Sunday, April 23, 2017

Keputusan Anugerah Meletop Era (AME) 2017



Terdapat sebanyak 18 kategori yang dipertandingkan. Peminat boleh mengundi secara dalam talian melalui laman web rasmi, khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun melalui aplikasi Astromobile. Program ini ditaja oleh kosmetik Aurawhite.

Cukup sinonim dengan jenama MeleTOP dan AME, pasangan hos yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Nabil Ahmad dan Neelofa akan digandingkan sekali lagi untuk menggalas tanggungjawab bersama sebagai hos pada malam gilang gemilang itu bersama-sama dengan Johan.

Berikut ini senarai keputusan penuh dan gambar-gambar sekitar AME2017:



Fesyen MeleTOP
  • Fattah Amin
  • Neelofa
  • Nur Fazura
  • Scha Alyahya
  • Vivy Yusof

Artis Baharu MeleTOP
  • Aiman Tino
  • Alvin Chong
  • Khai Bahar
  • Mat Dan
  • Nadya Syahera


Bintang Online MeleTOP
  • Datuk Siti Nurhaliza
  • Fattah Amin
  • Jep Sepahtu
  • Neelofa
  • Zizan Razak

Couple MeleTOP
  • Akim Ahmad & Stacy
  • Amar Baharin & Amyra Rosli
  • Jihan Muse & Ungku Hariz
  • Saharul Ridzwan & Deena Emir
  • Shukri Yahya & Tya Adnan



Si Cilik MeleTOP
  • Aaira Ameena
  • Aaisyah Dhia Rana
  • Lara Alana
  • Seri Aileen Marissa
  • Yusof Iskandar



Program Radio MeleTOP
  • JoHaRa Pagi Era
  • Sembang Sinar
  • Sepahtu Sinar
  • Super 40 Era Bersama Radin
  • Suria Cinta


Penyampai Radio MeleTOP
  • DJ Lin - Suria
  • Haniff - Era
  • Jep - Sinar
  • Johan (Raja Lawak) - Era
  • Shuib (Sepahtu) - Sinar

Program MeleTOP
  • Gegar Vaganza S3
  • Maharaja Lawak Mega 2016
  • Manisnya Cinta DUKE
  • Super Spontan All Star (episod Datuk Siti Nurhaliza)
  • Taste Selebriti (episod Neelofa)


Hos MeleTOP
  • Aliff Satar
  • Datuk AC Mizal
  • Johan (Raja Lawak)
  • Nabil Ahmad
  • Neelofa

Drama MeleTOP 
  • 7 Hari Mencintaiku
  • Dia Semanis Honey
  • Lara Aishah
  • Menongkah Kasih
  • Suri Hati Mr. Pilot 

Pelakon TV MeleTOP
  • Ayda Jebat
  • Fattah Amin
  • Neelofa
  • Shukri Yahaya
  • Siti Nordiana

Artis Lawak MeleTOP
  • Abam Bocey
  • Achey Bocey
  • Ajak Shiro
  • Johan (Raja Lawak)
  • Kamal Adli

Grup/Duo MeleTOP
  • Akim & The Majistret
  • Caliph Buskers
  • Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir
  • Hafiz & Misha Omar
  • Syamsul Yusof & Mawi



Penyanyi MeleTOP
  • Aizat Amdan
  • Ayda Jebat
  • Datuk Siti Nurhaliza
  • Khai Bahar
  • Siti Nordiana


Lagu MeleTOP
  • Hidup Dalam Mati (Syamel)
  • Kalah Dalam Menang (Mawi & Syamsul Yusof)
  • Ku Rela Dibenci (Aiman Tino)
  • Pencuri Hati (Ayda Jebat)
  • Sejati (Faizal Tahir)

Filem MeleTOP
  • Aliff Dalam 7 Dimensi
  • Boboiboy
  • Langit Cinta
  • Munafik
  • Ola Bola

Bintang Filem MeleTOP
  • Alif Satar
  • Fasha Sandha
  • Nabila Huda
  • Nur Fazura
  • Syamsul Yusof




Anugerah Top Top Top Meletop Lelaki
Fattah Amin

Anugerah Top Top Top Meletop Wanita
Neelofa



lovenota: nama pun undian peminat. Peminat #lofattah belum move on lagi. Terima jelahhh~



Read More »

Thursday, April 20, 2017

Blog Dialihkan ke Web Busuk.Org


Setelah selesai update blog sebentar tadi, dengan tergerak hatinya nak melihat blog sendiri. Tiba-tiba blog tak boleh dipaparkan tetapi dibawa ke laman web lain. laman web tersebut ialah laman web Busuk.Org. eh, kenapa pula tiba-tiba keluar laman web busuk nie? busuk betullah! 


