Tuesday, December 25, 2012

Novel: Maaf Jika Aku Tak Sempurna


Judul novel: Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Penulis: Acik Lana
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Harga: RM 34

Sinopsis:

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?

komen:

awesome bebeh! hahaha..cik balqis suka novel nie..memang tak boring sangat2! 

lelak paling romantik of the year..dalam novel nie la..hehe! Luqman memang seorang lelaki yang sangat2 romantik, penyayang, memang ambil berat betul2 la dengan Melina..layan Melina bagaikan menatang minyak yang penuh! kalau Melina sakit, dia suapkan Melina..jaga makan pakai Melina..admit hospital pun sanggup berjaga tak nak balik rumah..tak nak tinggalkan isteri tersayang sehingga sedar! begitu kuat sekali rasa cinta si suami terhadap isteri..sampaikan berpantang lepas bersalin pun dia sanggup ambil cuti..bayangkan! tak ramai suami yang macam Luqman di dunia nie tau! Luqman seorang yang sangat baik, setia pada Melisa..kalau ikut komen Melisa, Luqman seorang yang tinggi dan berbadan tegap! sexy taww! [gatal suda! hahaha] 

tapi memang respect la kat Luqman..walaupun kena tangkap khalwat, dipaksa berkahwin dengan Sarah..dia tetap setia pada isterinya. Yelahh..kalau lelaki lain, da nampak ikan halal depan mata bole la "makan" kan..macam cerita Ombak Rindu masa Hariz kena kahwin dengan Mila tuhhh..tapi tidak pada Luqman. 

cik balqis da baca novel 1st Acik Lana: Aku bukan Mistress..best jugak!


lepas nie nak baca novel ketiga beliau: Kalau Memang Harus Begitu


kompem best kan! tajuk pun da thrill..hehe! tapi tak tahu bila boleh baca coz mak tak bukak lagi buku nie dari pembalut..kena tunggu mak rasmi dulu laa..kih3~


pembelian secara online:

homepage/blogspot penulis:

boleh baca novel ini secara online juga..klik je pada link acik lana kat atas..

so, siapa2 yang belum baca novel nie sila la baca secara online..tapi cam takde feel je kan..beli buku tu terus kat Popular jer! hehe!

No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®