Saturday, June 07, 2014

Migrain atau Sakit Kepala


pada saat saya sedang menulis ini, saya menghidap migrain pada otak saya. saya pun tak pasti sejak bila saya dapat penyakit ini, tapi yang pasti saya mendapat penyakit ini pada tahun lepas iaitu 2013 di zaman 'kejatuhan' saya bersama mamat sengal itu. kerja-kerja penandaan kertas peperiksaan sekolah terus saya tolak ke tepi kerana tak mampu untuk meneruskannya lagi. banyak juga kertas yang perlu ditanda sebelum naik sekolah ini. tercari-cari Vicks Vapor Inhaler di dalam handbag untuk melegakan otak saya yang sakit ini tetapi hampa. baru teringat ianya tertinggal di dalam kereta Honda Accord semasa balik ke kampung minggu lepas. 


kalau saya migrain, satu je ubat yang saya guna sampai sekarang iaitu Vicks Vapor Inhaler. ya, saya tahu Vicks Inhaler sebenarnya ubat melegakan selsema tetapi bila saya menyedut bahan campuran menthol + camphor itu, otak saya cepat hadam dengan bau vicks yang menyegarkan dan sakit kepala saya akan menjadi semakin berkurang. ia sekarang sudah menjadi habit pada diri saya. harap-harap tiada kesan sampingan yang teruk la ye.

saya tidak lagi menelan apa-apa jenis produk panadol disebabkan sejarah lampau saya menelan panadol sesuka hati sehingga tiada immune lagi membuatkan saya kecut perut lalu tinggalkan tabiat menelan panadol. walaupun kita nampak panadol atau paracetamol itu adalah ubat untuk melegakan segala-galanya tetapi sebenarnya ianya sangat berbahaya sehingga boleh mengakibatkan kerosakan hati (Hepatotoxicity) ataupun kanser darah jika diambil secara keterlaluan @ overdos dan tidak mengikut cara yang ditetapkan. 

sedikit info:
Kegagalan hati (hepatotoxicity) boleh membawa maut. Ini bukan perkara main-main kerana pada awal tahun ini di negara kita sahaja sudah dikejutkan dengan kematian seorang pelajar perempuan di utara tanah air yang overdose Panadol. Buat mereka yang mengambil minuman beralkohol secara kerap atau mengidap penyakit berkaitan dengan hati, hanya dengan 2 tablet sahaja sebenarnya sudah cukup untuk membunuh anda serta merta.
Menurut laporan daripada “The Medical Journal of Australia“, mereka yang tidak cukup makan (ambil panadol dengan perut kosong), minum terlalu banyak minuman beralkohol dan sedang mengambil peskripsi ubat tertentu adalah cenderung untuk menerima kesan toksik daripada Paracetamol. Malah, mereka yang mengalami sakit buah pinggang, jantung dan paru-paru juga tidak terkecuali berisiko menerima kesan toksik yang sama.
Selain itu, kajian awal juga telah menunjukkan mengambil Paracetamol sekurang-kurangnya 4 hari seminggu selama 4 tahun berisiko untuk membawa beberapa jenis kanser darah. Kanser-kanser ini termasuklah myeloid neoplasms, non-Hodgkin lymphomas dan gangguan plasma sel.
sumber: http://sususejat.com/
apabila migrain menyerang, saya akan mengambil keputusan untuk tidur, tak kira di mana-mana walaupun di sekolah. saya terpaksa kerana hanya tidur sahaja dapat melegakan kepala saya. ada yang menyuruh saya berjumpa dengan doktor atau pakar, tetapi doktor hanya mengatakan saya kurang berehat dan kurang tidur *huhu*. 


Apa itu migrain? 

Ia berasal daripada perkataan Greek ‘hemikrania’ yang bermaksud sebelah tengkorak atau di kenali sebagai ‘vescular headache’. Ia adalah sejenis penyakit kepala yang kronik dan pesakit biasanya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah sesetengahnya ada yang tidak makan, minum dan hanya terbaring lemah.

Migrain berlaku kerana darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan tekak rasa loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.

Perasaan yang sering digambarkan oleh pesakit ketika menghadapi migrain adalah seperti dihempap batu dan kepala berdenyut-denyut seperti dicucuk-cucuk. Serangan migrain ini tidak mengira tempat dan waktu. Kebiasaannya pesakit akan mengalami sakit kepala di sebelah bahagian saja. selalunya, saya mengalami sakit kepala di sebelah kiri, sakit teramat sangat seperti ditarik-tarik.

Punca Migrain

Puncanya secara keseluruhan adalah disebabkan kesan daripada alahan seseorang, silau akibat lampu yang terang, bunyi terlalu kuat, bau wangi terlampau kuat, tekanan fizikal atau emosi, waktu tidur tidak teratur, merokok atau terdedah kepada asap rokok, menahan lapar atau mengambil makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan diperap.

Tanda-tanda Migrain

Tanda lain migrain termasuk kesakitan kepala amat sangat dan berdenyut, rasa sakit pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung serta sakit mata, tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan serta kaki akan menjadi sejuk. Malah, tanda lain berlakunya migrain termasuk sensitif bunyi dan suara, persekitaran terasa bergerak-gerak seperti menaiki bot dan mabuk laut, kemerahan-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi ataupun badan berpeluh.