Inilah paparan yang keluar semasa kita view blog kita. Ia akan menjadi laman web khusus untuk busuk.org. amboi, ambil kesempatan ke ape nie? penat-penat orang datang nak view blog kita, dia ambil port pulak ye. habis hilang visitor kita tau.

Apabila saya membuat siasatan *chewah*, saya mendapati beberapa blogger turut terkena tempiasnya. ingatkan hanya saya sahaja yang terkena. Apabila saya mencari punca busuk.org tersebut di template blog, didapati bahawa memang saya ada menggunakan widget busuk.org itu, iaitu shoutbox. 

Cara untuk membuang widget yang memberi masalah:

Buang script yang tak berkenaan dalam blog. buka HTML blogspot anda dan cari semua script yang mencurigakan atau dengan kata lain, script dari luar. jika widget itu ada di dalam HTML, anda cuma perlu CTRL-F pada coding HTML dan buang widget yang berkaitan. 

Cara untuk membuang, cari perkataan "busuk.org" dan anda akan terjumpa HTML seperti gambar di bawah. buang perkataan yang berwarna biru dan save selepas edit. siap.


Dalam kes saya, saya meletakkan widget busuk.org di luar HTML, iaitu di kawasan widget di Layout. teknik yang paling senang untuk dilakukan, remove sahaja widget tersebut. mudah!


sebelah kiri ialah shoubox, sebelah kanan ialah shoutmix.

Shoutbox adalah pengganti Shoutmix, digunakan sebagai kotak komen. mungkin blogger lama tahu mengenai Shoutmix. Shoutbox busuk lebih mesra-pengguna dan lebih cantik berbanding Shoutmix. disebabkan itu ramai blogger menggunakan Shoutbox busuk. selepas ini saya kena mencari shoutbox baru yang bersesuaian dengan blog saya. 

Blog saya pernah kena hack atau dialihkan sebanyak dua kali. ok dua kali. nak tahu, anda boleh baca di artikel di bawah:

lovenota: ingatkan blog kena hack la tadi. takut sangat..ishk3~


Read More »

Wednesday, April 19, 2017

Tak Dapat IPTA, Ada Pilihan Lain?


KALAU TAK DAPAT MASUK UNIVERSITI AWAM... PERLU ADA PLAN B..

Plan B – IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta)


Dalam keghairahan dan keterujaan untuk bersedia menerima keputusan SPM dengan kebiasaannya meletakkan sasaran untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), pelajar juga seharusnya juga melihat peluang-peluang yang ada ditawarkan di IPTS. Jangan sesekali memandang rendah kepada IPTS atau menganggap semua IPTS akan menipu duit anda. Kalau nak menipu duit pelajar, tidak sebanyak mana berbanding dengan denda atau kesan yang akan diterima oleh IPTS yang melakukan kesalahan tersebut.

Setiap pelajar harus ada Plan B yang memfokus kepada IPTS selain daripada plan A – memohon kemasukan ke UA dan ILKA melalui UPU. Untuk masa sekarang setiap pelajar harus telah menyenaraikan program pengajian pilihan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari laman web UPU. Jika apabila keputusan SPM diumumkan nanti, anda memperolehi keputusan yang mengecewakan dan tidak melayakkan anda untuk memohon ke UA untuk program yang diinginkan, dapatkan satu alternatif – program pengajian di IPTS dalam bidang atau program yang sama untuk dipohon. Secara peribadi, saya berpendapat pelajar harus kekal dengan pilihan bidang pengajian yang diminati dan jangan memohon ke program lain hanya sekadar disebabkan keputusan SPM yang diperolehi hanya layak untuk memohon ke program berkenaan sahaja. 

