Tuesday, July 23, 2013

Isu SK Seri Pristana mengenai makan di bilik persalinan


jenuh dah Qis baca komen orang sana sini mengenai murid-murid yang makan di bilik persalinan di SK Seri Pristana di Sungai Buloh, Selangor. ada yang komen negatif, hentam orang sana sini *tak boleh sebut, tapi korang rasanya boleh tahu depa salahkan siapa kan? huhu*.


ada yang mengatakan itu bukanlah tandas seperti yang dikatakan tetapi hanya bilik persalinan sahaja *tandas banyak kat sekolah..depa mungkin buat bilik persalinan khas kan?*. dan keadaan ini berlaku sebelum bulan Ramadhan lagi. 





isu ini pun dah disiarkan di Sinar Harian.

TPM mahu insiden makan dalam tandas disiasat

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meminta Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) menyiasat insiden pelajar bukan Islam diminta makan di dalam bilik air sebuah sekolah.
"Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah untuk menyiasat isu pelajar bukan Islam yang disuruh makan di dalam tandas.

"Tindakan tegas akan diambil jika ada asas," katanya menerusi laman Twitternya, hari ini.



ada seseorang yang bernama "Huds Ha" tampil memberi komen mengenai isu tersebut di facebook.


kalau ikut nilai moraliti kemanusiaan, mungkin tempatnya tidak sesuai untuk makan kan? kenapa tak buka satu bilik khas untuk pelajar2 nie makan? kenapa tak buat khemah sementara je? kenapa tak letak je meja makan kat dewan sekolah? tapi mungkin ada sebab dan musababnya kenapa buat kat situ. saya pun tak tahu macam mana nak ulas keadaan ini *kang ado yang hentam den plak kan? hihi*

rasanya kita kena tunggu penjelasan dari pihak2 yang berkenaan. jangan nak menghentam je kerja korang neh..tambah2 bulan puasa nie..nanti jatuh fitnah baru tahu..huhu. 

[updated] maklumbalas (24 Julai 2013)

Isu sekolah Sri Pristana, ini adalah artikel yang saya jumpa (terima kasih kepada sesiapa yang telah memberikan link blog tersebut). Ini adalah terjemahan nya.

Artikel ini di tulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut. 

"Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul. 

Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.

Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat:

1. kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama. Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi.

2. Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri.

3. Pengetua yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin.

4. bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013. Ini adalah salah satu inisiatif dari Pengetua untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari.

5. Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai "kantin"

6. Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut.

7. Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.

7. Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda "tandas" (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya, itu bukan tanda "tandas" tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan.

8. Tiada sebarang MANGKUK TANDAS di dalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka di luar bilik persalinan.

9. Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini.

10. Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) . Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini .

11. Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di facebook, hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013.

12. Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup "kantin sementara" dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.

Ini adalah sebahagian daripada kisah sebenar yang GAGAL untuk difahami oleh sesetengah pihak.

- gambar dibawah sudah cukup untuk menepis tuduhan bahawa sekolah ini memberi "layanan buruk" kepada pelajar bukan islam. Guru-guru sendiri pun menggunakan bilik tersebut sebagai tempat untuk menjamu selera. *Guru Besar memakai baju warna oren*


dipetik dari link
sumber asli: [link]


lovenota 1: sedih baca komen2 negatif dari orang melayu kita sendiri. sangat tak beradab.
lovenota 2: berdiam diri tak semestinya saya setuju dengan cara pengurusan sekolah tersebut. dan tak juga saya marah dengan tindakan itu. saya hanya tunggu penjelasan dan lihat keadaannya. 


No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®