Esok (25 Disember 2016) adalah cuti perayaan Krismas dan secara kebetulannya hari perayaan itu jatuh pada hari Ahad. So, pekerja perkhidmatan awam akan bercuti pada hari Isnin. Oleh disebabkan itulah juga orang ramai mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Jalan raya menjadi semakin sibuk, aliran trafik menjadi semakin perlahan dan sesak di beberapa kawasan lebuh raya seperti di lebuh raya Seremban.
Yang menjadi mimpi ngeri apabila kemalangan menghiasi slot berita pada hari ini. Ya, berita mengenai nahas bas di Pagoh di mana sebuah bas ekspress terbabas dan jatuh ke dalam cerun sedalam 10 meter pada jam 3.43 pagi di Kilometer 137.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Kampung Jayor, Jalan Kangkar Senangar, Johor. Seorang pemandu dan 13 penumpang bas ekspres maut, manakala 16 orang penumpang lagi cedera parah pada bahagian badan.
Gambar kemalangan nahas bas ekspress
Polis pun sudah mengesahkan jumlah kematian terkini dalam nahas bas ekspres kira-kira jam 3.25 pagi itu ialah seramai 14 orang iaitu 10 perempuan termasuk kanak-kanak dan empat lelaki. 16 penumpang lain cedera membabitkan tujuh lelaki warga tempatan, enam warga Singapura dan dua lelaki Myanmar dan seorang lagi wanita yang belum dikenal pasti identitinya.
Hasil siasatan awal, dipercaya bas ekspres Alisan Golden Coach dari JB Sentral ke Terminal Bersepadu Selatan Kuala Lumpur, itu terbabas ke kiri jalan dan mempunyai kesan tayar pada tanah sejauh 150 meter tanpa kesan brek. Ia kemudian melambung dan terjunam ke dalam gaung sedalam hampir 10 meter sebelum terhenti apabila bahagian depan bas merempuh terowong konkrit di Kampung Jayor. Semua yang maut adalah penumpang yang duduk di bahagian hadapan bas berkenaan.
Senarai penumpang yang maut:
1. Mohd Hisham Wahab (34) (Malaysia)
2. Nor Saidatul Akmal Idris (21) (Malaysia)
3. Norfazillah Abu Bakar (33) (Malaysia)
4. Jasmine Kaur (Malaysia)
5. Palani Govindasamy (32) (Malaysia)
6. V Renugah (26) (Malaysia)
7. Nur Amira Izzaty Mohd Razip (22) (Malaysia)
8. Abdullah Hadi Yusof (Pakistan)
9. Wong Koh Chan (32) (Malaysia)
10. Zakeer Zubir (32) * Pemandu bas (Pulau Pinang, Malaysia)
11. Nur Natasya Zahara Zakeer (1) (anak kepada pemandu bas)
12. Au Poi Kiew (38) - (Malaysia)
13. Hamimah Mammu (Singapura)
14. Hazimah Mustafa (Singapura)
Senarai mangsa cedera:
1. Muhammmad Hilmi (Singapura)
2. Mustafa Yasin (Singapura)
3. Govinda Raj (Singapura)
4. Mohd Syed (Singapura)
5. Alifah Mohd Said (Singapura)
6. Muhammad Fitri (Singapura)
7. Muhamad Juhaify Zakaria (Malaysia)
8. Muhammad Syafiq (Malaysia)
9. Mohamed Taufik (Malaysia)
10. Cyril Joseph ((Malaysia)
11. R. Nagadevan (Malaysia)
12. Kesavan (Malaysia)
13. Muhammad Abdullah (Malaysia)
14. Zaw Oo (Myanmar)
15. Ralza Uk (Myanmar)
16. Wanita (identiti belum dikenal pasti).
Lihatlah keadaan bas express selepas nahas tersebut. Sayu melihat keadaan bas tersebut yang sudah tinggal rangka sahaja. Kalau bas pun dalam keadaan sebegini, bagaimana pula keadaan mangsa? Wallahu'alam, tak dapat saya nak bayangkan.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen operasi Goldstar Express (M) Sdn Bhd, syarikat pengendali bas ekspres Alisan Golden Coach yang terbabit dalam nahas tersebut.