Mengikuti pengajian dalam bidang yang tidak diminati (walaupun yurannya rendah dan nampak hebat sebab belajar di UA) anda akan menghadapi 3 kesukaran, iaitu: 

  • Kesukaran belajar kerana anda mungkin tidak minat pada bidang tersebut
  • Bila sukar belajar, tentu sukar untuk mendapat keputusan yang baik. 
  • Bila keputusan yang tidak berapa baik, anda akan susah untuk dapat kerja apabila graduasi nanti. 
Senaraikan beberapa buah IPTS yang ada menawarkan program pengajian yang anda inginkan; dan jika sebagaimana disebut di atas anda tidak layak memohon ke UA dalam program yang sama, maka jangan buang masa mengharap kepada suatu yang belum pasti, sebaiknya anda terus mendaftar di IPTS yang ada menawarkan program tersebut.
Ada sesetengah IPTS yang menawarkan suatu yang mungkin jauh lebih baik daripada apa yang ditawarkan di UA. Anda pastinya boleh memilih untuk mengikuti program pengajian yang anda minati. Belajar dalam program yang diminati akan memudahkan pembelajaran anda kelak. Apabila belajar menjadi mudah, maka mudah juga untuk anda mendapat keputusan yang cemerlang, dan boleh menjadi senarai Dekan. Dengan keputusan yang cemerlang, InsyaAllah akan mudah untuk mendapat kerja setelah selesai pembelajaran. 

Tapi awas! Jangan hanya ghairah mahu memasuki institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tetapi akhirnya berputih mata apabila mengetahui kursus diikuti tidak diiktiraf kerajaan. Ini kerana banyak IPTS tidak jujur sebaliknya beria-ia menarik pelajar baru semata-mata mahu mengaut keuntungan. Sesetengah kurus yang ditawarkan tidak pernah atau belum mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Oleh itu, luangkanlah masa menyiasat latar belakang IPTS dan program yang ditawarkan. Fikirkan bahawa memiliki sijil yang tidak diiktiraf membuatkan anda tidak laku di pasaran pekerjaan. Malah, sijil, diploma dan ijazah di tangan nanti tidak boleh digunakan jika berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi termasuk ijazah sarjana dan doktor falsafah.

Anda boleh menyemak pengiktirafan kelayakan online, yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi maksud pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam. Semakan perlu dibuat bagi memastikan kursus pengajian tersebut diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana kerajaan hanya melantik pemohon yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh KPT untuk bekerja atau berkhidmat di sektor awam. Anda boleh klik pada pautan ini -> [link]

Selain itu, ada IPTS yang menawarkan program pengajian dengan mendapat pembiayaan (pinjaman) MARA selain daripada pinjaman PTPTN. Untuk makluman, tidak semua IPTS dan tidak semua program mendapat pinjaman MARA dan yang pasti MARA tidak memberikan pinjaman untuk belajar di UA. Satu kelebihan pinjaman MARA adalah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang (diploma atau ijazah sarjana muda) akan mendapat peluang untuk memohon pengurangan bayaran balik pinjaman. Dan bagi pelajar yang bergraduat dengan cemerlang (diploma atau ijazah sarjana muda) akan layak memohon pengecualian bayaran balik sepenuhnya pinjaman dan layak memohon untuk mendapat pinjaman baru bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Senarai Institut Pendidikan Mara (IPMa) adalah seperti berikut:


1. UniKL

Matlamat MARA memberikan pembiayaan kepada pelajar-pelajar adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa. Rujuk -> [link]

Cuma satu peringatan mudah, jika keputusan SPM anda nanti tidak melayakkan untuk memohon program di UA, jangan buang masa, terus sahaja ke IPTS yang ada menawarkan program yang sama. Saya bukan berkempen untuk mana-mana IPTS tetapi berkempen agar pelajar tidak membuang masa menunggu peluang yang mungkin tidak akan sampai pun. Selamat berjaya


Read More »

Tak Malu Ke Pakai Baju Sendat?


Lama juga tidak mencoret-menconteng di sini. selalu juga buka dashboard blogger untuk lihat entry-entry kawan-kawan blogger yang masih aktif. ramai juga yang sudah bersara. dah bersawang pun hado. haha.

Kali ini tergerak hati untuk mengulas isu yang satu nie. bukan nak mengejek awak tu berbadan besar dan gemuk, banyak spare tayar. takdo kojo aih den nak mengejek. tapi ingin menasihati, saling mengingati antara satu sama lain.

