Soalan:-
Apakah hukum bagi orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang? Bagaimanakah dengan amalannya? Apakah hukum nenganiaya orang?
Jawapan:
Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayarnya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :
i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.
Sabda Rasul S.A.W. Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)
Sabda Rasul S.A.W. Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
(Riwayat Baihaqi)
Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor
Buat si penghutang yang buat-buat lupa nak bayar semua hutang tu, beringat la sebelum aku tuntut semua hutang kau di akhirat kelak.
Sekadar renungan. Wallahu'alam.
lovenota : beringat sebelum terlambat
tterima kasih atas ingatan ^^
ReplyDeletePringatan dan perkongsian yang baik CB :) Hehehe...pemiutang malu nk minta, tapi penghutang relax mcm xde pape je..hoho..rasa macam nak bg pelempang je,,
ReplyDeletepssttt : Dah sihat ke?
itu sbb jika ada adik beradik or ibu bapa yg meninggal dunia kita as anak2 or sanak saudara perlu langsaikan hutang bagi pihak
ReplyDeletejangan memain dgn hutang...
ReplyDeleteTak ditolong kesian. Bila dah ditolong, kita pula kena pijak.
ReplyDeleteperingatan yang baik untuk semua..
ReplyDeletebtl tu qis
ReplyDeleteayu kadang nak mnx hutang tu pon rase malu nak mnx byk kali
mcm mane la orang y berhutang tu boleh buat dek je xbyr hutang org tp selamber je shopping xigt dunia depan kite ni