Showing posts with label ..Nuffnang... Show all posts
Showing posts with label ..Nuffnang... Show all posts

Tuesday, July 07, 2015

CPUV #249 : Paper Towns Movie



Terima kasih Nuffnang. Walaupun agak lama saya menyepikan diri, tetapi Nuffnang tetap memberikan advertiser kepada blog saya yang tak seberapa ini. alhamdulillah. rezeki Ramadhan. 


Sudah banyak advertiser yang sudah dikreditkan ke blog saya. jutaan terima kasih kepada semua advertiser yang memberi peluang kepada saya. jika dilihat kepada gambar di atas, terdapat 6 jenis campaign yang masih kekal aktif iaitu:

RHB Lifestyle App
Resort World Sentosa - Hotel Michael
Shell Helix "Love My Engine"
Goodyear Assurance DuraPlus - Tyres
Wall's Magnum Raya

Dan yang terbaru, CPUV yang ke 249 ialah Paper Towns Movie. oh, ada filem baru nampaknya ye. Filem ini akan release pada 24 Julai 2015 yang dilakonkan oleh Cara Delevingne dan Nat Wolff. macam genre ala-ala misteri je. nak baca sinopsis Paper Towns, boleh ke Wikipedia



Kenapa saya kurang aktif?

Entah..hahahaha. saya agak busy dengan kerja hakiki, *walhal takde busy benor pun..hihi*. saya kurang mempunyai masa untuk aktif berblogging seperti tahun-tahun lepas. walaupun saya amat merindui beberapa rakan blogger tetapi apakan daya, malas saya lagi berleluasa dari rindu itu. hikhikhik. tetapi ada juga beberapa blogger yang datang singgah juga walaupun sudah lama tak bersua. terima kasih juga saya ucapkan. kalau ada masa saya akan singgah balik. insyaAllah :)

Sekarang nie saya hanya tunggu masa free untuk kembali berblogging. bila free tu, saya pun tak pasti. yang penting saya dahulukan pelajar-pelajar SPM 2015 nie. banyak yang perlu saya lakukan. agak serius di situ ye.

Jika nak diceritakan mengenai Alexa Ranking pula, agak bernasib baik sebab sebelum ini Rank di Malaysia mencecah 100 ribu semula seperti dulu-dulu..hehe. tetapi, apabila trafik kembali kencang, ranking Malaysia sudah naik kepada 828. alhamdulillah. tengok graf tu pun dah ada bergaris-garis. kalau tak, tak muncul pun graf garis kat situ. siap tulis "Historical data not available for site ranked > ~100,000". amboi, tau la blog kite tak popular kan..hehehe.



Akhir kata, terima kasih kepada semua visitor yang datang ke blog ini terutama pelajar-pelajar PT3 2015 yang mencari bahan/rujukan kerja kursus Sejarah dan Geografi. mereka adalah penyumbang terbesar trafik dalam blog ini sebab setiap hari visitor saya akan mencecah sehingga lebih dari 100+++ ribu dan pageview last month mencecah 1.8 juta. saya amat bersyukur kerana dapat membantu semua pelajar PT3 menyiapkan kerja kursus mereka. walaupun ada cacian dan makian yang dilemparkan kepada saya, ia tidak membawa apa-apa erti pun. 

Sekian, Terima kasih.


lovenota : aku rasa macam surat rasmi je kali ini. mood skema gile. 


Read More »

Friday, April 10, 2015

CPUV #222 : HITV Immuno-Therapeutic Vaccine


Tiba-tiba saya tergerak hati untuk mempromosi CPUV terbaru, iaitu vaksin HITV, sejenis vaksin untuk mengubati penyakit Kanser. Kanser menyebabkan 7 juta kematian setiap tahun atau 12.5% daripada jumlah kematian di dunia. Hari ini dengan kemajuan dalam pembedahan, kemoterapi dan radiasi terapi, kadar kematian kanser telah dikurangkan.


Bagaimana untuk mengetahui kita menghidap kanser?

Jika korang melihat gambar di atas, itu adalah perbezaan sel yang normal dengan sel kanser di mana jika kita menghidap kanser, struktur sel amat berbeza berbanding sel normal. paling senang nak nampak ialah sel kanser mempunyai lebih dari satu nukleus. siapa yang ingat pasal sel masa sekolah dulu-dulu faham la gambarajah ini. hehe.