Saya terpandang seorang perempuan nie. Sudah bersuami, anak pun dah ada. Tapi suka sangat pakai baju yang menampakkan susuk badan. Pakai baju ketat sampaikan spare tayar yang berlipat-lipat berkedut-kedut tu habis semua orang nampak. memang ada menegur. acap kali menegur tapi tidak diendahkan. ada juga dengar cakap nak pakai longgar-longgar je lepas nie..tapi lama-lama pakai yang ketat balik. saya hanya mampu menggelengkan kepala je. sebab memang tahu dia tu jenis ikut kepala dia je. cakap orang tak nak dengar pun.


Dah kau pakai macam tu mana tak lelaki "woww". Hape dahh. Boleh pulak cakap, lelaki tu tengok bontot dia. Baik bogel bagi nampak terus je kan senang.

Aduh, dah kenapa suka pakai baju ketat-ketat nie? Seksi sangat ke? nak tunjuk pada siapa? kalau pakai ketat nampak body slim takpe jugak. slim pun tak elok juga pakai ketat-ketat. tapi ini yang menggelebeh-gelebeh habis ditunjuknya kat orang. elok tunjuk je pada si suami, dapat pahala. awak pun bukan anak dara lagi. kalau anak dara sekali pun malu juga nak tunjuk body kat orang ramai. 

saya sendiri tak rasa selesa kalau pakai baju ketat ketat sangat nie. nak bernafas pun susah. nak berjalan pun tak selesa. Nampak timbul sana sini..ishkk. saya yang tengok sendiri kaum hawa pakai baju ketat ketat nie pun rasa malu jugak. tapi si pemakai tu tak ada rasa malu ke? Suka kot.

Kajian luar negara mengatakan jika orang yang berbadan besar ingin berfesyen, jangan pakai baju yang longgar kerana lagi menampakkan badan kita lagi besar. pakai baju yang mengikut potongan badan. saya bersetuju dengan cadangan itu, pakai baju tidak terlalu besar dan longgar tetapi tidak terlalu kecil dan sempit. HODOH! pakai baju betul-betul ikut potongan badan tapi longgar sikit. bila terlalu besar nampak seperti besar sangat badan anda. jika pakai terlalu kecil, nampak semua spare tayar anda tu. jangan memaksa untuk memakai baju saiz semasa anda masih anak dara. sah-sah takkan muat. redha je yang badan anda sudah membesar sedikit. 

Dalam kajian yang lain juga menyatakan pakai seluar yang ketat-ketat boleh menjadikan kaki anda nampak kurus seperti model. sebab tu trend perempuan berbadan besar masa kini suka memakai legging kononnya nak nampak seksi. Orang berbadan besar pun mampu berfesyen. Dik non oi, legging tu orang dulu-dulu pakai di dalam kain je buat ganti kain dalam. bukannya dipakai sesuka hati pakai ke pasar-pasar shopping mall bagai. 


Yang lelaki pulak sekarang nie suka pakai seluar londeh-londeh sehingga menampakkan seluar dalam atau boxer. Lagi lahh tak malu. Budak-budak sekolah pun dah ada yang terikut-ikut dengan trend ini. Kalau saya kat sekolah memang sound habis, "nak saya bukak terus ke seluar tu ke? Biar bogel terus". Memang terus budak tu tarik seluar ke atas depan saya jugak la. Hahaha. Hodoh wei. Serius. 



Cuba juga memakai baju dua lapis. maksudnya anda memakai baju sweater atau cardigan. memang boleh menjadikan anda nampak langsing. pilih cardigan yang panjang dan jangan pakai cardigan yang sempit. 
Kan cantik tu..

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab, ayat 59)


lovenota: berusaha berubah menjadi yang lebih baik. InsyaAllah.


Read More »

Wednesday, March 22, 2017

Tidak Tahu Tunggakan PTPTN RM9 Ribu


Seorang wanita telah menjadi viral di mana dia dimaklumkan mempunyai tunggakan sebanyak RM9 ribu walaupun sudah habis membayar pinjaman foundation @ asasi dan masih lagi membayar pinjaman sarjana muda @ degree secara konsisten. Apabila beliau ingin ke luar negara, dia mendapat email daripada PTPTN yang mengatakan dia masih mempunyai tunggakan dan perlu dijelaskan dalam masa seminggu. Jika tidak melangsaikan tunggakan, nama akan direkodkan dalam senarai hitam Jabatan Imigresen, tindakan undang-undang, potongan gaji mandatori dan juga memberi kesan kepada rekod CCRIS. 

