Tuesday, December 22, 2015

Salam Takziah Sahabat


Baru buka facebook tadi, terbaca mengenai pemergian seorang rakan yang kembali ke rahmatullah tengah hari tadi disebabkan kanser. Terkejut. Hairan. Terkedu. Sumpah aku tak tahu kau sakit. Aku langsung tak tahu menahu pasal penyakit kau. Kau mendiamkan diri, tak ada bagitahu langsung. Sungguh aku kecewa sebab tak sempat nak jumpa kau sebelum kau pergi. 


Aku tengok facebook kau, kau nampak sihat. Sempat pergi bercuti di luar negara. Tapi hari ini, kau dah 'tiada'. Kau langsung tak bagitahu sakit kau. Bukannya jauh pun rumah aku dengan rumah kau. Silap aku jugak sebab aku tak pernah nak mesej kau. Lama sangat tak hubungi kau. Cuma contact melalui facebook je. 

Kau memang seorang yang sangat baik, ceria, suka tolong aku masa kerja sama-sama dulu kat Ilham Resort, Port Dickson pada tahun 2006. Kalau kau tak ada, tak ada lah nak tolong aku angkat dorm-set VIP bawa ke kitchen. Kalau kau tak ada, boring sangat masa aku kerja sorang-sorang. Kalau kau tak ada, tak adalah aku nak dengar lawak bodoh kau tu. Kadang-kadang kau suka sengaja sakitkan hati aku. Kau suka tengok aku muncungkan mulut macam itik. Kau sentiasa ada dengan aku, sampaikan orang kata kita nie sepasang kekasih. Mana taknya, di mana ada Wani, di situ ada Shukor. Kalau Shukor ada dengan Wani, lambat je kerja si Shukor. Hahaha. Aku takkan lupa semua ini. 

Masa kau perkenalkan diri, kau kata kau pun dari Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) batch 2005/2006. Aku terkejut, tak percaya. Aku ketawa sambil mengatakan kau tipu. Terus kau kata, "yelah, aku nie nampak selekeh kan, tak hensem pun. Macam orang tak belajar kan. Sebab tu kau tak percaya,". Makin galak aku ketawa. Terus kena cubit sedas. Memang susah nak percaya masa tu, kau sangat merendah diri. Gile-gile humble. Bila kau dah berjaya jadi engineer pun kau biasa-biasa je. Tak macam orang lain.

Pernah satu hari tu lepas kita masing-masing sambung belajar ambil ijazah, kau kata kau suka aku. Aku tolak dengan cara baik, sebab kau sahabat aku. Kau rakan aku. Aku sayang kau, tapi sayang sebagai sahabat. Kau terima dengan hati terbuka, dan kurang menghubungi aku lepas tu. Aku pasrah. 

Lama kelamaan kau add aku kat facebook. Aku gembira sebab kau masih ingat aku. Kita berhubung semula, berkongsi cerita lama. 

Aku baru tahu juga, kau sudah menikah pada 2 Disember 2015. Ya Allah, berat sungguh dugaan balumu. Aku langsung tidak menyangka. Sungguh aku tabik pada isterimu, masih lagi menerima kau walaupun tahu kau sedang sakit. Semoga tabah wahai sang isteri!

Sungguh Shukor, aku tak tahu kau sakit. Kalaulah kau sempat memberitahu aku, kalau aku masih ada peluang untuk berjumpa dengan kau. Aku redha. Damailah kau di sana. Semoga kau dirahmati oleh Allah SWT. Aku halalkan semua hutang-hutang kalau ada, semua makan minum kau pada aku. 

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Al-Fatihah.


lovenota : terasa kehilangan sorang sahabat lagi. 



Read More »

Monday, December 21, 2015

Cik Siti Jalang


Sabtu lepas ditayangkan cerita klasik melayu arahan A.Aida iaitu "Cik Siti" di TV3. Terniat di hati untuk menggoogle sejarah Cik Siti ini. 



Sejarah Cik Siti Aminah Tanah Mahsyur atau Cik Siti Jalang. Makam Cik Siti terletak di hujung kampung di bawah jambatan Kota Tinggi dan bersebelahan dengan Kampung Kelantan di mana Laksmana Bentan disemadikan bersama dengan Dang Anum dan anaknya yang popular dengan kisah belah perut yang disebabkan sebutir nangka Sultan Mahmud yang telah dimakan oleh isteri Megat Seri Rama (Laksmana Bentan).



Ukiran batu nesan itu dipercayai ukiran yang berasal dari Acheh. Catatan pada batu tanda di makam cik Siti di Kampung Tembioh, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim:
Makam Cik Siti ini juga dikenali dengan nama Makam Cik Siti Aminah Tanah Masyuhur atau Cik Siti Jalang. Terdapat cerita yang menarik tentang sejarah Cik Siti ini. Menurut sumber, beliau dipercayai adalah anak salah seorang pembesar di istana. Cik Siti Aminah ini dikatakan seorang wanita yang kaya dan jelita. Gelaran 'Jalang' diberikan kepadanya kerana jumlah perkahwinan beliau yang berjumlah sebanyak 99 kali. Kesemua yang menjadi suaminya akan mati setelah mengahwininya. Tetapi kerana kecantikan yang dimiliki oleh Cik Siti inilah yang membuatkan ramai lelaki terpikat dan ingin memperisterikannya. Mereka bersetuju untuk menjadi suami Cik Siti walaupun mengetahui mereka akan dikenakan syarat menyediakan sebuah keranda serta tiga papan kain kapan sebagai persediaan bagi pengebumian mereka. Dengan takdir tuhan, Cik Siti telah mendapat seorang suami yang kekal hidup bersama dengannya setelah berkahwin bagi kali yang ke seratus.

Ini versi yang kita tengok kat TV3  dalam slot Cerekarama pada hari Sabtu yang bertajuk "Cik Siti" lakonan Izara Aisyah. Dan suaminya yang ke-100 itu lakonan Rusdi Ramli, seorang yang alim dan warak telah membunuh semua haiwan berbisa termasuklah kala jengking pada malam perkahwinannya. Kemudian, mereka bahagia selamanya. Masa tu dikatakan Cik Siti berumur 46 tahun. Betul ke tidak saya pun tak pasti.

Kalau anda ingat lagi, ada kisah versi lain, tajuknya "Sanggul Beracun" arahan Sabri Yunus lakonan hebat oleh Erra Fazira. 

Kisah bermula seorang wanita jelita; Siti Aminah yang baru berkahwin dan sedang merancang untuk membunuh suaminya pada malam pertama selepas bernikah, dengan menitis beberapa titik racun (bisa kala jengking) dari botol kecil yang disorok di dalam sanggul cantiknya. 

Kisah ini berlaku semasa zaman Malayan Union dulu, sebelum Tanah Melayu merdeka. Siti Aminah, seorang gadis yang dilahirkan buruk dan sering menjadi hinaan dan kutukan orang-orang kampung. Kerana tidak tahan dengan keadaan itu, ayah Siti Aminah bersetuju mengahwinkannya dengan kawannya sendiri. Tapi pembelaan dan perkahwinan itu bermotif jahat, semata-mata hendak merampas harta dan tanah milik keluarga Siti Aminah, sehingga akhirnya dia membunuh ayah mertuanya sendiri. Siti Aminah dihalau keluar dari kampung oleh suaminya yang mengugut menuduh Siti Aminah membunuh ayah sendiri. 
Di dalam hutan, dia disapa oleh seorang “pakcik” dan ditawarkan pertolongan menjadi cantik tetapi harus mengikut syaratnya. Untuk kekal cantik dia harus membunuh suaminya sehingga 100 orang dan setiap perkahwinan tidak boleh melebihi 3 bulan.
Usaha Siti Aminah gagal untuk membunuh suaminya yang ke-100, Hassan kerana kopi beracun sudah ditukar, dan Siti Aminah terminum kopi racunnya sendiri. Anak bekas suaminya yang berdendam muncul untuk membunuh Siti Aminah dengan tangannya sendiri. Hassan menghalang walaupun mereka pernah berpakat begitu. Hassan ditikam di hadapan isterinya dan mereka mati bersama-sama seiring dengan azan Subuh.

