Wednesday, April 01, 2015

Teksi Alza langgar Myvi


Langgar, tumbuk, perang mulut...

Shah Alam: Video ‘viral’ membabitkan aksi dan perang mulut antara beberapa gadis dengan pemandu teksi yang tersebar hari ini sehingga mendapat pelbagai reaksi kini dalam siasatan polis dan kejadian itu berlaku di sebuah stesen minyak di Seksyen 7, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian 3 petang, gadis terdiri daripada empat beradik itu difahamkan dalam perjalanan ke sebuah pusat beli-belah di Seksyen 7.

Seorang daripadanya, Sharifah Fara Ryyana Syed Fareid, 25, yang dihubungi Harian Metro mendakwa, dia dan dua kakaknya, ditumbuk pemandu teksi itu sehingga cedera di muka. Katanya, dia dan kakaknya tidak berdaya melawan dan hanya mampu memarahi pemandu teksi itu.

“Kejadian berlaku apabila pemandu teksi berkenaan enggan memberi laluan kepada kereta Myvi yang kami naiki. Kakak saya, Sharifah Fara Difla, 28, yang memandu kereta terbabit sudah memberi isyarat masuk ke kiri termasuk mengangkat tangan. Bagaimanapun, pemandu teksi itu enggan memberi laluan dan menghimpit kenderaan kami daripada masuk ke stesen minyak terbabit. Sejurus masuk ke stesen minyak, teksi itu secara tiba-tiba datang dari kiri dan melanggar kenderaan kami beberapa kali," katanya.

Dalam pada itu, usaha Harian Metro mendapatkan reaksi pemandu teksi terbabit gagal apabila wanita yang menjawab panggilan dipercayai isterinya tidak mahu memberi sebarang komen.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, polis sedang menyiasat insiden pemandu teksi yang menyerang kumpulan gadis itu.

"Polis menerima laporan daripada kedua -dua pihak termasuk laporan yang mendakwa bapa gadis berkenaan menyerang pemandu teksi selain membuat kecoh di balai polis. Laporan yang diterima membabitkan kereta jenis Myvi yang bergesel dengan sebuah teksi dan difahamkan pemandu teksi bertindak agresif terhadap tiga gadis itu," katanya.


Gambar adik beradik perempuan MyVi dipukul oleh Pakcik Teksi




Video Viral Teksi langgar MyVi


Sumber : Harian Metro, OH! Media

********

Saya tak reti nak komen apa-apa. Dua-dua pihak kurang sabar sebenarnya, sama ada pakcik teksi Alza HBA 8713 dengan adik beradik MyVi WWC 1402. Bagi cik adik kita, kerana mulut badan binasa. Tapi tak sangka memang binasa terus muka adik-adik myvi kena tumbuk. Tindakan pakcik teksi pulak terlalu melampau sampaikan anak orang pun sanggup dipukulnya. Sudah tentu anak sendiri pun dia pukul nie.

Kes langgar nie selalu sangat berlaku. Kalau dah salah, minta maaf je. Tak perlu terpekik terlolong marah si pelanggar. Kalau tak puas hati, buat laporan polis. Kalau boleh settle luar, lagi bagus. 

Saya pernah terlanggar kereta orang semasa nak reverse keluar dari tempat parking kereta. Kereta Viva tak silap saya. Dia parking di belakang kereta saya. Masa tu saya memang betul-betul tak nampak kereta tersebut di belakang saya, mungkin berada di tempat blindspot. Bila dah reverse, terus gedegangg! Langgar pintu belakang kereta Viva tu. Nasib baik reverse tak laju. Saya pun keluar melihat situasi. Aunty cina tu pun keluar dari keretanya. Dia pun tak marah sebab dia pun salah parking kereta di bahu jalan, belakang kereta lain pulak tu. Saya pun salah juga sebab tak tengok betul-betul kereta di belakang saya. Last-last, settle. Hanya dengan meminta maaf sahaja. 

Keganasan tidak membawa apa-apa penyelesaian, malah lagi teruk anda dikecam terutama keganasan terhadap wanita. 

Kenapa mesti memukul wanita? Nak tunjuk lelaki lebih kuat dari wanita? Itu ke 'kejantanan' anda? Sudah tentu mereka kalah dan anda menang. Tetapi di mata masyarakat, anda tetap kalah. LOSER!


lovenota : i hate 'kaki pukul perempuan'


9 comments:

  1. Driver teksi tu bodoh nampaknya..

    ReplyDelete
  2. teruk sangat..susah kalau jumpa pemandu yang tak beradab ni..

    ReplyDelete
  3. bila tahap kewarasan semakin hilang... berhati2 disetiap masa :)

    ReplyDelete
  4. Sy tak kan percaya perempuan zaman ini kebanyakan biadap kerana saya pernah Mengalami especially bila video Kiki.jgn fikirkan perempuan zaman ni lemah lembut.sy sokong pak cik teksi

    ReplyDelete
  5. Jgn fikirkan perempuan zaman ni lemah lembut walaupun sy perempuan. Sy prnh Mengalami sekumpulaan perempuan pukul saya.saya sokong pak cik teksi

    ReplyDelete
  6. bende boleh settle secara damai.. biasalah,mulut perempuan bila nk defend diri,mmg xder lesen..sbb nak lawan dengan fizikal x mampu,pakcik tu badan besor...mampu pakai mulut je la...tapi tu x bmakna kita sbg lelaki boleh pukul anak dara org sesuka hati..kalau aku la,kalau orang laki yg x dikenali serang n pukul secara fizikal kat anak perempuan,adik perempuan,kakak atau mak kita,takkan kita nk diamkan diri..paling2 pun sedas aku bagi,macam yg bapa budak ni wat kat pemandu teksi..mmg patut..

    "he who strike a woman first,is no man"..

    ReplyDelete
  7. Tak tahu nak cakap apa..kita yang perempuan ni pun terkena tempiasnya jugak bila orang ckp perempuan ni tak beradab. Kalau masing2 sabar dan berbincang msti kes xjadi macam ni..pakcik teksi tu pun 1 patutnya dah berusia ajaklah berbincang bukan bertumbuk..

    ReplyDelete
  8. Cerita sebenarnya bukan mcm tu.. cerita dalam video tu x penuh.. kesian pakcik tu.. kna frame.. asal cerita.. diorng lggr dulu kreta teksi.. trus lari.. tu yg myvi tu kna blok kat stesen minyak.. hal belasah2 tu.. hanya rekaan.. sebab apa.. dekat video tu nampak betapa defensivenya driver tu.. ;)

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®