Berikut adalah status facebook yang diambil dari facebook Fatheem Meleana:
PTPTN 
You really make me pissed off! 

Tiba-tiba dapat email nie, pelik. Sedangkan aku tak pernah missed bayar PTPTN, dan loan masa aku foundation dah lama aku settlekan, cuma loan degree yang aku masih disiplin bayar tiap bulan tanpa missed sampai sekarang, dan mungkin sampai umur aku 40 tahun, kalau ikut kontrak. Mana datang RM9,484.74 nie? 
Ini jawapan yang aku dapat daripada adik call-centre.  
Aku: Bla bla bla (bagi details aku) 
Dia: Baik puan, ada apa saya boleh bantu? 
Aku: Saya dapat email yang nyatakan saya masih ada tertunggak RM9k. Saya cuma nak pastikan, dari mana amount nie? Sebab kalau ikut statement saya, saya tak penah missed bayar sejak 2010, dan statement saya nie hanya tunjuk yang Ujrah saja, yang sebelum-sebelum nie masa konvensional saya tak boleh tengok dah. Kalau ikut statement nie, saya tak pernah missed bayar setiap bulan sampai hari nie. 
Dia: Kalau ikut record puan, amount tertunggak nie sejak tahun 2007 (nie lepas aku graduation). Jadi bayaran tertunggak nie diambil daripada pinjaman degree puan yang tak diselesaikan. 
Aku: 2007? Yer saya ada on off bayar, sebab pernah menganggur dan bila dah kerja saya bayar on off dengan bayar ikut kemampuan memandangkan gaji kecil time tu. Saya mula disiplin bayar bila masuk tahun 2008, sampai saya dapat offer tukar ke pelan Ujrah. Selepas tu, saya teruskan bayar setiap bulan, mengikut baki semasa yang saya terima di dalam statement. Jadi saya sentiasa update dengan figure dalam statement saya setiap bulan. Tiba-tiba saya dapat email nie. 
Dia: Maaf puan, tunggakan nie amount sebelum tukar ke plan ujrah. Amount tunggakan nie tak dikemaskinikan sekali dalam statement puan selepas ditukar ke ujrah (what tha?!). Jadi jumlah tunggakan nie terbiar macam tu jek.  
Aku: Macam mana boleh mcm tu? Kenapa ptptn tak bagitau saya awal-awal masa saya dapat tawaran ujrah, dan ini la amount saya kene settlekan. Kenapa sekarang? Kenapa selepas 7 tahun? Kenapa 2 tahun sebelum tu saya tak dapat warning?  
Dia: Maaf puan, saya tak dapat bantu yang tu. Kalau puan nak tengok clear calculation, kena pergi ke kaunter dan puan boleh tengok secara details macam mana tunggakan tu bole jadi RM9 ribu. 
Kepala aku dah start panas, jantung dah laju. Ada la lagi explaination budak tu yang lebih kurang sama dan tak perlu aku share. Yang pasti, aku tertekan dengan PTPTN. Kenapa sekarang baru nak bertindak? 9 tahun aku ade bayaran tertunggak yang dah dikenakan interest, yang mati-mati aku ingat dah diselaras sekali dalam pelan Ujrah. Kenapa tak diberitahu dulu lagi? Why now? 
Tunggakan aku terperap untuk 9 tahun, takde sebarang warning, takde sebarang surat menyurat aku terima mengatakan aku perlu buat settlement. Dari amount yang kecil, sampai 9 tahun, tunggakan aku jadi RM9ribu. Dan senang cerita, aku baru dapat email nie hari nie, dan aku cek, Yer, aku dah kena blacklist. Terima kasih PTPTN! 
Solution yang PTPTN bagi dekat aku, kalau nak fight, kena naik court. Tapi kalau aku insists nak clear daripada blacklist, nak tak nak, aku kena bayar full amount RM9 ribu tu sebelum aku terbang. Yer, aku dah nak fly next week. Why now, PTPTN? Adakah ko nampak rekod aku bayar secara konsisten, baru sekarang ko cari dan aniaya aku? RM9 ribu? Aku tak taulah celah mana nak cari duit sebanyak tu dalam masa seminggu nie. (Tongkat dagu) 
Buat teman-teman yang masih ada hutang dengan PTPTN, pergi la check dan clarify, kot korang pon ade hidden amount yang PTPTN tak bagitau yang diorang nak biarkan beranak pinak sampai amount jadi besar, gamaknya.