Kisah versi ini agak berlainan dari kisah asalnya terapi jalan ceritanya tetap menarik. 

Ada pula kisah Cik Siti Jalang ini mengikut Versi ke-3:
Cerita yang dikatakan berlaku abad ke 17, kira-kira 200 tahun selepas kejadian Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dikatakan berlaku di Kampung Tembioh di Kota Tinggi. Sebagai tanda jika kita ke kampung ini terdapat makam yang dikatakan Makam Siti Aminah atau juga dikenali sebagai Siti Jalang.  
Mengikut ceritanya Siti Aminah ini berasal dari Kelantan dan sejak kecil telah menjadi anak angkat sebuah keluarga bangsawan Bugis di Kota Tinggi. Cik Siti Aminah ini dikatakan terlalu cantik paras rupanya menjadi sebutan di daerah ini dan kerana itu beliau menjadi rebutan ramai. Kerana risaukan keselamatan anak gadis ini, keluarga Bugis ini telah mewariskan satu ilmu pendinding kepadanya sebagai tujuan menjaga kesucian gadis ini dari dianiaya lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab. 
Sehinggalah Cik Siti Aminah meningkat dewasa, beliau telah dipinang oleh seorang lelaki yang juga dari golongan orang berada. Majlis perkahwinan berlangsung penuh meriah sehinggalah pada malam pertama pasangan pengantin tersebut menjadi porak peranda apabila Cik Siti Aminah telah diceraikan. Ini kerana pengantin lelaki sewaktu pada saat beliau bersedia untuk menikmati malam pertamanya, beliau gagal menemui pertanda yang Cik Siti Aminah adalah seorang perempuan! 
Namun itu tidak mencacatkan keinginan lelaki-lelaki lain untuk memiliki Cik Siti Aminah dan ini membawa perkahwinan keduanya. Namun bala masih mengundang, perkara yang sama berlaku pada malam perkahwinannya apabila dia diceraikan pada keesokan hari perkahwinannya. Ini berlarutan untuk berberapa tahun selepasnya sehingga dikatakan Cik Siti Aminah mempunyai 99 orang suami. 
Sehinggalah suaminya yang ke 100, dikatakan seorang yang warak dan punya pegangan agama yang kukuh serta mempunya ilmu kebatinan yang tinggi dapat membuka ilmu kunci nafsu yang diwarisi Cik Siti Aminah dari keluarga angkatnya, dan dengan suaminya yang terakhir inilah perkahwinannya kekal ke akhir hayat. Namun Cik Siti Aminah pada saat ini telah pun berumur maka mereka tidak mempunyai sebarang waris dan disaat akhir hayatnya Cik Siti Aminah mewasiatkan apabila beliau meninggal dunia agar jenazahnya dikebumikan jauh dari kawasan perkuburan penduduk kampung yang lain kerana akibat dari perkahwinannya yang mencatatkan jumlah sebanyak seratus kali itu penduduk Kota tinggi menggelarkannya dengan panggilan Siti Jalang.

Tidak diketahui yang mana satu versi yang betul. Cerita hikayat ini pernah saya baca dalam buku hikayat cerita melayu pada zaman saya sekolah dulu. Dulu saya sangat suka membaca buku kisah-kisah rakyat macam nie. 

Bila kita ceritakan balik semua kisah ini, bukannya kita nak mengaibkan si arwah. Jadikan cerita ini satu pengajaran. Kalau ikutkan cerita cerekarama tu, janganlah menderhaka kepada ibu. Itulah natijahnya. Dia pun tak minta nak suami sampai 100 orang. 

Sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah, kerana beliau tiada zuriat yang akan mendoakannya. Amin.


lovenota: begitu seronok dengan hikayat melayu klasik. Nak tukar profesion rasa. 