Pembedahan, radioterapi dan kemoterapi adalah tiga jenis rawatan kanser. Sekarang kita boleh menganggap immunoterapi sebagai dimensi keempat, yang memanfaatkan sistem imunisasi semula jadi dan keupayaan untuk menangani penyakit.

HITV (Hasumi™ immunotherapeutic vaksin) terapi [HITV Immunotheraphy for Cancer] telah dibangunkan oleh Dr. Kenichiro Hasumi, Klinik Tokyo ICVS. Protokol sangat berkesan semasa melibatkan suntikan intratumoral belum matang sel-sel dendrit autologous dalam kombinasi dengan TomoTherapy. Sejak 2008 lebih 500 pesakit kanser peringkat akhir telah menerima terapi ini di Klinik Tokyo ICVS dan kadar CR / PR yang amat tinggi telah dicatatkan.

Jaga kesihatan anda. sentiasa periksa tahap kesihatan anda. dari luar memang nampak sihat, tetapi organ dalaman kita tak tahu. 

Biar duit hilang, jangan nyawa melayang.


lovenota : penyakit yang paling menyeramkan manusia. 


Read More »

Friday, February 06, 2015

CPUV #195 | Nike Running Tights


walaupun dah lama tak update blog, Nuffnang masih setia memberikan CPUV kepada saya. syukur alhamdulillah. ada juga income sikit, kan? nilai income yang ada dalam Nuffnang pun semakin bertambah jugak. alhamdulillah. hehe

CPUV yang ke 195 kali ini adalah dari Nike Running Tights dari syarikat Nike sendiri. siapa yang tak kenal barangan sukan jenama Nike? saya sendiri pengguna jenama Nike dan memang selesa jika kita menggunakan barangan tersebut

kali ini Nike mempromosikan barangan Running Tights.


nampak cantik kan? sesuai la untuk orang yang kurus-kurus ye..
untuk saya tak sesuai kot..hihi..

nak cari barangan Nike, boleh lawati laman web rasmi Nike



2 CPUV yang masih lagi berjalan @ On Going :

Lactacyd 150ml Promo
Physiogel - Ready for Anything

Terima kasih kepada advertiser kerana memberikan ads untuk berlegar-legar di blog ini walaupun tuannya kejap ada kejap takde. hikhikhik. saya kena pergi menuntut kat mana-mana gua baru ada feel nak update blog selalu. 

buat masa sekarang nie, saya hanya fokus kepada kerja yang sekarang nie. saya pun sudah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Panitia Kimia untuk tahun 2015. masak laa den..makin busy..huhu. nak get ready untuk Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform GO, NGO dan KRS Peringkat Daerah jugak. ada masa saya kunjung blog korang ye. insyaAllah :)


lovenota : makin suram blog nie..kena hepi kan balik seperti selalu :)


Read More »

Monday, November 24, 2014

CPUV #176 | Altel Digital Campaign




Lama juga saya tak cerita pasal CPUV atau BE #Nuffnang nie kan. cukuplah update sebulan sekali..time cuti sekolah nie adalah masa sikit nak menaip. kalau waktu biasa, mimpi lah nak taip banyak-banyak. hohoho!

Semasa saya sedang blogwalking, ada lagi beberapa blogger yang masih tidak faham dengan Double Triple CPUV yang mereka dapat. saya sudah explain sebelum ini. sesiapa yang belum baca, sila ke entry saya mengenai Double Triple CPUV di bawah:


Berbalik pada tajuk, CPUV yang ke-176 saya terima kali ini ialah dari Altel Digital Campaign.




Saya pun godek-godek web Altel untuk melihat kempem yang dianjurkan. saya pun tak sure iklan mana yang akan dipaparkan di banner blog. nak tengok sekarang tak muncul langsung. tunggu jolah yo?

Saya ada 7 CPUV yang masih On Going termasuklah Altel Digital Campaign ini. diharap CPUV ini akan terus beranak-pinak sampai kekenyangan. saya rasa semua blogger pun dapat CPUV yang sama, kan? hehehe.

Terima kasih juga pada pihak Nuffnang kerana memberikan CPUV baru ini dan CPUV yang masih berjalan seperti :
  • Clinique Sonic System
  • INTI 2015 Cycle 1 Degree
  • Sony Xperia Z3 
  • Launch Mah Sing - Avenue Street Mall 
  • Win a 3 Days 2 Night Trip to Macau 
  • Mondelez (Chipsmore)

Terima kasih juga kepada blogger dan silent reader yang datang singgah ke blog saya. anda semua memang awesome! 