Disebabkan viralnya kisah fatheem meleana ini, ramai netizen pun menyatakan kisah yang sama berlaku pada diri mereka sendiri. PTPTN tidak memberikan sebarang notis mengenai tunggakan kepada peminjam jika terdapat sebarang tunggakan dan pembayaran yang tidak konsisten selepas tamat pengajian. 

Selepas tamat pengajian, jika peminjam tidak terus membayar balik mengikut kadar yang telah ditetapkan seperti dalam surat perjanjian, ia akan menyebabkan berlakunya tunggakan tersebut. Kejadian ini juga berlaku pada peminjam yang membuat 2 kali pinjaman PTPTN seperti pinjaman asasi atau diploma dan pinjaman sarjana muda di mana pada pinjaman kali pertama, peminjam membuat permohonan penangguhan pembayaran dan berkemungkinan penagguhan tersebut tidak diluluskan ataupun tidak follow up.  











Untuk mengatasi masalah ini, sepatutnya pihak PTPTN perlu membuat sistem seperti sistem yang dilaksanakan di bank-bank. Tak kira apa jenis bank pun, jika kita membuat pinjaman seperti personal loan @ pinjaman peribadi, setiap bulan bank akan memaklumkan jumlah pembayaran yang perlu dibayar dengan menghantar SMS kepada peminjam. ia seolah-olah seperti reminder kepada kita setiap bulan untuk membayar mengikut waktu yang telah ditetapkan. 

Kami sebagai peminjam tidak tahu jika pihak PTPTN ada mengenakan denda jika tidak membayar kadar pinjaman seperti yang tertera dalam surat perjanjian. Ia menjadi tugas pihak PTPTN untuk memaklumkan kepada kami jika peminjam mempunyai bayaran tertunggak. Kalau dibiarkan sampai beranak pinak, sudah tentu yang untungnya ialah pihak PTPTN. yang ruginya ialah pihak peminjam yang hanya rakyat yang berpendapatan sederhana. 

Berdasarkan Bajet 2017, PTPTN telah menyediakan insentif untuk peminjam yang membuat pembayaran balik pinjaman bermula dari 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017 seperti berikut:
(a) Diskaun 15% untuk penyelesaian keseluruhan hutang (pinjaman)
(b) Diskaun 10% untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan hutang (pinjaman)

(c) Diskaun 10% untuk bayaran melalui potongan gaji atau direct debit

Kalaulah kita ada sumber lain bagi pinjaman pendidikan selain PTPTN kan bagus, betul tak? tapi tiada~

Apa yang perlu dilakukan jika anda pun mempunyai masalah tunggakan pembayaran PTPTN seperti yang dialami oleh Fatheem Meleana? 




Anda boleh membuat aduan di Biro Pengaduan Awam mengenai hal tersebut. Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk salurkan aduan anda kepada Biro Pengaduan Awam seperti gambar di bawah.




lovenota: nasib dah settle pinjaman PTPTN. fuh~


Read More »

Wednesday, March 01, 2017

Penderaan Emosi Anak-Anak


Selalunya kalau kita sebut dera, mesti dalam kepala terbayangkan kena pukul. Memang kita tak dera secara fizikal tapi sebenarnya ramai di kalangan mak ayah yang tidak sedar yang mereka selalu mendera emosi anak-anak.

Semak 7 penderaan ini, kalau anda memang pernah lakukan pada anak anda. Segera berubah kerana dalam tempoh jangka masa yang panjang, ia boleh merosakkan masa depan anak.

1. Tidak ikhlas

Anak memang sentiasa mahukan perhatian, itu memang fitrah mereka. Ada anak-anak yang suka bertanya dan banyak cakap. Memang ada kalanya kita rasa rimas tapi jangan kita abaikan anak-anak. Beri reaksi agar anak tahu kita mendengar dan menghargai mereka.

