Tuesday, September 15, 2015

Sekolah Ditutup Akibat Jerebu


Baru cerita pasal dakwaan berita palsu mengenai penutupan sekolah akibat jerebu yang teruk. Tup tup malam nie dah diisytiharkan esok sekolah ditutup bagi negeri di kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka. Dan berita ini sahih, bukan fitnah dan tipu. Kira ini cuti jerebu yang pertama dalam tahun 2015.

Tapi guru-guru masih perlu datang ke sekolah esok untuk menguruskan pelajar-pelajar yang berkemungkinan akan datang ke sekolah juga. Balik pukul berapa lepas tu tak tahu bila pulak. 

************

Sekolah di Selangor, KL, Putrajaya, NS dan Melaka tutup


KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka akan ditutup hari ini, 15 September berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk.  
"IPU (Indeks Pencemaran Udara) menghampiri 200. Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup esok 15.9.2015," menurut kenyataan Kementerian Pendidikan lewat malam ini.  
Pada satu majlis di Sintok, Kedah petang tadi, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sekolah hanya akan ditutup apabila IPU mencecah 200 dan Kementerian Pendidikan tidak bercadang menurunkannya kepada tahap IPU 150 sebagaimana diminta oleh beberapa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). 
Katanya, penetapan tahap IPU pada 200 sebelum sekolah-sekolah ditutup itu merupakan prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan serta Jabatan Alam Sekitar.

sumber: Berita Harian 

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan baru yang mencatat IPU tidak sihat :

Sarawak:
Sibu (106)
Samarahan (104)
Sarikei (126) 
Sri Aman (136)

Selangor:
Batu Muda (183)
Putrajaya (164) 
Cheras (161)
Banting (188) 
Pelabuhan Klang (181)
Petaling Jaya (168)
Shah Alam (167)
Kuala Selangor (137)

Terengganu:
Kemaman (134) 
Paka (112) 

Johor:
Pasir Gudang (103) 
Larkin Lama (105) 
Muar (140)

Pulau Pinang:
Seberang Perai 2 (150)
USM (145) 
Perai (124)

Melaka:
Bandaraya Melaka (161)
Bukit Rambai (182)

Negeri Sembilan:
Nilai (187)
Port Dickson (183)
Seremban (175)

Pahang:
Balok Baru (135)
Indera Mahkota (118)
Jerantut (125)
Jalan Tasek (153)

Perak:
Kampung Air Putih, Taiping (141)
Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (167) 
Seri Manjung (173) 

Kedah:
Bakar Arang, Sungai Petani (127)

Tahap IPU:
0 dan 50 (baik)
51 hingga 100 (sederhana), 
101 hingga 200 (tidak sihat), 
201 hingga 300 (sangat tidak sihat)
300 ke atas (berbahaya).


Read More »

Monday, September 14, 2015

Fitnah Cuti Jerebu


Tak sangka ada juga manusia yang mengambil kesempatan membuat fitnah berkaitan masalah jerebu sekarang nie. Tak pasal-pasal Berita Harian jugak yang kena plak tu. Siapa yang tukang edit tu memang dah tak ada kerja lain agaknya. Itu yang dok tukar tarikh paper tu dari paper tahun lepas kepada tarikh semalam. 


Screenshot itu menyatakan bahawa semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup akibat masalah jerebu yang melanda negara sekarang ini. Gambar ini telah disebarkan menerusi laman sosial malam semalam.

Memang la ramai yang suka cuti bila saat-saat jerebu yang teruk nie. Saya pun suka sangat..siapa pulak tak suka cuti kan? Budak-budak sekolah lagi melompat keriangan sambil garu-garu ketiak kalau dengar pasal cuti nie. Tapi kalau dapat cuti pun nanti kena ganti weii. Ingat kasi free ke. Tak mungkin, tak mungkin. Hoho.

