Thursday, June 02, 2011

school holiday!


sudah lama tak jenguk cik blog saya nie kan..
entah2 dah merajok~
=P

lepas nie boleh la update ye..
kan cuti sekolah..
boleh la layan blog semula..
yuhuu!!


so adik2 yang bercuti tu..
apa yang korang buat yee..
cikgu dah banyak bagi latihan kann..
macam sekolah tempat balqis mengajar tu..
setiap student kena diberi latihan untuk setiap subjek..
untuk sains..kena sediakan 2 set soalan untuk Tingkatan 1, 2 dan 4..
dan 3 set soalan untuk Tingkatna 3 dan 5..
so..sila la buat yee..

apa yang adik2 nak buat tu..
fikir la seelok-eloknya iyee
harap2 adik dapat manfaatkan cuti sekolah ini yee..

macam cik balqis..
cuti nie nak rehat sepuas2nya!
kenapa?
sebab selama nie tak cukup rehat..
hari nie baru balik kampung..sedangkan cuti sekolah start dari hari sabtu lepas lagi kan..
apa nasib badan kan..
ada kelas tambahan untuk budak2 PMR dan SPM..

so happy holiday kepada semua guru2 di malaysia..
rehat2 la secukupnye!

p/s: selamat pengantin baru kepada Dr Allia Najmie yang bakal bernikah pada hari Jumaat nie..entah dapat datang ke tak..sedihh (T_T)
Read More »

Wednesday, April 27, 2011

manyak PENING!!

rasanya dah lama cik balqis tak update blog..
kan kan kan!!
busy lerrr..sumpah takda masa..
masa untuk diri sendiri takde..
masa untuk siapkan kerja..
masa untuk facebook..
masa untuk blogger..
entah2 u all da lame lupakan i tak~~
(T____T)

nak story mory niee..
cik balqis kan guru penasihat kadet polis..
pening jugak mak aihh..
latih budak2 kawad pun tak berapa ok lagi..
formasi semua tunggang langgang..
pompuan pulak yang berkawad tuh..
sedih lagii
(T____T)

next week on 3 Mei 2011 ada Pertandingan Kawad Kaki peringkat daerah..
di SMK Bukit Jalor..
ok laa..tak la jauh sangat kan dari sekolah..
tapi cik balqis xdpt join..
sebab hantar budak ke Karnival Sains dan Teknologi (KASTEK)..
hantar wakil saintis muda..
entah menang ke tidak..hoho!

tapi yang menjadi masalah sekarang nie..
tempahan baju uniform kadet polis tuuu..
adalah satu kedai nie..
dah buat quotation dahh.
dah order kuantiti nak berapa banyakk..
boleh plak tadi call cakap tak ada stok..
hampeh!
ape pasai xckp awal2??
ayoyooo..
tak ke menyusahkan kami je..
hari tu cakap ada..cukupp..
bila nk bagi kuantiti tak da pulak..
memang hampeh ini kedai..
melayu pulak tu!
kita nie nak tolong orang melayu..
tapi jadi lain plak kan!
ayayaya~~

sekarang nie tengah serabut..
nak cari kedai lain dah tak tahu tempat daa..
tengok jela esok macam mana..
memang sadisss
(T___T)

p/s: rasa macam nak tulis je apa perkembangan cik balqis kat sekolah tiap2 hari kat blog nie..
nanti nak cerita la kereta cik balqis kena calar balar dek student sengal~~

Read More »

Monday, March 14, 2011

:: Fashion Filem yana mengagumkan! ::

semalam tengok Zee TV..
ada 1 movie hindustan..
hindustan ye..bukan english..
bosan jugak asyik filem english je kan..hehe..

ok..back to the story..
filem Fashion terbitan 2008 nie memang sangat la banyak moral value..
orang yang berjaya jangan la sombong dan bongkak diri..
kelak akan memakan diri..
cerita nie kisah seorang gadis kampung yang datang ke bandar untuk menjadi supermodel..
bila dah berjaya..dia lupa pada diri..
kemudian popularitinya jatuh disebabkan pengaruh dadah dan arak..
bila dah hilang semangat diri..
ayahnya bantu dia untuk bangun semula dari kegagalan..
dan akhirnya dia berjaya kembali..

so cerita nie boleh dijadikan pengajaran..
cik balqis tengok cerita nie sampai habis coz nak tahu apa kisah selanjutnya..
nak tahu macam mana ceritanya?
sila baca sinopsis kat link bawah nie:

pelakon dia ialah Priyanka Chopra..
the most beautiful woman in bollywood..
dalam filem nie semua costume yang dipakai oleh Priyanka Chopra cantik2 jee..
jelesnye jadi orang yang cantik nie kan..hehe..

