Thursday, June 05, 2014

Banjir Kilat di Gombak


4 Jun 2014 iaitu semalam, siapa yang lalu di kawasan Ulu Kelang, Ampang, Taman Melawati dan Gombak mesti rasa sakit hati berada di dalam kereta berjam-jam merentasi jalan yang jem yang sangat teruk disebabkan kejadian hujan lebat seterusnya banjir kilat yang melanda di Gombak. semalam jugak la adik saya nak balik ke Gombak untuk daftar semester terakhirnya di Kolej Unikop yang bermula pada minggu depan. untuk semester terakhir ini, dia dah duduk luar kolej. so, banyak barang-barang yang hendak dibawanya ke rumah sewa *bawa barang macam nak pindah terus je..huhu*

hujan lebat bermula jam 2 petang. pada masa itu, saya dah agak dah, disebabkan hujan yang sangat lebat kebarangkalian untuk jalan jem adalah amat tinggi *dah macam matematik pulak*. sampai di Ampang kenderaan sudah mulai perlahan. adik saya yang menaiki motor pada masa itu call mengatakan banjir di jalan MRR2 berhampiran dengan lebuhraya Karak. masa tu juga sepupu saya yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pun dah bagitahu di Whatsapp mengatakan Gombak dah banjir. saya dah mengeluh panjang dah masa itu, dalam hati saya mengatakan perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 2 jam mesti akan menjadi semakin panjang.

selepas hujan lebat mulai reda, saya pun berangkat pulang ke Port Dickson. jalanraya masih lagi sesak ditambah pula dengan waktu orang balik kerja. masa tu kaki saya dah lenguh teramat sebab asyik tekan clutch je memanjang. gear pun main-main takat Gear 1 dengan Gear 2 je. dalam hati saya mengomel kenapa abah tak bagi pakai kereta Honda Accord yang automatik tu, pakai Proton Waja yang manual nie terasa amat terseksa apabila kita berada dalam keadaan yang jem nie. mesti orang KL dan Selangor semuanya pakai kereta auto kan? siapa pulak yang sanggup pakai kereta manual dengan jalan yang sesak tiap-tiap hari macam nie. tapi bagi saya, saya lebih suka menggunakan kereta manual dari auto..baru ada feel macam pelumba *hehe*. 

kawasan yang terkena banjir sudah mulai reda. sempat tengok Whatsapp dari family saya gambar-gambar yang diforward di Facebook iaitu gambar banjir yang teruk di UIAM. dalam hati saya mengatakan adik saya salah pilih hari untuk balik ke Gombak..aishh!

*******************

GOMBAK – Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini dikejutkan dengan kejadian banjir kilat semalam apabila pekarangan kampus universiti itu dinaiki air sedalam setengah meter menyebabkan puluhan kenderaan terperangkap dalam kejadian tersebut.

Kejadian banjir itu berlaku akibat hujan lebat yang melanda kawasan kampus tersebut dan sekitarnya selama sejam mulai pukul 3 hingga 4 petang semalam. Difahamkan banjir kilat tersebut berlaku akibat hujan lebat sehingga air sungai Gombak melimpah.

Jurucakap Bahagian Komunikasi Korporat UIAM memberitahu, hujan lebat itu menyebabkan air naik sehingga ke paras pinggang dan menenggelamkan puluhan kereta dan motosikal milik pelajar dan kakitangan universiti itu.









sumber: kosmo! dan harakah


lovenota : saya tak akan pindah dan tinggal di Selangor. tak nak. tak mahu. zettai! final!


No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®