Agak-agaknya sampai bila masalah jerebu ini akan berlaku? Tahun lepas dah kena. Tahun nie kena lagi. Bukan sebab kita pun kena jugak. Sedih.

Kepada sesiapa yang kaki menyeleweng sesuka hati tu, bertaubat la. Sesungguhnya ramai yang memaki anda disebabkan tindakan anda yang tak matang ini. Sekian, terima kasih. 

[UPDATE] Esok (15 September 2015) semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup disebabkan jerebu yang makin teruk. Lihat berita di link ini (klik sini)


lovenota : sakit tekak sebab jerebu nie..

Read More »

Wednesday, September 09, 2015

Perlawanan Malaysia vs Arab Saudi Dihentikan


Aksi kelayakan Kumpulan A Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 yang berlangsung di Stadium Shah Alam membabitkan Malaysia menentang Arab Saudi terpaksa dihentikan pada minit ke-88.
Shah Alam: Ultras Malaya bertindak membaling suar, bom asap dan mercun ke dalam padang sehingga memaksa perlawanan dihentikan. Ketika perlawanan dihentikan Malaysia ketinggalan 1-2 kepada Arab Saudi. Perlawanan dihentikan oleh pengadil perlawanan, Liu Kwok Man dari Hong Kong pada minit ke-88 berikutan tindakan penyokong yang membaling suar ke dalam padang. 
Keadaan penyokong di bahagian semakin tidak terkawal selepas tembakan mercun dilepaskan dan hampir mengenai pemain Malaysia yang ketika itu sedang berkumpul berdekatan bangku simpanan. Pengadil kemudiannya mengarahkan semua pemain masuk ke bilik persalinan 
Jurucakap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kemudian mengumumkan aksi itu dihentikan selama 30 minit, dan keputusan selanjutnya akan diputuskan oleh urusetia perlawanan sama ada meneruskan perlawanan atau sebaliknya.
Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee melakukan enam pertukaran berbanding kesebelasan utama yang tewas 0-10 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jumaat lalu. Arab Saudi yang dibimbing bekas jurulatih Belanda Bert Van Marwijk jelas buntu untuk memecahkan kubu negara dengan Kim Swee mengamalkan pendekatan bertahan. Kubu negara yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat kebal sepanjang 45 minit pertama apabila pemain negara mempamerkan corak permainan berdisiplin. 
Malaysia mendahului menerusi jaringan Safiq Rahim pada minit ke-69 hasil hantaran pemain gantian Wan Zack Haikal Wan Noor. Bagaimanapun, ia tidak bertahan lama apabila lawan bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-73 menerusi Taiseer Al Jassam disusuli tandukan Mohammed Al Sahlawi pada minit ke-76. Jaringan berkenaan nyata menyentap semangat pemain negara apabila gagal bangkit untuk menyamakan kedudukan.

sumber: Harian Metro, Astro Awani

Video Asap Suar di Stadium Shah Alam di Perlawanan kelayakan Pialan Dunia 2018/Piala Asia 2019


Gambar yang berkaitan: Ultras Malaya mengganas







Ini memang perkara yang sangat memalukan negara. kenapa perlu bertindak sedemikian? diorang pun tak habis main lagi kot. sabar-sabar la kalau ye pun. mana tahu tiba-tiba dapat satu lagi gol kan? aduii, sikap mereka ini tak pernah berubah. tak guna buat semua tu, korang kena tangkap masuk jail ada lah nanti!

Berita terbaru dari twitter mengatakan:

#bolatime Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019

FAM sahkan perlawanan tak disambung. Tunggu keputusan FIFA.



Semua orang tahu Ultras Malaya memang tengah marah pada FAM sebab ada beberapa isu. sebab tu diorang buat semua ini tanda protes terhadap pihak FAM. saya pun tak faham jugak apa isunya *sebab saya bukan peminat tegar bola sepak*, tapi salah satunya adalah disebabkan kekalahan perlawanan tempoh hari di mana Malaysia kalah teruk 0-10 berlawan dengan Emiriah Arab Bersatu (EAB) tapi nampaknya perbincangan dua hala antara FAM dengan Ultras Malaya tidak akan berlaku. 