File:Fashion film.jpg

File:Fashion new 2.jpg




opps..yang ternganga tu sila la tutup mulut ye..
so sila la cari movie ini dan tonton..
gerenti tak menyesal~~

Read More »

Saturday, March 12, 2011

Kursus Pegawai Kanan Kadet Polis

pada 28 feb - 4 mac 2011 yang lalu balqis g kursus taw!
bertempat di Ibupejabat Polis Kontijen (IPK) Negeri Sembilan di Sekolah Latihan IPK Seremban, Negeri Sembilan. 
baru posting da dapat kursus yang pertama!
hebat tak?
(padahal terpaksa coz cikgu2 senior semua mengelat takmo pegi..huhu~)

kursus kadet polis untuk pegawai2 kanan kadet polis
yeshhh!
cik balqis jadik Inspektor taw!
jangan tak percaya!
haha!


tapi Inspektor Kadet jelaa..
tapi!
cik balqis merasa jugak ape menjadi inspektor
kehidupan sebagai polis..

masa kursus tuh..
takde peluang untuk berehat!

bayangkan:

6.30 pagi : terpacak di tapak kawad untuk berkawad sampai pukul 9 pagi
9.30 pagi : pergi ke IPK Seremban untuk sesi kuliah..jalan kaki woo..dengar ceramah sampai tertidur2..
12.30 tghari : makan + solat + rehat kejap jee..
1.30 tghari : pegi IPK balik..sesi kuliah petang pulakk..
4.00 ptg : balek kuarters semula..rehat + solat
5.00 ptg : senamrobik..actually agak seronok..xde la stress..
7.00 mlm : pergi surau + ceramah agama
9.00 malam : kawad kaki..coz cikgu2 nie dah lama xberkawad..da berkarat..so kawad la sampai malam iaitu 11 malam.

balik dorm pengsan tak hengat dunia..hoho..

selama seminggu tu la rutin harian cik balqis..
mau tak penat..
balik2 memang tido tak hengat laa..
kaki sampai melecet taw
kena pakai full shoes
kasut kawad..
sakit woo..


dalam banyak2 sesi..
paling best sekali main menatang atas nie..
namanya T-Baton..
kalau sape yang polis tu tau la kan gunanya..
ayah balqis pon tak penah guna..
anak dia da rasa dulu..hehe!

so far ok la kursus nie walaupun terpaksa pergi..
sebab dapat jumpa kawan2 baru..
yang pergi pun ramai jugak guru2 baru..
so secara automatik dapat kawan2 baru kan..

so sekarang nie tak sabar nak tunggu tauliah hujung bulan nie..
jumpa lagi kawan2 sama platun yer..



lain kali nak pergi lagi tak?
nakkk..tapi tak nak kawad!!
please!!


Read More »

Monday, February 21, 2011

the FaceBlog

maybe dah rata2 yang tahu
tentang kewujudan faceblog nie..
bagi balqis its ok..chomel je layout dier..
dah la kaler pink..kiut la!
dan paling ok nye..boleh berkawan dengan blogger2 lain
tabik buat faceblog..
selagi boleh mengumpul para blogger2 seluruh malaysia kan..
boleh juga mengeratkan silaturrahim antara sesama blogger..
chewahh!!

so ada kata2 aluan dari admin faceblog

"SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUDKAN IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA. TERIMA KASIH"

Edit

nak ke faceblog sila klik banner kat atas neh!
Read More »

Sunday, February 20, 2011

Mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu sebagai isteri?

1. Hidup Berjadual.

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)

Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).

Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.

Sekejap.

Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!

Semua nak salahkan cikgu.

Maka, cikgu mestilah kena komited.

Konsep yang sama
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asah pensel dan pisau di tepi)

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya?

Nak berpeleseran?

Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"
Gila kau.
Mana nak sempat lupakan suami begitu?

Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

4. Terapi melepaskan tekanan.

Semua kerja ada tekanan.

Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.
Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?

Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?

Pukul budak-budak di sekolah?

Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.

Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)

6. Penampilan.

Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.

Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?

Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?

*kredit to facebook*

artikel nie sebut pasal guru kimia..nie nak puji ke perli aku..haha!
so, kalau ikut artikel ini..aku takkan jadi andartu la ye..kan kan kan!
Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®