Tuesday, April 05, 2022

Bersawang? Kita bersihkan


Bersawang lama juga la blog ni ya. Semakin sibuk dengan kehidupan di luar sana, tak ada masa nak coret conteng-conteng di sini. nak masukkan input pun belum tentu ada masa. hidup pun tunggang langgang mana mau nak main blog dah. hehehe.

2 tahun COVID-19 melanda negara kita, alhamdulillah setakat ini aku dilindungi dari virus berbahaya ini. dan sejak WFH pun aku makin membesar..adoiii..asyik duduk rumah takde benda nak buat kan. macam tu la hahaha. walaupun agak menakutkan virus durjana itu, tapi yelah kita perlu teruskan kehidupan seperti biasa. sebab itu negara kita sudah beransur ke arah fasa endemik. Virus COVID-19 ni dah macam seperti penyakit biasa, seperti denggi. tapi masih lagi kekalkan SOP di mana-mana ok. 



Tahun baru ni dah jadi isteri orang, lagi la sibuk sebab PJJ ni kan..hahaha. tak apa, redha dengan ketentuan Allah swt. bila ada rezeki, dapat la pindah nanti, InsyaAllah dengan izin-Nya. Majlis pun buat secara sederhana, simple, hanya jemput saudara mara terdekat je sebab nak membendung COVID-19. itu pun lepas majlis, ada yang positif plak tu. adik ipar pun positif juga. kami pun kuarantin juga selepas majlis. takut hahahah.

Sekarang sedang lagi berfikir, masih lagi nak teruskan home tuition atau tidak. rindu pulak nak buat home tuition ke sana ke sini, lihat suasana rumah orang hahaha. motif sangat kan haha. tapi sebab COVID ni semua benda tu terbantut. insyaAllah bila dah ada keberanian, akan teruskan juga. nak buat tuition online? pernah buat tapi lain feel dengan bila ada di depan mata kan. 

tadi check akaun Nuffnang, advertiser berhenti setakat tahun 2020. nampak sangat blog memang tak aktif sejak 2 tahun lepas. tapi boleh la claim duit Nuffnang tu, ada lah dalam RM 100. cukup la tu beli makanan kucing hahaha.

Sehingga kita ketemu lagi.

Lots of Love; Cik Balqis 💖

Read More »

Thursday, July 09, 2020

Demam Denggi

Lama sangat tak update blog. aku ingatkan blog ni dah mati. hehehe.

environment sangat berbeza dari yang sebelumnya, template berbeza, nak akses blogger lebih interaktif. menarik update blogger baru ni. tapi nak kembali aktif berblogger, memang tak dah la. malas lebih menguasai. hihi.

tapi dunia blogger ni dah lama aku tinggalkan. dah sibuk dengan kerjaya. tuisyen lagi. cari rezeki halal. bahagiakan diri. 

sekolah pun dah banyak kerja, layan kerja budak lagi. layan hobi sendiri. layan game lagi.

kalau ada yang singgah sini nak tahu update semasa, alhamdulillah aku masih sihat wal'afiat. keadaan semakin baik, semakin positif dalam hidup. tak perlu hidup berselirat serabut lagi. sudah semakin tenang menghadapi hidup, sudah berfikiran matang. buang sikap negatif. tidak perlu lagi menyibuk hal orang lain. buang obses yang lama yang tak berfaedah, cari hobi baru. 

tahun ini banyak sangat dugaan. aku terkena Demam Denggi pada bulan Februari 2020 hari tu. admit wad di Hospital Kuala Pilah adalah dalam seminggu. sakit tu tak dapat nak cerita. terlalu lemah, air masuk badan guna tiub. paksa minum air dalam kuantiti yang banyak takut terhidrasi, nak bagi naikkan jumlah platelet yang ada sebab terlalu rendah. lepas tu, inject sana sini ambil darah untuk check sel darah dengan platlet banyak kali, setiap beberapa jam. check keadaan hati macam mana. taubat la nak kena lagi. sekarang ni jumpa nyamuk rasa trauma. terus sembur ridsect. nauzubillah! 