Perhimpunan Ultras Malaya malam ini bukan sekadar bertujuan menyatakan rasa tidak puas hati dengan kekalahan memalukan itu, tetapi turut membawa aspirasi penyokong yang mahu pasukan jemputan dari Singapura iaitu Lions XII disingkirkan dari saingan liga bola sepak Malaysia. Mereka juga menyertakan hashtag #‪#‎31TAHUNFAMMASIHTIDUR‬, selain #singkirlions.

Laman Facebook Ultras Malaya turut menyenaraikan 31 sebab yang selama ini sering mengundang rasa tidak puas hati penyokong berhubung pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 

‪#‎31TAHUNFAMMASIHTIDUR‬

1. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 35 tahun yang lepas.

2. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah pada 35 tahun yang lepas.

3. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia hanya menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Itupun kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.
4. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman FIFA.
5. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 12 kali, sekaligus menduduki tempat tercorot kumpulan.

6. Pada tahun 2012 ketika Kelayakan Piala Asia B-22, terdapat bukti bahawa Myanmar telah menewaskan Malaysia dengan menurunkan pemain lebih umur, namun Setiausaha Agung FAM ketika itu hanya menjawab “saya tidak dimaklumkan”.

7. Kini di Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 17 kali, sekaligus menduduki terperosok di dasar kumpulan kelayakan di belakang Timor-Leste.

8. Lawan pertama Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019 iaitu Timor-Leste pernah berada 46 anak tangga di bawah Malaysia dalam ranking FIFA. Kini negara tersebut berada 6 anak tangga di atas.

9. Apabila FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun lalu (1993), Malaysia menduduki ranking ke-14 Asia. Dalam era Presiden sekarang ranking Malaysia menjunam ke kedudukan ke-34 Asia.

10. Pada tahun 1993, Malaysia menduduki ranking ke-77 dunia namun di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia menjunam ke kedudukan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu ke-169 dunia.

11. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Bhutan, negara yang pernah menduduki ranking paling corot FIFA.

12. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Indonesia, negara yang sedang digantung FIFA dan tidakpun dibenarkan bertanding.

13. Liga bolasepak Malaysia dikategorikan gred ‘D’ walaupun menjalani peralihan selama 25 tahun daripada liga amatur ke liga semi-pro pada tahun 1989, dan kemudian ke liga profesional pada tahun 1993.

14. FAM memiliki sekali ganda lebih jumlah kakitangan berbanding FA Jepun untuk mentadbir bolasepak Malaysia termasuk liga gred ‘D’.

15. FAM merasakan perlu untuk menukar-nukar jumlah pasukan dalam liga gred ‘D’ daripada 14 pasukan kepada 12 kepada 14.

16. Perjanjian FAM dengan Singapura telah tamat, namun FAM merasa perlu untuk meneruskannya dengan penyertaan Young Lions TERUS KE LIGA SUPER.

17. FAM turut merasakan perlu untuk menambah jumlah hari perlawanan pada bulan Ramadan, termasuk 3 hari perlawanan dalam tempoh singkat 7 hari, untuk membenarkan perlawanan sarkis menentang kelab-kelab luar. Sebagai perbandingan, semua pertandingan bolasepak di negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Bahrain, Brunei, Iran, Jordan, Kuwait, Oman, Palestin, Qatar, UAE termasuk Bosnia dihentikan ataupun tamat sebelum bulan Ramadan, kecuali negara yang terpaksa menganjakkan jadual akibat peperangan seperti Iraq dan Syria.

18. Di bawah pentadbiran Presiden kini, FAM telah ‘melelong maruah’ negara kepada penganjur-penganjur perlawanan pertunjukan yang diragui keputusannya.

