hujung minggu nie, Qis habiskan masa dengan kengkawan menyertai dan menghadiri jemputan majlis Perkahwinan abang long depa, iaitu Hazani @ Seth. *kalau budak2 Tagged tau Seth dah kawen, mesti depan menangis meraung kan? maklumlah masa zaman Tagged dulu kemain ramai peminat nie, tak kira perempuan ataupun lelaki..hahaha!*
Qis bertolak petang semalam ke Kuantan dalam 3 jam baru sampai coz nak kena bersaing dengan abang2 lori semua neh. tapi balik Gemencheh memang punctual timing die, 2 jam setengah jer! :D sampai kuantan ingatkan nak jumpa member, Ann tapi tak save plak nombor kat dalam phone. nak tak nak kena lah call cik "abang dobi", si Amirul yang sombong tu *menyampah taww*. bila call banyak kali tak nak angkat. *dengki betul! senget punya Amirul. korang jangan beli sabun kat Dobi si Amirul tuh! dia budak sombong! cess!* sampai Kuantan bermalam di Citilite Hotel kat bandar Kuantan bersama2 ratu, jemah dan kem. ajak budak2 lain tapi memasing busy memanjang, payah eh. haha :P
sebelum nak letak gambar tu, nak cerita sikit mengenai Seth nie.
mula berkenalan pada tahun 2011. lama dah, tapi payah nak berjumpa dengan geng2 lain *mungkin malu kot..tettt*. 1st jumpa dulu semasa birthday Qis , 6 Oktober 2011 bersama2 dengan kawan2 @ geng Vampire yang lain *dulu semua orang kenal geng Vampire neh..sekarang terkubur sebab Seth sebagai ketua vampire dah cuci tangan..hehe*
gambar tahun 2011. seorang lelaki dalam kalangan perempuan,dia lah Seth..haha
seth nie orangnya baik *dan2 baik..hikhik*, seorang yang suka perempuan yang cantik2 jer *hambekk kou*, orang panggil dia sethanathan *padahal semua pon keling..termasuklah aim, boboi, ace, jonah, aduka and zara..haha*. tapi dia memang ok, baik dalam kalangan semua lelaki di Malaysia. kerja pun baik then dapat isteri pun yang baik. alhamdulillah *semoga perangai tu ubah sikit. dah jadi laki orang dah..haha!*
kalau Qis tak berkawan dengan Seth kat tagged, Qis takkan dapat kenal and berkawan dengan Ratu Eira, Jemah, Orked, Ace, Kem, Zaraki, Boboi, Aduka, Aim, Cena, Jonah, Golden, Lina, Nenek, dan ramai lagi *apesal nama pelik? tu nama popular kat Tagged..tak boleh bagi nama betoi..hihi*. walaupun perangai semua macam hantu masuk air, tapi diorang nie la tempat Qis nak bergelak sakan melepaskan tension di kepala. sebab? semua jenis sengal2 masuk air..ketawa tak henti2 kalau berjumpa. dah macam langsuir buat meeting dengan pontianak dan hantu2 sekalian. haa..macam tu la situasinya..haha!
ingat lagi ex-Qis pernah cakap, dulu kat tagged Qis nampak macam menggedik-gedik berbalas komen dengan seth, cena and aim. memang marah la Qis masa tu, coz siapa yang tak kenal kami memang nampak macam menggedik. padahal takde apa2 pun. yela, pada pandangan orang memang nampak lain, tak sama macam apa yang kita nampak kan? bagi Qis, biaq pi cakap orang, sebab kita tak buat salah pun. :)
selamat pengantin baru! Happy Wedding Day! semoga Hazani dan isterinya, Marini berbahagia hingga ke anak cucu. insyaAllah, amin!
4 anak dara pingitan yang masih single. mai2 lelong2! murah2! :P
lovenota 1: seronok tengok orang kahwin jadi Raja Sehari. dilayan ditatang. haha!
lovenota 2: saya? belum masanya lagi. tunggu rezeki jodoh dari Allah swt :)
Read More »