tapi rasa juga sedih. semasa admit tu uruskan diri sorang diri. gigih bawa kereta 25km ke Hospital Tampin dalam keadaan menggigil sejuk tu. lepas tu doktor sahkan kena demam denggi. bacaan platelet pada masa itu sangat rendah. doktor takut sangat sebab takut ada komplikasi pada fungsi hati. doktor siap cakap hal ni memang boleh membawa maut. pada masa itu jugak terus dibawa ke Hospital Kuala Pilah sebab di situ sahaja ada doktor pakar. dengan tak ready, tak prepare apa-apa,  pergi sehelai sepinggang, kereta pulak tinggal je kat hospital tu. pergi sorang diri dalam ambulans. takut ada, sedih ada. haha.

tak terfikir pun kena demam denggi ni. sebab demam badan panas macam biasa je. malam tiba-tiba sejuk pulak. siap tak pakai kipas kalau tidur. tak ada pendarahan, tak ada muntah, cirit birit pun tak ada. pada hari keempat baru ada pendarahan, lepas tu muntah-muntah. muntah air pula tu, sebab demam ni memang tak ada selera makan. sakit sangat, tak suka muntah! masa tu juga, pendarahan keluar macam mengalami menstruasi haid. macam period. tapi bila track in tarikh haid bulan lepas, bukan masa haid lagi. lepas tu pendarahan keluar dengan sangat banyak. takut sangat sebab haid keluar pun tak ada banyak seperti itu. itu yang bergegas ke hospital. lain macam rasa, badan rasa lemah. selepas diperiksa oleh doktor, dia kata dah kritikal ni. sebab denggi ni boleh pulak keluar darah. itu yang doktor sarankan terus ke Hospital Kuala Pilah.

di hospital, baru keluar bintik-bintik merah. baru la terbukti, "oh aku betul-betul kena denggi". selama ni dengar je orang kena denggi. kali ni pengalaman sendiri. duduk la di wad seminggu. kerjanya tidur je. bangun je doktor kejut, nurse kejut minum air. tidur balik. doktor bagi dadah apa pun tak tahu. hahahaha. air tu kena minum banyak. siap kena tulis, minum air berapa liter. catat setiap kali minum tu. kencing pun kena sukat dengan bekas sukat yang diberi. berapa liter air yang keluar melalui air kencing dan catat dalam borang. kalau kurang minum air memang kena marah la. selera makan memang mati. makan buah je yang mampu sebab rasa manis buah kan. kalau nasi, minta maaf la tak dapat telan. nasi bubur pun suap dua tiga kali lepas tu tak nak dah. memang keluar dari hospital kurus tau. hilang 10 kg. gila! diet sendiri pun tak dapat lost 10kg. sakit bukan main senang berat badan turun. bukan la nak meminta kan. hehehehe.

doktor tak putus-putus kunjung ambil darah. ada doktor ambil darah tak ada rasa sakit pun. tak sedar pun kena cucuk. tapi ada doktor lelaki cina tu, dahlah cari salur darah tak jumpa. cucuk pun sakit. ada tu cucuk jarum tak keluar pun darah. aku bersabar gila masa doktor tu buat check up. nak nangis pun ada. huhuhuhu. ada juga doktor lelaki tu nak check denyutan jantung. of course kena buka baju buka bra. aku terus tegur, "saya nak nurse boleh?" termalu juga la doktor tu. heheh. maaf la saya masih sedar, dan belum kritikal lagi untuk anda melihat aurat saya. 

oh ya, hari keempat sehingga discharge hari ketujuh keluar dari hospital pun pendarahan tak berhenti. masih ada tetapi tak selebat sebanyak hari pertama. dapat la cuti sakit dari doktor. sambung lagi check darah di Klinik Kesihatan, masih ada lagi pendarahan. sambung cuti lagi. sebulan tak kerja. orang kata, aku paling lama cuti disebabkan demam denggi. pada masa yang sama ada juga cikgu lain yang kena demam denggi juga. tapi dalam 2 minggu selepas itu dah boleh bekerja semula. haih, nasib badan la. lain orang lain demamnya, cuti pun bukan buat apa. makan ubat tidur. masih lagi tak boleh makan nasi, selera hilang terus. orang yang suka makan macam aku ni hilang selera makan. bila fikir balik, kelakar sangat.