Read More »

Thursday, December 17, 2015

PTPTN Potong Gaji Peminjam Tegar


Pemilik facebook, Batrisyia Fauzan berkongsi slip gaji seorang pekerja kerajaan di mana gajinya telah dipotong oleh PTPTN untuk membayar pinjaman. 


Nampaknya pihak PTPTN memang tidak bermain-main dengan peminjam hutang nie. Dengar jugak PTPTN nak buat operasi besar-besaran untuk mengesan peminjam PTPTN yang masih dan tidak pernah membayar hutang pinjaman. Mereka memberi tempoh sehingga bulan September sebelum mereka membanteras pemiutang yang degil membayar hutang. Memang ada perundingan bagi peminjam PTPTN pada bulan Ogos hari tu di mana peminjam PTPTN dipanggil untuk berbincang mengenai pinjaman tersebut dan potong mengikut kadar yang betul. Tapi saya sendiri tak sangka sampai banyak macam tu sekali PTPTN potong gaji, kiranya potongan mandatori disebabkan langsung tidak membayar pinjaman PTPTN. 

Kes potongan gaji secara ‘automatik’ ini sebenarnya telah pun dikuatkuasakan sejak September 2015. Ianya wajib dipotong untuk peminjam yang tidak pernah membayar hutang PTPTN selepas tamat belajar. Slip gaji mangsa peminjam PTPTN seperti gambar di bawah:  


PTPTN memotong tunggakan pinjaman si peminjam tu sebanyak RM 2 063.75. Banyak tu, siap potong sampai 2 ribu. Lepas dah kena potong tu Gaji Bersihnya tinggal RM 19.49 sen. Apa yang nak dibeli dengan RM 19 tu? MasyaAllah. Kesian sangat. Kalau tengok pada Gaji Pokok mungkin dah berkhidmat dalam 3 tahun. Belum sah jawatan lagi nie sebab KWSP masih lagi dipotong tu. Alahai, sebelum nie tak pernah bayar PTPTN ke dik? 


Slip gaji kakitangan kerajaan yang kedua pulak. Dipotong bersih! Potong sebanyak RM 3587.50. Baki yang tinggal hanya telur ayam, RM 0.00. Lagi kesian. 


Slip gaji yang ini pun habis licin gajinya PTPTN potong. Yang ini mesti pekerja am. Nak makan apa lah lepas nie..huhu

Dulu, pihak PTPTN ada mengatakan, jumlah potongan gaji bulanan akan ditentukan mengikut kemampuan masing-masing. Tapi ini macam dah potong habis. Ini dah tak mampu namanya. Macam tak patut je PTPTN nie. Kalau potong sikit-sikit tu tak apa jugak, sekadar membuka mata si peminjam tegar ini. Alahai..

Saya memang dah habis bayar pinjaman PTPTN semasa promosi sebelum pelaksanaan GST bulan April hari tu. Bila buat pembayaran penuh dapat 20% diskaun. Saya pun langsaikan semua hutang PTPTN supaya tidak mencacatkan slip gaji saya. Hehe.

Hutang nie jangan dibawa main-main. Kita dah guna tu bayar la balik ye. Anak-anak generasi kini pula nak merasa pinjaman untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Pada sesiapa yang masih belum bayar, silalah bayar sebelum anda pula yang terkena potongan sebanyak itu. Sebulan tu cuma bayar RM 200++ je pun. Yang belum kena potong tu, sila berunding dengan pihak PTPTN secepat mungkin supaya diorang tak potong gaji anda secara mandatori, melampau sangat. Mau termenung sebab gaji sebulan dah habis. Betul-betul makan nasi lauk kicap jela nanti..huhu. 

