Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Wednesday, May 24, 2017

Berbaloi ke Guna Fidget Spinner?


Apa itu Fidget Spinner?


Fidget Spinner adalah sejenis alat yang digunakan untuk melegakan stress atau tekanan. Bahan asas pembuatan Fidget Spinner terdiri daripada bearing @ galas bebola yang terletak di tengah-tengah reka bentuknya. Galas bebola diperbuat daripada bahan seramik, logam (keluli tahan karat atau chrome), dan reka bentuk yang hibrid. Reka bentuk hibridnya pula diperbuat daripada pelbagai bahan termasuk tembaga, keluli tahan karat, titanium, tembaga dan plastik. 

Alat permainan ini telah digunakan untuk membantu orang yang mempunyai masalah untuk memberi tumpuan, tidak fokus, gelisah atau resah seperti mereka yang mempunyai Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif [Attention Deficit Hyperactivity Disorder - ADHD], autisme, atau anxiety (kebimbangan). Ia bertindak sebagai mekanisme untuk melepaskan rasa gugup, gemuruh atau tekanan. Pakar-pakar telah bersetuju mengenai keperluan ini, dengan beberapa agensi yang menyokong penggunaannya manakala beberapa agensi NGO yang lain mempertikaikan asas saintifik dan berhujah bahawa alat permainan ini sebenarnya boleh menyebabkan seseorang lebih terganggu.

Walaupun alat ini telah dicipta pada tahun 1990-an, tetapi baru-baru ini Fidget Spinner menjadi alat permainan popular pada tahun 2017 dan menjadi tular @ trending dalam membuat trick @ helah dalam aksi video di Youtube dan Instagram. Sering dipasarkan dengan mempunyai manfaat dari segi kesihatan, Fidget Spinner sudah mula digunakan oleh kanak-kanak sekolah, menyebabkan sesetengah sekolah mengharamkan penggunaan Fidget Spinner, dengan alasan bahawa mainan itu menjadi gangguan di bilik darjah dan pelajar tidak menyiapkan kerja sekolahnya. Malahan apabila menggunakan Fidget Spinner, ia boleh menghasilkan bunyi yang akan mengganggu kanak-kanak yang lain. Sekolah-sekolah lain pula membenarkan Fidget Spinner digunakan oleh kanak-kanak dalam usaha untuk membantu mereka menumpukan perhatian dalam pembelajaran.

Banyak agensi penerbitan membahaskan bahawa banyak manfaat atau kelebihan daripada keburukan menggunakan Fidget Spinner bagi individu yang mempunyai ADHD, autisme, atau keresahan, dan terdapat keperluan Fidget Spinner ini sebagai rangsangan berterusanAda yang mengatakan, Fidget Spinner telah dicipta dan dipasarkan sebagai alat mengurangkan stress yang digunakan untuk kekal fokus. 

Sama seperti zaman-zaman sebelum wujudnya Fidget Spinner, jika kita ingin fokus dalam melakukan sesuatu kerja, sudah semestinya kita akan melakukan beberapa pergerakan seperti menggoyangkan atau memusingkan pen, mengetuk meja, menggoyangkan kaki dan sebagainya. Cuma pada zaman ini, alat seperti Fidget Sipnner dikeluarkan sebagai alat untuk membantu fokus dalam sesuatu pekerjaan.

Terdapat kanak-kanak yang mempunyai masalah ADHD dan autisme dibenarkan untuk menggunakannya di sekolah dan juga diajar cara untuk menggunakannya dengan betul. Tetapi ia menjadi gangguan dan daya penarik kepada beberapa kanak-kanak yang normal dan terpengaruh untuk menggunakan dan bermain. Bagi pelajar yang tidak mempunyai kecacatan, ia adalah satu alat permainan, dan ia sepatutnya tidak dibenarkan.

