Wednesday, May 02, 2018

Tugasan Sejaran PT3 2018: Pembentukan dan Perkembangan Masyarakat Setempat



Pembentukan dan Perkembangan Masyarakat Setempat

Dalam tugasan pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat (15 markah), anda harus menerangkan bagaimana tempat tinggal anda dibangunkan / dibentukkan dan perkembangan yang berlaku dalam masyarakat di tempat tinggal yang anda pilih dengan tepat dan sangat lengkap. 


Contoh 1:

Senai bersejarah terdiri daripada rumah-rumah kedai yang dibina sebelum Perang Dunia II di sepanjang jalan raya utamanya. Jalan raya utama itu dibahagikan kepada jalan-jalan atas dan jalan-jalan bawah oleh sebatang sungai di tengah. Semasa Darurat Tanah Melayu pada lewat 1940-an hingga awal 1950-an, iaitu selepas Perang Dunia II, dasar-dasar penetapan semula menyebabkan banyak desa baru dibina di Senai, dengan fasa penetapan ketiga pada dekad 1970-an memperkenalkan perumahan kos rendah. Empat lorong utama terus menguasai taman-taman perumahan yang lebih lama.

Dekad 1980-an membawa pertambahan jumlah penduduk Senai yang besar, disebabkan oleh pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, dan ini meningkatkan kegiatan ekonomi kawasan ini. Oleh itu, banyak taman perumahan tambahan telah dibina untuk memenuhi keperluan infrastruktur Senai yang dikembangkan. Taman-taman perumahan tersebut termasuk:

  • Taman Aman
  • Taman Sri Senai
  • Taman Senai Utama
  • Taman Bahagia
  • Taman Senai Baru
  • Taman Bukit Senang
  • Taman Dawani


Senai kini berkembang dengan pesat, dengan banyak lagi taman perumahan baru dibina. Oleh itu, bandar ini mungkin akan bergabung dengan daerah Kulai yang berhampiran pada masa hadapan. Senai kini siap sedia untuk menjadi hab logistik yang utama di Asia Tenggarapada beberapa tahun yang akan datang apabila penghubung-penghubung pengangkutan serta perkembangan-perkembangan logistik yang baru menyepadukan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Senai mempunyai dua buah sekolah rendah kerajaan (SK Senai and SK Taman Senai Utama), dua buah sekolah rendah kerajaan aliran bahasa Cina (SJK (C) Senai, dan SJK (C) Seelong, serta sebuah sekolah menengah kerajaan (SMK Senai) yang merupakan sekolah kebangsaan yang mempunyai pelbagai kaum.Smk senai mempunyai bilangan guru hampir 160 orang dan bilangan murid seramai 2200 orang berdasarkan statistik tahun 2010.Sekolah ini terletak di bawah penyeliaan Pejabat Pelajaran daerah kulaijaya daripada 16 sekolah menengah di kulaijaya.


Pasar malam diadakan secara tetap di Taman Aman pada setiap petang Rabu antara pukul 6 hingga pukul 10 malam. Penjaja-penjaja menjual berbagai-bagai makanan dan minuman tempatan, keluaran tempatan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar, pakaian, serta barang-barang runcit pada harga yang murah. Pasar malam biasanya penuh sesak dengan orang-orang tempatan dan pelancong-pelancong. Sebuah pasar pagi juga menjual sayur-sayuran dan daging-daging yang segar buat enam hari seminggu kecuali hari Isnin di Taman Senai Utama.


Contoh 2:

Hasil kajian saya di kawasan Gerik iaitu tempat tinggal saya ialah saya dapat mengetahui sejarah tempat saya.S aya dapat mengetahui bahawa orang yang mula-mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak, bendahara Kesultanan Melaka padakurun ke-16. Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani kemudian berpindah ke Belum,Gerik danmenjadi ketua masyarakat di Belum,semasa kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.