Ini baru penjawat kakitangan awam, belum lagi pekerja swasta yang bergaji lebih besar tu. Stand by jela.


lovenota : Ada seorang makhluk Allah swt nie gaji beribu-ribu, ke sana ke mari, dah senang, tapi hutang masih tak bayar. Tak apa, saya tunggu awak di Padang Mahsyar ye. InsyaAllah :)


Read More »

Tuesday, December 15, 2015

Keputusan PT3 2015 Bertambah Baik



KUALA LUMPUR - Sebanyak 465,674 calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mendapat keputusan hari ini di seluruh negara. Kebanyakan sekolah merekodkan Gred Purata Sekolah (GPS) lebih baik berbanding keputusan tahun pertama pelaksanaannya pada 2014.  
Di Besut, seramai 46 daripada 62 calon PT3 Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut berjaya memperoleh 11A dan sekali gus menobatkan sekolah itu antara sekolah terbaik di negeri Terengganu pada tahun ini. Pengetuanya, Abd Wahab Mohd Arshad berkata amalan menghafaz al-Quran dalam kalangan pelajar sekolah itu telah berjaya membentuk akhlak pelajar hingga cemerlang dalam PT3. 
"Inilah yang sedang dibentuk oleh Imtiaz kerana 20 calon PT3 berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran. Dengan menghafaz al-Quran boleh memberi kelebihan kepada pelajar tentang kesedaran kendiri hingga membawa kepada kejayaan," katanya. 
Pelajar terbaik Imtiaz Besut, Muhamad Syakir Solihin Mohd Salim berkata resepi kejayaannya memperoleh 11A, banyak dibantu oleh amalannya menghafaz al-Quran 30 juzuk di samping menjaga pemakanan dan bijak menguruskan jadual. 
"Saya menetapkan jadual untuk sesi belajar di samping bantuan guru. Selain itu pemakanan memang saya jaga. Saya percaya makan kismis mampu menguatkan daya ingatan saya," kata anak kepada pasangan guru itu kepada Bernama selepas majlis penyerahan sijil di sekolahnya. 
Bagi Fahda Syazween Fazul Anuar dari Sungai Petani, Kedah yang turut mendapat 11A, mengakui amalan menghafaz al-Quran banyak membantunya memperkuat ingatan dalam pembelajaran sekolah.