19. Pada tahun 2009, FAM sewenang-wenangnya merelakan maruah negara diaibkan oleh sindiket perjudian dalam skandal ‘Asiagate’, apabila membenarkan perlawanan ‘persahabatan’ dengan pasukan kelab Monomotapa United FC yang menyamar sebagai pasukan kebangsaan Zimbabwe.

20. Pada Februari 2013, bekas Setiausaha Agung FAM ketika itu dengan mudah menerima surat penjelasan pembatalan ‘perlawanan persahabatan’ Harimau Muda ‘A’ daripada pengarah teknikal Football Queensland, sedangkan perlawanan kononnya diadakan dengan kelab Brisbane Roar. Perlawanan ini juga tidak pernah diumumkan oleh pihak kelab Brisbane Roar.

21. Jelajah Harimau Muda ke Slovakia diberitakan telah dianjurkan dengan bantuan Miroslav Bozik, individu yang dikehendaki untuk soal siasat kes rasuah oleh Interpol pada 1995. Harimau Muda tidak tewas dalam Jelajah Slovakia, namun kemudian ditewaskan oleh Laos dan Myanmar sebelum dibelasah Thailand 5-0.

22. Hanya ejen perlawanan (bukan ejen pemain) yang berdaftar dengan FIFA boleh membawa sesebuah pasukan bermain di Malaysia. Namun Setiausaha Agung FAM enggan mendedahkan identiti ejen perlawanan ‘pertunjukan’ dengan Barcelona pada 2013.

23. Presiden FAM pernah memegang jawatan Presiden MHC dan Exco FIFA serentak.

24. Bendahari FAM memegang jawatan dalam BAM dan MOM serentak.

25. FAM telah GAGAL melaksanakan penswastaan liga pada 2015. Ini mengakibatkan kerugian berjuta ringgit kepada FA negeri, kelab dan pemegang taruh.

26. Hak penyiaran liga dibida oleh 3 pihak: TM-Media Prima, ASTRO-Fox Sports dan Zenith. Namun FAM telah menyerahkan keputusan untuk dibuat oleh MP & Silva.

27. Pada bulan lepas, FAM berbincang untuk menganjurkan Liga Bolasepak Rakyat dengan individu yang pernah ditahan dalam siasatan SPRM berkaitan kes 1MDB.

28. Baucar bayaran Kerajaan pada 2011 menunjukkan wang kerajaan sebanyak RM6,091,200 telah disalurkan kepada yayasan di bawah Presiden FAM untuk 'Lawatan Pasukan Bola Sepak British Premier League Club'.

29. Sebagai badan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan, FAM tidak pernah membentang penyata kewangannya kepada rakyat Malaysia.

30. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia mengalami kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu 10-0 kepada UAE.


31. Rekod menunjukkan jurulatih ketika kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH NEGARA, menerima antara gaji terbesar dalam sejarah iaitu RM712,700 setahun.


Tak tahu nak kata apa. Apa-apa pun cuba selesaikan dengan cara baik.


lovenota : sedih.


Read More »

Saturday, September 05, 2015

Keputusan Festival Filem Malaysia ke-27




Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27) telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Sebanyak 20 anugerah diumumkan dalam majlis yang dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Nabil Ahmad.


Berikut ialah Keputusan penuh Festival Filem Malaysia ke-27

Senarai lengkap pemenang pada malam kemuncak FFM27:

Filem Box-Office - The Journey (kutipan RM18 juta)

Penyunting Terbaik - Adilan Azemi (Dollah Superstar)

Sinematografi Terbaik - Eric Yeong (The Journey)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Raykarl Iskandar (Lelaki Harapan Dunia)

Cerita Asal Terbaik - Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)

Lakon Layar Terbaik - Mamat Khalid (Amir & Loqman Pergi Ke Laut)

Pengarah Harapan - Raja Mukhriz (Ophilia)