Salah seorang ibu telah membeli Fidget Spinner untuk anak lelaki berusia 10 tahun, yang mempunyai ASD / SPD dan anak perempuan berusia lapan tahun, yang disyaki ADHD. Dan beliau berkata: "Pada mulanya saya fikir, ia adalah alat yang berkesan untuk menghilangkan rasa gelisah kepada kanak-kanak apabila menggunakannya, tetapi sekarang apabila ia diharamkan di sekolah, bermakna anak-anak saya akan kehilangan alat bantuan yang amat memberi manfaat kepadanya. Adalah tidak adil jika seorang kanak-kanak dengan keperluan khas yang menggunakan alat tersebut dan kini tidak dibenarkan kerana kanak-kanak lain menggunakan Fidget Spinner semata-mata untuk keseronokan."



sumber: Birmingham Mail


Tetapi, adakah Fidget Spinner ini selamat digunakan oleh kanak-kanak normal yang lain?
Gambar di atas adalah Sharp Ninja Fidget Spinner. Sama seperti Shuriken Ninja, bukan? Jika ia digunakan oleh anak-anak anda untuk bermain sesama rakan, apa yang bakal terjadi jikalau mereka cuai mengendalikan alatan ini?

Ada beberapa ibu bapa telah menimbulkan kebimbangan keselamatan mengenai Fidget Spinner. Sebagai contoh, seorang wanita Texas yang berkongsi kisahnya di Facebook, mengenai anak perempuannya yang berusia 10 tahun tercekik Fidget Spinner dan memerlukan pembedahan untuk mengeluarkannya, seperti yang dilaporkan oleh CNN. Sudah tentu, menelan risiko apa-apa yang boleh ditelan. Sejak dari kanak-kanak lagi mereka suka untuk meletakkan objek di dalam mulut mereka, menelan dan tercekik mainan. Lagipun, Akademi Pediatrik Amerika memberi amaran bahawa tercekik adalah punca utama morbiditi dan kematian di kalangan kanak-kanak, terutama mereka yang berusia 3 tahun ke bawah. Dan juga di Georgia, seorang nenek mengatakan Fidget Spinner pecah di tangan cucunya yang berusia tiga tahun.


saiz bearing (bola galas) sebesar duit syiling


Sumber dari United Kingdom menyatakan seorang budak lelaki berusia 11 tahun hampir buta akibat terkena bilah Fidget Spinner selepas terbabas dari tangannya apabila asyik melakukan beberapa aksi putaran.


sumber: USA Today

Tidak semua kanak-kanak mendapat manfaat daripada bermain dengan Fidget Spinner. Kajian Dr. Dustin Sarver, MD, seorang profesor pediatrik di Pusat Perubatan Universiti Mississippi dan penyelidik di Pusat Pembangunan Belia, mengatakan sebahagian besar kanak-kanak dengan ADHD, lebih banyak mereka bergerak menggunakan Fidget Spinner, lebih baik prestasi memori kerja mereka. Selain itu, apabila bergerak, ia meningkatkan rangsangan kognitif dan kecerdasan mereka. Beliau juga mencadangkan bahawa kanak-kanak tanpa ADHD sebenarnya melakukannya dengan lebih teruk di sekolah apabila mereka bergerak terlalu banyak akibat bermain Fidget Spinner. Doug Roberts, seorang guru sekolah rendah di Oregon dan pengarang buku yang dikaji semula, He’s The Weird Teacher, juga menyatakan bahawa kewujudan Fidget Spinner boleh memberi inspirasi kepada kes pergaduhan dan kecurian.

sumber: Reader's Digest

Di Malaysia, Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diarah memeriksa gajet 'fidget spinner' di pasaran sama ada permainan itu mengundang bahaya kepada pengguna atau sebaliknya. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata penguatkuasa KPDNKK akan mendapatkan sampel permainan itu di pasaran sebelum dihantar kepada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk diperiksa. 

Pada pendapat saya, tak salah menggunakan Fidget Spinner jika untuk mendapatkan perhatian dan fokus terhadap sesuatu pekerjaan dan pembelajaran, bukan untuk menunjuk-nunjuk pada rakan-rakan dengan melakukan pelbagai aksi yang berbahaya. Dan juga reka bentuk Fidget Spinner perlu selamat dan tidak menggunakan bilah yang tajam. Ia boleh mengakibatkan pelbagai kecederaan seperti yang saya tunjukkan di atas. Terpulang pada ibu bapa jika mahu menggunakan dan memberikan Fidget Spinner kepada anak-anak anda. Tetapi AWAS, ibu bapa perlu mengawasi penggunaan Fidget Spinner oleh anak-anak anda supaya keselamatan anak anda lebih terjamin.