"Setiap hari rutin hidup saya mesti dimulakan dengan memakan kismis dan minum susu sebelum membaca al-Quran. Selepas itu barulah saya teruskan dengan mentelaah mata pelajaran sekolah secara berkumpulan," katanya.  
Di KUALA TERENGGANU, kejayaan sama turut diraih Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abbas selepas 33 calon PT3 memperoleh 11A. Pengetuanya Awi Salleh berkata pencapaian terbaik itu merupakan peningkatan lebih 200 peratus berbanding keputusan PT3 pada tahun lepas iaitu  hanya 12 pelajar mendapat 11A. 
"Daripada 271 calon PT3 di sekolah ini, 33 calon mendapat 11A, 29 pelajar memperoleh 10A dan 79 pelajar mendapat 9A," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil kepada para pelajar di sekolah itu. 
Bagi Mohd Ehsan Ahmad Rosli yang mendapat 11A, kejayaan yang dilakarnya itu adalah berkat sentiasa fokus kepada pembelajaran bagi semua mata pelajaran yang diajar di dalam kelas selain dorongan kedua ibu bapanya. 
"Saya sangat gembira, bersyukur kepada Allah dan bagi saya yang paling penting untuk mendapatkan kejayaan ini, reda daripada kedua ibu bapa dan guru-guru. Moga kejayaan yang kami dapat ini adalah kejayaan yang diredai Allah," katanya. 
Sementara itu Muhd Akif Naqiuddin Zahar yang turut berkongsi kegembiraan mendapat 11A berkata beliau bersyukur kerana mendapat keputusan cemerlang kerana baginya PT3 adalah sukar dan amat mencabar. 
"Saya rasa gembira kerana semua orang tahu ujian ini tidak mudah. Namun saya bangga dengan pencapaian yang saya peroleh dan berbangga juga dengan teman-teman lain. Ini boleh saya jadikan dorongan untuk mendapat keputusan terbaik dalam SPM pula," katanya. 
Di KOTA BAHARU, mengamalkan solat sunat tahajjud setiap malam dan tadarus al-Quran di sekolah antara rahsia pasangan kembar perempuan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lil-Banat yang melakar kejayaan cemerlang dalam PT3. 
Nurin Atirah Amani Khusaini Che Khalid Khusaimi mendapat keputusan 11A manakala pasangan kembarnya Nurin Afiqah Amani Khusaini, mendapat 10A 1B.    
Nurin Atirah Amani Khusaini ketika ditemui berkata mereka sanggup berkorban masa untuk bangun seawal 4.30 pagi bagi menunaikan solat sunat itu sehingga Subuh menjelang dan akan bersiap-siap untuk ke sekolah pula selepas itu. 
"Kami menitikberatkan solat sunat tahajjud pada setiap malam sejak Jun lepas serta turut menyertai sesi tadarus al-Quran anjuran sekolah setiap pagi sebelum sesi pembelajaran dimulakan, ulang kaji pelajaran dan tuisyen pada hujung minggu," katanya ketika ditemui di sekolah hari ini. 
Pengetua sekolah, Maimunah Ismail berkata 198 calon menduduki PT3 pada tahun ini dan daripada jumlah itu 98 pelajar mendapat 11A berbanding 14 pelajar pada tahun lepas, membuktikan keberkesanan program intervensi anjuran sekolah itu. 
Di KANGAR, pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Nur Aina Nor Asmadi yang berjaya memperoleh 10A dalam PT3 membuktikan seseorang pelajar itu masih boleh meraih kejayaan walaupun tidak mengikuti kelas tuisyen. Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata usaha gigih berterusan dan tumpuan dalam kelas menjadi resepi kejayaannya. 
"Saya berusaha lebih dan tidak mengharapkan sepenuhnya apa yang cikgu ajar. Saya banyak ikut cara konvensional seperti menelaah buku, menganalisis soalan lepas dan baca surat khabar," kata anak anggota polis itu kepada pemberita di SMK Derma, hari ini. 
Sementara itu Pengetua SMK Derma, Aslina Yob berkata sekolahnya mencatatkan peningkatan GPS 1.50 berbanding tahun lepas 1.80 iaitu daripada 156 calon PT3, 15 daripada mereka memperoleh A dalam mata pelajaran yang diduduki manakala 19 orang mendapat 9A. 
Jabatan Pendidikan Negeri berkata Perlis mencatatkan GPS 3.29 meningkat 0.47 berbanding tahun lepas 3.76 daripada keseluruhan 4,031 calon PT3. 
Di JOHOR BAHARU, 12 pelajar Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) mencatat keputusan cemerlang dalam PT3 apabila memperoleh A bagi semua subjek. Pengetua MSAB Samsudin Mohd Ariff berkata sekolah itu mempunyai 165 calon PT3 dan berdasarkan keputusan itu, GPS menunjukkan peningkatan 1.82 mata pada tahun ini berbanding 2.26 mata pada tahun lepas.  
Bagi pelajar cemerlang, Muhamad Naquib Helmy, yang memperoleh 10A, menyifatkan usaha gigihnya mengulang kaji pelajaran amat berbaloi. 
