Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Sunday, November 02, 2014

Langgar Kereta Sebelah Banyak Kali Semasa Reverse


Langgar Kereta Sebelah Banyak Kali Semasa Reverse

‘Worst driver in China’ repeatedly hits nearby car




ini adalah kisah benar.
seorang lelaki China cuba untuk reverse keluar dari tempat parking kereta dan dengan sengajanya dia melanggar kereta sebelah.
lihat jela cara dia reverse, dengan sesuka hati dia cuba nak keluar dan melanggar kereta sebelah beberapa kali. bukan sekali tetapi 10 kali dalam masa 10 minit.

sengal ke apa driver tu? 
habis calar kereta orang, kereta dia takpe la, 
dia yang tak reti keluar reverse. tanggung sendiri la. 
kereta orang tu macam mana? 


reverse kereta


dan ini bukan pemandu wanita, tetapi pemandu lelaki.
ya, driver kereta itu adalah lelaki. 
adakah lelaki kurang mempunyai perasaan bertanggungjawab? tak ada etika? hihihi


langgar kereta accident kemalangan

tetapi ini berlaku di China, bukan di Malaysia ye.
tapi, ada je driver Malaysia yang buat macam tu, ye dak?
susah nak cari driver yang jujur.
kalau dah terlanggar, lari terus. 


lovenota : kereta saya pun terkena seperti dicalarkan oleh kereta lain. tetapi siapa?

Read More »

Wednesday, October 29, 2014

Kawan terlibat dalam Kemalangan di Batang Melaka


pasangan warga emas maut, sinar harian
*klik pada gambar untuk penjelasan*

Pasangan warga emas maut

Sinar Harian Edisi Melaka dan Negeri Sembilan - 29 Oktober 2014

Batang Melaka - Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Batang Melaka, berhampiran Balairaya Batang Melaka, semalam. 

Kereta jenis Honda Civic yang dipandu anak perempuan dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu oleh seorang guru lelaki *dalam paper tulis guru perempuan, sengal punya wartawan* SMK Dato' Mohd Taha, Gemencheh yang datang dari arah bertentangan. 

Namun, sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian depan Honda Civic dinaiki warga emas itu, menyebabkan tiga kenderaan terlibat.

Kedua-dua warga emas dilaporkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka, manakala anak perempuannya dilaporkan parah dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.

*****

Serba sedikit mengenai berita kemalangan yang melibatkan kawan saya *tiada dalam akhbar online, so kena taip sendiri..huhu*. agak seram dan dahsyat jugak la. kawan saya yang naik Toyota Vios tu. yang terkejutnya, sampai terbalik kereta Vios tu. dia sebenarnya dalam perjalanan ke Melaka menghadiri kursus. bila dah terlibat dengan kemalangan, terus tak jadi attend kursus. 

Alhamdulillah, beliau tak apa-apa. tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. kalau lihat pada gambar kereta Vios tu, paling kurang pun mesti ada cedera sikit kan? tapi Allah Maha Menyayangi dan Mengasihani beliau. eh, kawan saya nie baru jadi pengantin baru, belum sebulan lagi. darah masih manis orang katokauu. hehe. 

Jom kita layan gambar di tempat kejadian.

toyota vios kemalangan di batang melaka


toyota vios kemalangan di batang melaka

toyota vios kemalangan di batang melaka

toyota vios kemalangan di batang melaka

kemalangan honda civic merempuh toyota hilux

Saya pun pengguna Toyota Vios seperti kawan saya nie. bila lihat gambar macam nie, saya pun rasa seram jugak la. apatah lagi tuan punya kereta yang accident tu. semoga kawan saya nie dapat recover trauma accident tu secepat yang mungkin, dan boleh bertugas seperti biasa. tang kereta tu, memang sedih la. tapi masih belum dikira totally lost kot. tak pela Feedo, kereta tu pun dah merajuk sebab ko dah kahwin. so, ko tukar kereta baru la. sempena pengantin baru, kan? hadiah untuk diri sendiri. hehe :D


lovenota : malang tidak berbau..huhu

Read More »

Monday, September 15, 2014

Perodua Axia

Perodua Axia



Spesifikasi Harga 

AXIA - 1000 E Manual
solid : RM 24,600.00 
metallic : RM 25,000.00 

AXIA - 1000 G Manual
solid : RM 29,800.00 
metallic : RM 30,200.00 

AXIA - 1000 G Automatic
solid : RM 32,800.00 
metallic : RM 33,200.00 


Warna body yang disediakan sebanyak 6 pilihan warna iaitu Lemongrass Green, Cherry Blossom, Midnight Blue, Ebony Black, Glittering Silver dan Ebony White.


Nak tahu specification untuk Perodua Axia : --> Perodua Axia

bahagian luar @ Exterior : 

bahagian dalam @ Interior :




Perodua Axia SE


Spesifikasi Harga

AXIA - 1000 SE Manual
solid : RM 36,800.00 
metallic : RM 37,200.00 

AXIA - 1000 SE Automatic
solid : RM 39,800.00 
metallic : RM 40,200.00 

Ada 6 jenis warna body yang disediakan iaitu Lava Red, Sunflower Yellow, Midnight Blue, Ebony Black, Glittering Silver dan Ebony White.



Nak tahu specification Perodua Axia SE : --> Perodua Axia SE

bahagian dalam @ Interior :




Perodua Axia Advance




Spesifikasi Harga

AXIA - 1000 AV Automatic
solid : RM 42,130.00 
metallic : RM 42,530.00 

Ada 6 jenis warna body yang disediakan iaitu Lava Red, Sunflower Yellow, Midnight Blue, Ebony Black, Glittering Silver dan Ebony White.

Nak tahu specification Perodua Axia Advance : --> Perodua Axia Advance

bahagian luar @ Exterior :



bahagian dalam @ Interior :





lovenota : comel jugak Axia nie. tapi baru tukar kereta baru. mampu lihat jela :D


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®