Oh ya, nak tanya la. ada ke sesiapa yang pernah guna Broadband Altel nie? bagus tak?


lovenota : saya masih setia bersama Celcom. dah line tu je boleh guna kat sini..huhu.


Read More »

Wednesday, October 29, 2014

Double-Triple CPUV & CPUV #170


Hari ini dapat CPUV baru. agak lama saya tak update mengenai CPUV. 
terlalu banyak yang Nuffnang bagi, so letih pulak nak tengok. 
sebab panjang berjela-jela..haha. 

Terima kasih Nuffnang sebab bagi CPUV yang memang banyak pada bulan Oktober. 
memang pecah rekod la. rasanya first time Nuffnang bagi macam nie kot. yeke?

CPUV Lan Berambeh


Lan Berambeh adalah CPUV yang ke 170. 
CPUV yang lain pun masih lagi berjalan, contohnya:
Transitions Optical
Win a 3 Days 2 Night Trip to Macau
MGIA Parent Campaign

Keseluruhan CPUV yang masih berjalan sebanyak 10 CPUV atau 26 type of ads

CPUV yang double triple tu kita kira sebagai satu jenis CPUV disebabkan ia dari CPUV yang sama. bezanya, kalau kita ada 3 atau triple CPUV yang sama, maksudnya iklan tersebut akan keluar di ketiga-tiga ads di blog anda iaitu di Large Rectangle (LR), Skycrapper (SC) dan Leaderboard (LB) tetapi dalam amount yang berbeza. kalau keluar 2 atau double CPUV je, maknanya hanya ada 2 tempat yang ia akan keluar. contohnya, saya punya CPUV "British Council", saya memang perasan dia hanya keluar di bahagian LR je. tempat lain memang takde keluar pun. sebab saya hanya ada 1 ads dari "British Council". 

Hal ini telah dijelaskan oleh pihak Nuffnang, iaitu James Khor. lama dah tapi baru sekarang nak share. hehe. maksudnya sekarang Nuffnang dah pisahkan mengikut jenis ads sama ada Large Rectangle, Skycrapper dan Leaderboard. cuma kita je yang tak tahu yang mana satu amount untuk LR, mana yang untuk SC atau LB. 

nuffnang

berbalik pada cerita CPUV yang ke-170 ini, saya hanya dapat 1 jenis ad je, tapi tak tahu position ad yang mana. maklumlah tengahari nie Nuff selalu tido je..hehe

apa maksud Lan Berambeh? 

Perkataan “lan berambeh” adalah perkataan bahasa tempatan Sarawak. 
“lan” bermaksud mari, sila, ayuh atau jom.
Manakala perkataan "berambeh" pula bermaksud melawat, berkunjung, bersantai atau bermalam ke sesuatu tempat atau lokasi
.
Berambeh sebenarnya menggambarkan corak kehidupan masyarakat Melayu yang tinggal di sesebuah rumah orang lain dan dianggap seperti saudara-mara sendiri.

so, ayuh berkunjung


Iklan sikit:

Kepada semua anak-anak Sarawak yang menetap di seluruh Semenanjung Malaysia sama ada bekerja ka, belajar ka, ngekot laki kerja atau apa apa jak lah. janji orang Sarawak yang berada di Semenanjung.  
Ada berita gembira tok. 
Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2014 
Tempat : Perkarangan Stadium Bukit Jalil 
Tarikh : 31 Oktober hingga 2 November 2014. 
Tahun tok banyak aktiviti menarik. Boleh datang sik?Tolong sebar benda tok.

tak faham? haha. tak faham tengok je gambar di bawah:


Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak 2014


Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak 2014

Karnival nie tak semestinya untuk orang sarawak je. 
sesiapa pun boleh join meramaikan karnival nie. 

kalau cakap dengan mak saya, mesti dia nak pergi nie.
tapi jauh. tak larat kut. hehe :P


terima kasih Nuffnang atas CPUV yang banyak itu
dan terima kasih pada anda yang melawat blog saya dan klik iklan-iklan saya

Read More »

Sunday, October 12, 2014

CPUV : Spend & Win with Zurich!




seperti blogger lain, saya juga dapat CPUV baru dari Zurich Insurance Malaysia Berhad, iaitu Zurich Insurance Contest. saya pun tak tahu ini CPUV yang ke berapa sebab dah terlalu banyak sangat CPUV yang double triple tu. kalau campur semua CPUV, jumlah terkini CPUV saya ada 21 ads. saya pun naik pening jugak macam mana nak kira. hehe. tak apa, biarkan je dulu CPUV yang double triple. asalkan saya masih dapat CPUV dari Nuffnang. tengkiu encik Nuffnang :D




Zurich Insurance melancarkan sebuah contest, iaitu "Spend & Win with Zurich". memang sesuai kepada sesiapa yang kaki makan..hehe. sebab apa? syarat-syarat contest Zurich nie anda kena makan di salah satu restoran seperti di bawah:

Step #1: Spend a minimum amount of RM50 at the participating restaurants:
Langkah # 1: Membelanjakan jumlah minimum sebanyak RM50 di restoran-restoran yang mengambil bahagian:

•    Prego, The Westin Kuala Lumpur
•    Five Sen5es, The Westin Kuala Lumpur
•    Qba Latin Bar & Grill, The Westin Kuala Lumpur
•    Nook, Aloft KL Sentral
•    The Restaurant, The Club Saujana Resort
•    Chakri Palace, KLCC

Step #2: Answer 2 simple questions & complete the contest form.
Langkah # 2: Jawab 2 soalan mudah & lengkapkan borang peraduan.

Step #3: Drop the contest form along with your dining receipt in the contest box at the listed restaurants.
Langkah # 3: Hantar borang peraduan bersama-sama dengan resit makan anda di dalam kotak peraduan di restoran-restoran yang disenaraikan.

Step #4: And you’re in the running to win!
Langkah # 4: Dan anda berpeluang untuk menang!


borang boleh didapati di antara 6 buah restoran yang tersenarai sahaja. 
so, nak join boleh makan-makan di restoran tersebut.

hadiah? sangat menarik uolss!

Grand Prize x 1
Amazing Italy Trip for 2 persons
Second Prize x 1
Maldives Escape for 2 persons
Third Prize x 1
Turkish Spa Package for 2 persons
4th Prize x 3
Dining voucher worth RM2,000
5th Prize x 5
Dining voucher worth RM500


cubalah! mana tau dapat menang pergi holiday di Itali atau Maldives untuk 2 orang. 
aih, seronoknya kalau dapat! 






Contest ini berlangsung dari 1 Oktober - 30 November 2014
masih ada banyak masa lagi nie. 

gaji hujung bulan kang boleh la pergi..pau la husben korang eh..haha~

untuk maklumat lebih lanjut, lawati laman web di bawah:
Zurich Insurance Malaysia Berhad


lovenota : teringin jugak nak ke Maldives. pantainya sangat cantik~

Read More »

Friday, October 10, 2014

Penjelasan Nuffnang: CPUV Ada Masalah!



Jawapan eksklusif dari Nuffnang!

Kepada sesiapa yang mempunyai CPUV yang terlalu banyak, nampak macam luar biasa sangat, diharap anda bersabar. 

Saya pun cukup hairan sangat, kenapa tiba-tiba Nuffnang memberikan CPUV @ BE yang sama dalam bentuk gandaan? satu iklan sampai 2 atau 3 kali CPUV. mana pernah Nuffnang buat selama nie. sepanjang saya jadi blogger selama 7 tahun, ini adalah kali pertama Nuffnang memberikan longgokan @ bundle CPUV yang terlalu banyak. contohnya CPUV dari blog saya seperti gambar di bawah:


Mana pernah saya dapat CPUV sebanyak ini? pelik! luar biasa tetapi weird!

CPUV saya sebanyak 21 ads! 

Betul ke saya dapat 21 CPUV? ishk..saya musykil sungguh. tak mungkin! mana pernah Nuffnang buat macam nie? seperti yang anda tahu, Nuffnang memang kedekut CPUV sikit, pilih blog yang maju dan banyak visitor. takkan tiba-tiba Nuffnang bermurah hati nak bagi selonggok CPUV pulak?

Lalu saya menghantar ticket kepada pihak Nuffnang semalam untuk bertanyakan mengenai isu double triple CPUV ini.