"Saya mengikuti kelas tuisyen dan memperbaiki subjek lemah seperti Sains dan Matematik dengan belajar bersama beberapa rakan di perpustakaan  sekolah," katanya yang bercita-cita menjadi doktor. 
S Pavinishh, yang mendapat 9A bagi semua subjek yang didudukinya berkata beliau meluangkan masa selama enam jam setiap hari terutamanya membuat latihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains. 
"Kalau setiap hari kita belajar benda yang sama, maka, ia tidak akan menjadi susah. Contohnya, ramai yang fikir Matematik itu susah kerana perlu mengingati banyak formula tetapi kalau kita ingat semua formula itu, Matematik akan jadi senang," kata anak sulung daripada dua beradik itu kepada  pemberita di sekolahnya hari ini. 
Di IPOH, amalan sujud syukur setiap hari selama sebulan sebelum peperiksaan PT3 antara rahsia kejayaan Nur Afifah Husna Hamzah memperoleh keputusan cemerlang 11A. Anak pasangan pendidik itu merupakan pelajar tunggal Sekolah Raja Perempuan Taayah di sini yang mendapat A bagi semua mata pelajaran yang  diambil.   
"Saya sentiasa fokus dalam kelas, waktu rehat saya akan belajar dengan kawan-kawan, waktu malam pula saya akan berjaga untuk membaca selain mengamalkan sujud syukur," kata anak sulung daripada enam beradik itu kepada pemberita di sekolahnya hari ini. 
Sementara itu, Pengetua sekolah Nooraini Zainal Abdin berkata sekolah itu mencatatkan lebih 50 peratus peningkatan berbanding tahun lepas yang mempunyai 135 calon iaitu dua pelajar dapat 10A, 10 pelajar 9A, 14 pelajar 8A dan 30 pelajar 7A. 
"Majoriti yang mendapat 5A, 6A, 7A ke atas lebih daripada 80 orang, ini merupakan lebih 70 peratus. Kalau lebih daripada 70 peratus, ini bermakna pelajar telah menunjukkan kemampuan mereka menguasai ilmu-ilmu dalam PT3," katanya. 
Di SHAH ALAM, minat untuk menceburi bidang perubatan seperti ibu dan bapanya menjadi pendorong buat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Nadiah Imran melakar keputusan cemerlang 9A dalam PT3 yang diumum hari ini. Pengetua sekolah, Abdul Hakim Samuri berkata GPS pada tahun ini bertambah baik iaitu merekodkan 2.59 berbanding 2.81 pada 2014 iaitu ketika peperiksaan itu pertama kali diperkenalkan. Tambahnya lagi, lima calon mendapat keputusan semua A berbanding 2 calon pada tahun lepas. 
Sementara itu, lima pelajar Sekolah Menengah Convent Klang mendapat keputusan semua A meningkat, berbanding dua pelajar pada tahun sebelum ini. Pengetuanya, Rohimah Muhammad berkata peratusan lulus subjek juga mencatatkan peningkatan. 
Di MELAKA, pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Molek, Raudhatul Syahirah Ruzalee yang memperoleh 9A berkata pengorbanan mengikuti kelas tambahan setiap Sabtu di sekolah antara faktor kejayaannya. 
"Saya berasa amat gembira kerana segala usaha yang telah dilakukan membantu saya mendapat keputusan yang baik. Percubaan lepas saya hanya mendapar 2A sahaja dan saya berharap dapat menyambung pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara," katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor. 
Bagi Hamizah Yusni, walaupun PT3 agak sukar namun ia bukan penghalang untuknya melakukan yang terbaik untuk memperoleh 9A dalam PT3.  
"Alhamdulillah berbaloi usaha selama ini, ulang kaji berterusan dan bimbingan guru serta kelas tambahan yang diadakan di sekolah membantu saya memperbaiki keputusan percubaan PT3 sebelum ini," kata anak bongsu yang memilih kerjaya sebagai ahli fisioterapi. 
Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin mengarahkan semua sekolah menengah di negeri itu menghantar maklumat atau keputusan pencapaian PT3 kepada Jabatan Pendidikan Negeri bagi memudahkan pemantauan dan penyelarasan sistem pendidikan negeri. Md Yunos berkata mekanisme itu juga penting bagi perancangan pelbagai inisiatif untuk terus meningkatkan pencapaian sekolah dan negeri pada masa hadapan. 
"Walaupun PT3 ini merupakan pentaksiran di peringkat sekolah namun pihak sekolah perlu memaklumkan prestasi atau pencapaian pelajar kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri, kami ingin melihat senario pencapaian PT3 di negeri ini secara keseluruhan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Keputusan PT3 kepada pelajar SMK Ayer Molek. 
Seramai 317 pelajar sekolah tersebut menduduki PT3 pada tahun ini dan 37 daripadanya memperoleh keputusan 5A ke atas bagi mata pelajaran yang diduduki mereka. Turut hadir Pengarah Pendidikan Melaka Abu Bakar Sahari dan Pengetua SMK Ayek Molek Noor Laila Hamzah. - Bernama