Tetapi jika membawa Fidget Spinner ke sekolah, itu saya tidak setuju. Jika berlaku kecederaan kepada pelajar, terkena mata, terpotong telinga, luka di muka dahi tangan, tergores di jari, cikgu juga yang disalahkan. Jika alat tersebut dibeli beribu-ribu harganya, kemudian hilang di sekolah, cikgu juga yang disalahkan. Keselamatan harus diutamakan. tak apa ye dik, simpan jelah di rumah ye. 


lovenota: kadang-kadang terlalu banyak main Fidget Spinner nie tak buat kerja langsung budak-budak sekolah saya. lepas tu saya rampas jela. wuu~


Read More »

Thursday, October 15, 2015

Index Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop


Saya dapat info nih dari blog hamba Allah tuh. berkenan la pulak kn..hehe. tetapi bila kita baca, memang ada yang kena pulak pada lelaki yang kita kenal. cuba korang pulak check partner masing-masing, agak-agak kena tak? so,check this out!! 

Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan. Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…



Aquarius (21 Januari - 19 Februari)

Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx
ORANGNYA: Pijak semut tak mati..
TIPS UTK MEMIKAT: Kacang aje..sentiasa berpakaian cantik,glamour..comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dengan awak
WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dengan org. so, sebelum dia tinggalkan kita..kita blah dulu

Pisces (20 Februari - 20 Mac)
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.

Indeks: xxxxx
ORANGNYA: Segak, bergaya, mengada-ngada, choosy..
TIPS UTK MEMIKAT: Kasi jer belacan...
WARNING: Diorang tak suka makan belacan!

Aries (21 Mac - 20 April)

Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnya.
Indeks: XX

ORANGNYA: Anak mak! smart mamat. Intelligent,
TIPS UTK MEMIKAT: Bagus utk minah-minah tudung (NO OFFENCE) but its true..Jejaka Aries suka wanita yang sopan, tata-tertib sebab nak bawa tunjuk mak so kenalah bawa balik yang bagus punya.
WARNING: Jika anda betul anda rasa aries ini pilihan anda, pilihlah. Kalau tidak, janganlah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam motor yang dah rosak, berbulan-bulan di bengkel baru baik.

Taurus (21 April - 21 Mei)

Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx
ORANGNYA: Mencabar. Garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dengan pendirian sendiri...
TIPS UTK MEMIKAT: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yang mencabar, let him find out the real you..
WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar sorang2...kesian takde orang lain layan...

Gemini (22 Mei - 21 Jun)

Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx
ORANGNYA: Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jgn harap anda nak menang.. Dalam apa-apa persoalan jua mereka ada aje alasannya
TIPS UTK MEMIKAT: Sabar aje lah..be patient. Sebagai perempuan, mengalahlah sikit..Lambat laun hatinya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yang lembut, hatinya akan lembut jua.
WARNING: Jangan bersikap terlalu kasar dengannya..kalau dah tak tahan dengan mereka..blah aje jangan banyak cakap..mereka panas baran. Tak guna bertengkar, anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer.

Cancer ( 22 Jun - 23 Julai)

Secara kebetulan lelaki Cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. (jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat). Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkannya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx
ORANGNYA: Segak, kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan. tetapi mereka adalah sebaliknya (berhati-hati ya)
TIPS UTK MEMIKAT: Jangan pula anda pun nak skaya. nanti habis duit dikebas.
WARNING: Tolong jangan terpedaya dengan kata manisnya. mula-mula manis, kalau dah lama jadi masam..kadang kadang jadi basi...