nyamuk memang banyak di sekolah. bukan kena nyamuk di kawasan rumah ye. di sekolah, tempat kerja. sembur la fogging la banyak kali tapi nyamuk masih banyak. letih dah bermain tepuk tampar dengan nyamuk. sampaikan aku bawa sendiri ridsect dari rumah sebab tak nak kena denggi lagi. serik! sakit! aku takut sangat kena denggi kali kedua. doktor kata kena hati-hati, jaga diri. jangan kena sampai dua kali. Ya Allah, jaga lah diriku, jauhkan dari musibah. 


lovenote: jenuh cuti lama sangat. lepas cuti demam denggi, sambung cuti COVID-19. tepuk dahi masa tu.


Read More »

Monday, January 14, 2019

Perginya Si Comel



Hari ini 14 Januari 2019, hari yang dah kujangka. Si comel telah pergi dari hidupku selama-lamanya. Ya Allah, aku sebak gila. Aku terasa kehilangan. Aku dah penat menangis. Dia pergi tak menyusahkan orang. Dia pergi masa tiada sesiapa berada bersama dia.


Aku sendiri tak tahu apa penyakit dia. Mak beritahu dia sakit terlalu lambat. Dia dah menunjukkan tanda-tanda tidak mahu makan sejak minggu lepas lagi. Dah terlalu kurus baru beritahu dia sakit. Aku terkilan sebab tidak dapat menghantarnya ke klinik terlalu awal. Kalau tak aku mesti sempat dan boleh selamatkannya dari maut. Ampunkan dosaku Ya Allah. 


Aku terlalu rindu pada kucingku. Sebelum pergi kerja, sempat kuusap kepalanya buat kali terakhir. Dia langsung tidak memandangku. Mungkin dia tidak mahu tunjukkan mukanya yang terlalu sedih dan bersedia untuk pergi. Matanya nampak berkaca-kaca seperti ingin mengalirkan air mata. Aku sebak melihat keadaan dia yang sangat menyedihkan itu. Tetapi Allah swt terlalu sayangkan dia, tidak mahu lihat dia hidup terseksa dengan penyakitnya itu.

Aku berpesan kepada sesiapa yang membela kucing. Jangan biarkan sehingga sakit kucing tu jadi melarat. Pada masa itu, doktor sendiri tak boleh nak tolong. Kucing bukan macam manusia, dia ada bagi tanda-tanda yang dia sakit. Kita sebagai manusia kena peka dengan kucing kita. Kalau tak, terjadi la apa yang berlaku pada kucingku.

Tiada lagi kenakalan dia. Tiada lagi cakaran die. Tiada lagi ciuman dari dia. Ya Allah, aku rindukan dia. 

lovenota: terlalu sedih. Speechless. 

Read More »

Thursday, November 22, 2018

Kotak: Cinta Jangan Pergi



kamu harus ngertikan aku dong

aku ngerti..aku slalu ngertikan kamu. aku cuma butuh waktu kamu, itu aja.

alah, alasan kamu selalu sama..




untuk kamu. iya kamu aja.



lovenote: kamu udah lama pergi dari aku.




Read More »

Monday, May 07, 2018

Herbalife bagus ke?


KENAPA GUNAKAN PRODUK HERBALIFE?


Soalan 1: Saya tak nak guna produk lah. Nak kurus cara sendiri.
Jawapan 1: Cara kurus tu tak semestinya kena kurus sendiri baru terbaik. 

Dari segi kos, kos nak beli makanan yang betul-betul sihat tu sebenarnya SAMA DENGAN HARGA BELI HERBALIFE!! 

Betul!! 

Bezanya, Herbalife menyediakan makanan lengkap tanpa anda perlu fikir apa-apa pun. 

Tak perlu kira kalori.
Tak perlu fikir nak masak apa.
Tak perlu stress.



Contoh mealplan sudah tersedia untuk anda! Pendek kata, produk meal replacement ini adalah bantuan untuk program kurus anda lebih SELESA dan PASTI mendapat hasil. 