Sumber: Sinar Harian

**********************

Pada tahun ini memang nampak perubahan keputusan PT3 tahun 2015 ini berbanding dengan tahun lepas 2014. Guru-guru sangat bertungkus lumus memberikan yang terbaik untuk peperiksaan PT3 kali ini. Tak nak jadi macam tahun lepas dah. GPS sekolah saya juga bertambah baik. Seramai 5 orang pelajar mendapat keputusan cemerlang, 10A dan 11A berbanding dengan tahun lepas, hanya seorang sahaja yang dapat 11A. Pengetua pun happy sebab ada perubahan yang positif untuk peperiksaan PT3 ini. Mata pelajaran yang paling ramai gagal dan mendapat gred F ialah Matematik diikuti dengan Sains. As usual..huhu.

Tapi PBS atau Pentaksiran Sekolah (PS) tu macam tak ada effect pun. Macam buang masa je buat PBS. Tak apa lah, saya buat PBS sebagai latihan murid di dalam kelas. Kayu pengukur keputusan terletak di PT3. 

Sebab apa keputusan PT3 2015 bertambah baik? Jadi lebih baik? Sebenarnya gred itu sendiri. Pada tahun ini gred PT3 2015 mungkin berubah mengikut unjuran graf. Ada juga yang mengatakan julat markah gred PT3 berubah di mana 80 markah sudah boleh mendapat Gred A, tidak seperti tahun lepas di mana 85 markah baru dapat Gred A. Saya mendapat gambar perubahan baru Gred PT3, iaitu tafsiran Gred PT3 bagi semua mata pelajaran. Mungkin betul, sebab setiausaha peperiksaan PT3 sekolah saya tak buat analisis markah pulak pada tahun ini. 


Kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang, tahniah saya ucapkan. Teruskan usaha untuk peperiksaan SPM pula. Bagi pelajar yang kurang cemerlang, jangan berputus asa. Gegaran anda belum terhenti. SPM nanti adalah penentu hidup anda. Banyak lagi aliran yang boleh anda pilih untuk meneruskan kerjaya anda. 


lovenota : ok sambung marking paper..hihi


Read More »

Thursday, December 10, 2015

Keputusan PT3 Tahun 2015


Calon PT3 boleh dapat pelaporan Isnin depan 

KUALA LUMPUR: Calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) boleh mendapatkan pelaporan menengah rendah di sekolah masing-masing pada Isnin, 14 Disember 2015. Sementara itu, 465,674 calon menduduki Ujian Bertulis PT3 di 2,667 pusat peperiksaan seluruh negara pada Oktober lalu.

sumber: Berita Harian

***************

Jika kita lihat gred PT3 tahun 2014, gred A telah dinaikkan kepada julat 85-100 markah. Gred PT3 yang terkini adalah seperti gambar di bawah:


Dengar-dengar pulak pada tahun ini, gred A bagi peperiksaan PT3 untuk tahun 2015 nie diturunkan balik kepada julat 80-100. Dengar-dengar jelah, tak tahu betul ke tidak..hehe. kita tunggu jelah keputusan PT3 2015 pada hari Isnin ini.


lovenota: nak kena pergi sekolah jugak isnin tu. Travel la sekejap to Moncheh..


Read More »

Wednesday, December 09, 2015

Hangout Day!


Girl's hangout!


Hari ini baru dapat merasa cuti sambil berjalan-jalan and shopping! Habis duit..haha! 

Ada rakan-rakan tanya, sekarang dah nampak lain. Muka macam berseri-seri, nampak flawless. Amboii, tak ada lah flawless sangat pun. Sikit-sikit adalah. Consume collagen sikit. Hehe. 

Esok bermulalah Mesyuarat Penyelarasan Pemeriksa SPM 2015 untuk kertas Kimia Kertas 2 selama 3 hari di Seremban. So, gambatae!! Ada 2 minggu untuk selesaikan 250+ skrip jawapan. Lepas nie tak ada nak cuti suka-suki enjoy dah. Huhu..


lovenota : selamat pagi sayangku, apa khabar dirimu..

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®