Saya baru balik shopping barang di Mydin Seremban 2. Balik nie terus google berita hari ini. Bukan apa, petang tadi tiba-tiba jalan susur keluar tol PD-Seremban jem teruk sangat! Pelik jugak sebab tak pernah jem seteruk itu sampai kereta tak bergerak langsung. Nasib baik niat saya nak shopping di Seremban 2. So, tak kena rempuh jem di situ.
Bila buka berita, rupa-rupanya ada kes tembak mati. Patut la teruk nauu jem aihh. Penjenayah nie takde tempat lain ke nak main tembak-tembak? Jalan utama Seremban ini jugak nak bagi jem. Huhuhu.
****
Harian Metro: Dua penjenayah maut ditembak
Seremban: Polis menembak mati dua penjenayah berhampiran semak di Jalan Rasah-Port Dickson, di sini, dalam satu aksi berbalas tembakan, 2.15 petang, hari ini.
Sumber berkata, kedua-dua suspek itu dikesan anggota polis ketika dalam perjalanan dari Port Dickson menuju ke daerah ini.
Sumber berkata, terdahulu polis mengekori suspek terbabit dari arah Port Dickson menuju ke bandar ini sebelum keadaan itu disedari kumpulan suspek berusia antara 20 hingga 30-an itu.
Katanya, apabila mereka menyedari kehadiran pihak berkuasa, dua lelaki berusia sekitar 20 dan 30-an bertindak terjun dari kenderaan dan melarikan diri sebelum melepaskan tembakan.
"Polis kemudian terpaksa melepaskan tembakan balas dan kedua-dua suspek mati ditembak," katanya. Sehingga ini, katanya, siasatan masih dijalankan berhubung kejadian berkenaan.
lovenota : orang zaman sekarang nie tak takut mati ke? Huhu
nasib baik tak ada orang awam cedera...
ReplyDeletetahniah buat PDRM.. :)
Ya Allah ngerinya...takut terkena org awam je..
ReplyDeleteOrang jahat memang xtakut mati.
ReplyDeleteTaktau nak kena seksa dalam kubur nanti..
Pernah juga alami peristiwa mcm ni... Huhu... Sram je lalu..
ReplyDeleteaiyoo dah macam kat filem2 da nak main tembak2...
ReplyDeletepasni nak kuar pon takot2 da