Berbanding diet sendiri, tersalah kira kalori, tersalah kira makro, terlebih cheat day, terus tak turun berat. 

Untuk ibu-ibu yang sering mengandung dan bersalin pula, ramai yang dah putus asa diet sendiri sebab fikir "Lepas ni pregnant gemuk balik." ataupun "Tak nak pregnant dulu tak sempat kurus lagi." 

Dengan meal replacement shake, anda tak perlu risau pun. Ikut program betul-betul dan ubah gaya hidup sihat, sebelum anak umur setahun InsyaAllah badan dah kembali kepada berat ideal. 


Soalan 2: Herbalife ni ada side effect tak?
Jawapan 2: Kulit lebih cantik, shaping lebih cantik, keseluruh sistem badan lebih sihat, pencernaan lebih happy, craving lagi kurang, dan paling bahaya, kena beli baju baru je sebab shaping. 

Banyaklah duit keluar nak recover 'side effect' yang tu. 


Soalan 3: Tak nak guna produk sebab tak nak 'depend' kat produk. 
Jawapan 3: Anda tak depend kat apa-apa pun kalau guna Herbalife, kerana ia bukannya ubat yang ada bahan kimia. 

Produk Herbalife 100% semula jadi, sama seperti makanan-makanan lain di pasaran. Herbalife juga dikategorikan sebagai MAKANAN, bukannya ubat kurus. 

Merasa 'depend' pada Herbalife samalah dengan rasa 'depend' pada Nasi. 

Kita bukannya depend pada apa-apa, kita memang perlu makan. Cuma kena pilih nak makan apa.

Saya pilih Herbalife untuk sarapan pagi. 🙂
Sedap, enak yang penting berkhasiat!



Soalan 4: Selamat tak untuk orang pregrant? Menyusu? Orang tua? Orang yang ada penyakit?
Jawapan 4: Selagi boleh makan Nasi. InsyaAllah boleh makan Herbalife. Boleh bincang lebih lanjut. 

#herbalife #herbalifemalaysia

Saya sendiri pengguna herbalife. Rugi tak guna herbalife awal-awal lagi. Sebelum herbalife, guna dah produk macam-macam. Sebut je produk apa yang anda sedang guna..saya sudah pun guna jugak tetapi tidak berhasil. Produk popular di facebook pun saya dah cuba. Tapi, ilekk~

Ada yang berhasil, tetapi sekejap je. Memang happy masa tu, orang tegur dah kurus. Mak ayah pun cakap benda yang sama. Kemudiannya, naik semula. Kecewa gila. Membazir duit je!

Tetapi kini, saya masih menggunakan produk Herbalife. Memang berkesan. Coach saya sudah berumur 40 tahun pun masih solid macam anak dara! 

Saya? Saya boleh menurunkan berat badan saya sebanyak 6kg selama 2 minggu. Turun sangat mendadak! Ya benar! Perut saya dah tak buncit. Naik turun tangga dah tak penat sangat. Bertenaga sampai ke petang. Kaki pun dah kurang lenguh-lenguh.

Banyak rahsia yang saya boleh kongsi! Janji anda tekad untuk kurangkan berat badan anda! Anda boleh jadi seperti saya. 

Boleh hubungi saya di facebook atau email: balqis871006@gmail.com

Rugi kalau tak cuba! 




Read More »

Thursday, May 03, 2018

Tugasan Sejarah PT3 2018: Kegiatan Sosioekonomi Masyarakat Setempat



Kegiatan Sosioekonomi Masyarakat Setempat

Dalam tugasan kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat (15 markah), anda harus menerangkan apakah kegiatan sosioekonomi dalam masyarakat di tempat tinggal yang anda pilih dengan tepat dan sangat lengkap. 