Cara Mengatasi

Golongan remaja terutamanya, kaedah menyelesaikan masalah ini adalah sangat penting selain merujuk kepada pakar. Cuba mengawal tekanan dan emosi dan elakkan daripada persekitaran yang berbau busuk, bunyi bising dan asap rokok kerana ia boleh mengganggu emosi penghidap migrain.

Jika perut kamu kosong, cepat dapatkan makanan untuk alas perut dan dapatkan waktu tidur yang lebih teratur. Jangan masih berada di kedai mamak pada jam 2 pagi hingga ke azan Subuh kerana itulah antara punca berlakunya migrain.

Kita golongan remaja gemar melengahkan waktu makan dan lebih berat untuk mengambil makanan jenis segera untuk mengalas perut. Itu juga antara penyebab yang membawa kamu untuk mengalami penyakit jenis migrain ini. Justeru jangan lagi menjadikan sikap ini sebagai satu tabiat.

Elakkan daripada makan makanan yang mengandungi ‘thyramine’ seperti coklat serta makanan tenusu seperti keju dan susu. Elakkan juga daripada mengambil makanan yang mengandungi ‘monosodium glutamate’ (MSG) serta bahan yang mempunyai bahan pengawet. Kentang goreng yang dibeli dari restoran makanan segera selalunya mengandungi bahan pengawet jenis ini dengan kadar tinggi. Elakkan dan jauhkan walaupun ada kalanya teringin.

Paling penting, hindari minum minuman yang mengandungi kafein berlebihan seperti kopi, nescafe atau alkohol. Jangan ikut trend untuk lepak di kafe kopi ataupun mengambil minuman keras setiap kali kamu mengunjungi pusat hiburan. Berbahaya dan sangat serius kesannya. 

Rawatan segera

Rawatan menghilangkan penyakit migrain di bahagikan kepada dua kaedah iaitu rawatan serangan yang mana pesakit dinasihatkan berehat di dalam bilik gelap dan sunyi. Mereka akan diberi ubat tahan sakit dan radang bukan steroid (NSAID).

Sekiranya masih berterusan, doktor akan memberi ubat terkini iaitu ‘sumatriptan’ sama ada melalui suntikan ataupun ditelan. Kira-kira 80 peratus pesakit menunjukkan yang sering muntah, mereka diberikan ubat ‘ergotamine’ yang perlu dimakan sama ada di telan, dimasukkan ke bawah lidah ataupun melalui suntikan.

Keduanya, pencegahan menerusi beberapa ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor untuk mencegah migrain.

Bagaimanapun petua paling mudah untuk mengelakkan penyakit ini adalah dengan mengambil setin atau sebotol kecil 100 plus, tuang dalam gelas tapi hanya separuh gelas, kemudian tambah air masak atau air mineral dalam gelas itu tadi. Maknanya mesti nisbah 1:1, seimbang dan sama sukatan. Kemudian baca bismillah, niat untuk disembuhkan dan minumlah. Disarankan untuk cuba tidur lepas mengamalkannya. Kalau di pejabat atau tempat awam lain pun masih boleh dilakukan mengikut kesesuaian waktu dan tempat. doktor juga sarankan saya minum 100 plus untuk melegakan sakit kepala. 

Tekanan terjadi disebabkan kekusutan perkara yang berlegar-legar di kotak fikiran. Minda anda seolah-olah terkunci dek bebanan yang ditanggung. Penyelesaian terbaik bagi mengelak migrain adalah dengan melakukan aktiviti yang boleh merehatkan minda seperti mendengar muzik, membuat rawatan rambut di salun mahupun mengerjakan hobi kegemaran kamu.

Bagi sesetengah pendapat, bersukan mampu mencegah migrain. Lakukan aktiviti sukan yang tidak terlalu berat seperti senaman aerobik atau berjoging secara konsisten. Hanya menaiki tangga pejabat juga boleh dikategorikan sebagai senaman ringan yang membantu mengatasi kehadiran migrain.

Kurang mendapat tidur secukupnya mahupun terlebih waktu tidur boleh menyebabkan sakit kepala. Sebaiknya, nikmatilah waktu tidur yang cukup bagi orang dewasa iaitu 6 hingga 8 jam sehari. Pola tidur yang teratur berupaya mengatasi serangan migrain. Cuba untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.



saya migrain sekarang nie mungkin disebabkan saya terlebih tidur semalam kut. dan kadang-kadang waktu tidur saya yang tidak teratur juga menyumbang kepada sakit kepala saya. kebiasaannya, saya juga kurang tidur jika saya ingin menyiapkan sesuatu kerja. saya bukan peminum kafein yang tegar kerana saya tidak minum kopi ataupun nescafe. 

kesimpulannya, saya kena jaga waktu tidur saya seelok-eloknya.
*tido mendenye..update blog pukul 3 pagi..elok sangat la 'jage' eh..haha*


lovenota : esok start Jom Heboh di Waterfront Port Dickson. jom pergi beramai-ramai! :D

2 comments:

  1. Petua lain yg boleh kongsi..kalau migrain cuba mandi dgn air ais..kalau boleh ais tu letakkan atas kepala..in shaa Allah rasa sakit akan berkurang ((=

    Salam Perkenalan ^__^
    http://inikisahaku-hairani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Sy juga ketap sakit kepala tp kini beransur pulih
    Sy amalkan.minum air kosong 2 liter sehari.alhamdulillah

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®