Pemandu kedua, Mohamad Saufee yang ditugaskan bersama pemandu utama bas ekspres tidak berada dalam kenderaan itu ketika kemalangan. Pemandu kedua itu dikatakan diturunkan selepas bas keluar dari Terminal Bas Sungai Nibong, Bayan Lepas, Pulau Pinang, sehari sebelum kejadian berkenaan.
Ketua Penyelia Wilayah Selatan Goldstar Ekspres (M) Sdn Bhd, Steven Chong, berkata syarikat itu sedang menyiasat perkara berkenaan berikutan pemandu kedua disahkan sudah berada di dalam bas sebelum kenderaan itu keluar dari terminal berkenaan. Syarikat bas sedang mengesan Mohamad Saufee, yang sehingga kini belum menghubungi syarikat.
Terdapat dakwaan pemandu bas ekspres terbabit nahas dekat Muar itu hanya tidur tiga jam sebelum memulakan pemanduan, sekali gus berkemungkinan keletihan ketika memandu.
Sumber: Berita Harian

Mungkin pemandu tersebut mengantuk agaknya. Kita pun tidak tahu punca sebenar kejadian tersebut. Bila polis mengatakan tiada kesan brek sejauh 150 meter tu, berkemungkinan selepas tersedar dia menjadi panik. Apabila manusia panik, kita akan melakukan tindakan luar kawalan. Berkemungkinan dia tak sempat nak tekan brek, kemungkinan juga salah tekan, mungkin terus tekan minyak. sebab tu saksi nampak bas tersebut dipandu dengan sangat laju.
Seperti pengalaman saya sendiri, semasa kemalangan dulu sewaktu hujan lebat turun, bila tersedar tayar dah cecah rumput, bukan nak brek tetapi makin laju lagi saya tekan minyak. itu yang dinamakan tindakan luar kawalan. bila tersedar dah kemalangan tu baru terfikir, kenapa tak tekan brek? wuuu~
Kawasan kemalangan lain juga berlaku di Jalan Tampin-Gemas, di tempat saya sendiri. Empat sekeluarga termasuk dua bayi kembar berusia satu tahun maut dalam kemalangan membabit dua kenderaan. Dalam kejadian jam 3.20 petang tadi, kereta Proton Saga yang dinaiki enam sekeluarga dipercayai terbabas sebelum melanggar sebuah kereta Proton Persona yang dipandu seorang lelaki yang berusia 62 tahun yang datang dari arah bertentangan.
Jika dilihat pada gambar, saya cam jalan tersebut. kawasan jalan tersebut selalu menjadi kawasan kemalangan. ini sebenarnya jalan lurus, jalan yang selalu saya tempuh jika balik kampung ke Port Dickson. tapi wallahu'alam, takdir Allah SWT.
lovenota: berhati-hati di jalan raya. ingatlah pada orang yang tersayang

Berdasarkan komen punca kemalangan sebab bas ekspress alison mumgkin disebabkan mengantuk dan nak kejar trip(mau untung lebih ma). Pemandu seorang shj memandu tengah malam dari kl sampai jb 1.30pg sepatutnya pkl1pg sampai. Tak cukup rehat, terus gerak balik ke BTS. Kemalangan waktu subuh, waktu paling mengantuk bagi orang berjaga malam. Sebab tu takde kesan break di tempat kemalangan.So berhati2 pilih bas dan perjalanan malam.
ReplyDeletetakut tengok accident macam ni :( mintak dijauhkan ...
ReplyDeletedone follow sini
http://mellyacrayola.blogspot.my/