Tuesday, December 16, 2014

20 Fakta Tangan Kidal



20 Fakta mengenai Tangan Kidal @ Left-Handed

1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.



2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi genius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal. 

3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 26% lebih kaya!

4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecenderungan lebih tinggi untuk ketagih rokok.

5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan tadi akan turun menjadi 2% sahaja.

6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal (siapa sangka, kucing boleh kidal juga!).

7. Entah mengapa, orang kidal katanya lebih tidak suka buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.

9. Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemungkinan anaknya lahir kidal.

10. 4 dari 5 pereka komputer Mac dilaporkan kidal. Antara Antara 5 Presiden US yang terakhir, 3 Presiden US yang kidal ialah Obama, Clinton dan Bush Sr.

11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

12. Orang kidal lebih cenderung atlet, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.

13. 50% orang kidal menggunakan mouse (tetikus) dengan menggunakan tangan kiri. 68% orang kidal menggunakan tangan kanan untuk memegang gunting dan 74% orang kidal menggunakan tangan kanan apabila memegang pisau 

14. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)

15. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)

16. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)

17. Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)

18. Orang kidal mencapai akil baligh selepas 4 atau 5 bulan selepas orang tangan kanan

19. Orang kidal lebih cenderung untuk menjadi alcoholic berbanding tangan kanan

20. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fizikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.



Haruskah kita ada keyboard untuk orang kidal? 



Siapa kidal? Komen sikit. Nak tahu jugak :D


lovenota : untung siapa yang kidal tu 


17 comments:

  1. salam kenal..singgah blogwalking kat sini :)

    woww menariknya fakta kidal ni..ramai jugak kenal kawan yg kidal & mmg kaki game hihi

    ReplyDelete
  2. nice sharing.. saya tak kidal.. hehe

    ReplyDelete
  3. kanan boleh kiri boleh bersamaan kadal... He He He...

    ReplyDelete
  4. Oooo ada pro & cons org tgn kidal ni ye.
    Sue x kidal.

    ReplyDelete
  5. Thanks for the lovenote heehehehee qila dkt sini kidal yayayayay!!!!!

    Tapi semua benda qila buat dgn tgn kanan. Pisau, mouse, gunting hehe.
    Tu yg over pandai kot. Guna both otak? Gituuuuu hahahahaahahahah

    Thanks share ni wiwiw.
    Happi and tekun gila qila baca ekeke

    ReplyDelete
  6. kawan cik manis adik beradik dia semua kidal. :)

    ReplyDelete
  7. Left-handed ~ recessive trait.
    * Nanti saya singgah BW lagi tau, Balqis.
    Banyak sangat hutang ngan sumeorang ni xD.

    ReplyDelete
  8. Saya bukan kidal. Memang orang kidal ni cerdik-cerdik

    ReplyDelete
  9. saya bukan kidal tapi best friend saya kidal ^^,

    ReplyDelete
  10. saya kidal tapi saya juga bisa nulis pake tangan kanan . haha aneh tapi nyata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama jgak dgn saya.tapi saya lbih ok dgn tangan kiri

      Delete
  11. Saye jugak kidal.Tapi,org selalu anggap saye tak special.Apelah daya kan?Lepas baca,baru tau.

    ReplyDelete
  12. Saya seorang chef. Saya kidal, tapi gunakan pisau menggunakan tangan kanan. Haha

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®