Rupa-rupanya, Nuffnang sebenarnya mempunyai masalah teknikal sedikit pada bahagian admin CPUV. sebab tu ada nampak CPUV yang beranak-pinak. Berikut adalah penjelasan dari salah satu staff Nuffnang:


translation? boleh jer. saya guna incik Google translate..hehe

Kami ingin memohon maaf atas kesilapan, kami sedang mengemaskini halaman admin kami untuk CPUV, oleh itu satu kesilapan telah dibuat tetapi jangan bimbang, perkara ini akan diperbetulkan tidak lama lagi.


so, semua blogger dah clear dengan penjelasan ini? diharap blogger lain jangan kecewa la ye. don't frust-frust eh. CPUV tengah "demam" tu, sebab tu dia meracau meroyan sikit..hehe. CPUV yang dah berganda-ganda tu tak perlu dikira. bila dah "sihat" nanti semua CPUV yang double triple itu akan ditarik balik, tinggal 1 jenis CPUV jela..jeng jeng jeng. jangan dah baca korang pi tarik tisu pulak! :P


Hope Nuffnang Get Well Soon! hehe! :D


lovenota : tapi merasa jugak la dapat 21 CPUV. banyak tu..haha!

Read More »

Thursday, October 02, 2014

CPUV ke-157 : Proton PCC @ Proton Iriz


hari ini saya dapat CPUV lagi. ini adalah CPUV yang ke 157 dalam blog saya.
alhamdulillah dapat CPUV lagi. nuffnang memang baik hati :D


kali ini dapat CPUV dari Proton PCC (Proton Compact Car) iaitu keluaran Proton Holdings Berhad yang terbaru, Proton Iriz. cantik Proton Iriz nie. macam design MYVI pun iye jugak kan? hehe. 


Proton Iriz menggunakan enjin terbaru, Variable Valve Timing (VVT) Technology dan dikatakan kereta ini adalah jimat minyak. boleh la order sebab minyak sekarang kan dah mahal. naik 20 sen kan? hehe. 

Terdapat 7 warna kereta yang disediakan termasuk warna hijau, merah, biru, putih, hitam, kelabu dan silver. teknologi proton terbaru ialah tidak menggunakan kunci kereta nak start enjin. hanya press button je dah start enjin.


 Proton Iriz juga mempunyai 6 Airbags di mana 2 airbags di depan dan 4 lagi di setiap pintu kereta. bagus kan? bukan depan je selamat, belakang pun selamat jugak. 


dan yang paling disukai ramai ialah ada Sistem GPS di dalam Proton Iriz. menggunakan teknologi Android dan ber'touch-screen' memudahkan anda ke mana-mana sahaja. juga terdapat sistem Bluetooth yang meghubungkan anda dengan smartfon anda.


harga untuk Proton Iriz adalah serendah RM 42, 438

bagus kan? 
sesiapa nak tahu lebih lanjut, boleh ke laman web proton di bawah:


terima kasih Mr.Nuffnang memberi CPUV terbaru dan 5 CPUV yang masih berlegar-legar di blog picisan saya nie. 


lovenota : sedih sebab macam tak ada sambutan pun segmen saya. hurmm

Read More »

Sunday, September 14, 2014

CPUV ke-154 : RWG - Ice Age Adventure



Syukur alhamdulillah ada CPUV lagi. walaupun jarang update blog, tapi still ada CPUV. hehe. Terima kasih pada Nuffnang dan Advertiser saya kali ini, iaitu Resort World Genting. Kali ini Nuffnang memberikan saya CPUV yang ke 154, iaitu RWG - Ice Age Adventure


Sebelum nie, dapat juga CPUV dari RMK Autumn/Winter 2014 Collection dan CPUV Sanofi Lactacyd Phase 2. terima kasih banyak-banyak jugak :)



saya sendiri memang peminat filem Ice Age nie sejak filem pertama sehingga filem yang latest sekali. suka sangat lihat si Scrat, seekor tupai yang sangat obses pada buah pokok oak @ acorn. ke mana-mana mesti ada je masalah yang menimpa si tupai neh demi sebuah acorn..sanggup sangat..haha!



tapi kalau korang ingat lagi masa Filem Ice Age 3: Dawn of Dinasour tu, Scrat jatuh cinta pada Scratte, tupai betina yang juga berebut buah acorn pada mulanya. bila dah hidup bersama, Scrat tak boleh hidup tanpa acone dan terus meninggalkan Scratte. buah acone tu dah macam bini Scrat je. lawak je rasa..haha. 


Ok, berbalik pada CPUV, Resort World Genting sedang mengadakan Ice Age Adventure di Genting International Convention Centre dari 1 September sehingga 26 Oktober 2014 dari 10 pagi hingga 10 malam. pelbagai aktiviti yang dianjurkan di dalam Ice Age Adventure ini termasuk teater dan playground. yang menariknya harga yang dikenakan hanya RM 20 sahaja. murah sangat! pada musim cuti sekolah nie, boleh la bawa anak-anak ke GICC untuk menyertai Ice Age Adventure. 

saya? hanya memandang jela. jauhnya. macam mana nak pergi? sob sob sob~


lovenota : ada sesiapa tak yang nak bawa saya naik ke Genting? ngee! :P

Read More »

Tuesday, July 15, 2014

CPUV-143: Fashion Pitch / Writer Unleashed


Saya baru balik dari klinik, dan disahkan ada virus di tekak. MC sudah diambil sesuka hati disebabkan keadaan saya yang serupa mayat hidup, kalau datang kerja menyusahkan orang plak kan..hehe.  

Perkembangan blog ini amat menggembirakan saya, visitor tidak putus-putus datang menjenguk dan hampir 20 ribu visitor dalam masa sehari yang datang. semuanya disebabkan Tugasan PT3 iaitu Kajian Kes Sejarah dan Geografi. terima kasih yang tidak terhingga, saya hanya membantu semua pelajar untuk menyiapkan tugasan PT3 yang bakal ditutup tarikhnya pada 18 Julai 2014 ini. insyaAllah, semuanya boleh disiapkan hendaknya. Amin.

Mengenai CPUV kali ini, iaitu CPUV saya yang ke 143 iaitu Fashion Pitch dan Writer Unleashed. sebelum ini iaitu semalam, saya juga mendapat CPUV-142 iaitu uMobile Prepaid Free Meal.




mak saya seorang pengguna setia uMobile. dia ada mengatakan kepada saya jika kita Top Up RM 30, kita akan dapat air botol free tapi hanya di 7-Eleven sahaja. apabila saya lihat CPUV ini, maka betullah cakap mak saya tu..hehe. Setiap pilihan Top Up iaitu RM 30 dan RM 50 akan mendapat free gift seperti Air Revive Isotonic Original 500 ml dan juga Mamee Express Cup Curry Flavour. stok hanya dibuka sehingga 31 Ogos 2014. so, lepas nie pergi top up kat 7-Eleven je ok? :D


Berbalik pada CPUV-143 saya, iaitu Fashion Pitch dan Writer Unleashed

MyCreative Ventures Sdn Bhd sedang melancarkan Pertandingan MyCreative Writers Unleashed: Pencarian Manuskrip Terbaik. Ia diadakan untuk menggalakkan dan meraikan kreativiti penulis-penulis Malaysia. anda boleh memenangi hadiah tunai sehingga RM 12 500. Pemenang Utama iaitu 5 pemenang manuskrip terbaik akan menerima RM2,000 beserta sijil penghargaan setiap seorang. Pemenang Saguhati pula, iaitu 5 pemenang hadiah saguhati akan menerima RM500 beserta sijil penghargaan setiap seorang. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Ogos 2014.

untuk info lanjut mengenai syarat-syarat pertandingan, sila lawati laman web berikut:


MyCreative Ventures Sdn Bhd juga melancarkan Pertandingan Fesyen Picth 2Fesyen Pitch menyediakan saluran untuk anak muda baru untuk muncul sebagai pereka fesyen Malaysia, pengamal fesyen dan peminat-peminat fesyen untuk merealisasikan impian mereka dalam memiliki label fesyen mereka sendiri. lahirkan idea-idea anda, konsep dan reka bentuk kepada kami. Finalis akan mempunyai peluang untuk mempersembahkan secara langsung di atas pentas untuk terkenal penyokong fesyen Malaysia dan berpeluang untuk layak untuk pinjaman perniagaan dari MyCreative sebanyak RM 2 juta. Tarikh tutup pertandingan ialah pada 27 Julai 2014


untuk info lanjut mengenai syarat-syarat pertandingan, sila lawati laman web berikut:

terima kasih lagi kepada Nuffnang kerana memberikan CPUV yang menarik kepada saya. saya boleh sebarkan maklumat ini kepada semua orang dan juga pelajar-pelajar sekolah yang mungkin berminat. thank you :) 


lovenota 1 : saya suka membaca cerpen dan novel. 
lovenota 2 : masa sekolah dulu, pernah buat novel suka-suka berkisar cerita saya sendiri. pembacanya ialah adik saya dan ayah saya. kelakar je rasa. :D