Pelakon Harapan Wanita - Dawn Cheong (Cuak)

Pelakon Harapan Lelaki - Kodi Rasheed (Ophilia)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Nadiya Nisaa (Terbaik Dari Langit)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Amerul Affendi (Terbaik Dari Langit)

Karyawan Sepanjang Zaman - Othman Hafsham

Anugerah Khas Juri -  The Great Lion

Anugerah Khas Juri - Amir & Loqman Pergi Ke Laut

Anugerah Khas Juri - Terbaik Dari Langit

Pelakon Wanita Terbaik - Fazura (Manisnya Cinta Di Cappadocia)

Pelakon Lelaki Terbaik - Lee Sai Peng (The Journey)

Filem Bukan Dalam Bahasa Melayu Terbaik - The Journey

Pengarah Terbaik - Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)

Filem Terbaik - Lelaki Harapan Dunia


Berikut adalah senarai pemenang pada malam pembukaan FFM27:

Filem Cereka Animasi Terbaik - Ribbit (KRU International Sdn Bhd)

Filem Animasi Bersiri Terbaik - Rimba Racer (Glue Studios Sdn Bhd)

Filem Pendek Terbaik - Salvaj (Cho We Jun)

Penataan Seni Terbaik - Tunku Mohd Taufek (Lelaki Harapan Dunia)

Penataan Bunyi Terbaik - Winson Poon (Hungry Ghost Ritual)

Pereka Kostum/Busana Terbaik - Elaine Ng & Wing Shum (Hungry Ghost Ritual)

Kesan Khas Terbaik - Mirage Works (Seventh)

Skor Muzik Asal Terbaik - Ooi Su Lyn & Teoh Eng Hooi (Manisnya Cinta Di Cappadocia)

Lagu Tema Asal Terbaik - “Lautan” oleh Yuna (Lagenda Budak Setan 3)

Penggiat Belakang Tabir - Puan Mariam Ibrahim


Tahniah kepada para pemenang!


Read More »

Saturday, August 22, 2015

Keputusan Anugerah Lawak Warna 2015



Keputusan penuh Anugerah Lawak Warna 2015 yang bersiaran langsung dari Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134). Anugerah ini menampilkan Dato’ AC Mizal bergandingan bersama Sherry Al-hadad dan Zulin Aziz selaku peneraju acara.

Kategori Terbaik


Filem Komedi Terbaik
Gila Baby - Grand Brilliance

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem)
Beto Kusyairy - Gila Baby

Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem)
Nadiya Nisaa - Gila Baby

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)
Sharnaaz Ahmad - Suamiku Encik Sotong

Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV)
Jihan Muse - Jihan Nak Buat Rumah Terbuka

Rancangan Komedi Terbaik Bersiri
Karoot Komedia X S3 - Lydia Emalia Ishak (APSB)

Rancangan Komedi Terbaik Bukan Bersiri
Super Spontan 2014 (Akhir) - Noradyman Sulaiman (Vision Works)

Rancangan Drama TV Komedi Terbaik (Bersiri)
Keluarga Iskandar 2 - KL Motion Pictures

Telemovie Komedi Terbaik
Jihan Nak Buat Rumah Terbuka - KL Motion Pictures

Lakon Layar & Skrip Komedi Terbaik (Filem)
Alfie Palermo & Khabir Bhatia - Gila Baby

Lakon Layar & Skrip Komedi Terbaik (TV)
Mazlan Manan - Cinta Kedua

Pengarah Komedi Terbaik (Filem)
Khabir Bhatia - Gila Baby

Pengarah Komedi Terbaik (TV)
Syed Khairul Farez - Jihan Nak Buat Rumah Terbuka


Kategori Popular

Artis Lawak Duo atau Berkumpulan Paling Popular
Sepahtu

Pengacara Lawak TV Paling Popular
Dato' AC Mizal

Artis Lawak Wanita Paling Popular
Sharifah Sakinah

Artis Lawak Lelaki Paling Popular
Jep Sepahtu


Secara jujurnya, anugerah kali nie sangat tak best. Harapkan beberapa orang artis yang buat performance je yang menyerikan suasana, contohnya Lah Ahmad feat Awere nyanyi lagu "See You Again". Yang lain macam tak best je. Ah, boleh kata boring lah. Tapi still first trending di Twitter. 


