Dilema yang sedang dihadapi oleh pelajar lepasan SPM yang mendapat tawaran ke Matrikulasi (tetapi mungkin masih belum mengesahkan untuk menerima tawaran tersebut), kini ditambah dengan satu lagi tawaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk mengikuti pengajian asasi ataupun diploma di Universiti Awam ataupun Politeknik Premier.
Kenalpasti di IPT manakah program pengajian yang memberi ijazah sarjana muda atau diploma dalam bidang yang berkaitan ditawarkan. Berikut adalah 3 asas pemilihan sebagai panduan pelajar.
1. Jika program ijazah sarjana muda tersebut ditawarkan di universiti yang ada menawarkan program asasinya sendiri seperti UPM, UUM, UKM, UiTM, UM, UNIMAS, USIM, UIAM, UMS atau UNISZA, maka sertailah program asasi yang ditawarkan di universiti ini bila tamat program asasi nanti.
2. Jika program ijazah sarjana muda yang ingin diikuti ada ditawarkan di universiti lain yang tidak menawarkan program asasinya sendiri seperti USM, UNIMAP, UTM, UPSI, UMP, UMK, UMT, UTEM, UTHM maka pelajar seharusnya memilih untuk mengikuti program matrikulasi yang membuka peluang untuk pelajar memohon ke mana-mana universiti bagi mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.
3. Program Asasi UM dan UiTM juga membuka peluang untuk pelajar memohon mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di mana-mana universiti sama seperti kelayakan matrikulasi (yang berbeza dengan matrikulasi adalah syarat kemasukan ke asasi UM dan UiTM ni berbeza lebih tinggi berbanding syarat ke matrikulasi).
ARTIKEL BERKAITAN -> Program Matrikulasi Awam KPM
ARTIKEL BERKAITAN -> Program Matrikulasi Awam KPM
DIPLOMA
Ada pelajar memikirkan untuk memilih diploma berbanding asasi atau matrikulasi kerana takut “tak dapat bawa” pengajian asasi / matrikulasi dan takut-takut kalau dapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) rendah, nanti susah nak sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan kemudiannya akan dapat program lelong.
Tidak juga bermakna jika pelajar memilih laluan diploma, peluang pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda lebih mudah.
Dalam perbincangan “Pengalaman Dari Diploma ke Ijazah Sarjana Muda” di dalam Facebook, Halatuju Pendidikan Selepas SPM telah menunjukkan pengalaman sebenar pelajar-pelajar lepasan diploma yang kebanyakannya mencapai PNGK 3.00 ke atas pun tidak semua yang berjaya mendapat pengecualian apabila menyertai pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Ramai yang terpaksa mengikuti pengajian ijazah sarjana muda bermula dari tahun 1 semester 1 semula selepas menamatkan pengajian diploma 2½ – 3 tahun.
PPISMP di IPGM
Kepada yang dah tekad untuk menyertai Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG), anda mungkin terpaksa membuat pilihan dengan apa yang ditawarkan sekarang berdasarkan faktor yang saya nyatakan di atas sehingga keputusan permohonan anda ke IPGM diumumkan. Terima dulu apa-apa tawaran yang telah diterima.
Selalunya keputusan tawaran ke Matrikulasi akan keluar dahulu berbanding keputusan UPU. Minggu kedua pada bulan Mei barulah keputusan permohonan ke IPTA akan diumumkan oleh pihak UPU. Pelajar boleh tunggu sehingga keputusan permohonan ke IPTA (melalui UPU) keluar. Keputusan permohonan ke ILKA pula diumumkan pada minggu keempat pada bulan Mei juga.
kalau tak dapat IPTA, daftarlah ke matrikulasi secara online.
kalau dapat IPTA dan dapat matrikulasi tetapi memilih untuk tidak mahu pergi ke matrikulasi, tak perlu daftar matrikulasi online dan terimalah tawaran IPTA tersebut.
kalau tak dapat ILKA tapi dah dapat matrikulasi, terus sajalah mendaftar online ke matrikulasi
kalau dapat tawaran IPTA, ILKA dan dah dapat matrikulasi, kenalah buat keputusan nak pilih yang mana satu
Kalau ketiga-tiganya tak dapat juga, jangan putus asa! banyak lagi peluang anda untuk melanjutkan pelajaran. boleh baca link di bawah:
ARTIKEL BERKAITAN -> Pilih bidang Vokasional

Apa-apa keputusan yang anda buat kena fikirkan sehabis baik. Pilih program yang anda minati dan periksa mana satu laluan pendidikan yang sesuai untuk mencapai matlamat anda. Ingat, pilih program pendidikan bukan kerana untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk, tetapi pilih kerana minat. Pilih laluan pendidikan yang membawa anda kepada kerjaya yang akan anda lakukan pada satu hari nanti.
Apa perlu kamu lakukan selepas mendapat keputusan SPM?
1. Buat keputusan tentang kursus yang kamu mahu pohon
Berdasarkan keputusan SPM, fokus kepada kekuatan yang ada pada anda dalam keputusan SPM, dan pilih berdasarkan kemampuan anda sendiri.
Selepas mengetahui pilihan program, pilih universiti yang mempunyai tawaran program yang anda pilih.
2. Baiki komunikasi anda dalam Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris adalah bahasa penghantar yang penting apabila melangkah ke universiti. Kajian daripada Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mendapati 60 peratus ahlinya menganggap pemohon pekerjaan pada kali pertama adalah lemah dalam penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris. Tinjauan Jobstreet pula mendapati 55 peratus majikan di negara ini percaya kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris adalah punca utama pengangguran dalam kalangan mahasiswa.
3. Bersedia menghadapi kehidupan kampus
Kehidupan di kampus memerlukan anda untuk hidup berjimat cermat sambil berdikari. Kamu boleh mula belajar bagaimana untuk menguruskan diri sendiri tanpa memerlukan bantuan ibu bapa kamu.

yeap yang bahagian PPISMP IPG tu aku setuju huhuhu...Sebab benda tu bukan confirm dapat, so better sebagai backup plan ambik dulu mana-mana jurusan yang diminati :)
ReplyDeleteSaya ialah pelajar lepasan spm. Tapi saya tak tahu hala tuju saya mau pegi ke mana. Tapi saya mempunyai minat untuk sambung belajar. Netizen boleh suggest kemana ptut saya pegi?
ReplyDelete