Secara umumnya, adalah lebih utama bg seseorang wanita solat dirumahnya. Ini berdasarkan hadis riwayat Ummu Salamah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;
"Sebaik2 masjid bagi perempuan adalah kawasan dalam rumah2 mereka".
(Riwayat Ahmad, Nayl al-Authar)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud;
"Seseorang wanita itu bersolat di tempat tidurnya lebih baik dari bersolat di dalam biliknya. Dia bersolat di dalam biliknya lebih baik dari bersolat di dalam rumahnya. Dia bersolat di dalam rumahnya lebih baik dari bersolat di masjid".
(Riwayat Baihaqi dan disahihkn oleh al-Albani)
Namun TIDAK ADA LARANGAN untuk kaum wanita pergi ke masjid apatah lagi untuk mngikuti pengajian ilmu, mndengar ceramah dan sebagainya berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
"Apabila isteri2 kamu memohon izin untuk ke masjid pada waktu malam, hendaklah kamu izinkan".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Maksud sabda baginda s.a.w. lagi:
"Janganlah kamu menghalangi hamba Allah yang perempuan daripada pergi ke masjid Allah, dan hendaklah mereka keluar dengan tidak memakai bau-bauan".
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Menurut Dr. Soleh Fauzan, seorang ulama Saudi semasa ditanya mengenai hukum wanita ke masjid telah mndatangkan beberapa dalil yg mengHARUSknnya.
Antaranya ialah sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud;
"Sebaik2 saf bagi kaum lelaki ialah dihadapan dan seburuk-buruknya ialah dibelakang. Manakala sebaik2 saf kaum wanita ialah dibelakang dan seburuk2nya ialah dihadapan.
(Riwayat Muslim, Abu Daud dn Tirmizi)
Hadis ini menunjukkan Nabi s.a.w. kepada kaum muslimin ketika mengatur saf di dalam solat berjemaah. Sekiranya wanita dilarang untuk ke masjid, apakah gunanya Nabi s.a.w. memberikan petunjuk mengenai saf wanita tersebut?
Sekiranya, wanita ke masjid dibimbangi berlaku fitnah, kenapakah dalam masa yang sama wanita dibenarkan untuk ke pejabat, pasaraya, pasar mlm, taman2, hospital, pusat pengajian dan sebagainya. Apakah tempat2 tersebut tidak ada fitnah sebagaimana kononnya berlaku di masjid?
Dan berikut adalah hukum dan batas2 yang wajib dipelihara sekiranya seseorang wanita itu ingin ke masjid/surau :-
~ Hukum harus bagi yang tua.
~ Hukum makhruh bagi yang muda.
~ Mengikut pndapat ulamak yang mutakhir (terkini) makhruh jemaah wanita di masjid, termasuk; solat jumaat, sunat Hari Raya dan ceramah malam hari di masjid.
~ Ulama Shafie & Hambali pula berkata;
"Wanita yang cantik (ada rupa) makhruh hadir pada majlis yang ada (jemaah) ramai lelaki".
~ Tidak memakai bau-bauan dan mendapat izin suami.
~ Dibimbangi timbul fitnah; (maka; peliharalah aurat).
Perjalanan untuk menuntut ilmu atau bersolat jemaah adalah suatu perkara yang amat baik disisi Allah, namun masih ramai muslimat yang tidak menjaga batas aurat seperti yang dituntut oleh syarak.. perkara ini boleh mendatangkan fitnah buat mereka.
Kesimpulannya, wanita seharusnya dibenarkan ke masjid sekiranya mereka berkeinginan dengan syarat mereka menjaga batasan syarak dan dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT.
Notes : Sekiranya terdapat kesilapan sila betulkan/berikan tunjuk ajar, kerana tiap kelalaian dan kesilapan itu dari saya dan yang baik itu semuanya milik Allah.
Sama2lah kita renungkan dan saling berkongsi ilmu untuk kebaikan. - wallahu'alam
TERBARU! CONTOH TUGASAN PT3
- Tugasan Sejarah PT3 2018 Masyarakat di Tempat Tinggal
- Tugasan Geografi PT3 2017 Peta Lakar
- Tugasan Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah
- Tugasan Geografi PT3 2016 Pengangkutan
- Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi
- Tugasan Geografi PT3 2014 Pencemaran Alam Sekitar
- Tugasan Sejarah PT3 2016 Bangunan / Binaan Bersejarah
- Tugasan Sejarah PT3 2015 Persetiaan Persekutuan
- Tugasan Sejarah PT3 2014 Perpaduan Kaum
nice story :)
ReplyDeleteala, tapi ramai orang salah guna ayat nih. cakap wanita xyah pergi masjid sebab tak elok. hurm..
ReplyDeleteIslam tu mudah.. Yang penting kita kena jaga batas yang telah ditetapkan.. yezza..
ReplyDeletesalam, tq atas info ilmiah yang menarik dan berguna....
ReplyDeletebagus info ni..kalau boleh nak mintak izin nak letak kat blog saya...kalau boleh nanti inform kat shoutbox saya kay :)
ReplyDelete