Read More »

Tuesday, July 08, 2014

Nuffnang: CPUV yang ke-141





Masa tengah godek-godek Nuffnang, nak tengok ada tak Nuffnang bagi iklan @ CPUV baru. and memang dapat! woww! rezeki Bulan Ramadhan kan? Alhamdulillah. dah lama tak dapat CPUV baru berlambak-lambak. apesal eh? dulu boleh je Nuffnang bagi banyak-banyak kat blog nie. tapi takpe la, belum ada rezeki kut..lagipun jarang dah nak update blog macam selalu. busy dengan PT3 yang baru nak 'panas masuk oven'. sekarang nie pun sedang buat program latihan penandaan item instrumen PT3 bagi mata pelajaran Sains. yang tu esok-esok la cerita. kursus pun tak habis lagi. 

Hari nie dapat CPUV yang baru, iaitu CPUV yang ke-141. Alhamdulillah, iklan Nuffnang kali ini ditaja oleh Julie's x LINE New Package


siapa yang tak pernah makan biskut Julie's? rasanya semua orang pernah merasa biskut Julie's nie. salah satu biskut Julie's pun memang menjadi favourite saya sejak kecil lagi. sekarang nie Julie's sedang mengadakan promosi bersama dengan LINE iaitu LINE Cookies Limited Edition menampilkan Cony dan Brown. tengok wallpaper atas nie pun dah rasa kotak tin biskut tu mesti cantik. tin biskut yang warna coklat dengan warna pink memang sangat menarik dan design yang sangat cantik! rasa macam nak jee :P


Ramai yang tak tahu, biskut Julie's nie sudah berada dalam industri bermula pada tahun 1982, iaitu sudah 32 tahun. biskut Julie's ini diproses oleh Perfect Food Manufacturing Sdn Bhd. biskut yang paling saya suka ialah Peanut Butter Sandwich! memang sedap! sampai sekarang masih lagi makan biskut nie. disebabkan mak pun suka makan jugak, selalu beli dalam packet yang besar. baru puas hati makan! hehe!


thanks pada Julie's kerana memberi CPUV pada blog saya. thanks to Nuffnang as usual because still give me an ads to my blog. thank you so much! :D


lovenota 1: Nuffnang, bagi la CPUV lagi. saya merayuu~
lovenota 2: bagi duit raya banyak-banyak jugak ye :P

Read More »

Saturday, April 05, 2014

CPUV Nuffnang sudah mencecah 125 iklan



kita tinggalkan gosip-gosip Che' Ta @ Rozita Che Wan yang nak saman pengiklan payu dara dan kisah sensasi mengenai MH370 yang masih lagi tidak dijumpai. *merepek dah*

saya ingin bercerita mengenai CPUV (Cost Per Unique Visit) ataupun yang dahulu dikenali sebagai Buffered Earning (BE). dahulu juga, BE tidak bergabung jadual bersama dengan Metered Earning (ME). Pihak Nuffnang mengasingkan BE dan ME. BE adalah kempen atau iklan yang masih berjalan iaitu berstatus "On Going" di blog kita. ME pula adalah kempen atau iklan yang sudah tamat tempohnya dan berstatus "Credited". Setelah berwajah baru, Nuffnang sudah menggabungkan BE dan ME di dalam satu kotak menjadi CPUV. 


di atas nie adalah design lama Nuffnang. nampak kan perbezaan yang lama dengan yang baru? dan memang ada tulis Buffered Earning (BE) yang sekarang sudah diganti dengan CPUV. gambar di bawah ini pula contoh kotak untuk Metered Earning (ME). saya sudah terbiasa memangggil BE sejak dari dulu lagi. sebab tu saya tak sebut CPUV. rasanya saya mesti tukar cara panggilan nampaknya ye? :)


entri ini bukan untuk berlagak semata-mata tetapi untuk berterima kasih pada pihak Nuffnang yang masih lagi memberikan CPUV selama 5 tahun ini kepada blog saya. dan juga menjadi dorongan kepada blogger yang baru tumbuh setahun jagung *hehe*. untuk pengetahuan anda, blog saya sudah mencecah 6 tahun, bermula pada tahun 2008. rakan-rakan blogger yang sezaman saya rasanya ramai yang sudah sibuk dengan kehidupan sendiri dan blog mereka hampir terkubur layu *ayat sastera yang amat kan? :P