Leo (24 Julai - 23 Ogos)

Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh-temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx
ORANGNYA: Penyayang, warm-hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan org yang disayanginya. Suka memberi hadiah. Jejaka Leo ini juga seorang yang ambitious, self-centered tapi tak ego (jejaka Leo memang begitu). Kuat ingatan, so berhati-hati di dalam setiap kata-kata dan perbuatan anda.
TIPS UTK MEMIKAT: Sebagai perempuan, haruslah menunjukkan kewanitaan yang selembut-lembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka Leo.
WARNING: Jangan..saya ulangi..JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan org lain. Mereka itu sensitif dan kuat cemburu! Lelaki Leo tidak suka berkongsi perempuannya dengan orang lain.

Virgo (24 Ogos - 23 September)

Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx
ORANGNYA: Pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng'eng. Suka mencari perhatian dari perempuan. Sanggup melakukan apa sahaja untuk memikat perempuan yang kadang-kadang boleh memalukan perempuan tersebut.
TIPS UTK MEMIKAT: Lelaki Virgo suka yang pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jarang banyak cakap (cerewet pulak si virgo nie). So kenalah pandai menyerlahkan nilai-niai kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng'eng..kuat merajuk)
WARNING: Bila pergi dating, jangan pakai yang ter "over welming"..virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.

Libra ( 24 Spetember - 23 Oktober)

Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x
ORANGNYA: Cerewet, posessive, takes things lightly when comes toquarrel tapi jujur dalam segala hal...
TIPS UTK MEMIKAT: Senang aje..Libra suka perempuan yang ceria, happy go lucky..SO be yourself
WARNING: So bila nak date, pakailah make-up yang sederhana tetapi jangan lupa cover-up jerawat jika ada. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem sebab Samy Vellu pon Libra jugak tapi tak hensem pun...

Scorpio (24 Oktober - 23 November)

Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki Scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx
ORANGNYA: Action serius, mudah cemburu, mood swing..
TIPS UTK MEMIKAT: Sentiasa menghargainya..nak bergayut di telefon berjam-jam pun takpe! janji dengan dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive.
WARNING: Buat pilihan yang betul bila mahu memikat Scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio...(jangan kata aku tak kasi warning)

Sagitarius (23 November - 21 December)

Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

ORANGNYA: Fuyoh..siapa dapat memang untung. Sagitarius orangnya happy aje..suka (bergembira tepok tangan sama-sama..la la la..) bawa partner jalan-jalan. sort of adventurous
TIPS UTK MEMIKAT: Sentiasa ada plan bila nak keluar..tengok wayang ke? anything asalkan jangan membosankan...
WARNING: Jangan "u plan..i plan lah"..'confirm tak ada plan'.

Capricon ( 22 December - 20 Januari)

Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks: xxx
ORANGNYA: Egoistic, ada batu duduk di atas kepala, pendek kata Capricon seorang yang sukar nak meluahkan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan 'cinta' pada anda.

TIPS UTK MEMIKAT: COOL aje sis..Nak tackle mereka bukan mudah..Jangan give in selalu..Ajar sikit..Mereka jual mahal..Kita jual lagi mahal.
WARNING: Macam layang-layang terputus talinya..jual mahal..Mahal jugak sis..Jangan mahal sampai terputus tali..Melepaslah kau nanti...

~sya_balqis~


Read More »

Saturday, September 27, 2014

Waktu Haram Solat




WAKTU HARAM SOLAT


Waktu diharamkan solat terbahagi kepada lima di mana tiga waktu diharamkan disebabkan oleh waktu (kedudukan matahari) dan dua lagi diharamkan disebabkan oleh perbuatan.

