Apabila mendengar hanya 4 896 calon sahaja yang mendapat semua A dalam Peperiksaan UPSR 2016, saya merasakan bahawa fenomena PT3 yang pertama pada tahun 2014 berulang kembali. Benar, ibu bapa tidak perlu risau jika anak anda tidak mendapat semua A seperti anak rakan-rakan dan jiran-jiran anda yang menduduki peperiksaan UPSR pada tahun sebelumnya. Ia tidak boleh dibandingkan sama sekali kerana format dan tahapnya adalah berbeza.
Calon peperiksaan UPSR 2016 adalah kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di samping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ataupun dikenali sebagai High-Order Thinking Skills (HOTS). Mereka ini juga akan menjadi kohort pertama yang akan mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan menduduki Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3) berformat baru pada tahun 2019.
Konsep Kurikulum Transformasi KSSR berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. KSSR dilihat sebagai penambahbaikan dari Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Prinsip utamanya ialah pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup.
Beza KBSR dan KSSR?
Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan.
Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu. Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST). Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
Julat Gred Markah KSSR Sekolah Rendah 2016
Julat Gred Markah KBSR
80 - 100 --> A
60 -- 79 --> B
40 -- 59 --> C
20 -- 39 --> D
01 -- 19 --> E
00 --------> TH
Berikut di atas adalah julat gred markah KBSR lama yang digunapakai sebelum ini. Jika kita bandingkan perbezaan julat pemarkahan bagi KBSR dan KSSR, tahap gred B dalam KSSR lebih tinggi berbanding KBSR. Ini bermakna gred KSSR adalah lebih berkualiti berbanding gred markah sebelumnya.
Keputusan Gred Purata Negeri (GPN) Setiap Negeri
Negeri
|
Bil.
calon
|
Semua
A
|
Peratus
|
Gred
Purata Negeri (GPN)
|
Wilayah Persekutuan
|
20, 676 calon
|
308 calon
|
1.49 %
|
2.77
|
Sarawak
|
41, 380 calon
|
284 calon
|
0.69 %
|
|
Pulau Pinang
|
22, 215 calon
|
399 calon
|
1.80 %
|
|
Perlis
|
3, 806 calon
|
45 calon
|
1.18 %
|
|
Negeri Sembilan
|
16, 617 calon
|
247 calon
|
1.49 %
|
2.82
|
Melaka
|
13, 261 calon
|
159 calon
|
1.19 %
|
2.83
|
Johor
|
54, 678 calon
|
671 calon
|
1.25 %
|
2.84
|
Selangor
|
87, 229 calon
|
1, 025 calon
|
1.18 %
|
2.85
|
Terengganu
|
20, 341 calon
|
271 calon
|
1.33 %
|
2.95
|
Pahang
|
23, 351 calon
|
296 calon
|
1.27 %
|
2.96
|
Perak
|
34, 713 calon
|
363 calon
|
1.05 %
|
2.97
|
Kelantan
|
29, 372 calon
|
320 calon
|
1.09 %
|
3.03
|
Kedah
|
31, 976 calon
|
280 calon
|
0.88 %
|
|
Sabah
|
43, 661 calon
|
187 calon
|
0.43 %
|
3.29
|
lovenote: perjalanan hidup anda masih jauh. teruskan usaha dengan lebih cemerlang.
walau apa pun formatnya, sekolah kena berhenti menjadikan murid-murid mesin.
ReplyDeletemalaysia terlalu exam oriented
minta maaf ye. bukan sekolah. kementerian. menteri-menteri. penggubal. lembaga peperiksaan. kurikulum.
Deletesekolah hanya pelaksana.
HAHAHAHAHA!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDelete