranau: Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang, ditemui mati dengan kesan tikaman pada tubuh dan belakang kepala di dalam rumahnya di kuarters pekerja SESB Jalan Hotel Perkasa, Kundasang. Mayat mangsa Masina Samadi, 50, ditemui oleh suaminya selepas pulang daripada kerja jam 9.30 pagi sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Senior Asisten Komisioner Salehuddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dan motif kejadian dipercayai rompakan. polis menemui kesan umpil pada bahagian pintu dapur rumah mangsa, dipercayai dilakukan oleh penjenayah yang memecah masuk kediaman itu.

"Polis percaya kejadian itu bermotifkan rompakan, namun masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini," katanya.

"Mayat mangsa kini dihantar ke Hospital Ranau untuk bedah siasat. Setakat ini belum ada tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. 


Tiga suspek bunuh guru ditahan


Kota Kinabalu: Tiga lelaki berusia 17 hingga 28 tahun ditahan tengah malam tadi bagi membantu siasatan kes bunuh guru Masina Samadi, 50, di perumahan pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd Kundasang, Ranau, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, semua suspek akan direman hari ini.

“Pemeriksaan terhadap suspek menemui beberapa barang milik mangsa yang dilaporkan hilang, termasuk buku akaun bank mangsa,” katanya. Menurutnya, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek warga tempatan dan tinggal di kampung yang sama dengan mangsa.

“Siasatan lanjut masih dijalankan, termasuk ujian sampel dan bahan bukti senjata yang digunakan dalam kejadian itu.

“Hasil ujian air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis syabu,” katanya. Menurut Salehhudin, semua suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


sumber: Harian Metro dan Berita Harian

**************

kenapa dia dibunuh? kejamnya!
seorang guru yang sudah banyak berkorban 
pada anak didik bangsa dibunuh dengan begitu kejam, 
tidak ada sifat perikemanusiaan langsung. 
kalau nak merompak pun, tak perlu sampai membunuh orang. 

semoga pembunuh itu dapat ditangkap dengan segera
dan dikenakan hukuman yang setimpal. 

takziah pada ahli keluarga mangsa

innalillahiwa'innalillahirojiun

Read More »

Thursday, October 02, 2014

Punca Pelajar Jatuh dari Siling Dewan Sekolah


Ramai yang dah tahu mengenai berita tergempar di mana seorang pelajar Tingkatan 3 iaitu Muhamad Hakimi Zulkifli, 15, jatuh dari siling Dewan Serbaguna di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi di Kangar, Perlis. pelbagai spekulasi yang mengatakan punca mengapa pelajar itu sanggup memanjat siling dewan sekolah.

Menurut berita dari Berita Harian hari ini,

Tiada elemen buli kematian pelajar jatuh siling di Kangar

KANGAR: Polis Perlis hari ini mengesahkan tiada elemen buli dikesan dalam kes kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga yang terjatuh dari siling dewan sekolahnya di sini, pagi semalam. Ia disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, berdasarkan siasatan dan rakaman percakapan dilakukan terhadap guru dan rakan mangsa di sekolah itu pagi tadi.

"Hasil siasatan menunjukkan tiada kemungkinan mangsa dibuli. Sebaliknya, polis akan terus menyiasat kemungkinan pelajar itu memanjat ke siling dewan yang dikatakan untuk mengambil bola takraw kerana mangsa dan rakannya dikatakan bermain sepak takraw berdekatan dewan ketika sesi pendidikan jasmani sebelum waktu rehat," katanya.

Sejak semalam pelbagai spekulasi timbul mengenai kejadian menimpa pelajar terbabit, Muhamad Hakimi Zulkifli, 15, termasuk ada yang mendakwa mangsa dibuli rakan sekolah sehingga terpaksa memanjat siling setinggi kira-kira 12 meter untuk mengambil bekas pensilnya sebelum terjatuh sehingga maut.







***************

Yang saya nak cakapkan di sini, tak seharusnya orang ramai menunding jari kepada guru sekolah semata-mata. ya, ada salahnya jugak tapi guru Pendidikan Jasmani tu sorang je. nak jaga budak sampai 30 orang satu kelas. kadang-kadang terlepas pandang la jugak kan. cikgu bukannya robot boleh scanning sorang-sorang pelajar depan mata dia. cikgu pun manusia biasa jugak. 

Yang saya hairannya, berani pulak diorang pi panjat siling dewan sekolah tu. kenapa tak bagitahu pada guru? ingat ya adik-adik, jangan buat tindakan sendiri. apa-apa pun haruslah mengadu pada guru anda tak kira bahaya ataupun tidak. ikut peraturan sekolah. itu yang paling penting. 


