Wednesday, July 17, 2013

Wordless Wednesday # 19: Harga Ayam Naik


sumber: MMVectoristic


lovenota 1nama pun musim perayaan, mesti la harga ayam naik 
lovenota 2cekelat pun mahal jugak..ishk3~


Read More »

Monday, July 15, 2013

Isu Alvin Tan dan Vivian Lee

rasanya semua orang dah sedia maklum mengenai dua orang Chinese Couple, Alvin Tan dan Vivian Lee ataupun dikenali sebagai Alvivi yang yang diberi gelaran "Sex Blogger Couple". mereka meng"upload" *rosak bahasa melayu den..hihi* gambar di facebook untuk mengucapkan selamat berbuka puasa.

sumber: original photo alvivi fanpage [link]

semua orang tahu, apa yang salah mengenai gambar di atas. tak salah memberi ucapan kepada umat Islam TETAPI alvivi memang salah sebab meletakkan gambar logo halal pada gambar tersebut. makanan tersebut dinamakan "Bak Kut Teh" ataupun sup herba babi, dish popular yang mengandungi daging babi. dan caption gambar tersebut plak, "Selamat berbuka puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak dan menyelerakan)". 

memang ramai yang marah mengenai gambar tersebut termasuk kaum Cina sekali. mereka seolah2 tidak menghormati kaum Islam. tapi yang tak bestnya, ramai dok hentam2 menggunakan ayat2 yang tak sedap didengar *keyboard warrior kan hebat2 belaka*.

alvivi sudah pun meminta maaf mengenai isu gambar tersebut. nak tengok boleh: 
Video Permohonan maaf Alvin Tan dan Vivian Lee - [link]

16 Julai 2013
mereka berdua sudah pun dipanggil ke mahkamah untuk memberi penjelasan kepada SKMM mengenai gambar tersebut. jika disabit kesalahan, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 211 dan 233 yang memperuntukkan hukuman satu tahun penjara dan denda RM 50 ribu. 
sumber: [sg.news] [beritaharian] [kosmo]

17 Julai 2013
Alvin dan Vivian kena serahkan diri pada Polis Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut
sumber: [kosmo]
Tun Dr Mahathir juga mengulas mengenai isu Alvivi ini dan mengatakan mereka tiada akal
sumber: [sinar harian]

rupa-rupanya diorang nie dah lama popular disebabkan kontroversi blog Alvin yang agak lucah dan ada gambar 18SX di situ pada tahun lepas. blog diorang dah ditutup, tak silap qis url diorang Alvivi.tumblr.com. mereka popular dipanggil "Pasangan Lucah" sebab diorang nie berani upload video seks dan gambar tuttt masing2 pada blog dan youtube. macam2 gambar tuttt hadoo..adeii *malu sehh..jangan google sekarang, lepas bukak puasa takper! hihi*. 


sesiapa nak berkenalan *dan2 nak kenal..haha* boleh ke link di bawah:









lovenota 1: amaran keras: jangan google gambar diorang sebelum buka puasa..haha!
lovenota 2: macam2 yang terjadi sekarang nie kan..haishh =,="

Read More »

Sunday, July 14, 2013

Novel: I'm Mrs. Kertu



Judul: I'm Mrs. Kertu
Penulis: Danisyarahmat
Penerbit: Penulisan 2U Enterprise
Harga: RM 19

Sinopsis:
Ainul Mardhiah – Keindahan zaman remajanya telah diragut, kehidupannya telah musnah gara-gara malam durjana. Dia hilang segala-galanya termasuk nilai sebuah kesucian. Takdir telah mengikat jodohnya dengan Adam Yusuf. Egonya tidak dapat menerima cinta seorang lelaki tua meski lubuk hatinya ada terdetik sayang.
Adam Yusuf – Cintanya kepada Ainul berputik pada saat pertemuan pertama. Wajah Ainul yang mirip arwah isterinya,telah kembali menggoncangkan jiwa lelakinya.
Jodoh yang ditetapkan oleh Allah sebelum langit dan lautan diciptakan-Nya telah terikat.Takdir telah menemukan mereka meski usia menjadi bandingan.
“Ain tak nak kahwin. Ain nak capai cita-cita dulu. Kalau kahwin pun bukan dengan lelaki...”
“Tua macam saya.”
“Belum cuba belum tahu Ainul. Saya ni macam kelapa tua. Makin berlemak dan manis.”
“Hmmm... lelaki tua memang miang macam ni ke?”
Menyedari getar jiwanya tidak berbalas, Adam Yusuf pergi membawa diri. Terpisah mereka antara benua. Namun pernikahan rahsia itu masih disimpan utuh. Lamaran Hafiz menerbitkan keazaman dalam jiwa Ainul Marhiah untuk menokhtahkan akad yang telah terjalin selama empat tahun.
Namun, pertemuan semula Adam Yusuf dan Ainul Mardhiah seakan-akan memudarkan rasa benci itu. Pertunangan Adam Yusuf dan Mariza membuahkan cemburunya. Adakah itu tanda sayang?
“Ainul menyesal kahwin dengan si kertu ini?”
Abang bukan kertu tapi perfecto.