CPUV yang saya dapat sudah mencecah BE yang ke 125, iaitu pada 31 Mac 2014 yang lalu Nuffnang memberikan iklan Anna Sui LVBD (La Vie De Boheme). kalau nampak iklan seperti di bawah ini, klik la ye :P . Selain Anna Sui LVBD, saya juga mendapat iklan yang masih berjalan di blog saya dari Herbal Essence dan Digi - Project Red.



setelah melakukan research sikit, Anna Sui merupakan seorang American Fashion Designer yang terkemuka di Amerika Syarikat. Beliau juga termasuk dalam ranking "Top 5 Fashion Icons of the Decade" bersama-sama dengan Yves Saint LaurentGiorgio ArmaniRalph Lauren, and Diane von Furstenberg. Jenama fesyen mewah beliau di seluruh dunia termasuk pakaian, kasut, kosmetik, eyewear, dan aksesori, dan minyak wangi. 

cantik tak design botol perfume nie? nampak gorgeos kan? serius cantik! ada unsur rama-rama pada penutup dan design bunga pada botol. warna purple plak tu.

laman web Anna Sui: [ link ]
profile Designer Anna Sui: [ link ]

ada yang bertanyakan kepada saya, apa tips untuk mendapatkan CPUV atau BE ini. saya bukanlah blogger yang AKTIF seperti blogger lain. cuma saya memang buat apa yang disarankan oleh blogger-blogger lain. 

antara tips untuk mendapatkan CPUV adalah:

>>> Pastikan Uniques Visitor (UV) di Blog Stat anda melebihi 50 UV sehari dan kekalkan jumlah pengunjung anda. tujuannya supaya senang pihak pengiklan tertarik dengan blog kita dengan melihat bilangan pengunjung yang datang. anda boleh mendapat pengunjung lebih dari 50 UV dengan membuat blogwalking (BW) pada blogger lain. bila anda berkunjung ke blog lain, pastikan anda meninggalkan jejak di 'Shoutbox' atau kotak komen supaya mereka boleh membalas balik kunjungan anda. 

>>> Kalau boleh sentiasa update entry di blog anda setiap hari. paling minimum 3 kali or 4 kali seminggu. jika anda selalu update, ramai pengunjung yang datang ke blog anda.

>>> Rajinkan diri untuk update 'Blogger Bio' pada setting dan sentiasa 'Update survey'. sekurang-kurangnya anda update survey anda sebulan sekali. 

>>> Pasang semua jenis iklan yang Nuffnang sediakan. pastikan 3 jenis kotak iklan, iaitu Skyscraper, Leaderboard dan Large Rectangle ditempatkan di posisi yang betul dan mudah untuk pengunjung melihat iklan tersebut. berusaha untuk mendapatkan '5 star' bagi ketiga-tiga posisi iklan tersebut.

>>> Pastikan anda berstatus 'Glitterati' kerana pihak Nuffnang lebih mengutamakan blogger yang berstatus ini dalam pemberian BE dan lain-lain lagi. jangan ada third-party or company ads yang lain jika anda tak nak status ini ditarik balik.

>>> Sekali sekala hantar tiket @ 'Submit ticket' (pertanyaan) pada pihak Nuffnang di 'Contact Us'. 

kebanyakan blogger-blogger lama sudah mencuba tips ini dan insyaAllah lepas tu dapatlah CPUV baru. kena rajinkan diri juga la ye? saya sekarang jarang sangat BW, dan ranking saya semakin menurun. tak apa lah, di mana ada rezeki, adalah dapat keuntungannya nanti. 


sejak bertukar design blog, ada perubahan sedikit pada star saya yang Skyscraper tu. agak pening jugak memikirkan nak menaikkan star balik. hehe :P


lovenota 1: terima kasih Nuffnang
lovenota 2: terima kasih juga kepada visitor yang tak putus-putus datang ke blog saya :)


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®