WAKTU DIHARAMKAN SOLAT BERKAIT DENGAN WAKTU

1. Bermula dari terbit matahari sehingga matahari naik tinggi kira-kira kadar satu tombak. Satu tombak itu adalah kira-kira kadarnya tujuh hasta paras ketinggian orang biasa dan satu hasta pula ialah kira-kira menyemai dengan lapan belas inci. Lebih kurang 16 minit dalam tempoh matahari terbit

2. Waktu Istiwa iaitu waktu matahari berada di tengah-tengah langit sehingga zawal iaitu gelincir matahari atau condong ke bawah. (Kecuali waktu istiwa pada hari Jumaat)

3. Waktu ketika matahari berwarna kekuning-kuningan sehingga tenggelam keseluruhan bulatan matahari itu di ufuk.


WAKTU DIHARAMKAN SOLAT BERKAIT DENGAN PERBUATAN 

1. Selepas sembahyang fardhu Subuh iaitu bagi orang yang telah menunaikan sembahyang Subuh sehingga terbit matahari.

2. Selepas sembahyang fardhu ‘Asar sehingga terbenamnya matahari.


WAKTU LAIN YANG DITEGAH UNTUK MENDIRIKAN SOLAT

1. Ketika hendak mendirikan sembahyang fardhu.
Makruh memulakan sembahyang sunat selepas bilal memulakan iqamah sembahyang, sama ada sembahyang itu sembahyang sunat rawatib, seperti sembahyang sunat Subuh, Zuhur dan lain-lain. Sama ada dia meyakini yang dia akan sempat mendapat satu rakaat bersama-sama imam atau tidak.

2. Ketika Khatib Berada Di Atas Mimbar 
Sebaik saja imam duduk di atas mimbar, maka ditegah dan dilarang daripada melakukan sembahyang. Tegahan ini adalah khusus kepada mereka yang telah sedia ada hadir di masjid sedang imam telah pun duduk di atas mimbar.


PENGECUALIAN LARANGAN BERSOLAT

1. Hari Jumaat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa mengerjakan sembahyang ketika matahari tegak (rembang) adalah makruh tahrim. Bagaimanapun ia dikecualikan pada hari Jumaat. Perkara ini dijelaskan di dalam sebuah hadis daripada Qatadah daripada Nabi SAW, katanya yang maksudnya:

“Bahawasanya Baginda membenci sembahyang pada tengahari (rembang) kecuali pada hari Jumaat, dan Baginda bersabda: “Sesunguhnya neraka Jahannam dimarakkan (pada saat itu) melainkan pada hari Jumaat”.~(Hadis riwayat Abu Daud)

2. Tanah Haram Mekah
Mengerjakan apa saja jenis sembahyang di tanah suci Mekah adalah diharuskan tanpa mengira sebarang waktu sekalipun pada waktu yang terlarang. Pendapat ini adalah yang shahih di dalam mazhab Syafi‘ie dan disokong dengan hadis Rasulullah SAW, sabda Baginda yang maksudnya :

“Wahai Bani Abdi Manaf, jangan kamu melarang seseorang tawaf di rumah ini (Baitullah) dan bersembahyang pada bila-bila waktu yang dia sukai, malam atau siang” ~(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

3. Qada Solat
Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)

sumber : facebook 

Read More »

Wednesday, September 24, 2014

Kenaikan Gaji 2015 Untuk Kakitangan Awam



iye ke ada kenaikan gaji? penuh message dari rakan-rakan WhatsApp, WeChat dan Telegram yang menyampaikan khabar berita seperti ini. 

Butiran Khabar Angin Berita Kenaikan Gaji 2015 Naik Untuk Kakitangan Awam :

  1. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dikatakan semalam telah mengumumkan akan berlakunya kenaikan gaji 2015 naik untuk kakitangan kerajaan bermula 1 Januari 2015. Ada ke diumumkan semalam?
  2. Kadar kenaikan gaji 2015 naik untuk penjawat awam adalah RM500 untuk semua kakitangan sokongan dan RM1000 untuk pegawai kerajaan
  3. Elaun risiko untuk kakitangan awam sebanyak RM300
  4. Kerajaan Malaysia dikatakan mahu melaksanakan sistem Band to Band 7 andaikata situasi mendesak kerana pelaksanaan GST 6% bermula April 2015
  5. Pengumuman kenaikan gaji 2015 naik untuk kakitangan awam ini telah disahkan Ketua Setiausaha Negara (KSU) dalam mesyuarat kabinet pada semalam. 
  6. Usul melibatkan pembentangan kertas kerja antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs bertarikh 21 September 2014 dikatakan telah diluluskan
  7. berita kenaikan gaji 2015 naik untuk kakitangan awam ini telah pun disahkan sendiri oleh Presiden Cuepacs


Boleh percaya ke maklumat seperti ini?