Pihak sekolah perlu tegas? nak tegas macam mana ye? peraturan sekolah dibuat oleh kementerian, bukan sekolah. so, kami para guru nak tegas dok mana. memang kita dah pong pang pong pang cakap macam-macam pasal peraturan sekolah. jangan buat itu, jangan buat ini tapi budak-budak, tahu jelah. ada yang degil, ada yang tak dengar kata. guru pun sekarang nie nak sentuh pelajar pun pikir sejuta kali. takut kena saman berjuta-juta karang. siapa nak bayar? sekolah? kementerian? kirim salam lah!

Zaman nenek atok kita dulu, guru sebat @ rotan pelajar pun ibu bapa tak ada melenting. sebab dah tahu kalau kena sebat oleh guru ada sebab la tu. kalau mengadu kat ibu bapa, lagi dapat sebat free untuk kali ke dua. zaman saya dulu pun macam tu jugak. memang takut betul dengan cikgu. takut kalau cikgu mengadu kat ibu bapa, kut-kut kena sedas lagi. sekarang? ibu bapa manjakan anak sangat. menyampah pulak rasa.

Berkaitan dengan gambar di atas, memang dah jadi kebiasaan pelajar nakal suka sorok-sorok barang kawan-kawan dia. budak nak mengusik kawan dia, memang sampai menyorok barang, pensel, beg pun diorang boleh sorok. tapi kalau kes jatuh siling nie, macam mustahil je sorok pensil box kat siling. jauh betul lokasi sorok dia. wallahualam.

Tapi, polis dah cakap, tiada unsur buli terhadap kes ini. mungkin benar pelajar tersebut mengambil bola takraw di atas siling. dah timbang tinggi sangat, mungkin tersangkut di kawasan berdekatan dengan siling. saya pun tak pasti. tunggulah siasatan polis nanti. 

Innalillahiwa'innalillahirojiun.

**********

update:

Muhammad Hakimi bukan dibuli !!

Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, laporan mengenai kejadian mangsa Muhammad Hakimi Zukefli, 15, jatuh dalam keadaan tertiarap bersama kotak pensel miliknya adalah tidak benar. “Apabila polis sampai, tidak ada kotak pensel di tempat kejadian. Bagaimana pula ia boleh dikaitkan dengan kes buli sedangkan rakaman percakapan guru-guru dan rakan-rakannya juga mendapati tiada unsur buli berlaku.

Tak mungkin ada orang sanggup panjat dan meniti siling bumbung itu semata-mata untuk menyembunyikan kotak pensel, malah kalau ia dilambung pun tak akan sampai kerana ketinggiannya hampir 40 kaki (12 meter),” katanya.

Jelas Abdul Rahman, dakwaan mengatakan mangsa cuba mengambil bola takraw juga tidak berasas kerana bola takraw dipercayai hanya melantun di atas atap anjung di hadapan dewan. “Dia dan rakan-rakan bermain sepak takraw sebelum waktu rehat pada 10.30 pagi, ada dua biji bola melantun ke anjung tersebut tetapi guru tidak benarkan pelajar bermain naik mengambil bola itu.

“Selepas dua kali bola takraw melantun ke anjung, mereka bersurai tetapi Muhammad Hakimi tidak bersama rakannya yang lain sebelum ditemui maut di dalam dewan itu pada jam 11.15 pagi,” katanya.

Siasatan awal mendapati mangsa menaiki tangga di bahagian pintu belakang berhampiran pentas tidak dikunci, namun polis masih menyiasat bagaimana mangsa meniti siling ke lokasi dia jatuh.


lovenota : memang risau kalau pelajar tak masuk kelas. takut jadi kes macam nie la..huhu.

Read More »

Wednesday, October 01, 2014

Betul Ke I-THINK Ditangguhkan?




betul ke i-THINK ditangguhkan? makluman yang ditulis bahawa i-THINK ditangguhkan sehingga tahun 2015 kerana masalah internet. sila jangan isi lagi. diberitahu oleh Setiausaha Agung KPPK, Pn Lok Yim Pheng. 

weiii..aku dah isi banyak la weii..bangun tiap-tiap 1 pagi semata-mata nak buat i-THINK nie. nak buat siang hari mimpi la, nak loading flash tu semua lambat macam sipottt. aih aih, jangan cari pasal. letih nak jawab semuanya balik tuu. ingat sekejap ke. itu pun dah tinggal 6 modul untuk siap semuanya. ini yang buat ana jadi sakit hati. kejap buat kejap tidak. nak tak nak korang kena tunggu pekeliling baru pasal i-THINK nie. kalau tangguh tu, tangguh la. sementara tunggu pekeliling yang rasmi, masih lagi teruskan yer.

yang SPS tu pun satu hal. login pagi tadi tak nak masuk langsung. senget-senget semua server KPM nie. baik SPPBS, SPS, i-THINK. sama. same.



update:

saya terjumpa suatu surat dari facebook. 
tapi tak tahu di mana sumbernya.
tapi mungkin boleh dipercayai.




lovenota : tak mau sambung i-THINK la gini. tunggu keputusan rasmi.