Review:

mula2 Qis rasa macam tak best je cerita nie. tapi sebab mak kata best, Qis pun baca la *mak saya peminat novel yang tegar ye*. and bila baca novel nie, memang rasa excited nak meneruskan pembacaan tu lain macam. yela, apa kesudahan bila Ain dah dipaksa berkahwin dengan lelaki yang 20 tahun tua daripadanya. cerai ke, sayang ke, kan? yang bestnye, pengajiannya ditaja 100% oleh suami tak relanya *untung wooo*. perkahwinan mereka dirahsiakan buat sementara waktu disebabkan permintaan dari Ain sendiri. bila dah 5 tahun terpisah, bila jumpa balik ada rasa sayang pulak, tambah2 pulak adegan eksiden 18 sx yang diluar jangkaan..oppss! haha! *dan tak jadik cerai..hehe*. hubungan kononnya nak kahwin dengan Hafiz selepas graduate pun tak jadi.

lepas tu Ain pregnant, tapi gugur disebabkan angkara perbuatan Marissa *kejam giler minah tu*. dan yang paling tak sangka, Hafiz yang merogol Ain pada malam durjana itu. giler tak sangka, sebab watak Hafiz dalam nie baik sangat. tapi, bila dah diberi pil kuda, orang baik pun boleh naik hantu kan? huhu..sangat kesian sebab Hafiz jadi mangsa. 

yang bestnya novel nie, orang tua macam Adam pun romantik tau! rasa macam orang2 muda plak! gile kelakar bila kita bayangkan Adam yang tua tu berkelakuan seperti orang muda, romantik2, manja2..adeii..memang gelak2 la..haha! :P

baik uolss beli and baca novel ini. memang ada kelainan dari novel nie.

blog Danisyarahmat: [link]

baca secara online: [link]

beli secara online: [link]


lovenota 1: walaupun busy, curik2 masa jugak baca novel. hehe!
lovenota 2: nak blogwalking pun da xsempat sekarang. sori geng! XD

Read More »

Friday, July 12, 2013

Kekecewaan


UK. London. Flamstead, Hertford.
he's coming here..visiting my blog..again. 
for what? 
what are you looking for?
enough is enough. 

Luka lama berdarah kembali.

"Tak pernahkah kau sedari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari

Memang takkan mudah bagiku 'tuk lupakan segalanya"
Judika - Aku Yang Tersakiti

"Salahkah aku mencintaimu
Walau kau bukan milikku lagi
Bukannya mudah untuk melupakanmu
Ku harap engkau mengerti"
Fakhrul Razi - Salahkah Aku

memang susah nak lupakan apa yang sudah terjadi..nak lupakan semuanya. 
bukan mudah..
susah..
payah..
perit..
sakit..

"ku harus pergi meninggalkan kamu
yang telah hancurkan aku
sakitnya, sakitnya, oh sakitnya"
Judika - Bukan Dia Tapi Aku

its a nightmare. 
its hunt me every night.
how come i want to create a new life without u? 
tell me isz, how? 

congratulation to you. 


















lovenota 1: maafkan saya mengenai entry sedih ini.
lovenota 2: im still depress maybe, and paranoid.


Read More »

Thursday, July 11, 2013

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 1413H/2013M

oh, dah masuk hari kedua kita berpuasa ye. 



hari ini DJ Radio Sekolah pasang beberapa ayat-ayat suci al-Quran. sejuk hati ini mendengar bila masuk sekolah tadi. tak sangka walaupun sekolah nie majoritinya Melayu, Cina dan India adalah sama rata, ayat2 al-Quran masih lagi dipasang di sekolah melalui speaker besar. alhamdulillah~

hari ini Qis nak bagi info mengenai kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 2013 mengikut negeri-negeri di seluruh Malaysia. so, chekidaut.


Negeri
Tahun 2013 (RM)
Perlis
6.00
Kedah
7.00
Pulau Pinang
7.00
Perak
7.00
Selangor
7.00
Negeri Sembilan
6.50
Melaka
6.50
Johor
5.00/8.00*
Pahang
7.00
Terengganu
4.50/7.00/7.60*
Kelantan
7.00
Sarawak
6.50
Sabah
7.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan
7.00

*Bagi negeri Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenisdan gred beras.


ada 5 waktu/masa untuk menunaikan Zakat Fitrah iaitu:

1. Waktu Wajib 
✿ apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya
2. Waktu Paling Afdal
✿ sebelum sembahyang Hari Raya
3. Waktu Sunat
✿ sepanjang bulan Ramadhan
4. Waktu Makhruh
✿ selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal
5. Waktu Haram
✿ selepas terbenam matahari pada 1 Syawal. walaupun hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera dan ia dikira sebagai qada'. sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

lovenota 1: cuaca mendung je, memang mengundang rasa mengantuk yang maksima
lovenota 2: masa kerja, saya suka curi2 tulang tidur bila ada waktu free..shhh! hikhik :P


Read More »

Wednesday, July 10, 2013

Wordless Wednesday # 18 : First Day of Ramadhan


1st day of Ramadhan iaitu hari pertama kita mula berpuasa.
amacam? ada yang gastrik? ada yang pitam? ada yang demam? ishk3..dugaan semua tu :D


set a mission: misi? oo, misi kita berpuasa pada Ramadhan 1434H kali ini:

✿ menutup aurat dengan sempurna
✿ jangan miss solat tarawikh
✿ khatam al-Quran
✿ kurangkan bergosip, menghina, mencaci, mengumpat, etc
✿ banyakkan membaca ilmu2 mengenai Islam dan Kisah-kisah Para Nabi dan Rasul
✿ mendengar dan banyakkan zikir dan wirid
✿ menjaga dan mengawal penglihatan, pendengaran dan nafsu

okeh, baru la masuk pada tajuk kita iaitu, Wordless Wednesday: Lawak Puasa

*jangan banyak cakap, tengok je. hihi*


lovenota 1: baru pesan tadi jaga itu ini kan? haha
lovenota 2: sekadar gurauan..ampun! XD

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®