Baik korang jangan percaya selagi tiada pengumuman yang dibuat sendiri oleh PM kita. semua ini hanya khabar angin belaka. untuk info semua, PM kita tiada di Malaysia pun kerana menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersama delegasi menteri-menteri luar dari seluruh dunia dan kini berada di New York, Amerika Syarikat selama tempoh 9 hari untuk menyampaikan ucaptamanya pada 26 September 2014 ini. 

Jadi, selagi tiada pekeliling mengenai kenaikan gaji bagi kakitangan penjawat awam, selagi itu korang jangan percaya. nanti diri sendiri keciwa :P

update : 25 September 2014

KENYATAAN AKHBAR: "PENAFIAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) MENGENAI KAKITANGAN AWAM TERIMA KENAIKAN GAJI BARU MULAI 1 JANUARI 2015"

PUTRAJAYA, 25 September 2014 - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin memaklumkan bahawa penyebaran berita mengenai kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam yang disiarkan melalui media-media sosial adalah tidak benar. Mohon kerjasama semua pihak untuk tidak menyebarkan berita ini sekiranya ada menerimanya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pasukan Komunikasi
Jabatan Perkhidmatan Awam
Putrajaya
Tel: 03-88853830/3146

E-mail : komunikasi@jpa.gov.my

sumber: Portal Rasmi JPA Malaysia


lovenota : tapi kalau betul gaji naik best jugak kan..tettt~ 

Read More »

Thursday, July 25, 2013

Putus Cinta

muqaddimah sket :P


Putus cinta ye? huhu. same la dengan kite *buat suara Boboi*

apa yang nak kena buat? ohh, senang je. lupakan semua. haha!
betul, Qis buat macam tu. lupakan. tak guna ingat pada orang yang tak ingat kita.

"senangnya cakap! lupakan? ingat senang ke? cakap senang la!"

sokayyy. memang cakap senang, buat susah. 1st day lepas clash memang susah, tapi lama2 ok jugak kan? haha.

yelah, Qis nak share tips sikit la kalau benda nie terjadi kat uolss:

1. Menangis sepuas-puas hatinya.
nangis jer, tak ada siapa nak marah pun. lepaskan semuanya melalui air mata. memang lega la lepas tu kan? *saya kuat menangis jugak..hehe*. lelaki selalu cakap diorang tak suka tengok perempuan menangis sebab itu tanda kelemahan. biaq pi depaa la. tak perlu nak takut untuk menangis. teruskan.

2. Ingat pada orang lain
bukan suruh ingat scandal2, anak2 ikan yang lain..bukann! maksudnya, ingatlah pada orang yang tersayang seperti ibubapa, adik2, saudara-mara, kawan2 rapat, scandal2, anak2ikan, anak2 ayam, kekasih gelap..sebab mereka masih lagi menyayangi anda. 

3. Jangan stalker!
ohh..lepas clash mesti nak tau perkembangan terbaru ex kan? tak payah! buang mase! tak ada faedah. biaq pi depa laa. tak perlu nak stalk facebook, blog, twitter, instagram, tagged, tumblr, *semua segala bagai la* kalau ada wechat, whatsapp, line, kakao talk, viber, *semua aku sebut ha*, buang je, block diorang. abes cite. unfriend je depa tu, buang semua connection dengan depa. benda nie hanya melemahkan korang je. nanti jadi "Ratu Air Mata" balik..aiseh.

4. Stay Single
eh, best apa single. tak ada nak pening2 kepala, DUIT tak habis, masa tak terbuang begitu saja, takde nak gayut2 tiap2 malam spend 3-4 jam, tak ada nak jaga hati orang tu dah. so, single je ok? kalau jumpa yang lain pun ok jugak. Fakta ada mengatakan 52% orang dewasa di dunia adalah bujang. so what tak ada bf/gf? tak mati pun kan?

