Saturday, December 13, 2014

Penumpang ganas, pesawat Thai AirAsia terpaksa patah balik



BANGKOK: Sepasang kekasih warga China dan beberapa rakan mereka ditahan polis selepas mencurah air panas dan mengasari seorang pramugari penerbangan Thai AirAsia menyebabkan pesawat terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang (DMK), Bangkok.

Kesemua mereka dalam perjalanan ke Nanjing, China menaiki pesawat tempahan khas yang dinaiki 174 penumpang dan empat anak kapal.

Saksi berkata lelaki berkenaan turut mengancam untuk meletupkan pesawat manakala kekasihnya pula mengugut untuk membunuh diri. Kejadian dipercayai berpunca apabila tempat duduk pasangan berkenaan diletakkan berjauhan kerana disusun mengikut abjad.

Sebaik mendarat, polis membawa pasangan terbabit dan dua rakan mereka ke balai polis lapangan terbang. Difahamkan, insiden berkenaan selesai selepas perbincangan bersama kapten pesawat dan pramugari terbabit.

Thai Airasia dalam satu kenyataan berkata, penerbangan FD9101 dari berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa DMK pada jam 5.43 petang semalam, berpatah balik berikutan tindakan penumpang memarahi kru pesawat sebelum menyimbah air panas.

"Kapten dan anak kapal terpaksa memujuk penumpang warga China itu untuk berbincang di pejabat lapangan terbang DMK selepas perbuatannya boleh mengancam keselamatan pesawat," kata kenyataan itu. - Bangkok Post

****

Gaduh sebab tempat duduk jauh? lol!
Tak ke pelik tu gaduh pasal benda kecik macam tu
Kalau gaduh sebab curang lain la cerita kan
Buat orang gelak jela diorang nie. 
Main ugut bunuh diri, letupkan kapal terbang
Senget la..hahaha
Nak mengamuk pun atas kapal terbang.
Kan menyusahkan orang lain tu
Kalau tak puas hati gaduh la kat darat..bukan di udara..
Hadeii..

Entah-entah pasangan couple tu budak bawah umur lagi kot..sebab tu beria-ia nak bunuh diri bagai..hikhik


lovenota : dah sampai Langkawi. Nak cuci mata :D





10 comments:

  1. pelik2 lah dorang nih !! Langkawi?? ah, bestnyer bercuti..!!! happy holiday ya

    ReplyDelete
  2. Allahu Akbar...benda macam tu pon bole hangin2...tak patut betul...

    ReplyDelete
  3. Entahnye. X matured langsung. Menyusahkan org lsin je.

    Selamat bercuti. Syoknya p langkawi.

    ReplyDelete
  4. mesti kes check in tapi tak nk beli seat mmg akan duduk berjauhan...kalau nk seat sebelah berkepit sila beli seat..apalah dorang ni perkara kecik camtu pun nak mengamuk

    psst : ohh..bercuti ke langkawi lah ni ye..epy holiday

    ReplyDelete
  5. Pelik jugak baca berita ni..apa salahnya bincang elok2...bnda simple mcm ni boleh settle kot..xperlu nak ugut2 bagai...

    ReplyDelete
  6. haha. manusia makin gila. sebab tempat duduk je pun. ish2.

    ReplyDelete
  7. Makin pelik perangai manusia sekarang ni.

    ReplyDelete
  8. macam2 sungguh la...ada je -.-

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®