Read More »

Monday, September 29, 2014

Program Latihan Guru i-THINK mengenai Proses Berfikir



saya bangun awal pagi hari ini kerana ingin menyiapkan sedikit program terbaru dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) mengenai i-THINK. sesiapa yang terlibat tu tahulah i-THINK tu menatang apa. saya perlu menjawab kesemua 30 modul yang terdapat dalam i-THINK ini. 

hanya perlu ke laman web i-THINK dan daftar. kemudian. jawab soalan dalam modul.



yang bestnya, anda kena dapat markah 100% baru dapat buat modul yang lain. so, kena buat dan jawab betul-betul. jika kotak berwarna hijau akan ditulis 100% markah, kotak warna biru menunjukkan anda belum mencapai 100% markah.



terdapat 24 lencana yang akan diberikan setelah tamat beberapa modul. setakat ini saya mendapat 5 lencana. kena spend time betul-betul untuk siapkan modul ini. jika dilihat masa yang digunakan, saya mengambil masa 1 jam untuk siapkan satu modul. sebab anak-anak dalam satu modul tu banyak. 


semoga semua guru yang terlibat *memang semua kena buat pun* bersabar dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan. dan kena ada banyak kuota untuk internet anda. dan anda kena siapkan semua modul ini dalam masa 3 bulan. 

good luck!

p/s: kalau login siang hari, memang ciput sangat line die. so, harap cikgu-cikgu semua masuk atau login antara jam 12 tengah malam sehingga 5 pagi. masa tu, line memang laju sangat. senang hati buat modul i-think. saya sendiri dah korbankan masa tidur untuk login i-think dan sekarang tinggal lagi 6 modul untuk dihabiskan. :)


lovenota : mengantuk jugak tunggu komputer tu membebel sampai habis..hehe :D

Read More »

Wednesday, September 24, 2014

Kenaikan Gaji 2015 Untuk Kakitangan Awam



iye ke ada kenaikan gaji? penuh message dari rakan-rakan WhatsApp, WeChat dan Telegram yang menyampaikan khabar berita seperti ini. 

Butiran Khabar Angin Berita Kenaikan Gaji 2015 Naik Untuk Kakitangan Awam :

  1. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dikatakan semalam telah mengumumkan akan berlakunya kenaikan gaji 2015 naik untuk kakitangan kerajaan bermula 1 Januari 2015. Ada ke diumumkan semalam?
  2. Kadar kenaikan gaji 2015 naik untuk penjawat awam adalah RM500 untuk semua kakitangan sokongan dan RM1000 untuk pegawai kerajaan
  3. Elaun risiko untuk kakitangan awam sebanyak RM300
  4. Kerajaan Malaysia dikatakan mahu melaksanakan sistem Band to Band 7 andaikata situasi mendesak kerana pelaksanaan GST 6% bermula April 2015
  5. Pengumuman kenaikan gaji 2015 naik untuk kakitangan awam ini telah disahkan Ketua Setiausaha Negara (KSU) dalam mesyuarat kabinet pada semalam. 
  6. Usul melibatkan pembentangan kertas kerja antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs bertarikh 21 September 2014 dikatakan telah diluluskan
  7. berita kenaikan gaji 2015 naik untuk kakitangan awam ini telah pun disahkan sendiri oleh Presiden Cuepacs


Boleh percaya ke maklumat seperti ini?

Baik korang jangan percaya selagi tiada pengumuman yang dibuat sendiri oleh PM kita. semua ini hanya khabar angin belaka. untuk info semua, PM kita tiada di Malaysia pun kerana menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersama delegasi menteri-menteri luar dari seluruh dunia dan kini berada di New York, Amerika Syarikat selama tempoh 9 hari untuk menyampaikan ucaptamanya pada 26 September 2014 ini. 

Jadi, selagi tiada pekeliling mengenai kenaikan gaji bagi kakitangan penjawat awam, selagi itu korang jangan percaya. nanti diri sendiri keciwa :P

update : 25 September 2014

KENYATAAN AKHBAR: "PENAFIAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) MENGENAI KAKITANGAN AWAM TERIMA KENAIKAN GAJI BARU MULAI 1 JANUARI 2015"

PUTRAJAYA, 25 September 2014 - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin memaklumkan bahawa penyebaran berita mengenai kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam yang disiarkan melalui media-media sosial adalah tidak benar. Mohon kerjasama semua pihak untuk tidak menyebarkan berita ini sekiranya ada menerimanya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pasukan Komunikasi
Jabatan Perkhidmatan Awam
Putrajaya
Tel: 03-88853830/3146

E-mail : komunikasi@jpa.gov.my

sumber: Portal Rasmi JPA Malaysia


lovenota : tapi kalau betul gaji naik best jugak kan..tettt~ 

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®