5. Komunikasi
kalau rasa sunyi, call je mak ayah gayut dengan diorang. tak pun, kembali semula kepada teman-teman "hang out" korang dan buat aktiviti seperti dulu2. komunikasi juga penting supaya korang boleh luahkan apa yang korang rasa pada teman rapat anda, boleh mengadu..pinjam bahu satt kan. lepas tu, dah boleh gelak2 semua. fact, laughter is the best medicine.

6. Lakukan aktiviti fizikal
kalau yang perempuan, tau laaa kan ape aktivitinye...SHOPPING! walaoo! siapa laa yang tak suka shopping? haha. or boleh juga pergi gym, jogging, main bowling ke..riadah tepi tasik, laut, pantai, skodeng etc. so, comfirm tak ingat kesedihan di hati itu.

7. Sibukkan diri
bagi yang sudah bekerja tu..buat kerja banyak2. tunjuk kat depan bos yang anda sangat2 busy, lepas tu comfirm dapat anugerah APC kan? kalau student lagi, pergi study untuk paper supaya anda boleh score Dekan ye? boleh tunjuk lagak sikit depan kawan2 yang lain *riak betol..haha*.

8. Be Positive
sentiasa berfikiran positif. semua yang berlaku ada sebab, ketentuan takdir. jangan melawan Qada' & Qadar. semua ini adalah pengalaman dan pengajaran hidup. belajar dari kesilapan, jadi lebih matang dan persiapkan diri anda kepada "next cinta". You can move on with dignity.

Anggaplah putus cinta itu adalah satu "persinggahan" dalam kehidupan. berfikiran positif untuk menanganinya. mungkin dia bukanlah yang terbaik untuk diri anda. sesuatu yang terjadi ada kebaikan di sebaliknya. sebagai seorang Islam, kepadaNya kita mengadu apa yang tersirat di hati kita. telah tersurat dia bukan jodoh anda. mohonlah kepada Tuhan agar anda dapat melupakannya. putus cinta bukan pengakhiran kehidupan anda. hidup mesti diteruskan.


lovenota 1: saya sudah move on lama sebenarnya. suka betul berlakon konon2 keciwa. tett~
lovenota 2: nak cari anak ikan baru..scandal baru..etc etc. *poyo*

Read More »

Tuesday, July 09, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1434H


esok dah mula puasa di 1 Ramadhan 1434H. seriously Qis rasa sekejap sangat masa berlalu, betul tak? esok da puasa..xlame lagi nak raya dah. nanti dah akhir tahun dah *cuti sekolah tuu!  bestnyerr! hehe*. 

esok jangan ada yang ponteng2 puasa ye melainkan kaum hawa yang uzur. tahun lepas Qis dapat puasa hari pertama, tapi hari kedua pulak spoil..hahaha. dan jangan pulak buat2 sakit perut gastrik  semua bagai..bulan puasa nie la baru nak sakit2 kan..tak elok buat perangai tu..hehe. ok, Qis ada pesanan sikit untuk korang2 yer:


tahun lepas Qis dah tepek niat berpuasa di bulan Ramadhan iaitu Niat Puasa Sebulan dan Niat Puasa Esok Hari, so boleh tengok kat entry lama Qis ek [link]

kat sini juga Qis sediakan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H/2013M. so, korang boleh download jadual waktu imsak dan berbuka puasa, lepas tu tampal di bilik masing2 ye..hehe!

✿ Sabah   WP Labuan ✿ Sarawak ✿ Johor ✿ Pahang ✿  Terengganu ✿ Kelantan ✿ 


✿ Perak Pulau Pinang ✿ Kedah ✿ Perlis 

sumber: e-falak

meh tgk video dari mat luthfi mengenai puasa ramadhan..hehe :P



lovenota 1: puasa tahun nie berazam untuk kurangkan berat badan, so diet in progress!
lovenota 2: baju raya tak cari lagi nie. nak stail macam mana pulak tahun nie ek? tett~ :P

Read More »

Thursday, July 04, 2013

Hari yang Wajib, Sunat, Makhruh dan Haram BerPuasa


PUASA WAJIB 
  1. di bulan Ramadhan
*dah wajib puasa tu puasa jela kan. masa nie la ramai yang mengaku Cina la, India la, Bangladesh la, Myanmar la..hihi*