Maksud sosioekonomi

Kegiatan sosio-ekonomi pula dapat ditakrifkan sebagai kegiatan yang melibatkan masyarakat dalam bidang ekonomi meliputi faktor-faktor ekonomi dan kemasyarakatan. [sumber: Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka]

Tujuan utama kegiatan sosio-ekonomi dijalankan adalah untuk memenuhi keperluan semasa masyarakat juga sebagai sumber pendapatan. Pada dasarnya, kebanyakan kegiatan sosio-ekonomi masyarakat setempat memberi kesan terhadap ekosistem asli tadi. Kegiatan-kegiatan ini mungkin memberikan kesan yang ketara atau kurang ketara sama ada secara langsung atau tidak langsung.


Contoh:

Kajian ini adalah untuk mengetahui dengan lebih jelas ekonomi masyarakat di Ayer Keroh. Melalui data kajian yang telah dijalankan dapat dibuktikan bahawa masyarakat di Ayer Keroh terdiri daripada bidang pekerjaan yang berbeza dan pendapatan yang berbeza.

Latar  belakang  demografi  dilakukan  adalah  bagi  mengumpulkan  maklumat  responden iaitu  berkaitan  dengan  umur,  jantina,  status  perkahwinan, pekerjaan, tanggungan dan pendapatan. Responden  yang  terlibat  adalah  terdiri  daripada  penduduk  di sekitar Ayer Keroh.  Faktor latar belakang pekerjaan dan berpendapatan digunakan sebagai pembolehubah dalam kajian ini kerana faktor tersebut adalah berkaitan dengan pandangan mereka tentang perubahan taraf hidup dahulu dan sekarang. 



Umur & Jantina
Bangsa
Status Perkahwinan
Pekerjaan
Tanggungan
Pendapatan
Responden 1
55 tahun (L)

Melayu
Berkahwin
Peniaga
3 orang
RM500 sehari
Responden 2
40 tahun (L)


India
Berkahwin
Polis Bantuan
2 orang
RM3161 sebulan
Responden 3
22 tahun (L)

Melayu
Bujang
Pembantu Kedai
Tiada
RM2000 sebulan
                                        






*************************************************************************

Plagiat tidak dibenarkan. Akta Hak Cipta Terpelihara 1987 telah dikuatkuasakan dengan bertujuan  untuk melindungi bentuk atau cara dimana idea-idea dan maklumat ditunjukkan kepada orang lain dengan berbentuk pernyataan  fizikal. Selain itu, akta ini juga bertujuan untuk melindungi konsep, fakta, gaya atau teknik yang wujud atau digambarkan dalam karya hak cipta. Mengikut seksyen 43, Akta Hak Cipta Terpelihara 1987 ini sesiapa yang didapati bersalah dibawah akta ini boleh dikenakan hukuman denda RM 10,000 sehingga tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun

nda boleh klik pautan di bawah untuk mendapatkan contoh jawapan yang lain:
10. Menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat
11. Ulasan ucapan Tunku Abdul Rahman
12. Rumusan
13. Sumber


*************************************************************************

Anda dinasihatkan memastikan ketulenan tugasan dan tidak memplagiat dengan mengambil atau meniru tugasan (hasil kerja) daripada mana-mana pihak seperti di blog-blog lain yang tidak mempunyai sumber asal yang sahih. Sebagai peringatan, sekiranya anda didapati melakukan plagiat, anda berkemungkinan digagalkan atau diberikan gred yang tidak memuaskan. Diharap panduan / jawapan tugasan Sejarah PT3 ini dapat memberi panduan dan penjelasan kepada semua pelajar tingkatan 3. semoga anda boleh siapkan dengan jayanya!

Diedit dan diolah oleh saya sendiri!

Semua maklumat di atas disusun oleh saya sendiri. kepada blogger kaki copy paste, post ini tidak boleh dan tidak dibenarkan copy melainkan anda berkongsi link ini sahaja. Semua maklumat di atas juga tidak boleh dicopy. anda faham erti copyright, kan? 

Anda hanya kena print sahaja sebab kat sekolah pun kena salin balik, kan? So, Nak print senang je:
1. chrome dan mozilla user : 
guna tab menu browser uols (yang ada 3 garis) yang ada di atas sebelah kanan dan klik print. 

2. Boleh juga kalau tak nak print, save guna pdf. 

3. Terus tekan CTRL-P untuk print terus.




Good Luck!
Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®