kalau malaysia tenggelam..mungkin ini keadaannya barangkali?
antara kawasan2 yang berisiko tinggi ditenggelami kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.
dah ramai yang membincangkan tentang hal nie di dalam blog2 lain..bagi saya ada betulnya..semuanya disebabkan oleh pemanasan global yang semakin berleluasa..
Pakar geologi, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, risiko itu timbul kerana kejadian ais cair di pulau berhampiran Kutub Utara tersebut jika berterusan boleh menyebabkan paras air laut termasuk Laut China Selatan dan Selat Melaka meningkat.“Apabila air laut meningkat maka daratan Malaysia akan ditenggelami air laut terutama kawasan pesisir pantai yang berada pada kedudukan rendah.
Imej satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat baru-baru ini menunjukkan hampir 97 peratus permukaan glasier di Greenland mula mencair. Ibrahim berkata, fenomena pemanasan global menjadi punca lapisan ais di Greenland cair dan ini telah mengakibatkan paras air laut di Malaysia meningkat satu hingga dua milimeter setiap 10 tahun.
Sumber: Kosmo Online
kalau secara logiknya, kawasan Malaysia mungkin akan tenggelam mestilah yang berada berdekatan dengan pesisiran pantai..keseluruhan pantai kita mungkin akan tenggelam..Singapura kemungkinan akan tenggelam juga..tiada lagi Pulau2 peranginan seperti Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Pangkor, etc. hurmm..teringat kejadian yang baru2 terjadi..Kuantan pun boleh banjir kan..Port Dickson pun mengalami keadaan yang sama dulu..itu baru banjir..belum tenggelam lagi..banjir pun kira dah seram..
pemanasan global nie bukan perkara baru lagi bagi kita..kita je yang tak sedar kebanyakan barang2 yang kita gunakan menyumbang kepada kejadian pemanasan global..kita sebenarnya kurang kesedaran tentang isu ini..pemanasan global, kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon..semuanya berkait rapat..so, bagaimana caranya?
banyak cara2nya..uolss bole google jer..rajinkan membaca..ambil pengetahuan. yang paling penting, kita kenalah jugak menyokong "Earth Hour"..dan rasanya kena buat Earth Hour dengan lebih kerap..jangan asyik nak pandang remeh je..kononnya kita tutup semua elektrik tuh langsung tak membantu, membuang masa je..sebenarnya ada implikasinya..kalau tak kenapa ada kempem sebegitu kan? lepas tu, penanaman semula pokok dan menyokong kempen "Green Earth Day"..yang ada tanah2 di kawasan rumah tu..boleh la menanam pokok..sebabnya? untuk mengurangkan gas karbon dioksida di udara..secara tak langsungnya mengurangkan kesan rumah hijau..selain itu kawasan rumah uolss akan rasa sejuk n nyaman. then, rumah uolss yang masih lagi memakai mentol, boleh anda tukarkan kepada penggunaan lampu pendaflour sebab ia menjimatkan tenaga. emm..banyak lagi cara2 yang anda boleh buat..
selamatkan la bumi kita..
Read More »