PUASA SUNAT
  1. Puasa sunat enam hari (puasa enam) pada bulan Syawal khususnya selepas Aidilfitri (berturut-turut enam hari adalah lebih afdal)
  2. Hari Isnin dan Khamis
  3. Puasa hari Asyura (10 Muharam)
  4. Puasa 9 Zulhijjah (Sempena wuquf di Arafah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji pada waktu itu
  5. Puasa hari 13,14 dan 15 setiap bulan
  6. Puasa hari 28, 29, dan 30 setiap bulan
  7. Puasa Nisfu Syaaban (15 Syaaban)


PUASA HARAM
  1. Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal
  2. Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah
  3. Tiga hari Tasyriq (Hari selepas Hari Raya Korban) iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijjah
  4. Hari Syak iaitu hari yang diragui antara 30 Syaaban atau sudah masuk 1 Ramadhan


PUASA MAKHRUH
  1. Puasa hari Jumaat secara berasingan. Contohnya : Tidak didahului dengan puasa hari Khamis sebelumnya atau Sabtu sesudahnya.
  2. Puasa 15 sehingga 30 Syaaban bagi bukan qada' atau puasa sunat yang tidak pernah dilakukan sebelum 15 Sya'aban tiba-tiba sampai 15, 16, 17 dan seterusnya ia ingin puasa sunat.
  3. Puasa terus menerus sepanjang tahun.


Qis google benda nie pun sebab Qis cari boleh tak kita puasa 29 Syaaban? sebab takut jadi Hari Syak. tapi rupanya hanya 30 Syaaban je yang tak boleh puasa..hehe!

bagi sesiapa yang tak habis ganti puasa lagi tu, boleh ganti lagi pada hari Isnin (29 Syaaban) *mesti ada yang tak habis ganti puasa lagi kan? hehe*


lovenota 1: demam panas la pulak sekarang nie. 
lovenota 2demam terkejut actually sebab ada orang aniaya kita. sabar je sekarang nie


Read More »

Tuesday, March 19, 2013

Rahsia Personaliti Anak Berdasarkan Unsur



Ramai tanya Pakar Diari Hati (PDH) tentang perwatakan anak, ini saya kongsikan. Yang baik kita ambil, setiap anak berupaya mengubah perwatakan menjadi lebih baik setiap hari :)

TANAH : anak pertama, kelima dan kesembilan
AIR: anak kedua, keenam, kesepuluh
API: anak ketiga, ketujuh, kesebelas
ANGIN: anak keempat, kelapan, keduabelas

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.


Kesimpulan:

Sifat tanah sesuai dengan sifat angin.
tanah tidak banyak dipengaruhi oleh angin.
Walaupun sekuat mana angin, tanah tetap teguh.

Air sangat sesuai dengan api
Sifat api yang panas membara dapat dipadamkan dengan air. 
Tetapi kadang2 api juga mampu memanaskan dan mempengaruhi air

Angin tidak sesuai dengan api.
kedua2 unsur ini pasti akan banyak menemui masalah dalam perhubungan kerana sifat kedua-duanya yang keras hati dan tak nak mengalah. 
Angin akan sentiasa memarakkan api

Tanah juga sangat sesuai dengan api 
api mampu dipadam oleh tanah. 
Tetapi api juga mampu membakar tanah

Tanah dan air adalah pasangan yang secocok
Masing-masing sama memerlukan antara satu sama lain

P/S: SIFAT-SIFAT yang dinyatakan ini bukannya RAMALAN NASIB. Tapi ianya diakui sebagai FAKTA SAINS yang membuktikan, perihal manusia. Tolong jangan sempitkan fikiran anda. Terima kasih! Silakan SHARE. :)

******************************

lovenota 1: saya anak yang sulung. tapi macam tak semua yang betul
lovenota 2: paling tak betul ialah pendiam. saya pendiam? peliss laaa..paling banyak mulut tu adalah saya XD


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®