Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!
Nuqman Hakim
Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!
Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.
"Awak suka saya tak?" – Mya Zara
"Aku… aku suka Dibo!" – Luqman Hakim
Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.
"Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!" – Nuqman Hakim
Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?
review/komen:
jalan cerita yang sangat seronok..langsung tak bosan n boring. cover novel yang sangat cantik..sangat tertarik dengan cover tu. senakal2 Luqman pun dia sangat menjaga keperibadian..kemas..hensem..bergaya..walaupun 'jahat' sebab mempermainkan perempuan aka kasanova terhebat tapi dia tak pernah meniduri mana2 perempuan. bila munculnya Mya Zara dalam hidup dia sebab kena kahwin ganti dengan tempat abangnya si Nuqman tu, mula2 tak dapat terima langsung kehadiran Mya Zara.
bila dah duduk bersama, bergurau2 lama2 boleh terima dan jatuh cinta..chewahh. dalam cerita nie..Mya Zara yang cakap "i love u" dulu. Luqman tu lembab sikit sebab takut satu hari nanti abang dia, Nuqman datang membawa Mya Zara pergi dari hidupnya. nasib baik la penulis buat cerita yang Nuqman dah kahwin lain n hilang ingatan. kalau buat scene gaduh2 rampas2 mesti seronok jugak ek..hahaha..
dalam novel nie jugak penulis menyebut kegemaran Luqman iaitu Dibo. ke mana2 je mesti Luqman bawa Dibo bersama. tidur pun mesti kena ada dibo. saya sendiri tertanya2 Dibo tu menatang ape..bila google baru la tahu..hehe!
dibo memang cute..hee!
Mya Zara dalam novel nie seperti perempuan lemah lembut..bila dengan Luqman suka mengusik..nakal ckit..yela..dah dengan suami semua perangai terbongkarkan..kih3! Nuqman ceritanya sikit jer..menambah perisa :)
so, kena la baca novel nie..memang best!
blog penulis [boleh baca novel nie kat bog beliau jugak]
pembelian secara online [ada diskaun taw]: