Wednesday, May 02, 2018

Tugasan Sejarah PT3 2018: Perancangan Kerja

Contoh Jawapan Penuh Lengkap Tugasan / Folio / Kerja Kursus Sejarah PT3 2018

Tajuk : Masyarakat di Kawasan Tempat Tinggal Anda




PERANCANGAN KERJA

Perancangan (10 Markah) ialah aktiviti menulis pengenalan yang sangat sesuai dengan tugasan dan dapat menggambarkan keseuruhan kandungan hasil penulisan. ia meliputi aspek berikut:
  • jadual kerja / senarai semak
  • objektif kajian
  • menetapkan kaedah kajian
  • menetapkan tajuk
  • menyediakan kerangka kasar penulisan
  • menyatakan sumber

Contoh:
JADUAL KERJA / SENARAI SEMAK
Bil
Tarikh
Perkara
Catatan
1
2 Mei 2018
Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran Sejarah berkaitan penulisan tugasan

2

Membuat rujukan awal ke laman web yang berkaitan dengan tajuk yang diberi sebagai persediaan awal

3

Mengenalpasti cara penulisan tugasan
Menentukan tajuk penulisan

4

Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan menerusi internet, buku, majalah, akhbar, makalah, jurnal untuk mendapatkan bahan penulisan

5

Menulis kerangka kasar penulisan

6

Menulis draf awal tugasan dengan bimbingan guru dengan lebih teliti dan kemas

7

Menulis pengenalan mengenai latar belakang kawasan kajian anda

8

Menulis penerangan mengenai pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat

9

Menulis mengenai kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat

10

Menulis mengenai menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat

11

Menulis mengenai ulasan Tunku Abdul Rahman

12

Rumusan pengetahuan nilai / unsur dan harapan

13

Mengemaskini tugasan. Semak dan hantar tugasan

14
25 Mei 2018
Pembentangan laporan



ISI KANDUNGAN
Ianya tidak wajib. nak tulis boleh, tak nak tulis pun takpe. 
*mengandungi penghargaan, objektif kajian, kaedah kajian, hasil kajian, rumusan, lampiran, rujukan*

Contoh:


OBJEKTIF KAJIAN

*contoh*
Kerja khusus ini dilaksanakan bagi memenuhi beberapa objektif :-
1. Melalui kajian yang dijalankan saya mendapat kemahiran mencari dan mengumpul fakta mengenai latar belakang / sejarah kawasan kajian saya
2. Saya dapat menerangkan pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat di kawasan tempat tinggal saya.
3. Saya dapat menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai kegiatan sosioekonomi yang dilakukan oleh masyarakat setempat di kawasan kajian.
4. Melalui kajian kerja khusus ini juga saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganilisis maklumat berkaitan masyarakat di tempat tinggal saya.
5. Dapat melahirkan perasaan bangga terhadap terhadap kawasan tempat tinggal saya dan menjelaskan iktibar yang diperolehi daripada ucapan / kata-kata Tunku Abdul Rahman


KAEDAH KAJIAN

Sebanyak 4 kaedah kajian telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan bersistematik, iaitu: 

(a) Kaedah analisis dokumen/buku/akhbar
Saya juga turut merujuk dokumen/buku/akhbar dari ............ untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.

(b) Kaedah penyelidikan Pusat Sumber Sekolah / Perpustakaan Desa/Daerah/Negeri
Saya juga turut mengunjungi Pusat Sumber Sekolah/Perpustakaan Desa/Daerah/Negeri untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya. *Nyatakan jika anda juga melawat Perpustakaan luar dari sekolah, contohnya : Perpustakaan Negara*

(c) Muat turun sumber dari internet
Saya turut menggunakan kemudahan ICT yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang produk yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.

(d) Temubual
Kaedah yang juga saya jalankan adalah dengan menggunakan kaedah lisan iaitu melalui kaedah temubual dengan orang sumber saya yang tinggal di .................. Saya mendapatkan banyak maklumat daripada Encik/Puan/Cik …………………………. selaku ketua kampung / pengerusi JKK yang sudah lama menetap di kawasan tempat tinggal saya selama ......... tahun. 



PROSES AWAL

Proses awal (20 markah) ialah proses di mana anda mencari maklumat mengenai peristiwa bersejarah yang anda pilih dari pelbagai sumber. Cari beberapa bahan/sumber seperti buku, jurnal, majalah, surat khabar, broshur, pamplet ataupun bahan dari internet untuk dibawa ke sekolah dan tunjukkan pada guru anda. maklumat anda mestilah sangat tepat dan lengkap serta sangat sesuai dengan tugasan.


KERANGKA AWAL / KASAR PENULISAN

Kerangka awal / kasar dibina sebagai draf kepada tugasan anda. anda perlu menghuraikan serba sedikit secara ringkas isi yang anda akan huraikan di dalam tugasan penuh. 

Contoh:

Bil
Perkara
Huraian
1
Pengenalan
Huraikan latar belakang tempat tinggal anda:

Lokasi: ........................................     