Negeri Reman bersempadan dengan Gerik. Raja Reman menceroboh Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan Reman dihapuskan oleh Siam dan menjadi jajahannya. 9 Julai 1902, Siam membuat perjanjian dengan inggeris untuk menyerah Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu untuk berada di bawah pemerintahan inggeris. Perjanjian ditandatangani di Bangkok oleh Sir Anderson dan Setiausaha Luar Negeri Siam. Selain itu, nama Gerik berasal daripada perkataan Gerit lalu ditukar ejaan menjadi Gerik. Nama ini diambil sempena peristiwa raja Reman mendengar bunyi ganjil dari perdu serumpun buluh lalu menyuruh orang menggali pangkal buluh itu lalu terlihat berpuluh ekor Dekan menggerit umbi buluh. Oleh sebab umbi buluh itu keras lalu terhasil bunyi berkerit-kerit.


*************************************************************************

Plagiat tidak dibenarkan. Akta Hak Cipta Terpelihara 1987 telah dikuatkuasakan dengan bertujuan  untuk melindungi bentuk atau cara dimana idea-idea dan maklumat ditunjukkan kepada orang lain dengan berbentuk pernyataan  fizikal. Selain itu, akta ini juga bertujuan untuk melindungi konsep, fakta, gaya atau teknik yang wujud atau digambarkan dalam karya hak cipta. Mengikut seksyen 43, Akta Hak Cipta Terpelihara 1987 ini sesiapa yang didapati bersalah dibawah akta ini boleh dikenakan hukuman denda RM 10,000 sehingga tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun

nda boleh klik pautan di bawah untuk mendapatkan contoh jawapan yang lain:
10. Menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat
11. Ulasan ucapan Tunku Abdul Rahman
12. Rumusan
13. Sumber


*************************************************************************

Anda dinasihatkan memastikan ketulenan tugasan dan tidak memplagiat dengan mengambil atau meniru tugasan (hasil kerja) daripada mana-mana pihak seperti di blog-blog lain yang tidak mempunyai sumber asal yang sahih. Sebagai peringatan, sekiranya anda didapati melakukan plagiat, anda berkemungkinan digagalkan atau diberikan gred yang tidak memuaskan. Diharap panduan / jawapan tugasan Sejarah PT3 ini dapat memberi panduan dan penjelasan kepada semua pelajar tingkatan 3. semoga anda boleh siapkan dengan jayanya!

Diedit dan diolah oleh saya sendiri!

Semua maklumat di atas disusun oleh saya sendiri. kepada blogger kaki copy paste, post ini tidak boleh dan tidak dibenarkan copy melainkan anda berkongsi link ini sahaja. Semua maklumat di atas juga tidak boleh dicopy. anda faham erti copyright, kan? 

Anda hanya kena print sahaja sebab kat sekolah pun kena salin balik, kan? So, Nak print senang je:
1. chrome dan mozilla user : 
guna tab menu browser uols (yang ada 3 garis) yang ada di atas sebelah kanan dan klik print. 

2. Boleh juga kalau tak nak print, save guna pdf. 

3. Terus tekan CTRL-P untuk print terus.




Good Luck!

14 comments:

  1. ahh saya tak faham cam mana nk buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kn..saya pon pening..

      Delete
    2. x mau tau

      Delete
    3. main game je laa,lantak laa kat PT3 tuu
      bukan penting pon

      Delete
  2. kn..saya pon pening..

    ReplyDelete
  3. wahhhhh !!! thank you sgat2

    ReplyDelete
  4. apa la ni.......
    buat org pening je.....

    ReplyDelete
  5. mcm mane nak fhm ni..?

    ReplyDelete
  6. Boleh tak terangkan secara detail. Tak faham. Hmm

    ReplyDelete
  7. Assalamualikum kak,
    Saya pelajar tingkatan tiga dan nak buat tugasan kelas. Tajuk blog kakak yang terbaik untuk buat rujukan.

    Bgaimana boleh saya ambil sedikit isi kiranya boleh kakak untuk masuk dalam tugasan saya.
    Kalau boleh minta tolong sangat2 email kak...terima kasih

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®