Contoh: Kita selalu layan anak tak ikhlas, bila dia bercerita kita tak fokus pada dia. Sebaliknya kita sibuk layan telefon atau tengok tv. Cuba kalau orang buat macam tu pada kita. Tak sedih ke? Silap-silap sentap. Anak pun ada perasaan, dia sangat sedih bila mak dan ayah tak endahkan dia.

Kesan: Anak yang selalu diabaikan akan rasa sedih, emosinya tidak stabil dan anak selalu rasa rendah diri. Mereka cenderung buat keputusan yang salah dalam hidup.

2. Tiada reaksi

Anak beriya-iya bercerita tapi kita tak bagi reaksi langsung. Umpama anak bercerita dengan dinding. Anak-anak excited mahu mendengar komen kita tapi kita buat anak rasa seperti dia tidak wujud.

Contoh: Anak tanya tentang iklan billboard di tepi jalan. Tapi kita drive buat tak tahu je, langsung tak jawab soalan anak. Sedangkan anak ternanti-nanti jawapan kita.

Kesan: Anak rasa dirinya tak guna dan tak disayangi. Dia juga mungkin akan menjadi seorang yang pendiam.

3. Mengejek atau merendahkan anak di depan orang lain

Kita selalu mengejek anak kita tanpa sedar, misalnya menjadikan anak sebagai bahan lawak. Kita juga Kita juga suka bandingkan anak kita dengan orang lain, yang baik semua anak orang tapi anak kita semua kita cakap  tak bagus.

Contoh: Bila anak kita pelat atau kencing malam, sampai dia besar kita masih mengejek dia.

Kesan: Anak akan menjadi rendah diri, malu dan cenderung berdendam dengan kita.

4. Tak percaya dengan anak

Kita lebih percaya cakap orang luar berbanding anak kita. Kita selalu anggap anak kita buat cerita.

Contoh: Bila anak cakap tak sedap badan macam nak demam, kita anggap anak buat alasan malas ke sekolah.

Kesan: Hubungan dengan anak akan jadi renggang. Anak akan mencari orang luar untuk meluahkan perasaan. Disebabkan itulah ramai budak-budak bawah umur mengikut orang luar dengan rela hati. Orang luar ambil kesempatan bila anak-anak kurang kasih sayang dari kita.

5. Terlalu cerewet / Perfectionist

Mak ayah dalam kategori ini sangat cerewet, ada saja yang tak kena tentang anak di mata mereka. Semua benda tak puas hati tentang anak.

Contoh: Anak makan tumpah dimarah sedangkan anak masih kecil dan sedang belajar.

Kesan: Anak akan takut untuk mencuba perkara baru, mereka jadi skema dan tidak kreatif. Anak jadi sangat stress, silap-silap anak boleh sakit jiwa dan jadi liar sebagai tanda protes.

6. Tak tunjuk sayang &  tak bagi sokongan

Sayang anak mesti zahirkan dengan perbuatan dan percakapan supaya anak tahu kita sayang anak. Ramai yang tak ucap sayang anak dan tidak menyentuh anak seperti memeluk dan memberi ciuman.

Contoh: Tak ucap tahniah walaupun anak dapat nombor 1.

Kesan: Anak jadi insan yang pentingkan diri dan ego sama seperti mak dan ayahnya. Nanti kalau anak pun tak peduli kita jangan kecil hati ye. Sebab kita yang ajar mereka macam tu.

7. Sorok atau diamkan kesilapan anak

Kita anggap salah anak adalah perkara remeh, kita diamkan sahaja kerana malas nak fikir. Kita lepas tangan, kita harap anak berubah sendiri jadi insan yang baik.

Contoh: Bila cikgu cakap anak suka bergaduh, kita tidak ambil tindakan walaupun kita tahu perbuatan itu salah. Kita anggap ia perkara biasa kerana anak masih kecil.

Kesan: Anak menjadi besar kepala dan keliru. Dia tidak tahu itu adalah salah satu kesilapan dan menjadi orang yang suka membuli.

sumber: mingguan wanita



lovenota: saya yang sudah besar pun masih kena penderaan emosi. Serabut sangat. 

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®