Sebab penubuhan: ..........................
(tulis sumber isi)

2
Pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat
Huraikan pembentukan (asal usul) kawasan tempat tinggal 
Bilangan pecahan kaum, budaya dan populasi yang berada di kawasan tempat tinggal anda

Perkembangan pembukaan - kemudahan awam, fizikal, infrastruktur, prasarana, 

3
Kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat
Kegiatan ekonomi (pekerjaan penduduk di kawasan tempat tinggal) - ada kaitan dengan kawasan tempat tinggal
- perindustrian / pertanian / perikanan / perlombongan /perniagaan

4
Menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat
Cabaran / halangan untuk mengekalkan perpaduan 
- kurang aktiviti mengumpulkan masyarakat / aktiviti kejiranan / kurang bersosial / sikap individu

Cadangan bagaimana untuk mengekalkan perpaduan 
- aktiviti kemasyarakatan / kerohanian / gotong-royong / perayaan / sukan / majlis perkahwinan

5
Ulasan Tunku Abdul Rahman
Membuat pemerhatian dan penilaian terhadap keadaan masyarakat di tempat tinggal (kawasan kajian) dari segi
- semangat / persefahaman perpaduan yang ada,
- keunikan budaya & warisan, 
- keharmonian kemasyarakatan berbilang kaum 
- keistimewaan serta kelainan tempat tinggal berbanding tempat lain

6
Rumusan
Pengetahuan: melalui kajian ini saya mendapati banyak usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan  ......

Nilai: Saya sedar bahawa usaha untuk memelihara dan memulihara kawasan tempat tinggal dan memupuk semangat kemasyarakatan bukanlah sesuatu usaha yang mudah dan perlu dipertahankan...

Harapan: Saya berharap supaya kawasan tempat tinggal dapat dijaga dan dikekalkan bagi memastikan ...

7
Sumber
Mesti lengkap menurut turutan di atas



*************************************************************************
Plagiat tidak dibenarkan. Akta Hak Cipta Terpelihara 1987 telah dikuatkuasakan dengan bertujuan  untuk melindungi bentuk atau cara dimana idea-idea dan maklumat ditunjukkan kepada orang lain dengan berbentuk pernyataan  fizikal. Selain itu, akta ini juga bertujuan untuk melindungi konsep, fakta, gaya atau teknik yang wujud atau digambarkan dalam karya hak cipta. Mengikut seksyen 43, Akta Hak Cipta Terpelihara 1987 ini sesiapa yang didapati bersalah dibawah akta ini boleh dikenakan hukuman denda RM 10,000 sehingga tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun

nda boleh klik pautan di bawah untuk mendapatkan contoh jawapan yang lain:
10. Menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat
11. Ulasan ucapan Tunku Abdul Rahman
12. Rumusan
13. Sumber


*************************************************************************

Anda dinasihatkan memastikan ketulenan tugasan dan tidak memplagiat dengan mengambil atau meniru tugasan (hasil kerja) daripada mana-mana pihak seperti di blog-blog lain yang tidak mempunyai sumber asal yang sahih. Sebagai peringatan, sekiranya anda didapati melakukan plagiat, anda berkemungkinan digagalkan atau diberikan gred yang tidak memuaskan. Diharap panduan / jawapan tugasan Sejarah PT3 ini dapat memberi panduan dan penjelasan kepada semua pelajar tingkatan 3. semoga anda boleh siapkan dengan jayanya!

Diedit dan diolah oleh saya sendiri!

Semua maklumat di atas disusun oleh saya sendiri. kepada blogger kaki copy paste, post ini tidak boleh dan tidak dibenarkan copy melainkan anda berkongsi link ini sahaja. Semua maklumat di atas juga tidak boleh dicopy. anda faham erti copyright, kan? 

Anda hanya kena print sahaja sebab kat sekolah pun kena salin balik, kan? So, Nak print senang je:
1. chrome dan mozilla user : 
guna tab menu browser uols (yang ada 3 garis) yang ada di atas sebelah kanan dan klik print. 

2. Boleh juga kalau tak nak print, save guna pdf. 

3. Terus tekan CTRL-P untuk print terus.




Good Luck!

22 comments:

  1. terima kasih cikgu ini sangat membantu saya :) moga allah merahmati cikgu

    ReplyDelete
  2. Thank you cikgu nota ini sangat berguna untuk saya

    ReplyDelete
  3. Thank you cikgu nota ini sangat berguna untuk saya

    ReplyDelete
  4. Thank.you very much teacher these tips more helpful for me

    ReplyDelete
  5. thanks cikgu memang berguna nota ini

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum cg .. terima kasih kerana kongsi . Tapi , boleh cikgu nyatakan dengan lebih terang tentang PROSES AWAL ??? saya tidak paham cg ....

    ReplyDelete
  7. thank you for helping man!

    ReplyDelete
  8. good note. thanks teacher for the note .

    ReplyDelete
  9. thanks for you helping ,cikgu
    selamat hari guru

    ReplyDelete
  10. thank you for sharing your idea !

    ReplyDelete
  11. thanks cikgu nota ini memang berguna

    ReplyDelete
  12. bagaimana pulak dengan pembentangan?

    ReplyDelete
  13. Cikgu boleh buat satu untuk kesultanan melayu melaka tak? Saya tak tahu bagaimana nak buat la... 😭

    ReplyDelete
  14. Bolehlah untuk contoh sejarah . Boleh tak beri jawapan persoalan kajian sejarah tingkatan 3 ?

    ReplyDelete
  15. Boleh tak beri satu jawapan persoalan kajian dlm pentadbiran negeri negeri melayu bersekutu dlm tg.3?

    ReplyDelete
  16. Terima kasih cikgu untuk saya dapat banyak ilmu

    ReplyDelete
  17. Izinkan saya menggunajan rujukan ini sebagai panduan ya.. terima kasih

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2017 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®