Friday, December 19, 2014

Charyl Chappuis, Pemain Bola Thailand



Sejak perlawanan Malaysia vs Thailand semalam, kecoh jugak la tapi bukan disebabkan gol 0-2 tu, kecoh pasal pemain nombor 7, iaitu pemain tengah Gajah Perang, Thailand iaitu Charyl Chappuis. amboi, kalau nampak pemain bola hensem dan jambu sikit korang suka la yer! menangis para lelaki Malaysia tau tak! orang tengok bola, bukan tengok pemain..hahaha~

Tetapi tak dinafikan Charyl Chappuis nie memang handsome, jambu sikit la ala-ala cute gitu..aishh..puji ciptaan Allah SWT tak pe kan..hehe.


10 Fakta Menarik Pemain Kacak No 7 Thailand, 
Charyl Chappuis

1. Penjaring Gol Pertama Thailand Menentang Malaysia
Chappuis meletakkan Thailand 1-0 mendahului Malaysia menerusi jaringan sepakan penalti. Disebabkan Chappuis ini handsome, jadi ia sedikit sebanyak mengurangkan kemarahan penyokong wanita Harimau Malaya. eh eh, korang nie...haha

2. Berdarah Kacukan Mat Salleh
Baru berumur 22 tahun dan dilahirkan Di Kloten, Switzerland. Ayah Chappuis berasal dari Switzerland manakala ibu Chappuis dari Thailand. patut la muka macam mat saleh kan? bersih gitu..jeles la lelaki malaysia..haha

3. Pahit Untuk Ditelan, Chappuis Gay?
Desas desus terkini, ada yang mengatakan Chappuis ini gay kerana ada gambar di mana Chappuis berpelukan dengan lelaki lain. Berdasarkan foto di bawah, boleh dilihat Chappuis mencium pipi seorang jejaka lain. Adakah dia  seorang gay? Tidak! Itu adik dia la. haha.


4. Maaf Hati Saya Sudah Dimiliki – Chappuis
Buat gadis-gadis di luar sana, lupakan hasrat korang untuk memikat hati Charyl Chappuis sebab dia sudah ada teman wanita @ girlfriend yang berasal dari German. memandai je korang kata dia songsang. ishkk!


5. Pernah mewakili pasukan Switzerland
Percaya atau tidak, Chappuis pernah mewakili skuad bawah-17 Switzerland yang menjulang kejohanan Piala Dunia FIFA U-17 pada 2009, namun memilih untuk mewakili negara kelahiran ibunya, Thailand, sejak tahun lalu.

6. 291 Ribu Followers Instagram
Pemain Thailand ini mempunyai 291 ribu followers Instagram setakat hari ini. bukan main ramai! sesiapa nak cuci mata, nak follow beliau, boleh ke Instagram Charyl Chappuis


7. 72,694 likes Fanclub Facebook
Jumlah likes setakat ini. banyak facebook yang fake di facebook, tetapi yang ini real..kot? rasanya lah..haha. nak like, boleh ke fanpage club Charyl Chappuis


8. Muka Iras Cristiano Ronaldo!
Kalau korang perhatikan betul-betul muka Chappuis ini memang ada iras Ronaldo. Kalau muka dia cengkung sikit memang sebijik lah.


9. Miliki Banyak Kejuaraan Bersama Kelab
Menjuarai Thai Premier League, Thai FA Cup, Thai League Cup, dan Kor Royal Cup bersama dengan Buriram United di Thailand. 

10. Impian Bermain Dengan Barcelona
Menerusi artikel yang dipetik daripada ESPN, Chappuis mendedahkan keinginannya untuk kembali bermain di Eropah satu hari nanti.

Saya mempunyai impian untuk bermain bersama dengan pasukan favourite saya, Barcelona tetapi saya tahu ianya mustahil.



sumber : OhBulan


minat tu minat jugak. tetapi, nanti berikanlah sokongan anda kepada Harimau Malaya. pasti boleh!


lovenota : saya tengok bola pun tengok keputusan je. tak faham sangat bola-bola nie..hehe



13 comments:

  1. aah, memang tgh pemes mamat ni ha.. hensem la jugak kaann.. hehe
    apa2 pun, jom sokong harimau malaya..

    ReplyDelete
  2. bolah tahan hahahahahaa;)
    yg penting sabtu nie 20/12/2014 Harimau Malaya kena menang bebe

    ReplyDelete
  3. Hahahaha...memang famous mamamt ni lepas bola rabu hari tu...Harimau Malaya tetap dihati..hehehe

    ReplyDelete
  4. hensemnya. betul la, ada iras2 cr. hehe

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan.. baru nak datang singgah.. Hensem jugak mamt ni.. popular plak dia ni kat Mas sebab jaringkan gol.. haha.. apa2 pun tetap sokong harimau malaya..

    Jom singgah sini ;- http://syidamenulis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Oh my ramainye yang duk buat entry pasal mamat ni hehehehe

    ReplyDelete
  7. tudia gegerl pakat gila si charyl ni hahaha

    ReplyDelete
  8. boleh tahan hnsem jugalah dia tapi bukan taste saya. hahahaha. alah, manusia ni. kalau nak buat tuduhan melulu senang je, x selidik betul2 dulu.... adoi

    ReplyDelete
  9. Dah dia mmng handsome :) Tu lah ramai lelaki-ii kat Malaysia ni jelous .. Tpi , awek dia tu ... hitam dri dia sbnrnya .. -_-

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.. Selamat berkenalan :-)

    Jumpa entry ni masa tny pakcik G mcm mana rupa mamat ni..hehehe.. saya xtengok bola tp esok tu dok dengar sluruh malaya pakat dok cita masa player no.7 thailand, so cari2 lah tgk muka dia camna.. memg hensem tp sangat jambu.. tak berkenan..ehhehehe... sorry pd yg berkenan :-)


    Jemput singgah blog saya Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

    ReplyDelete
  11. biasalah perempuan suka cuci mata tapi tak sedahsyat lelaki cuci mata kan. hmm.. memang ada irsa. mungkin inilah dikatakan muka bola ^^ bilangan followers tu mesti 90% perempuan. haihh.. ramainya kaki stalker. siap nak mengutuk lagi muka awek dia huduh. buat segan Malaysia je T___T kita ni jauh kat Malaysia, sibuk nak judge org yang dah duduk bawah ketiak dia.

    ReplyDelete
  12. tak minat dia. hehe. baik coach thailand. lg hensem :)

    ReplyDelete
  13. tak minat...hehehe
    sebab kita dah ada hero kot

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®