Tak ape lah, tahun depan cuba lagi ye.


lovenota : aku bosan dengan Anugerah Lawak Warna, aku rasa buang masa *mode lagu akim*





Read More »

Saturday, August 08, 2015

Susu Formula ada DNA Lembu



Semalam ada sesi bual bicara mengenai "Susu Barokah" dengan Ustazah Fatimah Syarhah di Fiqh Wanita TV3 jam 1 petang. Bagus kita bincangkan soal ini, sebab dalam islam pun digalakkan memberi susu ibu kepada anak kita.

Allah juga ada menyebut tentang penyusuan ibu di dalam firmanNya yang bermaksud "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu." (Al Baqarah:233)

TETAPI bila ustazah mengeluarkan statement, "Kalau kita bagi susu lembu, maka DNA lembu akan masuk ke dalam badan bayi", punya la mengamuk para ibu-ibu di Malaysia sebab satu statement tu je. Mana tak mengamuk, memang tidak dinafikan ramai yang bagi susu formula disebabkan susu ibu dah kering tetapi cara ustazah tu cakap seolah-olah anak diorang tu dah ada DNA lembu dan berperangai seperti lembu. 



Dalam group yang saya join di facebook, ada juga beberapa komen yang diberikan berkenaan dengan penjelasan ustazah nie. Ada juga yang sarcasm. Hihi.



Saya faham apa yang ustazah tu nak cakap, tapi kat Malaysia nie ramai orang yang sensitif terutama para ibu. Ayat ustazah dah menimbulkan kekeliruan dan ketidakpuashatian pada semua orang. Bukan DNA lembu yang masuk, cuma "apa yang kita makan dan minum menjadi darah daging bayi tersebut". Itu penjelasan yang betul sebenarnya. Susu ibu juga membantu perkembangan dan tumbesaran bayi yang sihat. Itu memang tidak dinafikan lagi. Tapi bukan salah ibu tu jugak kalau susunya dah kering. So, kena la jugak bagi susu formula. 

Penjelasan DNA lembu yang dikatakan oleh ustazah itu tidak betul pun. Susu formula yang diberikan akan dicernakan dari mulut hingga ke usus kecil "ingat pembelajaran Sains Tingkatan 2 dan Biologi Tingkatan 4". Yang diserap hanyalah khasiatnya, bukan DNA. DNA pula membawa maksud unit perwarisan yang mengandungi kod genetik sesuatu organisma. Ia hanya boleh diturunkan atau diwariskan melalui anak oleh induk (ibu bapa) semasa proses persenyawaan berlaku. Ini bermakna bayi tak ada DNA lembu.  Tu jela. 

Lagi satu penjelasan yang win dari facebook Iluminasi. Hehe



Khasiat Susu Ibu

Banyak kajian yang dilakukan seantero dunia telah membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak terdapat dalam susu formula lain. Ia merupakan makanan terbaik untuk bayi terutama sejak lahir sehingga 6 bulan kerana ia mempengaruhi pembentukan fizikal juga mental anak-anak. Sebaik sahaja bersalin, susu pertama yang berwarna kekuningan dinamakan kolostrum mengandungi antibodi yang tinggi bertindak sebagai imunisasi pertama bagi bayi kerana ia mampu melawan penyakit seperti cirit birit, bronkitis, eczema dan lelah. Hari-hari pertama selepas kelahiran, ibu-ibu digalakkan menyusui bayi untuk membekalkan antibodi yang cukup. Walaupun terdapat perkembangan teknologi makanan moden yang cuba merumus susu formula agar menyamai susu ibu, namun khasiat dan kebaikan susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Itulah hebatnya kurniaan Allah.

Antara kebaikan susu ibu ialah mengandungi komposisi nutrien yang sesuai dan cukup dengan perkembangan bayi yang membesar. Susu ibu bebas daripada bakteria kerana ia mengandungi antibodi (immunoglobulins) yang bertindak sebagai tembok penghalang pelbagai penyakit sehinggalah bayi dapat membentuk antibodinya sendiri. Protein di dalam susu ibu adalah mencukupi untuk pertumbuhan bayi dan perkembangan otak. Protein susu ibu mudah dihadam dan diserap. Apabila susu lembu diberi kepada bayi, kuantiti protein yang dihadam dan serap adalah rendah menyebabkan banyak hasil pecahan protein. Perkembangan otak boleh terganggu jika paras hasil pecahan protein dalam darah adalah tinggi. Susu ibu tidak membebankan ginjal bayi dan ia tidak perlu menyimpan air yang berlebihan.

Lemak merupakan sumber utama bagi bayi. Enzim lipase yang terkandung di dalam susu ibu boleh menghadamkan lemak. Kandungan lemak adalah berubah semasa penyusuan ibu iaitu lemak adalah rendah pada permulaan penyusuan (foremilk) dan tinggi pada akhir penyusuan (hindmilk) atau disebut susu akhir. Enzim-enzim dalam susu ibu akan menghadamkan lemak dan ini menyebabkan ia senang dibekalkan kepada bayi sebagai tenaga. Susu ibu juga mengandungi zat besi yang mudah diserap oleh bayi kerana di dalamnya terdapat laktoferin berbanding susu formula. Kandungan vitamin A dan C dalam susu ibu adalah tinggi berbanding susu lembu. Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Oleh itu, tidak timbul masalah kebersihan dalam pengendalian menyusukan bayi. 

Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar kepada bayi malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Kajian menunjukkan anak-anak yang berusia sembilan dan lima tahun yang mendapat susu ibu mempunyai IQ sebanyak 12 dan 9 kali lebih tinggi daripada anak yang seusia yang tidak mendapat susu ibu. Penelitian ini menunjukkan hikmah Allah menggalakkan penyusuan ibu yang lengkap bagi menjamin keberterusan generasi berkualiti. 

Sejajar dengan firmanNya "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung hingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun." (Luqman:14). 

Kajian di Belanda pula menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Arakidonik (AA) yang tidak diperolehi dalam susu formula penting untuk pertumbuhan sistem saraf dan juga tumpuan otak.

Pakej istimewa yang ditawarkan dalam penyusuan ibu bukan sahaja memberi kebaikan kepada bayi malah ibu itu sendiri. Walaupun ramai wanita diselubungi kebimbangan mengembalikan bentuk badan selepas bersalin, dengan menyusu bayi, badan wanita boleh menjadi langsing disertai dengan senaman. Di samping itu, penyusuan bayi dapat membantu mengecutkan rahim, mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko kanser buah dada dan ovari. Yang lebih istimewa, penyusuan badan dapat menyerlahkan lagi naluri keibuan dan menjana ikatan kasih sayang antara ibu dan anak kerana dalam proses menyusu, hormon prolaktin terhasil dan ia merangsang perasaan keibuan.

Sumber : ikim


Doa, Zikir dan Surah Banyakkan Susu Ibu

Ada beberapa doa, zikir dan surah yang boleh diamalkan oleh para ibu-ibu untuk memperbanyakkan susu ibu seperti:









Saya pun masa kecil-kecil minum jugak susu formula, Dutch Lady, sampai la sekarang. Alhamdulillah tak ada perangai macam lembu, banyak perangai manusia. Tapi kat sekolah jadi Hulk Hogan jugak la..hihi. 


lovenota : Breastfeeding is the best


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®